"There is only one person who could ever make you happy, and that person is you."
Hanya orang yang boleh mengembirakan diri kita adalah diri kita sendiri.
Takde orang lain.
Betul tak?
Setiap orang ada cara tersendiri nak meng.H.a.p.p.y.kan diri.
Mia juga ada cara tersendiri nak gembirakan diri ini.
Yang pertama kenalah positifkan diri sendiri.
Even sesuatu perkara buat kita tak gembira,
kita harus kuatkan diri kita dan anggap sahaja perkara tersebut
tidak beri effect yang hebat dalam diri kita.
Kalau kita berjaya mempositifkan diri kita,
insyaallah kita akan rasa gembira menghadapi perkara yang tak best itu.
Okay.
Yang kedua adalah melukis.
Ya, melukis memang dapat menenangkan diri Mia.
Bila melukis,
Mia dapat mengekpresikan segala perasaan tidak enak Mia pada lukisan.
Hasilnya, macam-macam riak wajah manusia akan wujud pada kertas lukisan Mia.
Yang sedih, muram, marah, kecewa.
Penuh kerut seribu.
By da way,
wajah-wajah yang dilukis itu lama-kelamaan menjadi semakin riang
sebab rasa tak enak dalam diri dah recover little by little.
Hasilnya, I'm back to normal.
Mia senyum bila tengok lukisan sendiri.
Ini treatment yang baikkan?..
Yang ketiga, Mia suka keluar dengan kengkawan.
Pergi shopping, tengok wayang dengan makan-makan adalah package lengkap untuk mengembirakan diri.
Ya, sangat best dapat spend masa dengan kawan-kawan di kala assigment berlambak-lambak
dan kami gunakan masa tu nak recover rasa gundah gulana.
HaaHaa.
Nampak tak normal,
tapi memang seronok sangat masa tu.
Awesome!
Yang keempat adalah calling my mom.
She's the best treatment to recover my sadness.
Bila memerlukan seseorang untuk mengembirakan diri Mia,
ma adalah insan teristimewa yang boleh bantu Mia.
Ma sangat hebat.
Kata-kata ma tak banyak.
Namun, cukup saja mendengar suara ma,
Mia rasa lega sangat.
Terus Mia rasa bersemangat nak buat kerja.
Boleh pulak tu tersenyum sambil buat kerja lepas call ma.
HaaHaa.
Ma memang buat Mia happy.
Seterusnya,
mendengar muzik juga dapat menenangkan diri Mia yang tak gembira.
Muzik pilihan Mia sudah tentu muzik yang tidak menyerabutkan otak.
Mia suka dengar lagu-lagu yang tenang,
kalau dengar liriknya jelas dan masuk ke hati.
Kemudian, barulah kita rasa happy sikit.
Nie dengar lagu-lagu metal ..kapak..besi sume..
itu buat sakit kepala saja.
Boleh muntah hijau klo dengar nie.
Karang..
terbrweekkk kat sini lak..
Okay.
Itu saja tips Mia nak buat diri ini happy.gembira.
Mia percaya semua orang ada cara tersendiri nak meng.Ha.p.p.y.kan diri.
Tapi,
jangan buat kerja gila juz nah happykan diri
dengan ambil dadah, jual diri,
conteng arang kt muka mak bapak k!
Itu haram.
Rosakkan diri.
...
"Enjoy your self. Mantapkan iman dan rohani.
Itu lagi baik.Lagi berkekalan.Lagi gembira.
Bukan saja di dunia, tapi juga gembira di akhirat.
Moga Mia tergolong dalam golongan itu.
Amin."
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
1 comment:
sweet. =)
Post a Comment