Apr 23, 2012

Aku nak jadi mesin vakum! Lagi efficient tuk sedut habuk semua!


"Orang cakap nak tahu kita nie pekerja yang bagus atau tidak, kena tunggu selama 3 tahun. 
Kalau kualiti kerja kita tetap bermutu selepas 3 tahun, 
bermakna memang kita pekerja yang bagus!"




Kalau aku datang bekerja dengan perangai malas, apa kata korang?
Sure semua cakap belakang kata aku pekerja baru yang pemalas.
Kalau aku rajin buat kerja turun padang setiap petang,bawak budak lawan, 
korang cakap aku penyapu baru.
Mula-mula rajin, nanti malas!
Itu maksudnya kan?

Hey!
Aku buat kerja sebab itu kerja aku.
Itu tanggungjawab aku.
Aku tolong wat kerja lebih sebab aku tahu korang semua sibuk memanjang.
Aku bekerja terlebih masa sebab aku tahu komitmen aku tak sebanyak berduyun-duyun macam korang.
Aku sekadar menghulurkan pertolongan sebagai seorang rakan sekerja yang boleh membantu korang.

Tapi,
bila semangat kerajianan aku dipermainkan,
samalah seperti tidak menghargai kerja aku.
Tolong!
Aku tak mahu pujian pun.
Cukup korang diam dan tengok aku bekerja.
Cukup korang tahu aku bertanggungjawab terhadap kerja aku
dan korang boleh harap aku buat kerja.
Cukup korang tegur aku kalau aku buat salah dalam bekerja.

Kawan sekerja,
aku perlukan semangat korang semua untuk terus bekerja dengan rajin.

Rasanya korang belum kenal aku nie jenis yang macam mana.

Tanya mak aku.
Dia tahu aku paling bersungguh-sungguh kalau buat kerja.
Tambah-tambah lagi kalau orang bagi kepercayaan kepada aku buat kerja.
Lantak la orang nak cakap aku serius ke apa je.



Dalam bab-bab bekerja,
aku tak suka bekerja dengan orang yang malas, 
banyak beralasan, cakap besar.
Daripada diorang pekakkan telinga dan sakitkan hati aku,
baik aku buat kerja sorang-sorang.
Itu jenis aku.


Anyway,
aku lagi puas hati dengan kerja aku.
Aku buat kerja pakai hati, pakai tenaga aku.
Useless la kalau aku buat kerja yang cincai-cincai saja kan!
Buat apa aku nak busukkan nama aku.
Tak cerdik la kan?

Well,
aku belum berazam jadi penyapu baru.
Aku nak jadi mesin vakum!
Lagi efficient untuk sedut habuk semua!
Bila rosak boleh diperbaiki.
Kalau penyapu, kalau rosak saja orang terus buang.
Doa aku tak jadi macam tu.



Apr 22, 2012

Apa lagi yang boleh aku katakan?

Kau tahu apa perasaan aku sekarang?

Hati aku, jiwa raga aku agak terkilan dengan tindakan seseorang.
Aku memang nak luahkan tapi masih tak berkesampaian.
Bila tangan ini mahu menulis apa aku rasa,
terus tangan menekan laju butang backspace  mendeletekan semua kata-kata itu.
Tapi aku faham kenapa jadi sebegitu.
Mungkin Allah nak jaga aku supaya tak jadi jahat.
Nak halang aku supaya hati tak jadi hitam.
Nak elakkan aku menimbulkan perbalahan.


Alhamdulillah.
Bila hati mahu buat jahat, Allah pelihara aku supaya tidak jadi jahat.
Alhamdulillah.
Saat hati mahu melemparkan kata-kata kesat, fikiran meminta aku "bersabar."
Alhamdulillah.
Saat hati rasa mahu pecah menahan kemarahan, akal berkata "banyakkan berzikir."

Apa lagi yang boleh aku katakan?

Segala yang jahat yang muncul dalam hati boleh dipadamkan dengan mengingati Allah.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahhuakbar.

Ayuh,
banyakkan berzikir saat hati sunyi, sedih dan marah.

Pss:

"Kalau berniat nak buat jahat, malaikat takkan catat lagi dosa kita. Tapi bila kita betul-betul buat jahat, malaikat akan catat dosa kita. Tapi bila kita bertaubat, malaikat catat pahala kita.
Yang mana satu kita nak cari? Dosa? Pahala?"





Apr 20, 2012

SOALAN JODOH LAGI

..................
SITUASI 1
..................


Aku pandang borang peserta bola jaring sekolah. Lihat apa lagi yang belum selesai. 


"Ok, tandatangan GB belum settle lagi. Cari GB cepat. Jangan bertangguh!" 
Aku segera mencari GB di biliknya. Laju sahaja langkah kuatur ke pejabat.


Kelibat GB di situ buat aku tersenyum. 


"Puan busy tak? Saya nak mintak tandatangan puan untuk borang ini," 
Aku berkata.


"Tak takde sibuknya. Tapi kena bayar untuk dapatkan tandatangan saya," 
GB sedikit bergurau dengan aku lalu laju bergerak ke biliknya. 
Aku membontotinya daripada belakang.


"Borang apa ni?" 
tanya GB sambil memandangku. Aku menghulurkan borang tersebut.


"Ini borang senarai nama pemain bola jaring sekolah. Nak faks nanti," balasku. 


"Lawan nanti dekat sekolah mana?"


"MGS Klang, puan." Aku menjawab ringkas.


"Awak pergi sama ke nanti?" GB terus memandangku.


"Dengar-dengarnya macam tu la. Saya dengan Kak Ustazah Saini. 
Kak Nang nanti jadi pengadil di sana." 
Balasku lagi.


Sambil meneliti borang tersebut, ramah sahaja GB bersembang denganku.


"Macam mana sekolah ini? Awak ada mintak nak tukar tak?" soalan GB itu buat aku terpinga-pinga.


"Ya?" Aku masih blur.


"Ada minta nak tukar sekolah lain tak?" tanya GB lagi. Aku mengangguk tanda faham.


"Tak. Saya kalau mintak nak balik Kedah, tak tahu la bila nak dapat. Sekolah ini okay, takda masalah setakat ini." balasku jujur. 


Aku tak tipu. Memang sekarang belum ada niat mahu bertukar sekolah. Mungkin aku semakin selesa bekerja di sini dan belum bercadang mahu bekerja di tempat lain. Kalau berpindah ke tempat lain, nasib kita belum tentukan?


"Umur awak berapa?" tanya GB. Macam berminat sahaja mengambil tahu perihal diri aku.


"Umur saya 25 tahun, tahun nie." pendek sahaja jawapanku.


"Nak masuk 25 la? Macam tu sama macam anak saya. Awak takde calon lagi ke? Masa kat maktab ke? Kawan-kawan sekolah ke??" semakin mendalam soalan GB.


Aku sekadar ketawa kecil. 


"Puan, dulu mana sempat la. Saya fikir belajar je. Tak sempat nak tengok orang,"
Aku pandang wajah GB.


"Kalau saya kenalkan awak dengan kawan-kawan anak saya nak? 
Tapi diorang semua enginer la..sebab anak saya bidang tu. 
Hehe...saya pulak jadi match maker pulak?"
GB ketawa senang hati.


Aku sekadar tersenyum nipis.
 Keluar saja bilik GB, aku menggeleng-gelengkan kepalaku perlahan.


Hai...apa lagi yang aku boleh cakap. 
Alhamdulillah la sebab ada orang nak jadi match-maker aku.


Walaupun sekadar gurauan, rasanya tak salahkan buat aku ketawa hari ini!


...................
SITUASI 2
...................


8.48 pagi. Berkejar-kejar ke kantin sekolah pula. Lapar. 
Perut memang lapar hari ini. 


Tengok jadual. 9.10-9.40 pagi ada relief kelas. 
Tak kira! Aku nak makan jugak.


Dalam kantin ada geng ustazah pilihan dan imam muda. 
Geng pantai timur. Geng Kelantan.
Hahaha. 
Tipu. Tapi betul memang ada kak Aminah, Kak Rafida, Kak Zila dengan Ustak Fauzan.


Kay! 
Tak kira aku join jugak diorang. 
Makan tak pandang kiri kanan. 
Sampuk bila perlu, cakap bila mulut ringan.
 Telinga pasang besar-besar dengan percakapan diorang.


"Dekat astro ada program ustazah pilihan dengan imam muda." 
kak Aminah bercerita.


"Siapa menang?" tanya Kak Azila pula.


"Ustazah la. Bahas pasal tajuk menjaga ibu bapa, tanggungjawab anak perempuan ke anak lelaki?" balas kak Aminah lagi.


Aku pasang telinga lagi. 
Menarik juga tajuk ini jika dikupas secara mendalam.


"Memang la anak lelaki, tapi masing-masing main peranan." 
Ustaz Fauzan dihadapanku menambah.


"Perempuan dah kawin, kena ikut suami la," 
Kak Rafida bersuara perlahan.  


"Tiqah dah ada calon?" 
soalan Kak Zila hampir buat aku tercekik. Ehh..masuk cerita aku pulak!


Aku gelak kecil.


"Mana ada lagi Kak Zila." balasku.


"Hmm, mestilah dia tak nak cakap dia dah ada orang." 
Ustaz Fauzan pula menambah.


Kak Zila tersengih memandangku.


"Direct Kak Zila tanya nie. Takdak tapeh-tapeh dah."


"Takde jodoh lagi Kak Zila. Gaji pun tak dapat lagi." 
Aku cuba mematikan topik tadi sambil mata melihat jam di tangan Kak Rafida. 9.04 pagi.


"Aikss, tak dapat gaji lagi ke?" Tanya kak Zila lagi.


"Belum akak. Hari tu tanya kak Zah, dia cakap gaji proses bulan 4. Tunggu je la.." Aku menghabiskan makanan yang masih berbaki.


"Ala, nanti gaji masuk seketul. Banyak masuk cepat la habis. 
Klo tak masuk jugak, buat loan dengan boyfriend dulu." 
usik ustaz Fauzan lagi.


Aku membalas kata-kata itu dengan senyuman. 


'Ustaz, saya takde boyfriend la!' 
hanya hati yang berani berkata-kata.


Aku mengangkat pingganku dan terus meminta diri untuk ke kelas.


Keluar saja kantin, 2 orang murid 4 Dinamik betul-betul menunggu aku di luar.


"Cikgu, masa cikgu dah habis dah. Sekarang masa Cikgu Azila," 
Seorang murid seakan merungut.


Aku kehairanan. Rasanya aku dah semak jadual tadi!


"Aikss, belum lagi la. Cikgu masuk kelas kamu pukul 9.10 sampai 9.40 la." terangku.


Seorang murid merangkap ketua kelas 4D seakan tidak berpuas hati dengan jawapanku.


"Habis, Cikgu Rima yang cakap masa cikgu dah habis..." 


"Takpa, cikgu pergi check jadual. Mari ikut cikgu."
Aku berjalan laju ke bilik guru. Dua orang murid itu mengikutku.


Aku mengambil buku catatanku untuk menyemak jadual reliefku, takut tersalah faham pula.




Betul!


Masa aku memang 9.10 hingga 9.40.


"Tengok, baru betul sekarang masa cikgu. Jom masuk kelas sekarang!"
Arahku lalu pantas ke kelas.


Waktu itu, loceng sudah berbunyi untuk pertukaran waktu seterusnya.


"Cikgu tak lambatkan?" 
sengaja kuajukan soalan kepada kedua murid itu sejurus melangkah masuk ke kelas.


Kedua-dua murid lelaki tadi tersenyum kepadaku.












Apr 17, 2012

Semoga tali persahabatan mereka terus berkekalan.



Mataku meliar mencari anak gadis seorang ini. 
Aisksss...selalunya mesti dia datang dengan Hidayah. Tapi Hidayah sudah datang. 
Dia batang hidung pun tak nampak.


"Fath, sorang lagi mana?" tanyaku kepada Fathirah.

"Siapa, Farah cikgu? Entah la cikgu. Saya cakap dengan dia tadi dia buat tak tahu aje. 
Geram saya cikgu!" Adu Fathirah yang sedang memakai kasut sukan. 
Reaksi wajahnya yang tampak bersungguh-sungguh itu buat aku tersenyum nipis.


'Ni kes gaduh la ni,' hati kecilku berbisik.


"Mana dia sekarang?" tanyaku lagi. Kali ini wajah Hidayah pula kupandang. 


"Dia nangis cikgu. Dah balik kot!" Balas Hidayah pula.


Aku mula bercekak pinggang. Hai...budak-budak kalau gaduh macam nie la. 
Mudah sangat merajuk dan menangis.


"Kenapa dia nangis? Kamu ada buat apa-apa kat dia ke?" 
Aku cuba mengorek rahsia anak-anak gadis muda itu.


"Ala, cikgu. Dia kena hasut dengan si Ema tu. Ema cakap kami mengata kat Farah, padahal kami kata kat dia. Farah pun percaya la cikgu!" 
Balas Fathirah dengan nada yang sedikit keras, tanda tidak berpuas hati. . 


Aku menggeleng-gelengkan kepalaku. Macam-macam budak-budak ni!


Aku nampak Farah keluar daripada tandas. Matanya merah. 
Tampak dia sedang menangis. Lemah longlai dia datang ke padang. 
Mukanya menunduk saja sambil menukar kasut berpaku. Ema jelas berada di sebelahnya. 


Sebagai guru, aku tak mahu campur adukkan masalah budak dengan latihan bola jaring. 


'No bias in teaching.' Itu prinsip aku.


 Jadi, aku abaikan apa yang aku dengar dan aku meminta murid memanaskan badan seperti biasa.


"Matun...Syikin...ambil bola nie. Buat balingan macam biasa." Arahku. 


Bola kubaling tepat ke arah Matun. Lincah sahaja gadis kecil itu menyambut bola.


Aku memandang Farah dan Ema. 
Gadis itu sedang melilit tali kasut ke tapak kasut dan kemas mengikatnya.


"Farah, sambut bola nie. Masuk padang buat balingan dengan Ema." Aku menggolekkan bola ke arah Farah. Farah dengan mata yang masih merah menyambut bola aku tangkas. 


Perkara yang menarik tentang Farah. 


Dia sangat innocent. Tubuhnya sederhana tinggi dan dia adalah shooter yang bagus.
 Kelemahan dia cuma dia tak cukup tinggi untuk jadi seorang shooter yang hebat. 
Biasanya, shot dia memang tepat tapi disebabkan kekurangan ketinggian,  maka dia biasa diletakkan di bahagian wing dan goal defender sahaja.

Farah tak macam murid-murid lain yang kuat merungut apabila kena tegur, 
kena marah dan kena denda dengan Kak Nang. 
Dia cool saja dan aku boleh nampak dia berusaha memperbaiki dirinya. 
Cuma, aku dan Kak Nang sekarang tengah mencari posisi yang sesuai untuknya. 
Sebabnya, kami sudah ada shooter yang tingginya hampir menyamai ketinggian aku.
 Jadi, memang Farah perlu diberi posisi lain. Belum nampak kekuatannya dalam posisi lain.



Balingan bola Farah menang laju dan kemas. 
Aku sendiri kalah apabila menerima hantaran bolanya itu. 
Dia konsisten. 
Dia tak pernah ponteng latihan. 
Tutur katanya juga buat aku senang untuk berbicara dengannya sebagai seorang kawan.
 Mungkin kerana sikapnya seperti seorang kakak berbanding murid-murid lain. 



Farah gadis yang manis. 
Dia seorang yang feminim walaupun berunifom sekolah. 
Namun di padang, dia adalah gadis lincah dan bersungguh-sungguh membuat latihan bola jaring. 
Itulah Farah yang aku kenal. Itu sebabnya aku sedikit kagum dengan Farah. 


Orang cakap sukan dapat mengeratkan hubungan. 
Hari ini kenyataan itu terbukti. 
Masa rehat, aku nampak Fathirah dengan Hidayah berkongsi minuman dengan Farah. 
Masing-masing sudah boleh  bergurau dan bercakap-cakap. 


Alhamdulillah...itu sahaja yang dapat aku cakap. 
Aku memang senyum melihat telatah mereka. Budak-budak macam itulah. 
Sekejap  panas sekejap sejuk .


Tamat latihan, mereka mula bersurai. 
Aku dengar Fathirah memanggil nama Farah. Hidayah mengikut di belakang. 
Mungkin mereka ingin menyelesaikan salah faham yang berlaku. Aku senyum lagi.


"Zaman kanak-kanak paling best. 
Semoga tali persahabatan mereka terus berkekalan."

Doa aku kepada mereka.



Apr 16, 2012

Sekadar cerita tanpa noktah

4.50. 
Masih bertelekung sembahyang. 
Sudah selesai solat Asar tapi malas nak bergerak.


"Cakap kat budak petang nie pukul 5 latihan," 
pesan cikgu PK Koko aku, Kak Nang.


Aku mengangguk faham. 
Kalau aku tak sampaikan pun,
 budak-budak bola jaring sure dah sampai padang lebih awal daripada itu.


Jam pukul 5. 
Okay.
Aku rajinkan juga bangun dan tukar baju walaupun aku rasa sudah terlewat. 
Jadi aku budget masa berjalan ke sekolah 3 minit dan 
insyaallah aku bakal sampai tepat jam 5.05 minit. 


Capai duit RM5, handphone dan beg galas berisi wisel merah.
 Langkah laju berjalan tanpa aku pandang ke kiri dan kanan.


Suara murid-murid sekolah agama kedengaran jelas sekali. 
Maklumlah masjid kampung Raja Uda sangat dekat dengan rumah aku dan 
sekolah agama berada di sebelah masjid tersebut. 
Aku berjalan melintasi masjid di sebelah.


Kedengaran suara anak-anak murid aku menjerit memanggil aku.


"Cikgu...cikgu...Cikgu Atiqah! Cikgu Atiqah!!" 
Jelas nama aku dipanggil.


Aku dapat dengar suara Harith. Aku dapat kenal suara Mokhzani.
Aku menoleh sekali dan segaris senyuman aku hadiahkan. 
Semakin laju langkahku atur.


Bukan aku jual mahal, 
tapi tak mahu mengganggu pengajaran yang berlangsung di masjid itu.
Lama-kelamaan,
 suara murid-muridku semakin hilang dan sunyi.


Aku meniti jalan kecil di tepi sekolah. 
Mataku tenang memandang padang hijau di bawah pokok yang redup.
Hari yang sangat baik untuk bermain bola jaring.
Mataku mencari budak-budak bola jaring yang biasanya sudah riuh di padang.


"Aiksss...mana diorang nie? Tak tahu ke ada latihan macam biasa."
Detik hatiku.


Langkahku mula longlai. Mata masih meliar mencari mereka.


Kelibat seorang murid menarik perhatian aku.


"Ema!..Mana yang lain?" panggilku.


Ema menadang aku lalu membalas.


"Diorang sekolah agama. Nanti datang la, cikgu!" 


Kemudian aku nampak kelibat si tubuh kecil Kairin dan Syarifah.


"Cikgu Atiqah!" Teriak mereka dari jauh.


Aku membalas dengan senyuman lebar.
Kaki semakin cepat melangkah ke padang sekolah.


Jammatul seperti biasa sudah berada di situ. 
Tanganku disalamnya.
"Nah cikgu. Saya bagi pau kat cikgu,"
 Jammatul menghulurkan bungkusan beg berwarna oren  kepadaku.
Pau kaya yang masih panas kuterima dengan hati yang senang.

Pau dah kemek kena tindih dengan beg! Tapi masih sedap.

"Tahu saja cikgu tengah lapar," usikku.


Jammatul ketawa. Kairin dan Ema jugak.


"Cikgu Nang dah datang?" tanyaku pada mereka.


Pertanyaanku dibalas dengan anggukan mereka.


Aku cukup respek dengan guru yang seorang ini. 
Dia contoh guru rajin yang banyak dedahkan aku dengan sukan wanita ini.
Kerana cikgu Nang, mataku, hatiku dan badanku makin mudah menerima sukan ini.
Jangan tak tahu, aku sudah pandai meniup wisel sebagai refree sukan ini sekarang.



"Okay...tak nak bangga diri sangat sebab banyak lagi aku kena belajar."
Hati kembali insaf.


Tiba-tiba aku teringat seorang lagi anak murid aku.
Orangnya comel,
 tapi tahap kebluran agak tinggi.
Kena ketuk selalu baru berjalan.


Itu Izzah Irfatin.
Dia budak baik dalam kelas aku.
Sebab tu aku lantik dia jadi bendahari walaupun disebabkan kebluran dia tu,
aku sudah turunkan pangkatnya yang sebelum ini penolong ketua kelas.


"Cikgu, nah ini!"
Dia meletakkan sebiji coklat di atas buku ringkasanku.


Masih selamat dalam pencil case. Nanti bila lapar i bedal!

Aku pandang Izzah.
Reaksi aku ringkas.
Aku senyum dan aku terima hadiahnya dengan hati yang ikhlas.
Langsung aku tak tolak.

"Terima kasih Izzah. Nanti cikgu makan waktu rehat nanti."
Aku beri senyuman paling manis padanya.
Dia turut tersenyum lebar memandangku.


Dulu,
ada seorang murid beri coklat padaku.
Tapi, aku memang mati-mati tolak pemberiannya,
sebab aku tak nak murid tu anggap aku baik sangat dengannya.


Tapi lepas kejadian itu,
wajah murid yang aku tolak coklatnya terngiang-ngiang di tubir mata
sampai buat aku terus terfikir dan terfikir.
Akhirnya, aku salahkan diri ini.
Aku rasa aku tak patut buat macam tu.
Aku rasa bersalah buat anak murid aku macam itu.


Kemudian, aku refresh balik cerita korea Oh!My Lady.
Dalam cerita tu,
ada seorang budak perempuan comel lagi pendiam beri coklatnya
kepada seorang lelaki lakonan Choi Si Won.


Aku ingat kata-kata seorang pelakon perempuan dalam cerita itu.
Katanya,

"Bukan semua budak sudi beri coklat pada orang lain."


Nampaknya,
aku bertuah menjadi golongan penerima coklat daripada murid-murid.


"Terima kasih murid-muridku!!"


Apr 14, 2012

Pesanan ini untuk diri aku jugak supaya aku juga beringat-ingat.

Wahai cikgu semua.
Ini pesanan aku.
Walau pun baru tak sampai setahun jagung jadi cikgu,
tapi aku mula faham dunia kita.





Pesanan ini untuk diri aku jugak
supaya aku juga beringat-ingat.



Jadi cikgu jangan kedekut duit.
Nampak anak murid lapar belanja la sikit.
Rezeki jadi cikgukan murah, setakat nak keluar sikit takde hal la.
Tak payah nak berkira setakat nak bawa keluar RM1 untuk anak murid.
Rm1 kau bawa keluar kat dunia, kat akhirat ini Allah gandakan lagi pahala kau.


Jadi cikgu jangan kedekut masa.
Kalau dengan anak orang kita kedekut masa,
nanti dengan anak sendiri orang lain buat macam tu jugak.
Nak???




Jadi cikgu perangai jangan hodoh.
Satu dunia kenal kau cikgu.
Gaya kau, perwatakan kau memang dah ada cop cikgu.
Sekali kau jadi cikgu, sampai mati pun orang panggil kau cikgu.
Jangan malukan profesion kita.
Kita jadi cikgu baik tau!


Jadi cikgu jangan banyak komplen.
Bukan juga menerima semuanya.
Tapi berpada-pada.
Kita profesional.
Mentality kita bukan budak-budak.
Gunakan perbincangan sebagai medan penyelesaian masalah.
Jangan seperti rumah siap, pahat berbunyi.
Itu bukan kita.



Jadi cikgu jangan banyak berkira.
Kita satu aliran
Kerja sama-sama.
Jangan culas.
Jangan malas.
Jangan lepas tanggungjawab kita pada orang lain.


Kalau gaji nak, kerja mesti mau!
Kalau gaji nak, kerja kena rajin.
Kalau gaji nak, jangan banyak beralasan.


Profesion kita mulia.
Kau tau kan?




Kau bangga jadi cikgu?



Aku bangga jadi cikgu.
Aku bangga jadi anak kelahiran IPG.
Di IPG, dunia kerjaya aku bermula.
Jadi, jangan rasa terbeban jadi cikgu.
Kita jadi cikgu yang baik tau!


Apr 13, 2012

Itu yang buat kami semakin ringan membantu kau di belakang.

Lelaki...are you ready to get marry?


Tapi lihat ini dulu.




Korang jangan la tengok bab ejaan 'tanggung jawap' yang salah tu.
Sebagai guru yang sebelum ini merangkap Cikgu BM,
aku memang marah kalau bab-bab salah ejaan nie.
Mahu je aku bulat besar-besar pakai pen dakwat merah.
Dah la ejaan salah...dijauhkan pula 'tanggungjawab' tu.
...alahai...


Abaikan.
Back to the main point.


Encik bernama lelaki.


Bersediakah kau nak pinang anak dara orang?
Betul dah bersedia nak jadi pemimpin bakal isteri kau?
Betul-betul bersedia nak bertanggungjawab ke atas isteri kau?
Betul-betul-betul bersedia nak jawab kalau Allah tanya,
adakah kau menjalankan tanggungjawab terhadap isteri dan keluarga kau???


Kalau jawapan kau dah bersedia,


TAHNIAH!


Tolong ingat!


Jangan kau harap isteri kau bayar ansuran kereta,
beli barang rumah, bagi duit belanja kat anak-anak.
Itu bukan tanggungjawab isteri kau.
Itu tanggungjawab kau.
Kau kena hulurkan dahulu.
Kalau tak cukup, barulah isteri akan membantu.
Jangan kau paksa isteri bayar itu ini.
Mentang-mentangla kau tahu isteri kau gajinya besar, kerja kerajaan,
kau mintak isteri bayarkan semua.
Mungkin ada isteri yang tak  kisah,
jadi semua benda dia tolong bayar.
Penghabisan,
dia pula macam jadi peganti ketua keluarga.
Kemudian,
kau sibuk cakap isteri ambil alih peranan kau.
Padahal,
kau yang ambil kesempatan sampai isteri pun rasa
dirinya lebih layak berbanding diri kau.


Jadi Encik Lelaki,
jangan malukan dirimu.
Kau hebat.
Sebab tu kau layak jadi pemimpin.


Jadi Encik Lelaki.
Tugas kau tanggung keluarga.
Tugas isteri hanya membantu di belakang.


Bukan kami sebagai perempuan kedekut,
tak mahu kongsi harta kami.
Kami boleh.
Kami langsung tak kedekut.
Asalkan kau tahu tanggungjawab kau.
Keutamaan kau.
Itu yang buat kami semakin ringan membantu kau di belakang.



Apr 10, 2012

Tapi kalau buat perangai macam hantu, aku pun naik hantu jugak!



Minggu pertama sekolah.
Langsung aku tak sentuh budak.
Tapi aku bukan jenis yang lemah longlai depan budak.
Aku tegas.
Aku marah budak main-main dalam kelas.


Minggu kedua.
Budak nampaknya main-main dngan aku.
Langsung tak takut walaupun aku rasa aku nie jenis yang garang jugak.
Buat kerja aku pun main-main, tak siap, kerja kotor, tulisan cacing, garis bengkang bengkok.
Aku tegur tapi masih tak berjalan.
Aku marah tapi tak berkesan.
Akhirnya tangan aku mula berjalan.
Satu-satu yang tak buat kerja aku bagi penampar sorang-sorang.
Tapi setakat lengan sahaja.
Bukan aku lempang muka budak pon.
Aku pun tak suka kena lempang kat muka.


Minggu ketiga.
Masih ada yang tak insaf dan buat perangai.
Aku kenakan denda pula.
Siapa yang tak siap aku denda duduk kat luar kelas dan siapkan kerja sampai siap.
Makin seronok diorang.
Duduk luar kerja tak berjalan pun.
Saja tunggu masa habis dan masuk kelas.
Aku hangat sehangat-hangatnya.


Minggu seterusnya…


Tangan aku makin meliar.
Tak dapat tampar budak, aku pulas-pulas budak yang tak buat kerja.
Siapa yang main-main masa aku mengajar, baru nak salin tarikh sedangkan aku dah siap salin satu karangan, baru nak buka buku, nak cari alat tulis, semua aku bagi kaw-kaw.
Biar mengeliat macam cacing korang.
Tapi korang buat perangai jugak.
Tak ubah-ubah perangai korang.
Korang masih main-main dengan cikgu korang nie.


Seterusnya, aku kenakan denda lain pulak.
Siapa tak siap kerja, tak bawa buku dan tak nak belajar dalam kelas,
Aku suruh berdiri di luar.
Betul-betul depan pintu di mana aku boleh nampak muka sorang-sorang.
Sejam berdiri kat liar rasanya lenguh jugak kaki diorang.
Badan pun bengkok sana, bengkok sini.
Aku boleh mengajar budak lain dengan aman lepas diorang aku asingkan di luar.


Hari ini, semua denda itu tak berkesan sangat pun.
Masih ada yang berani hantar buku kerja tak siap dan tak buat kerja yang diber.
Masuk saja hari ini, aku panggil nama sorang-sorang.
Memang aku marah siapa yang tak buat kerja aku.
Kali nie aku tak pulas diorang.
Aku tunjuk kerja diorang yang teruk kepada budak-budak lain dan aku koyak kerja-kerja yang tak siap dan tak kemas.
Agak biadap cara aku nie, tapi aku memang cakap kat budak,


“Kalau kamu berani kurang ajar dengan hantar kerja tak siap kat saya, saya pun akan berkurang ajar jugak dengan kamu.”


Kesannya, kerja budak siap. Tulisan dan kerja kemas. Banyak soalan yang betul.
Hati aku pun senang.
 

Sekali aku pernah pegang rotan dan merotan 4 orang budak yang buat perangai
masa bawak diorang masuk ke dalam  perpustakaan .
Sorang budak perempuan bagi rotan yang dia jumpa dalam perpustakaan kat aku.
Mulanya tak berniat pun nak guna.
Sekadar gertak budak-budak nie.
Tapi bila buat perangai dan ingat aku main-main,
bergaduh belakang aku, lari-lari curi buku kawan dan sembunyikan buku,
jerit sana sini.




Sekali aku bagi betul-betul.
Seorang budak lelaki menangis.
Sorang lagi macam protes kat aku.
Aku nampak muka dia marah betul kat aku.
Sebelum balik,
aku tahan dua orang budak ni.


"Kamu nak marah cikgu ke?.."
"Cikgu ke yang bersalah rotan kamu?"


Aku pandang wajah sorang-sorang.

Budak-budak ini menggeleng dan cakap "tak".


Selesai.


Aku bukan nak jadi kejam dengan budak. Aku sayang anak murid aku. Lepas marah, denda dan pukul budak, aku pasti akan ingatkan murid kenapa aku buat semua tu.
Aku beritahu kesan yang mungkin terjadi kalau aku biarkan perangai buruk diorang tu.


"Patut tak aku sebagai guru marah mereka 
yang tak buat kerja dan main-main dalam kelas?"


Mereka jawab “patut.”


Pss:
Bila mereka baik,
aku memang bari reward, bagi pujian, tulis good kat buku dorang, belanja diorang yang tolong aku.
Tapi kalau buat peranga macam hantu,
aku pun naik hantu jugak!



Apr 9, 2012

Men Are From Mars, Woman Are from Venus

Kalau belum bersedia nak buat jambangan bunga, 
jangan gatal-gatal nak memetik bunga. 
Jangan buat bunga itu gugur...layu dan mati!




Lebih baik bunga itu gugur, layu dan mati secara semulajadi.


Bahasa kiasan yang sepatutnya difahami.


...


Mereka cakap kau datang dari planet Marikh.
Kami pula daripada planet Venus.
Dulu kita saling tak kenal langsung.
Kita buat hal masing-masing di planet kita.
Cuma pada suatu hari.
Kita bertemu untuk saling lengkap melengkapi dengan ikatan yang sah.
Kita belajar menerima kelemahan masing-masing.
Ini buat kita saling hormat-menghormati.
Kita bahagia.


Namun,
kebahagian itu tidak kekal lama.
Kita berpindah ke bumi.
Kita diserang wabak sehingga melupuskan ingatan kita.
Kita lupa dulu kita berasal dari planet yang berbeza.
Kita lupa diri kita tidak sama.
Kita lupa untuk belajar memahami dan menerima kelemahan masing-masing.


Akhirnya,
kita hilang perasaan hormat.
Kebahagian kita berakhir.

(Men Are From Mars, Woman Are from Venus by John Gray)




Lelaki tak sama seperti wanita.
Wanita berbeza dengan lelaki.


Seharusnya,
perbezaan kita buat kita saling belajar mengenali satu sama lain.
Tapi kita tak pernah cuba belajar memahami.
Kita harap kita dapat ubah orang lain.
Kita harap orang ikut telunjuk kita.

...

Kalau belum bersedia 
untuk memahami, untuk menerima, untuk menghormati,
jangan berani bermain api.


Si jejaka jangan cuba bermain-main dengan si gadis.
Si gadis jangan cuba-cuba menggoda si jejaka.


Sebelum memberi hati kepada seseorang,
fikirkan dulu,
tujuan memberi hati kita kepadanya.


"Saja-sajakah?"
"Untuk dimain-mainkankah?"
"Suka-sukakah?"
"Seriuskah?"

Fikir-fikirkanlah.


Pss:



"Andai cinta manusia makin buat engkau jauh daripada Allah, maka tinggalkanlah.
Mengapa mahu menyeksa diri untuk memperhambakan diri kepada cinta manusia?
Lebih elok kau cari cinta Allah dulukan?"


Apr 8, 2012

Jangan terlalu berharap. Biar perasaan itu natural.

Cerita 1


Suatu petang, seperti biasa aku pergi ke padang SKKRU melihat murid bermain bola jaring. Terserempak sekumpulan guru perempuan sedang bersembang. Aku menegur dengan senyuman. Sebuah kereta berhenti berdekatan aku dan guru-guru lain. Peugeot mewah menarik perhatianku.

“Cantik. Tapi…arghh…jangan berangan nak pakai kereta macam tu. Gaji pun belum tahu bila nak masuk tau!”

 Hati cepat saya mematikan angan-anganku.

“Rajin betul awak. Petang-petang datang.” 

Tegur Guru besar dari dalam kereta kepadaku.

Aku sekadar tersenyum tanpa membalas. 

Guru-guru perempuan tadi ketawa kecil sambil mengusik aku.


“Dia memang rajin, puan!”

Aku menggelengkan kepalaku. “Ada-ada saja diorang nie.”

Balas guru besar lagi,

“Muda-muda la kena rajin, kena kerja kuat. Nanti dah kawin, bawa perut sana sini, susah. Nak minta tolong pun kesian. Awak dah berpunya ke belum?” 

Guru besar selamba menegur aku.

Seorang guru wanita menyampuk,

“Puan, kesian kat dia puan. Dia takde sapa-sapa lagi. Puan tolong la cari kat dia sama…!”

“Arghh…sudah akak nie. Lebih-lebih pulak macam aku nie terdesak sangat….”

Bebel hatiku.


Cerita 2


"Kenapa Eika tak kawan je dengan orang tu? Kenal-kenal la dulu. Mana tahu tu jodoh Eika."
Seorang teman serumah berkata.

"Kita malas la Jee. Tengok pun tak pernah. Kenal pun sebab dia follow orang masa zaman friendster sampai zaman fb nie. Bukan selalu chatting pun...!" Balasku.

"Ala, kenal-kenal la dulu. Dia yang nak kawan dengan Eika kan?" Cadang housemate lagi.

"Memangla Jee. Kita nie kalau tak kenal orang memang kita tak percaya, Jee. Lebih-lebih lagi kalau jumpa pun tak pernah, duduk kat mana-mana tah...Bayangkan kalau kita tiba-tiba suka dia, tiba-tiba dia hilang ke, main kayu tiga ke..apa ke...tak ke naya je kita.!" 

Balasku sedikit tegas.



Cerita 3


Kak cik menelefon aku suatu malam. "Tak terima apa-apa ke panggilan misteri?"

Pelik. 

"Apa pulak yang misteri-misteri nie? Ke hang kot yang terima call misteri-misteri nie?" 

Aku pulak mengusik dia. Kak cik sekadar ketawa. Akhir perbualan pecah juga rahsia. 

"Ada sorang kawan kak long bagitau yang kawan dia nak cari orang. Kerja cikgu jugak tapi sambil-sambil belajar. Kak long beri nombor hang kat dia!"

Wah..wah...wah......! Mahu je aku bebel kat kak long. Apsal la dia senang-senang kasi nombor aku kat orang. Tak bagitahu aku pulak tu. Kurang-kurangnya kasi FB dulu ke takpe la jugak. Nie nombor aku? Haissh...nak kena nie!

Malam itu suatu mesej masuk inbox aku.

"Insyaallah..klau Allah ttapkan sesuatu di antara kita..sya cuma berusaha"

Apa benda pulak nie?


Aku ternganga.



Pss:

1. Nampak teruk dan sadis sangat ke kalau tak berteman di kala umur 25 tahun?
2. Boleh mencari cinta tapi jangan sampai terdesak mencari cinta!
3. Jangan terlalu berharap. Biar perasaan itu natural.
4. Percayalah, ada jodoh adalah. Itu janji Allahkan?

JATUH CINTA









GIRL'S DAY - IF YOU GIVE YOUR HEART




Tell me your love
to feel it deep inside my heart
you can’t hold on alone by yourself
i know..

Tell me that you love me
if you turn around, i might not be here
i can no longer wait for you.
You’re standing alone
just shedding your tears
which i am saddened by
i can’t hold on anymore
i know you also need somebody
can you feel my heart
tell me your love
to feel it deep inside my heart
you can’t hold on alone by yourself
i know..
Tell me that you love me
if you turn around, i might not be here
i can no longer wait for you
i will stay even until the end of time
if you’re by my side
even though it’s still tough
my heart will remain unchanged
tell me your love
to feel it deep inside my heart
you can’t hold on alone by yourself
i know..
Tell me that you love me
if you turn around, i might not be here
i can no longer wait for you
i can no longer wait for you










Apr 3, 2012

Aku letak agama lebih daripada adat.

Tahniah dik.
Maaf ye aku tak dapat balik aritu.
Kau faham je la dik..kau bertunang hari aku bekerja.
Nak minta cuti rehat khas, kau faham la aku masih baru kat sini.
Berita kau nak bertunang pun dik, aku dapat tahu lewat daripada ma.
Kalau tak silap, beberapa hari kau nak bertunang ma call dan bagitau aku. 
Tapi aku tak marah dan tak terasa apa-apa pun walaupun kau dah langkah 2 bendul tau.
Hahahah...aku x kisah la bendul-bendul nie.
Asal aku tau kau dah bertunang dengan jejaka pilihan kau cukup.
Lagi pun dah lama kau kenal dia, dik.
Dari bangku sekolah lagi sampai la kau habis belajar sekarang.
Memang elok sangat kau melangkah ke peringkat seterusnya.
Cukupla zaman kau bercouple-couple nie.
Penamatnya aku menunggu hari perkahwinan kau pulak.



Melihat gambar kau bertunang, aku sebenarnya sedih dik.
Bukan sedih sebab kau langkah bendul.
Pada aku, 
aku letak agama lebih tinggi daripada adat.
Aku sedih sebab sangat gembira kau membesar 
dan jadi perempuan dewasa.
Beza umur kita setahun saja dik.
Bila kau belum bertunang, 
aku nampak kau masih budak-budak lagi.
Budak-budak yang aku suka gaduh dan berperang mulut hari. 
Budak-budak yang suka tolong  dan ambil aku masa zaman belajar dulu.
Budak yang suka 'curi' topap hp aku.
Hahaha...


Tapi kau taukan,
aku memang tak berkira dengan kau dik kalau setakat kau nak minta topap tu.
Sebabnya,
sampai sekarang pun kau tak pernah bebal nak tolong aku.
Kalau kau bebal pun kau wat jugak.
Kau sanggup hantar pos laju baju konvo aku dan beli tudung yang matching,
walaupun pos tu tak sampai kat aku dan balik semula kat rumah.
Kau tak kisah nak wat wang pos tuk aku masa konvo haritu.
Kau sanggup pergi scan wang post dan send kat email aku.


Pendek kata,
walaupun pada sesetengah orang benda tu nampak sangat kecil,
pada aku besar jasa kau, dik.
Itu tak masuk lagi semua jenis kek yang kau buat bila aku dengan adik-beradik lain
 nak balik ke tempat belajar.
Dengan motosikal tu la,kau ulang alik ambil aku.
Sebab tu aku sayang kau dik.
Cuma mulut aku tak reti nak cakap aku sayang kau dik.
Jadi,
 aku harap akau dapat balas dengan perbuatan aku yang tak seberapa tu.


Maaf dik sebab tak balik.
Aku cukup kesian sebab kau, ma dengan kak Ani je yang ada untuk uruskan 
majlis kau.
Aku, kak cik, Mila, Bang Wi, Nasriah... semua tak ada semasa majlis kau.
Nak je aku marah kau sebab pilih hari orang bekerja.
Kalau semua ahli keluarga kita ada memang best sangat.
Kami nak ada untuk majlis istimewa kau dik.
Takde la kau sorang-sorang buat bekas hantaran sampai 9.
Kau juga terkejar-kejar cari baju tunang.
Make-up semua.
Tapi nak wat camne.
Memang bukan rezeki kami.
Terima je la..


Baiklah.
Cukup la akak kau nie bebel-bebel panjang.
Kau pun tahu aku banyak bercakap kan.
Nasihat aku jaga diri elok-elok.
Bertunang bukan bermaksud yang haram jadi halal.
Orang cakap masa bertunang la paling banyak cabaran.
Banyak bersabar, banyak bertoleransi, saling percaya-mempercayai dan
 banyak berdoa kepada Allah.
Insyaallah,
hubungan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Amin.


Pss:

"Aku tak sabar tunggu gaji dik. Bila lagi aku nak belanja kau dik?!"