Berhadapan dengan murid macam makan gula-gula nano.Sekejap masam, sekejap pahit, pastu ada rasa manis pula dan sedikit masin.Penyudahnya, Mia rasa gula-gula nano sangat la sedap.Ibarat berhadapan dengan murid-murid, dengan budak-budak..haa..camtu la rasanya.
Praktikum 1
Tempoh masa: Sebulan
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Pyket Methodist boy school.
- Masa first time pergi praktikum kat sekolah, otak Mia masih blur-blur. Nak handle budak pun tak reti. Ye la..time tu anak sedara pun xde lagi. Jadi, tak tahu macam mana cara nak cakap dengan budak dengan betul. Terpaksa lak berhadapan dengan budak-budak yang bahasa perantaraanya 100% English dan semua boys lak tu..Cina, Indian..Malay..sume ada. Nak pilih language apa, nak buat lawak camne..sume tak reti!
- Pastu, bila budak-budak wat perangai, suara macam speaker, mula r Mia rasa macam nak tabuh-tabuh je diorang. Rasa macam nak smash je sorang-sorang. Mujur juga r Mia nie bukan spesis yang ringan tangan. Pastu tersedar juga yang diri nie masih lagi trainer. Takde lesen sah lagi nak lempang anak orang. Pastu asyik duk pikir nak rasuah bebudak je, nak bagi diorang duduk senyap-senyap dalam kelas. Siap beli gula-gula la..stationary la, padahal budak-budak masih buat perangai sama je.
- Tamat praktikum 1 bulan tu, hati rasa nak tersangat la tenang...mulut tak henti-henti ketawa. Pastu terus je pergi shopping..makan-makan..tengok wayang dengan kengkawan. Terasa seronoknya sebab praktikum dah habis..rasa bersyukur sangat time tu.
- Pengalaman tak dapat dilupakan: Kat sinilah tempat Mia dapat communicate in English tanpa rasa ragu-ragu walaupun grammar haku tunggang-langgang dan berbengkang-bengkok. Hari sukan main tarik tali..best giler bila budak-budak bagi semangat kat guru-guru pelatih masa fight dengan parents diorang..hmm..yang penting haku and da geng menang!
Praktikum 2
Tempoh masa: 2 bulan
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Dato' Kramat.
- Masa nie dah terer sikit dah camne nak handle budak-budak. Pastu dah tahu dah nak apply strategi pengajaran yang bersesuaian dengan bebudak. Rasuah pun makin kurang. Cuma duit selalu habis sebab asyik photostat worksheet berlambak-lambak, tapi ada yang tak sempat nak guna. Daripada sekolah yang fully 100% English, kali nie kurang sikit..(paham-paham la maksud Mia k!).
- Masa praktikum 2 nie, baru terasa relief kelas. Mujur la kena relief kelas budak-budak tahun 1..apa lagi Mia ajar lagu pizza la. Siap dapat gelaran cikgu pizza hut lagi..time nie la Mia sedar yang Mia ada bakat bercerita sebab bila masuk je kelas relief je, sah Mia akan bercerita dengan diorang. Paling best bila tengok ekspresi muka diorang..ternganga-nganga bila tengok Mia bercerita..hahaa..lucu betul. Padahal, Mia goreng je citer-citer tu semua..tapi ada moral la. Bukan cerita kosong.
- Pengalaman tak dapat dilupakan: Masa mengajar PJ. Hancus betul bila budak-budak yang kelas belakang nie wat perangai padahal tengah observe nie..tapi Mia tak kira..Mia stop PJ dan tak bagi budak-budak main. Malah siap toucher-toucher diorang..mujur kena puji dengan observer sebab ambil langkah camtu demi keselamatan murid-murid..hehehee. Pastu masa wat activiti solar system dengan murid-murid tahun 4. Pastu wat aerobik ayumi hamasaki dengan diorang masa merentas desa. Syok gila...Memang best sangat pengalaman tu.
Praktikum 3
Tempoh masa: 3 bulan
Lokasi: Sekolah Kebangsaan Telok Kumbar
- Rasanya Mia dah bersedia nak berhadapan dengan murid-murid. Bagilah nak relief kelas apa pun..dah takde hal. Sebabnya kat sini hari-hari ada relief. Relief adalah tugas wajib guru juga k! Masuk kelas je juz prepared cardboard yang boleh padam dengan non-permanent whiteboard marker. Pastu divide murid dalam group dan kita mainla spelling bee ke..kuiz ke..bina ayat ke..so takde masalah coz budak-budak suka bila cikgu pelatih relief class diorang..hahaa..
- Lagi lama berpraktikum, lagi mudah kita nak kenal budak-budak, nak korek backgroundnya. Selalunya, budak-budak yang ada masalah attitude memang berasal daripada background family yang tak sempurna. Bukan Mia nak judge senang-senang macam tu, tapi itulah yang Mia telah tengok masa kat sekolah nie. Ada juga mak bapak yang tak hamek kisah hal anak-anak, malah ada juga budak bagitau aku dia kena dera. Hmm..kesian memang r kesian..tapi aku si cikgu pelatih yang takde lesen pape nie, nak wat camne?
- Lagi lama berpraktikum, lagi kuat bonding antara Mia dengan murid-murid. Ya..setiap masa asyik fikirkan diorang je. Fikirkan apa yang diorang suka buat dalam kelas supaya lesson boleh berjalan dengan jayanya. Malah dah boleh ingat dah nama setiap orang dan boleh kenal dah behaviour masing-masing..macam siapa yang rajin..sapa yang malas..siapa yang degil..yang suka nak terkencing dalam kelas..semua tu dah kenal dah..petik saja dihujung jari..cheewah..
- 2 weeks more..My last practikum..rasa sayang pula nak tinggalkan diorang..2 minggu lagi cikgu takde dah nak marah-marah korang k..love u all..
Cerita ini sesaja dikongsikan especially buat junior-junior yang mungkin baru nak wat SBE
atau dah pergi praktikum 1.
Klo sampai praktikum 3,
tapi masih tak enjoy dengan kehidupan di sekolah,
tak suka pergi sekolah, tak suka budak-budak, tak suka wat kerja lebih,
suka mengomen macam-macam, malas wat lesson plan dan ABM,
rasanya baik tukar profession la.
Sila jangan jadi guru k.
Mujur gak Mia semakin suka dengan kehidupan sekolah.
Mia tak sabar nak habiskan sem nie,
siapkan action research tuk sem depan,
bergraduate,
dan tunggu posting.
Yeah..i'll waiting for it.
No comments:
Post a Comment