satu-satu-tiga
'Hujan masih renyai di luar setelah lebat menyembah bumi,
Kesejukan mula mencekam dada apabila pagi menjelma.'
Ayat bermadah.
WahWah.
Mia suka.
Tapi tak pandai sangat.
Mia bukan orang sastera.
Mia orang Sains.
HaaHaa.
Ya ke?
Mengiktiraf diri sendiri tak salahkan?
Bila hujan, Mia mudah terimbau kenangan lalu.
Mia teringat list yang Mia pernah buat masa Mia duduk di matrik dulu.
Dalam list tu, terdapat beberapa perkara yang Mia nak capai pada masa hadapan.
Maksudnya sekarang.
Jom baca apa yang Mia dah capai dan belum tercapai..mungkin!
1.
Mia nak lanjutkan pelajaran ke menara gading.
Nampaknya hasrat itu telah tercapai.
Bukan sahaja Mia pernah merasa belajar di universiti,
malah sejak tahun 2007 lagi,
Mia sudah bertapa di institut perguruan atau bahasa mudahnya 'si maktab' ini
untuk 5 tahun setengah.
Niat nie dah tercapai.
Alhamdulillah.
2.
Mia nak ada laptop sendiri sebab senang nak menaip cerita sendiri.
Masa sekolah menengah lagi, Mia mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan
walaupun takdelah serious sangat pun. Hanya suka-suka saja dan untuk mencabar diri sendiri.
Cheewah..
Dulu Mia suka privatekan apa yang Mia tulis sampaikan senyap-senyap Mia hantar karya Mia
dekat majalah sekolah sehingga selamat dipublishkan..(hahaaa)
Sejak itu, Mia sering berdoa agar boleh ada komputer sendiri.
Alhamdulillah. Allah perkenankan doa Mia.
Hahaa..bukan saja 1, malah Mia sudah ada dua laptop.
Cuma sayang, yang lama tu dah tak hidup lagi..
Sekarang nie lappy Mia jenamanya CompaQ. Sesuailah dengan status Mia sebagai studentkan.
Tak payah nak beli mahal-mahal sangat. Yang penting sekali, lappy ini adalah pilihan abah Mia dan Mia suka dengan lappy nie.
3.
Mia mesti dapatkan lesen kereta supaya senang nak bawa
mak dengan abah pergi jejalan.
Okay..lesen motor dan kereta dah ada.
Klo pasal lesen moto, Mia dah ambil masa form 4 lagi.
Start form 5 dah ada motor sendiri untuk ulang alik ke sekolah.
Cuma Mia pelik sikit sebab klo kat Penang nie, Mia tak pernah bawa motorsikal pun.
Hmm..iyalah..
kat sinikan banyak sangat pemandu yang bawa motor gelojoh dan teruk.
Penang juga sibuk..Mia tak suka...
Pasal lesen kereta pula, Mia ambil lepas habis matrik.
Masa foundation kat maktab nie, baru sah dapat lesen P.
Namun, hasrat nak bawa ma dan abah masih tak tercapai.
Itulah, dapat lesen simpan dan buat pekasam saja dalam purse.
Tak reti-reti nak cuba bawa kereta.
Pastu rasa jeles bila tengok orang bawa kereta..dan bertanya pada diri,
'..bilalah diri ini nak memberanikan diri bawa kereta yeee...'
4.
Bina family sendiri dan hidup bahagia selamanya.
WahWah..
bab ini sikit sensitif yaa.
Hasrat tu memang dah lama ada cuma masanya belum tiba.
Sapa taknak ada family sendirikan?
Mia sebagai seorang gadis yang semakin berganjak ke usia wanita dewasa,
Mia juga terfikir tentang perkara ini.
Bagi Mia,ia bukanlah suatu perkara yang boleh
dipandang enteh.remeh-temeh.sesuka hati.seikut rasa.
Perkara ini serius dan perlu difikir semasak-masaknya.
Klo ada jodoh adalah...
Tak payah nak pening-peningkan kepala k!
Cukup dahulu empat list masa lalu yang Mia nak kongsikan.
Terima kasih kerana membaca dan terbaca.
Adios..!
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
1 comment:
smOga cpt btemu si dia.. ;)
Post a Comment