Tiada yang lebih berkuasa..hanya Dia..
Ya..Dia Maha Kuasa..
Siapalah kita..? Hanya hamba-Nya yang tiada apa-apa.
...
Alhamdulillah.
Ma dah balik rumah.
Seminggu juga ma jaga tok di hospital.
Cuma tok je yang tak berapa sihat.
Ma bagitau Mia apa yang doktor bagitau ma.
Kata ma,
"..buah pinggang tok rosak teruk.
Stok pula makin merebak.
Merebak sampai ke otak.
Bila minum susu, tok dah muntah-muntah.
Oksigen pun makin kurang.
Kata doktor, kalau nak buat dialisis boleh.
Tetapi dengan keadaan tok yang terlantar, tidak boleh bergerak..rasanya kesian kat tok.
Kalau jantung tok berhenti pun, doktor pun tak akan pam jantung tok lagi.."
Yaa..tok dah uzur..
Kata ma, kesian tok kalau badannya dicucuk-cucuk jarum.
Even amek darah pun, ma kata tok meraung-raung.
Kalau bercakap dengan tok pun,
hanya matanya saja yang bergerak.
Bila ma sembahyang, ma kata hati ma tak tenang.
Ma risau akan keadaan tok sekarang.
Masa Mia tengok tok aritu pun,
ma cakap sebelah badan tok tak boleh sentuh.
Tok akan tersentap dan meraung.
Masyallah.
Nampaknya dugaan kali ini hebat buat family kami.
Terutamanya buat ma.
Kata ma,
"..kita kena terima apa yang akan terjadi.."
Sebagai seorang anak, ma dah berusaha menjaga tok.
Namun, segalanya terserah kepada Allah.
Dia Maha Berkuasa.
Mia sebagai anak ma berdoa agar ma tabah menghadapi segalanya.
Dia lebih mengetahui segalanya kerana,
"Dia Berkuasa."
"Makhluk tak berkuasa."
Pss:
"Teringat masa tok kuat dulu. Tok suka ambil lidi penyapu dan cucuk satu-persatu daun mempelam yang gugur di halaman sampai bersih.."
T.U.L.I.S sebab S.U.K.A bukan T.E.R.P.A.K.S.A
No comments:
Post a Comment