Mar 15, 2011

i miss u. i love u


Bila ma tiada di rumah, Mia rasa sangat sunyi.
Rumah bagaikan tiada seri.
Mia dan adik-adik rasa kesunyiaan.
Mungkin tidak tergambar di wajah,
 namun rasa keluh resah yang meniti di bibir mereka dan juga Mia
menunjukkan bahawa kami memerlukan ma di sini, di rumah ini.
Ma,
Mia faham tugas ma di sana.
Ma perlu juga menjaga tok wan yang terlantar sakit.
Sebagai anak yang paling besar di rumah sekarang,
Mia perlu ambil tugas ma.
Mia kena pastikan rumah terjaga seperti mana ma menjaganya sebelum ini.
Sekarang barulah Mia terasa,
bukan mudah nak menguruskan rumah ini seperti mana yang ma dah buat.
Ma memang kuat.
Mia kalah dengan ma.
Ma,
Mia tak sabar nak tunggu ma balik di rumah ini.
Walaupun,
harapan mungkin akan tinggal harapan saja.
Kalaulah Ma menjaga tok wan sampai habis cuti nie,
nampaknya mungkin Mia kena tunggu cuti akan datang pula untuk balik ke kampung
nak jumpa Ma dan abah.
'Arghhh..ruginya cuti nie tak dapat spend masa dengan ma secukupnya!'
Kalau sempat,
Mia jenguk lagi ma dan tok wan di hospital.
Mia cuba faham situasi sekarang.
Ma sebagai anak memang dah jalankan tanggungjawab sebaiknya.
Mia tahu, Allah lebih tahu apa yang Ma buat.
Bila tengok ma sekarang,
Mia harap Mia jadi macam ma.
Ma jaga tok wan.
Ma ambil berat anak-anak.
Sempat lagi ma pesan kat Mia suruh tengok Udin.
Minta tengok baju-baju sekolah dia nak pergi tuisyen.
Terima kasih ma sebab ambil berat keadaan anak-anak ma.


Mia harap, 
Mia boleh jaga ma nanti macam ma jaga tok wan nanti.
Ma korbankan cuti sekolah ma, masa ma semua di hospital.
Besarnya jasa ma.
Mia dan adik-adik nampak tu.
Cuma kami rindu pada ma.
Jumpa ma pun sekejap saja di hospital.
Kami harap ma ada di rumah dan menyerikan rumah ini.
Buat kali kedua,
Mia begitu rasa rindu sangat pada ma.
Dulu masa ma pergi Makkah,
sekarang bila ma di hospital.


'Ma..i miss u a lot.'
'Ma..i love u so much.'

T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

No comments: