Aug 20, 2011

Bershopping sakan 10 malam terakhir Ramadhan...masyaallah!

Semalam saya pergi PISA.
Bukan nak bersukan.
Saja-saja pun bukan.
Saya pergi sana untuk bershopping.
Shopping raya pun bukan.
Sebab kat sana takde jual baju raya pun.
Saya shopping saja-saja.
Bershopping agak sakan tapi belum sampai tahap melampau lagi.
Masih bersesuaian dengan kemampuan saya sebagai seorang pelajar/guru pelatih
dan bersesuaian juga dengan keperluan saya masa kini.
Perut yang lapar terus hilang bila pergi bershopping.
Itu tandanya saya berpuasa okay!
Puasa tak halang saya nak membeli belah.
Mood buruk juga hilang bila nampak perkataan SALE.
Time SALE nie lah saya nak berlagak sikit.
Bukan selalu pun.
Time nielah saya dapat beli barang berkualiti dengan harga berpatutan.
Cik Bee cakap:

" Orang yang shopping time SALE camni adalah orang bijak."

Ya, saya bersetuju.
Potongan sampai 80% sempena jualan penghabisan stok.
Banyak sangat benda berkualiti saya boleh dapat dengan harga murah.
Mujur saya ingat saya nie tengah berpuasa tambah-tambah pula menghampiri 10 malam terakhir nie,
jadi saya beringat yang saya tak boleh boros sangat.

Peringan buat saya juga:
10 malam terakhir adalah waktu di mana pintu-pintu neraka ditutup.

Maksudnya pintu syurga tengah terbuka luas.
Takkan taknak kutip pahala masuk syurga kot?

Tak cukup di PISA sambung pulak ke BJ.
Kat sini takde mood sangat nak bershopping tapi sempat juga sentai dua-tiga jenis barang.
Sebab kat sini SALE pun sekadar 20% saja,
jadi saya tak berminat nak beli barang-barang di sini.
Lagi pun saya dah dapat barang yang saya perlukan semasa di PISA.
Okay, cukup.
Jangan boros-boros.
Amalan syaitan tu.

Biarpun syaitan dirantai waktu bulan puasa nie,
jangan lupa kita masih ada godaan hawa nafsu.

Jadi, waktu puasa nie, syaitan tak kacau kita dah.
Yang kacau kita sekarang adalah hawa nafsu kita.

Boleh ke kita kawal hawa nafsu kita di bulan Ramadhan nie?


Peringatan pada diri juga:

Adakah kita nie jenis yang pergi bazar 
beli makanan berlambak-lambak,
 tapi yang sentuhnya sikit saja tapi yang buangnya banyak benar?

Jaga-jaga mungkin kita sudah digoda oleh hawa nafsu kita.

Adakah kita jenis yang rajin pergi sembahyang terawih pada awal Ramadan, namun mula liat nak buat tarawih 8 rakaat + 3 rakaat witir di akhir-akhir Ramadhan?

Berhati-hati kerana kita mungkin sudah kalah dengan sikap malas kita.


Adakah pada 10 malam terakhir,
anda termasuk golongan yang sakan bershopping raya sampai sanggup berboros dan terlupa hendak mengerjakan
amalan wajib dan sunat di bulan Ramadan?

 Waspada okay sebab takut anda sudah menjadi hamba hawa nafsu sendiri.


Sayang.

Semalam saya pergi shopping.
Tak dapat juga berbuka di bilik Syahida seperti selalu.
Tak dapat bertarawih Masjid Negeri.
Tak dapat juga bertarawih di surau institut.
Saya hanya sempat buat di asrama bersama roomate saya.


Harap-harap hari ini saya berpeluang berterawih di sana.
Ramadhan terakhir di Penang.
Saya pasti rindukan Masjid Negeri.
Saya pasti rindukan tarawih di surau institut juga.
Saya pasti rindukan teman saya juga.




1 comment:

Antara said...

ada kebenaran di situ. =)