Setelah mengeposkan entry sampah semalam,
hari nie Mia nak postkan entry yang berisi sikit.
Hari nie sekolah yang Mia pergi berpraktikum telah mengadakan hari merentas desa.
Jadi, sebagai guru pelatih,
sudah tentulah Mia dengan rakan-rakan kena join sekali.
Pastu kita orang kena jadi instructor aerobic pula dengan jaga check point.
Even my part for aerobic takde la smooth macam rakan-rakan lain..
(okay banyak step-step yang Mia dah lupa..haaHaa..nak wat camne..),
tapi Mia enjoy je wat aerobic tu.
Especially lagu indon tu!
Best sangat bila Mia dapat tengok budak-budak gembira masa aerobik tadi!
Pastu, masa jaga check point pula,
kena tunggu sebelah mak cik jual nasi lemak.
Ramah gila mak cik tu.
Siap suruh Mia dengan Cik Polaris tunggu depan pagar sekolah nak
kasi buah mangga.
Haa, itulah..
klo kita berbudi dengan orang tua, cakap berhemah dan pegang title 'guru' pula,
haa..memang bonus betul.
Orang akan hormat kita.
Sebab tu, kalau nak jadi cikgu, kena jaga sikit perangai tu.
Jangan buat benda yang boleh buat orang hilang kepercayaan pada diri kita
dan juga profesion mulia nie.
Setuju x?
Kena setuju!
Tentang merentas desa nie,
tidak Mia sangka rupa-rupanya anak-anak murid Mia yang jaguh-jaguh dalam kelas
sangat hebat.
Ramai yang dapat hadiah.
Dalam hati, rasa seronok sangat bila tengok anak-anak murid berjaya.
Pastu, Mia pun terfikir.
Setiap orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing.
Ada setengah murid tu tak berapa nak bijak dalam pelajaran, tapi bab sukan nombor satu.
Ada yang boleh cemerlang dalam bidang akademik dan juga sukan.
Tapi ada juga yang bijak dalam akademik, tapi dalam sukan hampeh.
Normal la tu.
Mana semua orang boleh perfect dalam semua benda,
kecualilah dia adalah insan-insan terpilihkan?
Itulah yang berlaku hari ini.
Apa yang pasti,
sukan memang menyatukan murid-murid dan guru di sekolah.
Waktu nie la, semua orang saling tolong-menolong dan saling kenal-mengenali antara satu sama lain.
Mia seronok sangat hari nie.
Walaupun letih, berpeluh, hangit rasanya badan nie,
tapi pengalaman hari ini adalah sesuatu pengalaman berharga yang boleh buat Mia tersenyum sampai ke hari esok.
Budak nie namanya Aina. Dia pandai BI. Markah examnya 90 above! |
Cikgu paling psiko sampai boleh buat budak-budak dengar cakap. Dia macam Teddy Bear dan sangat lawak, sangat sempoi. |
My practicum partner with Mis Gaiyatri. Mia ambil kelas miss nie la untuk ajar BI! |
GB yang dah nak bersara. Nanti nak join majlis persaraannya di Eistein hotel. HeeHee! |
Ini Afiq dan Amin. Anak murid Mia tahun 4. Waa..johan dan naib johan tahun 4 tu! Love u! |
Anak murid Mia juga. Si double Aiman pun ada. Semua aktif-aktif saja. |
Si cikgu kat belakang tu yang suruh geng Mia conduct aerobic. Cibuk juganyer nak wat peace lam pic nie. Hai..! |
Tutuplah kisah hari ini.
Jumaat yang best tanpa perlu pening-peningkan kepala.
Enjoy!
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
No comments:
Post a Comment