Tadi saya jenguk-jenguk post baru si pelakon Zahiril Adzim.
Dia menulis pasal diam.
Dia buat saya teringat akan keadaan saya sekarang.
Memang dua tiga hari nie saya banyak diam dan amat kurang bercakap.
Bercakap pun sekadar benda-benda yang perlu saja.
Selebihnya saya lebih suka mendiamkan diri dan layan perasaan saya sorang-sorang.
Saya perasan perubahan diri ini.
Bila saya buat kerja lagilah saya tak banyak bercakap.
Fokus saya hanya pada kerja.
Benda lain saya tak berapa nak pandang.
Tetapi bukan maksudnya saya mengabaikan apa yang ada disekeliling saya.
Saya amat beri perhatian dengan apa yang berlaku.
Saya adalah pemerhati dan pendengar yang baik meskipun saya bukannya pengomen yang baik.
Cuma saya malas nak bercakap.
Kalau ada apa-apa yang tak kena baru saya bersuara.
Itu pun bila saya rasa saya memang perlu tegur dengan mulut.
Kalau saya bersuara untuk sesuatu yang tak penting,
ibarat macam orang bodoh saja.
Mungkin kemahiran bersosial saya sedikit lemah,
sebab tu saya rasa macam tu.
Bila diam saya jadi fokus.
Saya boleh berfikir dengan rasional.
Bila diam saya tahu saya boleh menjaga pertuturan saya.
Saya tak banyak bercakap benda-benda yang tak penting, bercakap benda-benda laqa,
malah boleh elak diri saya daripada mengumpat orang lain.
Mungkin sesetengah orang tak boleh terima sikap ini.
Tapi cuba fahami mengapa sesorang itu lebih banyak berdiam berbanding bercakap.
Berdiam di sini bukan maksudnya pasif dan langsung tak suka buka mulut bagai ada emas berketul-ketul.
Berdiam yang saya maksudkan adalah bercakap untuk perkara penting saja.
Berdiam yang saya maksudkan adalah mengurangkan penggunaan mulut
dan melebihkan penggunaan pancaindera mata dan telinga
dan lain-lain anggota badan.
Itu lebih baik bukan?
Lagi banyak saya buka mulut,
lagi banyak keluar perkataan yang salah.
Mungkin perkataan saya boleh mengguris hati orang lain.
Sebab saya tahu mulut saya jahat.
Sebab itu Allah kurniakan mulut saya hanya satu.
Mulut kamu juga.
Bila diam, saya boleh berfikir dengan baik.
Saya boleh nampak apa yang berlaku di persekitaran saya.
Saya jadi alert.
Saya tahu apa yang orang lain tak tahu.
Bila diam, saya dapat rasa apa yang orang lain rasa.
Itu adalah kuasa berdiam diri.
Cuba ambil satu masa untuk kurang bercakap sehari terutamanya di bulan Ramadhan ini
dan anda akan sedar benda-benda yang anda tak pernah sedar sebelum ini.
Cubalah!
No comments:
Post a Comment