Aug 7, 2011

Future letter for Cikgu Mia

Boring dengan mood jiwang.
Tutup sekejap kisah hati saya buat sementara.


Masa pergi internship baru-baru nie,
saya pergi la melawat bilik Sains yang saya hias masa pergi praktikum semester lalu.
Saya sedih sangat sebab bilik Sains sangat berhabuk, kotor dan tidak terurus.
Nak kata orang tak guna rasanya iya kot sebab sangat sangat sangat berdebu.
Masa saya lap debu-debu dalam bilik tu,
 saya kena guna sampai 5 helai kain buruk yang awalnya putih bersih akhirnya bertukar jadi hitam berkilat.
Kotorkan?
Malang betul kalau bawak budak-budak masuk.
Sah baju putih diorang akan hitam berdaki.
Lagi malang kalau yang masuk terkena asma.
Parah betul.
Mujur apa yang saya hias masih bertahan. 
Maknanya takde tangan-tangan jahat pergi cabut apa yang saya letak dalam bilik Sains tu.
Masa dalam makmal tu,
saya terfikir:


"Bila saya jadi Cikgu Sains nanti,
 adakah saya juga akan biarkan bilik Sains dalam keadaan macam tu?"



Saya terus lap globe yang sangat berdebu sampai sudah tak nampak nama-nama negara di atasnya.
Warna globe pun sudah pudar.
Dulu, anak murid saya paling suka main globe kalau saya bawa diorang masuk  bilik Sains. 
Suka belek nama negara-negara yang ada.
Kalau globe kotor macam tu, saya memang tak kasi diorang main.


Saya beralih ke arah carta-carta gambar yang juga bertimbun tidak tersusun di atas almari.
Juga teruk berhabuk.
Saya geleng kepala.
Saya terus basuh kain buruk dengan air di sink yang berkarat dan sedikit tersumbat.
Saya capai satu rod besi dan korek lubang sink tu.
Sisa-sisa cat biru terlekat dalam lubang sink.
Patut la.
Saya mengeluh perlahan.


Kemudian, 
satu persatu carta gambar saya lap dan saya jemurkan di atas meja di bawah kipas yang berputar.
Saya pandang di hujung almari.
Terdapat satu kotak  berlubang setinggi paras pinggang saya di situ.
Saya menjenguk ke kotak tersebut.
Ooo..rupa-rupanya itu tempat letak carta gambar.
Tapi yang ada di situ hanyalah carta lama yang sudah
bergulung,berlipat, berkeronyok, berenda-renda yang disumbatkan dalam kotak tu.

"Haisyhhhh..!" 
Keluhan kedengaran lagi.
Saya la tu.


Saya tengok jam di tangan.
Sudah tak sempat nak proses kotak tu. 
Terlalu kotor.
Nanti kawan saya nak guna makmal nie pulak.



Saya sedikit kesal.
Saya juga sedih.
Tapi saya tak nak salahkan sesiapa.
Ini peringatan kepada saya di masa hadapan:




Kepada cikgu Mia,


bila awak pergi sekolah nanti sila jadi cikgu Sains yang paling rajin.
Kalau awak diberi tugas jaga bilik Sains,
sila jaga dengan elok. 
Sila guna bakat awak untuk cantikkan bilik Sains sampai boleh buat orang yang masuk
 tak nak keluar dah.
Biarlah orang lain tak tolong awak jaga bilik Sains,
tapi awak sendiri tahu tanggungjawab awak sebagai guru Sains untuk menjaganya.
Awak tahukan betapa pentingnya bilik Sains kepada murid-murid
masa awak belajar Sains?
Kat situ semua hand-on aktiviti boleh berjalan.
Kat situ kalau nak wat aktiviti berkumpulan juga mudah.
Kat situ awak nak bagi budak minat Sains pun senang.
Kat situ awak pun mudah nak mengajar.


Okay Cikgu Mia,
saya faham mungkin tugas anda nanti pasti sangat sibuk.
Bila dah berkahwin, dah ada anak-anak, pasti awak lagi sibuk kan?
Namun, saya percaya awak pasti boleh jaga bilik Sains dengan elok.
Walaupun kemudahan dalam bilik Sains tak bape nak lengkap,
yang penting tolong pastikan bilik tu tidak kotor.
Kesian kat budak-budak!





2 comments:

♥ p a a n i ♥ said...

cikgu jugak eh?

mia Olive said...

saya bakal cikgu..insyaallah.. =)