Mar 5, 2011

Tepuk dada, Tanya hati

Hari ini hari Sabtu.
Hari Sabtu adalah untuk berehat, tetapi Mia tak boleh berehat.
Hari ini ada gotong-royong kat sekolah.
Sampai sekolah awal. Belum pukul 8 pagi dah punch card.
Ada 5-7 orang guru saja.
Takpe. Awal lagi.
Nak gotong-royong apa?
Nak cat kerusi batu, kata sorang cikgu yang incharge bab tu,
sekolah takde duit. So, tak jadi cat kerusi batu.
Last sekali, dia kata si guru-guru pelatih, sila bersihkan kawasan kolam ikan.
Best gila. Cabut rumput je. Bagi ikan makan. Tak payah tukar pun air kolam berwarna hijau lumut tu pun.
Lepas tu, tetiba je ramai guru-guru lain masuk kawasan kolam ikan tu.
OooO...cikgu-cikgu sesi petang rupanya. Sama-sama tolong cabut rumput kat situ.
Pastu, sekejap saja dah selesai gotong-royong tu.

Hmm..tunggu lagi nak wat kerja apa. 
Nampak sampah yang bertaburan, Mia dengan rakan-rakan lain siap heret plastik sampah warna hitam tu.
Macam pekerja MPP pulak. Kutip sampah yang budak-budak sekolah buat.
'Pengotor betul budak-budak nie. Kalau Mia nampak budak mana yang buang sampah nie,
mahu je Mia katok tangan tu!'

Bila dah siap, pikir lagi nak buat apa.
Karang duduk-duduk saja, dikatakan tak buat kerja pula.
Kita orang pun tunggulah di kantin almost 2 jam lebih.
No more work. Tunggu nak blah saja.
Jam dah tunjuk pukul 12.00 lebih.
Program Jaya Waris Tahun 6 masih tak habis lagi.
Mia dan rakan-rakan dah share macam-macam cerita dah.
Daripada topik rebonding rambut, make-up,  cerita si pencuri, cerita kucing sampai la cerita si hantu-hantu yang pernah kitaorang dengar.
Jam pun dah tunjuk hampir pukul 1. Masih tak boleh balik lagi.
Memang dah burn pun weekend nie.

Pastu, muncul sorang pak cik nie.
Dia marah-marah.
Katanya pihak sekolah mungkir janji.
Cakap waris-waris boleh balik pukul 12.30, aleh-aleh hampir pukul 1 pun tak boleh balik lagi.
Dah la yang dia marah tu pun cikgu-cikgu yang ramai-ramai kat situ.
Pastu, sorang cikgu lelaki nie pun cakap la yang pak cik nie boleh ambil 
bawa balik anak dia sebab pihak sekolah tak halang pun.
Dalam hati, Mia cuak juga dengan perlakuan pak cik nie.


Dalam hati Mia kata:
"Pihak sekolah buat program tu untuk anak dia. Jadi, tak payah la nak marah-marah. Cakap elok-elok. Hmm..nampak sangat dia sendiri yang tak ambil kisah anak dia.
Ala, kalau setakat korban satu hari untuk bagi anak motivasi nak ambil exam, itu pun nak kisah ke!"

Pastu, cikgu lelaki tadi bagitau cikgu-cikgu lain yang si isteri pak cik nie tak nak balik sebab nak dengar ceramah, cuma yang si pak cik tadi yang terkalut lebih nak balik.

'Tak reti bersyukur langsung pak cik nie. Boleh marah-marah cikgu yang pernah ajar anak dia daripada buta huruf hingga celik sekarang'
Hati Mia membebel lagi.


Itulah realiti segelintir ibu bapa zaman sekarang.
Tahu nak marah cikgu saja.
Mana reti nak hormat cikgu-cikgu macam zaman dahulu.
Sibuk macam mana pun, anak-anak kena ambil tahu juga.
Tak hairan la zaman sekarang anak-anak perangai tak senonoh.
Nak salahkan siapa?
Tepuk dada, tanya hati yaa!


T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A


No comments: