Satu perkara saya susah nak kongsikan dengan orang adalah perasaan saya.Tapi sejak mempunyai blog ini, saya mula membuka hati untuk berkongsi kisah hati saya. Meskipun ada pembaca yang kenal saya,saya jadi tak kisah pun sebab apa yang saya ceritakan bukanlah sesuatu yang tak elok. Sekadar berkongsi cerita hati saya, cerita perasaan saya.
Post baru. Lagi saya nak kongsi satu kisah hati saya.
Saya tak pernah bercinta. Betul. (Sila gelak kalau terasa nak gelak. Muntah pun takpe.) Sampai sekarang pun saya tak pernah bercinta. Kadang-kadang terfikir juga, 'mungkin belum sampai masanya,' 'ada jodoh takkan ke mana' dan 'sila bersabar duhai hati'. Saya selalu sedapkan hati dengan kata-kata tersebut. Bila usia mencecah 24 tahun, saya masih tertanya-tanya siapalah putera hati yang Allah telah ciptakan untuk saya. Namun bayangannya belum tiada. Takpe. Mungkin belum masanya kot?
Usia macam saya dah ramai kawan-kawan saya mengakhiri zaman bujang. Malah dah beranak-pinak pun. Saya pula masih lagi belajar, bertungkus-lumus menghabiskan ijazah saya di IPG hampir 5 tahun setengah. Agak lama kan? Boleh lawan dentist. Boleh challenge doktor juga. Kadang-kadang, malah ramai kot yang bertanya kepada saya:
"Takde sapa-sapa ke di 'maktab untuk dijadikan pilihan."
"Ishh..takkan takde orang suka kot!"
Hahahaaa...saya gelak.
Kenyataannya, memang banyak 'calon-calon' di 'maktab' namun 'calon' yang betul-betul saya suka atau 'dia' suka saya masih takde. Malah, mungkin 'calon' tersebut sudah jadi milik orang lain. Secret admire mungkin ramai tapi secret admire yang single susah kot nak cari. Sekarang saya super duper senior dan sudah pasti bawah-bawah saya yang tinggal hanyalah junior-junior yang sekarang sedang berhempas pulas menghabiskan foundation, SBE dan kehidupan 5 tahun setengah pada masa-masa hadapan berbanding saya pula tahun ini insyaallah habis belajar. Jadi, sudah tentu saya tak jumpa calon pilihan hati saya. Saya pun tak pernah terfikir nak cari orang yang lebih muda daripada saya untuk dijadikan 'calon'. Sikit pun tak.
Walaupun saya tak pernah bercinta, tapi saya tak kata saya tak pernah suka seseorang. Perasaan suka kepada seseorang tu normal. Sebab saya rasa saya manusia normal, maka saya mengaku saya ada perasaan tu. Di tempat saya belajar saya pernah suka kepada dua orang nie saja. Tapi itu dulu. Zaman foundation. Zaman belasan tahun. Zaman akal saya masih pendek tak tak pernah pandai nak fikir panjang berjela.
Orang cakap kita takde alasan bila jatuh hati pada seseorang. Betul ke?
Saya separuh setuju. Dulu saya suka dia nie. Sepatutnya saya memang tak patut suka dia, tak patut jatuh hati langsung kat dia nie. Tapi Tuhan takdirkan hati saya suka kat dia jugak. Sebabnya mudah saja. Dulu masa zaman foundation, saya jenis orang yang sangat serious dan paling susah nak berkomunikasi dan paling sukar nak sedekah senyuman dekat orang yang saya tak kenal atau tak rapat, terutamanya budak-budak lelaki. Itu perangai buruk saya masa zaman muda dulu kala. Kali pertama orang yang tegur saya suruh saya senyum adalah dia. Dia orang pertama dalam hidup saya yang berani tegur perangai saya yang susah nak senyum tu.
"Senyum la sikit."
Itu teguran pertama dia pada saya. Itu titik pertama hati saya tersentuh dengan teguran dia. Ada satu perkara tu, dia tak berkira dengan saya. Saya ingat dia selfish macam orang lain, ternyata waktu tu dia telah tunjukkan sifat matangnya pada saya. Jadi, itu titik kedua hati saya mula suka pada dia. Dan seterusnya perasaan tu berkembang dan terus berkembang. Dari situ saya cuba kenal dia sikit demi sedikit.
Tapi perasaan tu sekejap saja bila saya dapat tahu dia rupanya sudah apa orang lain, malah dah lama pun kenal orang tu. Perkara nie pun saya tahu daripada kawan saya sendiri. Dia sendiri yang minta kawan saya sampaikan kepada saya. Agaknya apa perasaan saya masa tu sedangkan peperiksaan hanya tinggal beberapa minggu saja?
Itu waktu suram saya. Itu waktu saya rasa muka saya tebal 44' inci sebab saya tak sangka dia boleh heboh-hebohkan bahawa saya sukakan dia pada orang lain. Gila malu waktu tu sebab suka pada orang yang dah berpunya. Gila malu dengan sindiran-sindiran halus mereka yang sengaja nak malukan saya. Apa yang berlaku memang menjadi ikhtibar paling besar dalam diri saya. Hampir 2 tahun saya cuba recover diri ini, saya mula buka mata saya luas-luas, saya mula lihat dunia sekeliling. Saya juga cuba kuatkan diri saya supaya bila berdepan dengan dia supaya saya tak nampak lemah. Bila berdepan dengan dia saya cuba tak tunduk bawah. Ternyata, usaha saya amat-amat berbaloi.
Awalnya mungkin saya lemah sebab selalu bersedih bila terfikirkan dia. Lama-kelamaan, saya tanamkan prinsip 'dia bukan sesiapa pada saya dan dia takkan bagi kesan pada diri saya!' dalam diri saya, sampaikan saya jadi bersemangat nak belajar memandangkan peperiksaan hanya tinggal tak lama lagi. Syukur kepada Allah sebab kurniakan saya pelangi indah selepas hujan turun. Saya mungkin kecewa dengan apa yang berlaku tapi saya gembira dengan apa yang saya dapat. Keputusan peperiksaan saya. Saya gembira dengan keputusan peperiksaan saya. Sejak itu, saya telah cuba berusaha melupuskan dia daripada kotak fikiran saya sampailah sekarang. Bila bayangan dia muncul, saya terus cantas habis-habisan supaya tidak lagi bertunas dalam hati saya.
Saya selalu berdoa supaya Allah jauhkan saya daripada orang-orang yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diri saya. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayang saya. Allah makbulkan permintaan saya. Sampai sekarang saya rasa selamat sebab belum dipertemukan dengan si mata-mata jahat yang hanya tahu ambil kesempatan pada diri orang lain.
Itu hanyalah sebahagian kecil kisah hati saya. Hanya 1 dalam sejuta. Kisah ini saya kongsikan di saat diri saya dibuai oleh score lagu 'Autumn In my heart.' Bila ingat apa yang berlaku, sangat perit rasanya tapi baru saya sedar itulah pembuka mata saya untuk lihat ke hadapan. Untuk belajar hargai insan-insan di sekeliling saya. Untuk tidak lupakan Tuhan juga. Mungkin masa tu saya terburu-buru mencari 'calon'. Hmm..itu cerita dulu. Tutup buku lama. Sekarang, buku baru. Sekarang, saya berserah semuanya kepada takdir. Andai ada jodohnya, adalah. Saya cuba tak perlu risau dan terima qada dan qadarnya meskipun ramai yang berkata:
"Memanglah jodoh di tangan Tuhan. Tapi kita nie kenalah la juga berusaha!"
Berusaha? Berusaha macam mana tu. Cuba cerita sikit dekat saya dan orang-orang lain yang berfikiran seperti saya supaya saya dapat berusaha.
4 comments:
berusaha utk mengorak langkah dulu? example: ngorat si dia dlu :P
chayok tiqah! mungkin bkn skrg masa utk Allah tmukan tiqah dgn jodoh tiqah. sbar yer..
tak pe2. Anda berhak mendapat lelaki yang lebih baik dari si dia. cuba baca di blog ni. banyak article yang menarik pasal relationship ni. http://ustazcinta.blogspot.com/p/komuniti-ustaz-cinta.html
sy suka sangat entry ni cik mia olive.macam kena batng hidung sendiri pulak..ha3..jangan berhenti berdoa..InsyaAllah..kita akan dapat calon lelaki yang baik dan soleh..mungkin ALLah belum ketemukan kita dengan di dia supaya kita masih ada banyak masa utk diri sendiri...mungkin juga kita belum bersdia utk ada pasangan hidup lagi..yang paling penting kita terhindar daripada maksiat hati... u should learnt from my mistakes..how sad i was because of a person..i don't want banana fruit 2 times..hahahha
Post a Comment