I never don’t cry
Goodbye, sorrowful tears
Goodbye, painful anguish
Today’s the beginning
I’ll do OK, I don’t cry
Even if love leaves me
Even if the world makes me cry
Someday
A great day will come to me
Mia nak jadi pelakon dalam hidup Mia. Mia nak menang award pelakon wanita paling popular macam Lisa Surihani. Macam Fasha Sanda. Tapi Mia bukan nak jadi macam diorang. Diorang bekerja sebagai pelakon tetapi Mia sah-sah memang berlakon dalam hidup Mia sendiri. Sapa kata dalam hidup Mia takde director?..Takde pelakon-pelakon lain..ramai sangat sampai kalau dihitung, memang tak terbayar gaji-gaji diorang.
Drama atau filem apakah yang sedang Mia lakonkan sekarang?
Watak apakah pelakon seperti Mia sedang pegang sekarang?
Siapakah bakal menjadi heronya di dalam drama yang Mia sedang lakonkan ini?
Bagaimana endingnya drama atau filem lakonan Mia nanti?
Happy ending..or sad ending?
Korang rasa..
Skrip drama yang Mia dapat berkaitan dengan kehidupan Mia, seorang guru pelatih. Bagaimana dirinya berhadapan dengan karenah anak-anak murid yang pelbagai serta karenah guru-guru juga. Drama ini turut menyentuh tentang kehidupan peribadi, konflik dalam diri Mia serta bagaimana Mia berhadapan dan menyelesaikan masalah tersebut. Dalam drama, klo tak sentuh tentang percintaan tak sah. Cuma bezanya dalam drama ini, ianyanya berkisar tentang bagaimana Mia mencari cintanya sejatinya dan adakah percintaan itu bakal hadir?...hmm..sebab tu episod drama yang Mia berlakon nie belum tahu bila endingnya. Sudah beratus-ratus episod Mia berlakon sampai kalah citer sinetron indon yang panjang berjela tu..sampai mengarut-karut tu..
Siapakah watak heronya pula? Not decided yet..namun Mia harap la heronya nanti biarla pelakon yang takde banyak gosip sangat. Klo tak dapat berlakon dengan hero macam Aaron Aziz, dapat berlakon dengan hero ala-ala Ashraf Muslim pun dah cukup. Biarlah heronya nanti adalah seseorang yang memang ditakdirkan dalam hidup Mia. Biar heronya tak memandang paras rupa dan terima Mia sedanya. Mia tak mau dah citer yang ada second hero atau ada second heroin. Buat susah-susah je. Nanti banyak sangat halangan..susah weii..karang citer jadi mengarut cam citer indon tu..
Dalam drama or filem, sapa tak nak happy endingkan? Meskipun drama yang Mia berlakon nie masih dalam pembikinan, Mia doa sangat-sangat agar endingnya adalah sesuatu yang mengembirakan. Hopefully Mia dapat menjadi seorang guru yang hebat. Hopefully Mia dapat cari cinta sejatinya..cheeeWahhh..Macam kebanyakkan citer korea yang kebanyakkannye sume happy ending...cheeseeeeeeee...
Dalam drama or filem, sapa tak nak happy endingkan? Meskipun drama yang Mia berlakon nie masih dalam pembikinan, Mia doa sangat-sangat agar endingnya adalah sesuatu yang mengembirakan. Hopefully Mia dapat menjadi seorang guru yang hebat. Hopefully Mia dapat cari cinta sejatinya..cheeeWahhh..Macam kebanyakkan citer korea yang kebanyakkannye sume happy ending...cheeseeeeeeee...
'Love story without happy ending is boring.'
'Love story full with conflict is tension.'
'Love story with true love is happy.'
Happy ending.
Sekian.
No comments:
Post a Comment