Apr 24, 2011

RM100 Free/Cabaran Minggu 1

Mencabar diri untuk 
'cabaran 30 minggu latihan menulis.'



...
Klo lesson plan boleh tulis hari-hari, nape nak tulis kat blog x bleh lak?
Okay Mia, sila cabar diri sendiri.
...
Soalan minggu nie:

"Kalau saya diberi RM100 sekarang, saya akan.."
...

Hmmm..klo pegang duit Rm100 zaman sekarang rasanya macam pegang duit 10 hinggit je.
Klo Mia diberi RM100,
 Mia akan gunakan duit RM100 tu untuk beli topap. 
Siap boleh dapat 10 keping topap 10 hinggit lagi dengan RM100 tu.
Boleh jimat duit sendiri untuk 10 minggu klo nak call, nak message sapa-sapa.
Betul x?

Klo RM100 tu nak bawa pergi shopping, 
hmmmmmm...
minta maaf la sebab.. 
klo bawa pergi shopping, memang Mia mengaku tak berapa nak cukup RM100 tu.
Mia klo dah target nak pergi shopping, biar betul-betul shopping.
Klo setakat bawa seratus nak tengok barang, survey sana-sini, 
pastu tolak duit makan, duit tengok wayang...
last-last sekali berputih mata je la kat shopping complex tu.
Apa pun tak dapat nak beli.
Sebab tu sekarang pon,
 Mia malas nak pergi mana-mana sebab risau bila duit makin hari makin dekat je
 dengan angka 100.
Rasa macam jatuh muflis daa..


Apa alasan logik Mia gunakan RM100 nak beli 10 keping topap RM10?

Mudah je alasannya..
Mia nie bukan jenis kaki gayut, bukan jenis tangan lipas yang laju tekan button handphone 
main message-message.
Klo topap RM10 tuk seminggu pun, 
sah balance yang expired dalam handphone masih ada sisa-sisa berbelas-belas hinggit lagi.
Jadi, klo Mia beli topap 10 hinggit guna RM100 tu,
Mia boleh kayakan handphone Mia.
Bila emergency je, tak payah nak sibuk-sibuk nak text message macam kura-kura
tapi boleh terus call tanpa perlu fikir banyak-banyak sama ada ko line maxis ke..digi ke..celcom ke..
Pastu klo kawan-kawan takde kredit,
boleh la wat sikit sedekah amal jariah  bagi dia pinjam kredit.
Betul x?

Andaikan si topap 10 hinggit habis, nak wat apa lagi dengan RM100 tu?

Klo Mia tak jadi nak beli topap 10 hinggit,
rasanya  Mia akan gunakan RM100 tu untuk beli bahan-bahan bacaan.
Memandangkan Mia nie adalah peminat-peminat novel 
Habiburrahman El-Shirazy, Norhayati Berahim dengan Ramlee Awang Murshid,
wah..rasanya nie la masa terbaik nak borong novel-novel diorang.
Paling banyak rasanya Mia boleh beli 4 buah novel dengan duit RM100 nie.
Bila dah beli bahan bacaan, confom r tak rugi.
Malah lagi banyak ilmu yang Mia boleh dapat dengan membaca.
'Jangan lak korang cakap mana ada ilmu dalam novel..khayal banyak r..'
Sapa yang cakap macam tu, Mia nak sekeh kepala sorang-sorang.
Klo korang baca novel-novel karya penulis-penulis yang Mia mention tadi,
sah korang akan belajar banyak benda daripada novel diorang.
Believe it!

Jom kenali RM100.

RM100 zaman dulu..
Malaysia 1st series RM100
RM100 zaman sekarang...


Tamat sudah cerita RM100.

So, nak tag sapa ya?
Mia tag anda, jadi sila join sekali.
Tak join pun jenguk-jenguk KLIK LINK SINI pun takpe.

1.
2.


6 comments:

iKhRam said...

hahaha.. perkara ni mcm menyeronokkan??

shandye. said...

rm100 utk topup sahaja? merugikan! baik laburkan kepada menjamah makanan mewah atau berkaraoke, oh... main boling atau menonton wayang juga menarik! lol...

"Kalau Saya Ada RM100, Saya Akan..." Monolog Tiga Lelaki.

mia Olive said...

hahahaa..awak mybe suka makan..sy suka benda lain..keperluan kita berbezakan..

Faziera193 said...

kita samalah!!
selalu mesti akan expired dulu..
tak pernah habis, mesti ada balance..
huhu

jom sama2 kita buat cabaran ni..don't give up k?^__^

Jika RM100 diberi kepada aku | Cabaran Minggu 1

mia Olive said...

kita serupakan..=)

nn said...

kalau dapat RM100 and buat topup best jugak! aisy. pernah one time topup RM100 terus. makan dua tiga bulan juga baru habis. hehe