Aug 2, 2011

Kedua Ramadhan

Sahur hari nie pukul 5.10 pagi.
Mata masih mengantuk sebab otak tak mau shut down masa tidur semalam.
Mimpu kali ketiga jumpa orang yang sama.
Padahal orang yang saya patut hindarkan.
Oh…buat saya terfikir-fikir pagi nie.


Pertama internship juga.
Saya macam artis hari nie kat sekolah.
Bukan saya saja malah 3 orang kawan saya termasuk Cik Polaris juga.
Awal-awal sampai sekolah dan tak sempat letak beg,
 sudah datang 3-4 orang murid tegur dan bersalaman dengan saya.
Alhamdulillah.
Ingat lagi diorang kat saya.


Masuk bilik guru jumpa Kak Ton.
Terkejut dia nampak kami lagi kat sekolah.
Terus pergi ke tempat pertapaan saya di bilik guru.
Meja sumpah berhabuk. Tak kemas lagi bukan tersusun.
Semua benda penuh atas meja macam stor gayanya.
Saya dengan kengkawan kemas meja tu sampai bersih dan kosong.
Hati lega sebab boleh lepak dalam bilik guru.


Terus jumpa PK Hem dan bincang apa projek terkini sekolah.
Dua tiga cadangan dikemukakan kepada kami.
Tahniah!
Kami dapat beberapa projek daripada PK Hem.
Terus jumpa PK1 pula bertanyakan pasal jadual.
PK 1 cakap kami empat orang kena split 2 sesi.
Si Won Bin dengan Choi Ji Woon dapat sesi pagi.
Saya dengan Cik Polaris dapat sesi petang.
OMG!
Agak bermasalah nie.
Kalau split agak susah nak buat projek sekali dan saya sudah tentu akan ada masalah pengangkutan juga!
Tolong PK 1…jangan pisahkan kami!
Saya berdoa.


Mujur dengan PK 1 berbincang dengan Guru Besar lepas tu.
Mujur Guru Besar pertimbangkan masalah saya dengan kawan-kawan.
Saya suka Guru Besar cakap:


"Kalau petang, waktu dipendekkan. Takut mereka tak sempat nak buat projek. 
Kalau pagi, projek tu boleh sambung sampai petang."


Yes. Betul tu Guru Besar.
Setuju!


Akhirnya kami tak jadi berpisah.
Syukur…alhamdulillah.
Rezeki Ramadhan. 
Lega sangat.


Hari nie hari paling tak sibuk di sekolah.
Pasang lappy dan taip kertas kerja sepanjang hari.
Jumaat baru mula mengajar. Saya juga dah tak perlu buat lesson plan panjang berjela.
Cukup satu muka surat dua lesson plan.
Hebatkan?
=D


 Waktu rehat anak murid saya buat teropong di luar bilik guru tengok saya.
Lucu tapi saya tak sempat nak tegur diorang lagi.
Cukuplah sekadar tersenyum dan lambai pada diorang.
Lagipun saya dah tak ajar diorang.
Kali nie saya dapat kelas baru.
Tahun lima dan tak pernah ajar diorang lagi.
Okay..saya kena kaji budak-budak nie dulu sebelum ajar diorang Jumaat nie.
Siapa lagi saya nak rujuk?
Cik Polaris la.
Diakan dah ada experience ajar bebudak tu!





No comments: