Apr 2, 2011


Orang kata kalau tak kenal maka tak cinta.. iya tak?
Tapi tak kisah pun nak kenal tapi tak cinta pun.
Siapa paksakan?

...
20 perkara tentang Cik Mia Olive.




Banyak tu.
Nak wat camne.. dah suka tuliskan..
Sila baca.

1.
Cik Mia boleh bertapa berjam-jam juz depan lappy untuk edit sekeping gambar tanpa kesiankan lappynya yang tak tido-tido..kejamkan dia..
2.
Cik Mia suka bercerita dengan budak-budak sekolah. Dulu dia ingat dia takde bakat dan selalu merendah-rendahkan diri kononnya dia tak pandai bercerita. Namun setelah dia lihat banyak feedback baik bila dia bercerita, dia mula sedar dia ada bakat rupanya. Cuma kena polish lagi..syabas!
3.
Cik Mia  berpegang pada kata-kata seorang lecturer BI masa foundation iaitu "time is virtue of the king".
4.
Cik Mia cakap, 'biar kita yang menunggu orang, jangan orang menunggu kita.'
5.
Cik Mia tak akan minta maaf kalau dia tak bersalah.
6.
Cik Mia boleh buat 'bodoh' dengan orang yang 'memperbodohkan' dirinya..
'You give and you get back!"
7.
Cik Mia sayang roomatenya Cik Bee.
Roomatenya tak cepat melatah dan sangat cool orangnya..
Best ada roomate cam Cik Bee, katanya.
8.
Cik Mia suka kumpul gambar yang cantik-cantik tak kisah la gambar orang ke, haiwan ke, cartoon ke, permandangan dan lain-lain..
9.
Kalau Cik Mia tak jadi cikgu, dia nak ambil kursus menjahit pakaian dan langsir.
Nak belajar sampai pandai dan buka kedai. Hmm..boleh kaya tu..x caya?
10.
Cik Mia pernah jatuh dari tingkat dua masa kecik-kecik dulu.  
Masa main, tak pandang belakang dan terus jatuh ke bawah.
Dengar macam dasyat kan...hmm..memang la.
11.
Cik Mia kalau marah, memang tak cakap banyak.
Kalau dia bercakap masa marah, rasanya korang tak sanggup dengar kot..!
Sebab tu dia diam saja tu.
Bagus..banyakkan berzikir yee klo marah!
12.
Kalau pergi shopping, Cik Mia lebih suka mencari kasut.
Ada sepasang kasut yang dia baru beli dan dia sangat sayang nak pakai kasut tu sampai roomatenya cakap nak beli kasut tu.
No..no..no..sayang k!
13.
Lepas kena pukul dengan abahnya masa kecik-kecik,
Cik Mia dah tak sebut perkataan 'babi' langsung dan tak ambil barang orang tanpa minta izin.
Tengok..betapa bertuahnya dia ada abah yang pukul dia masa kecik-kecik dulu.
13.
Secret admire Cik Mia masa sekolah menegah dulu adalah seorang ahli Kadet Bersatu Malaysia. Siap bangga lagi bila dapat motosikal bernombor platkan KBM..hehehee..
14.
Cik Mia adalah seorang slow learner semasa sekolah dulu. Masa tahun 3, dia masih tak tahu nak tengok jam sampai kena marah dengan ma di depan kelas. Masa tu ma ajar Matematik dan sangat garang...huahhaaaa..
15.
Pertama kali dapat hadiah jam daripada abahnya semasa tingkatan satu. Jam tersebut bertali hitam dan mukanya segi empat . Sampai sekarang Cik Mia hanya minat pada jam bermuka segi empat  berbanding bermuka bulat. Sayangnya jam babah beri tu talinya dah berkulat..ishishishhh...
16.
Hadiah besday yang dia paling terharu dan appreciate sangat adalah hadiah daripada sorang teman sekelas yang bagi novel, siap dengan kata-kata ucapan dilekatkan dalam novel tu. Thank you so much Encik..!
17.
Perkara yang paling menyedihkan bagi Cik Mia adalah apabila kehilangan sorang teman sekelas tanpa dia sempat mengucapkan kata-kata maaf pada arwah temannya itu. 
Maaf jika aku bersalah..katanya.
18.
Kalau dulu Mia cakap dia tak kisah nak posting kat mana-mana, namun sekarang bila tengok kedua-dua orang tua dia di kampung, dia doa-doa janganlah dia dipostingkan jauh daripada familynya..
19.
Cerita yang paling banyak Cik Mia tonton adalah citer korea bertajuk 'You're beautiful.'
Memang time giler citer korea masa tu..gila tul!
20.
Nickname ' Olive' diambil sempena panggilan seorang teman yang merujuk kepada dirinya yang tinggi dan kurus macam bini Popey iaitu 'Olive' masa di matrik dulu. Mia pula diambil sempena satu watak dalam cerita Indon. 
Sebab tu wujudnya gelaran Mia Olive.
Sekian.

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

No comments: