Mar 26, 2011

Hari HOT saya

Minggu nie adalah hari H.O.T Mia.
Kali pertama dalam hidup Mia sebagai guru pelatih marah dan denda murid.
Kali pertama juga Mia berhadapan dengan murid paling degiiilllllllllllllll..sangat degil.
Al-kisahnya macam nie..
Mia ajar diorang Sains dan B.Inggeris.
Masa waktu Sains, sume takde masalah.
Bila waktu BI, sume wat masalah.
Memang H.O.T betul
Mia bagi petikan BI untuk diorang baca dulu.
Sorang budak cakap, tak faham.
Okay.
Mia tanya words mana tak faham. 
Diorang jawab: sumeee.....!
Okay.
Listen to me. Siap buat body language macam bercakap dengan orang bisu.
Diorang accept. Ada yang dah faham sikit.
"Cikgu, boleh cakap Bahasa Melayu tak? Tak faham!"
 Sorang budak lain beritahu.
Baik. 
Daripada diorang tak belajar apa-apa,
 at least Mia bagi input juga kat diorang.
Mia baca petikan tu satu-persatu dan translate perkataan yang diorang tak faham.
Mia suruh diorang tulis perkataan tak faham dalam bahasa Melayu.
Ada sorang boy nie, duduk kat tempatnya pun tergedik-gedik, macam tak senang duduk.
Mia perasan dia tak ambil pusing langsung apa kawan-kawannya buat.
Teks petikan yang Mia bagi dibuatnya topi atas kepala.
Pastu, tersengih-sengih bila Mia tegurnya.
Bila Mia tanya, siapa yang tak faham, dialah yang angkat tangan awal sekali.
Pastu bila tanya apa yang tak faham, dia cakap semua.
Siap suruh ulang daripada awal Mia translate perkataan sampai habis.
'Mak..oiii..geramnya hati aku.'   Mia cakap dalam hati. Rasa darah nie naik tiba-tiba.
Padahal budak-budak lain semua dah boleh faham apa yang Mia sampaikan.
Mia suruh boy nie berdiri.
Mula-mula Mia tegur dia. 
Bila tegur, budak nie masih tersengih-sengih dan siap kacau kawan kat sebelah dia.
Mia panggil boy nie kat depan.
Mia suruh dia berdiri kat depan.
Dia degil. Dia tak bergerak langsung. Cakap-cakap Mia dia tak ambil pusing langsung.
Masih tersengih-sengih kat tempat duduk dia.
Mia dah nak darah.
Macam nak makan je budak nie!
Degil betul.
Mia suruh lagi sampai Mia perasan murid-murid lain juga minta boy nie pergi ke depan.
Rasanya diorang pun tahu Mia tengah marah.
Last sekali, datang juga dia kat depan.
Mia stop pengajaran Mia hari nie. Mood dah takde nak mengajar.
Mia tanya murid murid lain apa yang Mia rasa waktu tu.
Diaorang cakap cikgu tengah marah.
Mia tanya kenapa cikgu marah.
Diorang cakap sebab diorang buat perangai sampai Mia marah.
Mia tanya lagi, sekarang kamu nak salahkan siapa sebab kamu tak boleh belajar hari nie?
Diorang tunjuk jari pada si boy nie.
Bukan sorang tapi hampir keseluruhan murid dalam kelas tu.
Si boy yang kat depan nie tersengih-sengih lagi.
Nak kena betul dia nie.
Klo ada lesen, sah Mia dah rotan dia nie.
Mia suruh boy nie minta maaf kepada rakan-rakannya di hadapan kelas.
Dia degil lagi. Dia tersengih-sengih lagi. Dia tak tahu nak duduk kat depan tu diam-diam.
Dia tak cakap langsung.
Mia nak berang dengan boy nie dan cakap kalau dia tak cakap 'saya minta maaf kawan-kawan', 
Mia akan tahan satu kelas daripada balik awal.
Pastu Mia duduk dan buat kerja Mia.
Time tu satu kelas diam. Senyap.
Tenang sangat rasa.
2-3 orang budak pujuk si boy supaya cakap 'Saya minta maaf kawan-kawan'.
Masih tak mahu cakap.
Loceng pun dah berbunyi. Satu kelas dah tak senang duduk bila tengok murid-murid lain dah balik.
Mia pun bangun dan suruh murid-murid lain siap-siap nak balik kecuali si boy nie.
Mia dengar sorang murid nie cakap pada si boy nie. Lebih kurang macam nie bunyinya:
"Nanti hang nak balik dengan sapa? Nak hujan nie. Kena balik jalan nanti."
Semua budak dah beratur elok-elok kecuali si boy nie. 
Masih berdiri kat depan tengok kawab-kawan nak balik.
Mia bagi last chance padanya untuk minta maaf. Kawan-kawan juga suruh minta maaf.
Mia pun taknak jadi kejam sangat sampai dia kena balik jalan nanti.

Si boy nie takde pilihan.
Terucap jugalah kata-kata 
'Saya minta maaf kawan-kawan' 
daripada mulut emasnya tu.
Mia tanya kawan-kawan sama ada diorang teri atau tidak kata-kata maaf tu.
Bila semua cakap terima, baru Mia lepaskan si boy yang degil tadi.
Dalam hati Mia cakap,
betapa sukarnya apabila berhadapan dengan murid macam nie..
Betapa H.O.T dan panasnya diri Mia hari tu...



T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A

No comments: