Dec 31, 2012

Cerita 16.1.2.2012

Lupa nak cerita pasal wedding akak dengan adik yang lepas. Buat yang hadir, alhamdulillah. Terima kasih banyak-banyak. Buat yang tidak dijemput, maaf banyak-banyak. Mungkin saya dan keluarga terlepas pandang juga. Saya mewakili ahli keluarga saya mengucapkan terima kasih dan kami sememangnya gembira dan bahagia dengan kehadian anda semua. Insyaallah, pada masa akan datang segala kekurangan akan kami perbaiki. Yang penting, kami mahu tetamu kami pulang dengan perasaan puas hati, kenyang dan penuh senyuman.

Tarikh 16.12.2012.

Sebulan sebelum tarikh di atas.

Okay, nak cakap aku memang relax habis sambil goyang kaki masa tu. Dalam fikiran rasa majlis kenduri lambat lagi. Tambah pula cuti-cuti sekolah, maunya nak landing dalam rumah dan malas nak buat apa-apa kerja yang memenatkan diri sendiri. Pastu, cukup pulak kakitangan dalam rumah.Kalau aku tak buat bahagian ni, ada orang lain buatkan. Aku buat bahagian ini, orang lain pula goyang kaki. So, fair and square. Itu la untungnya kalau beranak anak perempuan banyak-banyak. Tak tolong banyak pun, sekurang-kurangnya ada juga kerja yang kami buat nak ringankan beban ma. Kalau cerita pasal beban, ma dengan abah paling hardworking sekali. Setiap hari, ada saja aktiviti depa kat dalam, kat luar rumah. Angkut kayu api, potong rumput, clear kawasan rumah, batu-batukan tanah sebab risau tanah berlumpur bila hujan. Iyala...masa tu musim hujan. Asal petang saja, hujan turun. Ma risau la kenduri hujan...nanti lecei tau!

2-3 minggu sebelum tarikh.

Rumah makin sibuk. Abah beli cat. Pakat-pakat cat rumah, cat pintu semua. Bab ni Mila, abah dengan kak cik settlekan. Bab urus rumah atas aku tolong kemaskan. Aku takda la sebusy si bakal pengantin.  Diorang banyak nak kena fikir. Ada yang nk kena fitting baju, conform photographer, tukang make-up, hantar card, buat hantaran, tempah kek, fikirkan goodies apa nak kasi kat tetamu dan blablabla. Macam-macam nak buat. My sis yang nak kawin ni ada tempah baju untuk majlis bertandang. Baju dah cantik siap tapi dia tak berkenan pula. Siap nak tempah baju lain. Kalau senang dapat saiz tak apa la jugak. Nie hujung-hujung nak cari agak susah sikit. Lagi satu bab kos. Kena keluar duit lagi kalau sewa baju lain. Aleh-aleh ma suruh cari lace jahit kat baju dia tu. Mangsanya aku la. Ilmu menjahit ma sikit aku warisi sikit-sikit. Mula la adegan mencari lace. Pi cari kat satu kedai Jakel ni. Ingat nak cari lace yang murah-murah saja, sebab tak pakai banyak sangat. Jakel kan promote sakan kain-kainnya, sebab tu nak cari kat situ. Tapi hampa sangat sebab lace kat sana mencecah ratus ke ribu ringgit untuk satu meter. Nie lace mak datin ni! Paling aku tak puas hati layanan si akak pekerja Jakel ni. Bila nak beli, siap dia layan aku dengan adik  macam kami ni miskin sangat. Senyum pun tidak. Pendek kata ni la contoh pekerja Jakel paling berlagak! Sebab terpaksa beli, beli la jugak lace paling murah dalam kedai tu.Aku memang tekad, lepas ni baik aku pi Kamdar ja, pi kedai-kedai yang lebih mesra pengguna.

Ambil masa berhari-hari jugak aku menjahit baju adik. Manik takyah cakap la. Berbungkus-bungkus dan berjenis-jenis manik kena beli sebab nak bagi baju bermanik tebal. Nama pun baju pengantin, simple sangat tak bape elok la. Dan ini hasilnya...


Aku teman si akak pula pi fitting baju pengantin kat Ixora, Changlun. Anyway, aku la yang pilih baju ala-ala si Irma Hasmi kat dia. Tapi, risau gak bila balik kak cik kata abah puji baju akad nikah dia lagi cantik. Ma dengan Kak Ani pula kata baju tu tak berapa putih sangat. Warna kusam sikit. Yang si kak cik ni pula pada pendapat aku jenis yang 'cerewet'..(maaf ya!). Takut satgi duk dengar pendapat orang sana sini, tak pakai kot baju tu. Lagi satu, aku yang suggestkan dia pilih baju tu. Sebab tu la satu-satunya baju yang orang tinggi boleh pakai, modern dan masih sopan. Sesuai la untuk seorang ustazah yang nak jadi isteri seorang kapten. Pastu, nak sesuaikan dengan majlis 'swordbarrer' plak. Hasilnya, ramai tanya si akak sewa baju kat mana...



Cuba tengok bunga tangan ni pulak... 


Bunga tangan akak yang merah semua tu ditempah. Yang satu lagi tu buat sendiri. Nie memang idea si adik. Pendek kata, bunga tangan boleh buat sendiri. Sangat mudah. Yang beli tu boleh recycled untuk majlis lain pula.

Cerita sireh junjung pula. Lewat malam. Si bakal pengantin sibuk dengan inai. Sireh junjung akak tak sentuh apa pun padahal esok nak hantar belah lelaki. Last sekali, tangan ni juga kena buat dibantu si mila dengan nasriah. Cucuk sana, cucuk sini, refer buku pengantin, buat semua. Dapat gak hasilnya... pukul satu lebih baru tidur. Tengok dua-dua bakal pengantin dah tidur tak sedar diri dengan inai masih kat tangan...


Hari yang ditunggu tiba juga. Rumah sejak semalam memang dah ada saudara mara yang datang dan tidur kat rumah. Ma pun tak payah nak susah hati fikir lauk tak masak. Kali ini, family kami amek katering. Berbaloi la sebab buat dua orang sekali. Tak payah banyak nak perah otak fikir pasal khemah, pasal makanan, meja pengantin semua. Cakap berapa nak, prepare duit untuk bayar. Selesai satu bab.

Oo...lupa nak cerita. Sebab si adik dah langkah bendul aku, dia sendiri dengan rela hati kasi aku dua pasang kain. Ingat nak mintak mas banyak-banyak, tapi tak apa la. Siap dia sanggup nak tempah baju kat aku lagi. Padahal aku tak kisah pun banyak bedul dia nak langkah. Nama pun jodoh. Dah jodoh dia cepat, takkan dia nak tunggu aku dulu kot. Kawin la dulu...aku okay saja.

Then, hari yang ditunggu pun tiba la. Pukul 10 pagi aku dengan mila dengan nasriah kena pi ambik kek 4 tingkat. Punya la duk kalut fikir sapa nak pi ambil kek tu kat kedai. Sampai saja kedai, terus disapa seorang pekerja kedai tu. Ya Tuhan...jumpa kawan aku masa kat SMKKN. Ramah dia tegur aku dan bagi penerangan macam mana nak pasang kek empat tingkat. Paling tak tahan si Aisy, anak saudara aku. Orang sibuk pasal nak angkut 4 kotak kek tambah dua kotak kek nak bagi kat belah lelaki, dia pun sibuk nak beli topi besday pulak. Meraung-raung dalam kedai nak beli. Dapat la jugak kat dia. Sampai rumah habis putus tali...alahaiii...


Masa pasang kek empat tingkat. Nampak mudah, tapi...hehehe...cuba la pasang sendiri.


Takmau panjangkan cerita. Kita tengok saja la pengantinnya.




Cantik tak make upnya? Ni hasil 2 jam make up. Si adik mula make up pukul 8.00-10.00 pagi. Si kakak 10.00 - 12.00 tgh. 2 jam make up. Mau tak cantiknya...Kalau nak tau, ni adalah make up by Kak Betty Kuala Nerang. Memang cantik sesuai dengan harganya...=)

Masa berposing dengan pengantin. Nanti takde make up x bley amek dah...



Memandangkan ramai yang jarang tengok acara swordbarrer, maka memang ramai la orang kumpul masa geng-geng askar datang. Mula-mula, adik aku dengan suami dia yang jalan dulu. Si mila jadi pemayung dia.


Pastu, turn aku bawak kak aku pi berdiri sebelah suaminya. Pastu jalan sambil diiringi oleh tiupan alat muzik. Sampai depan rumah, hanya pengantin yang lalu bawah pedang. Aku nak lalu jugak tapi pengiring pengantin lelaki tak bagi aku lalu. Nak wat camne...hehe



Acara potong kek dan makan beradab pulak....




Masa tengah-tengah pengantin makan beradap, aku nampak kak pah, diyana, syida, pak cik omor dengan mak cik sinah. Sumpah senyuman memang lebar sangat. Seronok gila jumpa depa semua sebab lama tak jumpa lepas konvo dulu. Then, sempat makan, cerita perkembangan baru masing-masing. Masa depa semua nak balik memang rasa sangat sedih. Iya la...tak tahu bila pulak nak jumpa lagi...

Pendek kata, syukur sangat-sangat sebab majlis kali nie berjalan lancar. Hujan tak turun, itu paling penting. Kemudian, lauk pauk semua memang cukup untuk tetamu yang hadir. Bertemu kawan-kawan, paling aku gembira sangat-sangat. Ma walaupun dah pencen jadi cikgu, memang ramai la kawan-kawan cikgu datang, anak murid mai kenduri kali ni. Abah pun sama jugak. Kawan abah rasanya paling ramai datang. Abah dalam duk batuk tak henti-henti, tapi masih nampak wajah kegembiraan dalam matanya. HEHE...


Akhir sekali, terima kasih buat si budak Baling bersama keluarganya yang datang. Dia tunaikan janji nak datang dan senyuman dia aku nampak daripada jauh. Maaf tak dapat bagi layanan terbaik. 

Well...taknak panjangkan apa-apa. Itu saja cerita pasal kenduri 16.12.2012.

Tamat.

Dec 30, 2012

I was given an opportunity to get this experience.

"Are you applying to teach in the evening session?"one of my friend asked when i attend the first meeting.

"Welcome to our group!" other added.

'Hey..what going on?' I blurred.

Then, i got my timetable for 2013. Hoho..it's quite surprising.



Nobody told me that i will teach level 1 pupils. Year 1 for English subject and Year 3 for Art and Science. Congratulation! Hoho...my heart beats faster. I'm okay to teach level 1 pupil but NOT OK to teach English for Year 1. I'm not confident even though that subject is my minor subject. During my practical time, i never had any experienced in handling the small kid. I feel comfortable to give instruction to level 2 pupils compared the small kid. I had no enough knowledge about KSSR, PBS, never attend any courses about it, what is lesson study, and there is a native speaker in my school that all the English teachers in the evening session need to face him.Ooo...

I really want to think positive.

'I was given an opportunity to get this experience.'

In some aspect, i'll say yes..it was a burden. I want to serve my pupils well. But i'm soO lacking in many aspect to be an English teacher.

Now, i need to work harder. People say,

'everything at your fingertips.'

So, i cannot give any excuses to say,

'I cannot teach English subject.'
'I cannot say I am bad in Grammar even though in reality I hate grammar.'
'I am lacking in language skills but i need to show off that i'm good.'


I need supporter to motivate me. I must throw all the shyness if i want to learn. I must open my mouth widely to ask the experience teachers if i have any problem. I pray I can open my mind to accept  any advice and guidance from all the teacher. I try to talk to myself,

'It's okay to be humble to learn something. Not because I am too bad but I want to be a better person.  I want to be a good teacher.'

Hope you all can pray for me.

*Thank you for reading this post. Forgive me for all the grammar mistake. Haha...a lot, right? Sorry. I'm still learning.


Nov 9, 2012

Moga kamu juga gembira =)

Assalamualaikum.  Salam sejahtera.

Rasanya baru berkesempatan nak buka blog sendiri. Kalau hujung tahun kerja menimbun bukan sebab bertangguh tapi kerja yang tak terjangka dan terpaksa kena handle juga dihujung tahun. Itulah kerja guru kelas. Dan sebagai guru kelas, sebenarnya aku rasa tugas ini sangat menarik. Memang orang cakap banyak kerja guru kelas dan aku tak nafikan. Tapi, sungguh aku nak heboh-hebohkan yang aku sangat suka menjalankan tugas yang orang lain nampak susah, tapi dalam susah-susah itulah aku dapat siapkannya. Alangkah bahagianya dan berpuas hati bila dapat handle kerja sendiri dalam waktu yang singkat walaupun kena korbankan masa tidur. ye..semalam aku tak tidur sampai ke pagi sebab nak siapkan jadual kedatangan sementara untuk sesi depan. Sebab kelas aku kena pecah dua kelas dan tak lupa title aku sebagai cikgu baharu yang bujang, maka aku terpaksa menggalas tugas dua kali ganda guru kelas biasa bekerja. Mulanya sedikit risau sebab takut tak sempat nak uruskan semua urusan kelas, tapi alhamdulillah. Memang Allah banyak bantu aku jadi positif, sabar dan dalam tempoh masa kerja yang diharapkan siap tapi tak siap, aku takde la gabra sangat. Aku sekarang mula motivate diri jadi lebih positif bila berhadapan dengan kerja yang banyak. Kesannya, memang kerja yang nak kena settle siap juga akhirnya. Sekarang, masih ada saki baki kerja tahun ini yang nak kena siapkan. Aku terpaksa tinggalkan sekejap sebab nak selesaikan tugas-tugas yang lagi penting. Sampai sekarang aku tak rasa macam guru baharu yang baru ditempatkan. Aku rasa dah macam guru berpengalaman tiga empat tahun dah. Sebabnya terlalu banyak benda aku belajar dan kena buat dalam tempoh masa yang singkat. Mencabar memang mencabar, tapi syukur juga sebab aku beruntung dapat rakan sekerja cikgu-cikgu senior dan pihak pentadbir yang tak lokek ilmu, jaga aku elok-elok kat sekolah. Sebab itu la, kalau terpaksa kerja lebih tak apalah asalkan kita ada rakan di sisi yang boleh support kita, buat hari-hari kita di sekolah menggembirakan. 




Cuma aku nak pesan pada diri sendiri juga  mereka-mereka di sana. Ini apa yang aku rasa dan mula percaya.

KESEMPURNAAN

Kita selalu mengharapkan kesempurnaan. Kita nak cari orang yang sempurna, nak kerja yang sempurna, nak hidup dengan sempurna. Tapi kita selalu terlupa, tak ada yang sempurna melainkan Dia. Allah. Tuhan kita. Kalau apa yang kita harapkan tidak berkesampaian, tak apalah. Nak wat macam mana. Redha la dengan apa yang Allah tetapkan pada kita. Pasti ada hikmah yang kita sendiri tak terjangka.

"Dulu dapat posting kat Selangor, gila-gila aku tak suka dan menyampah. Tapi bila tengok kawan dapat seberang laut, sekarang aku cukup bersyukur. Aku pernah komen kerja aku berlambak-lambak. Pernah rasa kena buli pun ada. Tapi bila hadiri kursus orientasi guru, bersembang dengan guru baharu lain, rupa-rupanya cabaran mereka lagi dashyat sampai aku rasa akulah orang yang paling beruntung."

REZEKI

Kita jangan kedekut pada diri sendiri, pada orang lain. Rezeki milik Allah. Jangan bergantung kepada apa yang kita ada kita, tapi bergantunglah kepada Allah, pemberi rezeki kepada kita. Janagan risau duit keluar, tapi risaulah duit yang keluar itu digunakan ke jalan yang halal atau tidak. Jangan risau duit tak cukup, tapi risaulah kita tak cukup amalan nak jumpa Allah.

"Dulu aku tak jarang kot keluarkan duit untuk orang lain. Dan dulu tak pernah terfikir kot nak share duit yang ada dengan orang lain. Bila lokek dengan orang lain, orang pun sama kedekut jugak dengan aku. Mujur, sejak bekerja dan baru lepas menghadiri ceramah Dr. Muhaya beberapa bulan lepas dan baca buku-buku motivasi, banyak aku belajar tentang rezeki. Nak kumpul harta dunia ke harta akhirat? Nak kumpul duit ke, nak kumpul kebahagiaan?"


KEBAHAGIAAN

Kita selalu mengharapkan kebahagiaan. Tapi, mengapa  kita tidak menjadi orang yang membahagiakan orang lain? Hanya orang yang tahu membahagiakan orang lain akan menemui kebahagiaan. 

"Aku pun masih belajar untuk mengembirakan orang-orang di sekelilingku. Sebelum ini aku terlupa untuk membahagiakan mereka. Aku pernah pentingkan diri sendiri dan mengharapkan orang memberi kebahagiaan kepada diriku. Aku pernah menyalahkan mereka sebab terlupa memberi kebahagiaan kepadaku. rupa-rupanya aku baru sedar, aku takkan dapat kebahagian kalau aku sendiri tak membahagiakan orang lain. Dan bila aku belajar untuk membahagiakan orang lain, alhamdulillah, aku rasa hidup aku makin bahagia, makin gembira, makin positif, makin ceria. "

JODOH

Bolehkah kita percaya kalau orang itu adalah jodoh kita, hati kita rasa lebih dekat dengan Dia. Pencipta kita. Kalaulah orang yang kita jumpa buat hati berserabut, hidup terabai lupakan tuhan, maksudnya dia bukan jodoh kita. Well, aku lebih suka berpegang pada kata-kata 'kalau ada jodoh tak ke mana.' Seberang la lautan api, dakilah gunung yang tinggi, kita pasti jumpa jodoh kita. Kalau tak jumpa kat dunia, insyaallah jumpa kat akhirat. 

"Aku pun pernah kenal dan ingin dikenal oleh seseorang. Tapi, bila rasa otak berserabut fikirkan orang itu sampai ganggu urusan kehidupan, seriously aku cukup tak suka dan rasa perkara itu meaningless. Belum berkahwin dah pening kepala fikir macam-macam, nanti dah kawin apatah lagikan? Satu lagi kalau kenal dengan orang yang nak berkawan tapi masih tak nampak tujuan dan masa depan , eloklah kita bertawakal dan stop everything. Lari jauh-jauh. Dah tahu orang itu nak main-main dengan kita, nak tunggu apasal? Lagi elok kita doa kat Allah. Dia lebih tahu siapa jodoh kita."


KERJA

Kerja jangan main-main. Buat sehabis daya. Humble dengan orang yang lebih tahu, sebab kita nak dapatkan ilmu dengan mereka untuk memudahkan kerja kita. Tak rugi humble dengan orang yang berpengalaman. Semua ilmu di hujung jari mereka. Kalau kena marah, tak apala. Biasa-biasalah berfikir, manusia ini ragamnya bermacam jenis. Ada ramai manusia, maka ragamnya lagi macam-macam. Satu tips saja, jangan malu nak jadi humble sebab nak belajar sesuatu untuk memudahkan kerja kita.

"Macam kes aku. Aku pernah juga rasa tak puas hati dengan sorang ini sebab tiba-tiba je cakap kasar dengan aku. Beberapa hari tak nak bersemuka dengan dia, satu hari kena buat kerja yang aku tak pernah buat. Disebabkan dia ini pernah handle benda tu, maka aku kena la berurusan dan tanya pendapat orang ini. Then, baru aku perasan dia seorang yang sangat hebat dalam kerjanya. Setiap kali kena berjumpa dia, aku memang dah sediakan hati supaya sabar saja dengan sikap selamba dan mulutnya yang pedas. Kerja aku yang dia tak suka, dia terus cantas padahal aku dah buat kerja betul-betul. Tapi, aku cuba jadi positif . Cuba belajar bekerja ikut rentak orang ini. Dan alhamdulillah, sebab kehumble-an aku ini,  aku dapat 2 benda. Aku dapat ilmu dia untuk bantu kerja aku, aku dapat kawan dengan dia."

Moga kita mendapat kebahagiaan, kesempurnaan dalam hidup dengan lebih banyak memberi daripada menerima. Moga kamu semua gembira seperti mana aku boleh gembira.

Oct 28, 2012

Please be a good wife.

Dari Aisyah Radiallahu-Ahna ia berkata: 
Telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: 

'Perkahwinan itu adalah sunnahku, sesiapa yang tidak suka mengikut sunnahku maka bukanlah dia dari golongan umatku.'

 (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

....




Aku teman dia ke masjid hari ini.
Tak nak lepaskan peluang tengok akad nikahnya.
Tapi hati jadi sayu saat melangkah masuk menemaninya di dalam masjid.
Bukan aku sahaja berperasaan begitu.
Sis kecil sorang lagi turut berperasaan demikian.
Entah samakah rasanya seperti aku?




She's beautiful.
She's a wife.
Now, she holds a big responsible.
Please be a good wife.








Oct 7, 2012

Cabaran wanita muda anak dara

Anak dara berhadapan banyak cabaran. Tersalah langkah, fitnah melanda.


Mata-mata jahat sentiasa memerhati. Ada sahaja yang cuba ambil kesempatan. Ambil peluang. Anak dara selalu jadi bahan usikan. Kadang-kadang terlebih gurauannya. Apa sahaja yang dilakukan anak dara diperhatikan. Apa sahaja yang dipakai akan ditilik rapi. Bila berjalan seorang diri, rasa tidak selamat pun ada. Kalaulah ada yang berniat jahat, aduhai...malangnya si gadis itu.=(

Bila jadi gadis, tolong letakkan satu standard pada diri kita. Kita bukan nak jual mahal, bukan nak berlagak mahal. Tapi, kita letakkan standard pada diri kita supaya kita tahu dihormati oleh orang lain, terutamanya si mata lelaki yang nakal dan tunggu peluang sahaja nak ambil kesempatan.

Aku pernah ceritakan pengalaman apabila seorang lelaki ini berani bercakap lucah pada aku (..apa dia ingat aku tak faham ke?). Sejak dia berkurang ajar dengan aku, memang aku sepenuhnya tak bagi muka kat dia kalau dia tegur aku. Sebagaimana dia tak tahu nak hormat aku sebagai seorang wanita (padahal dia mempunyai isteri dan anak perempuan), maka aku sesekali tak bagi muka pada orang tu. Maksudnya, kalau dia senyum kat aku, aku tak balas. Bila berdiri depan meja, aku aku sibukkan diri buat tak nampak. Kalau aku tengah gelak-gelak tiba-tiba aku perasan dia pun tengok aku sambil gelak, terus aku matikan gelak aku. Kalau dia jenguk aku mengajar kat kelas semata-mata nak tanya benda tak penting, aku jawab dengan tegas. Kalau aku kena berurusan dengan dia, aku akan bercakap secara formal supaya dia boleh rasa ada gap dengan aku. Pendek kata aku tak pandai nak lemah gemalai depan orang-orang yang aku rasa cuba menjadikan aku objek mainan. Aku telah tetapkan satu standard diri aku supaya orang sepertinya tahu dan berani main-main dengan aku. Kesannya, alhamdulillah aku rasa lebih aman tanpa ada gangguan orang sepertinya.

Ada alasannya kenapa aku buat macam itu. Satu, aku nak orang itu tahu aku bukan wanita muda anak dara yang senang-senang orang nak jadikan objek mainan. Maksud objek mainan ialah perempuan yang senang-senang orang nak dapat, kemudian main-main dan lepaskan. Wah-wah! Sebab itulah, aku cukup pantang bila jumpa lelaki yang tak sedar diri. Paling mudah, lelaki yang sudah berkahwin lepas itu dengan tak malunya cuba mengorat anak dara orang. Ini kes yang berlaku baru-baru ini depan mata aku, dekat dengan aku. Walaupun aku bukan la orangnya, tapi sebagai wanita yang kalaulah nanti sudah berumah tangga, sumpah aku juga sakit hati kalau suami aku boleh buat sebijik macam lelaki ini.

Itu hal lelaki yang menggatal. Lagi aku marah bila si gadis yang sorang ini pula seakan buka peluang bagi lelaki gatal ini jadikan dia objek mainan. Wei, sudah terang lagi bersuluh. Si gadis nie memang dah tahu perangai gatal lelaki ini, yang buka peluang ikut suami orang naik satu kereta kenapa? Kalau nak salahkan, memang orang akan lebih salahkan gadis ini. Aku yang anak dara pun tak setuju dengan apa yang aku tengok. Come on la girl!!! Fikir la sikit. Letakkan satu standard pada diri kau supaya lelaki gatal yang mainkan isterinya itu tahu hormat kau!

Anak dara kalau tak pandai jaga diri, senang saja orang nak buat fitnah. Sebab itu, kena jaga diri elok-elok.
Kita kena letakkan satu standard diri kita supaya orang lelaki tahu kita bukan benda yang senang-senang nak  pikat, nak goda. Bukan kita nak jual mahal, tapi kita nak cari orang yang tahu hormat kita. Macam kes aku cerita tadi, aku nak simpulkan yang lelaki ini tidak tahu nak hormatkan gadis ini. Sebab itu, dia berani message, call, bawa keluar gadis ini terang-terang depan mata rakan sekerja yang tahu dia sudah berkahwin. Inikah ciri-ciri lelaki yang hormat wanita?? Si gadis pula tak letakkan standard dirinya. Kenapa mudah nak ikut lelaki itu sedangkan diri sudah tahu bahawa lelaki itu sudah berkahwin?Kenapa mudah tertawan dengan kata-kata lelaki itu walaupun sudah tahu perangai nakalnya itu?

Sebab itulah, aku sendiri sejak dua tiga menjak nie mula terfikir (sebab rasa jadi wanita muda anak dara kat tempat orang) macam tak selamat saja. Aku bukan fikirkan diri aku saja, aku tengok juga keadaan kawan-kawan aku yang macam aku, memang kami juga rasa tak selamat bila jadi anak dara kat tempat orang. Depan rumah kami jadi port anak muda bertenggek. Makin lama makin ramai anak muda sampai aku dengan housemate bujang jadi malas nak keluar rumah. Nak sidai kain, nak buang sampah pun kena tunggu bagi diorang takde. Kalau kami nak keluar, memang mata kena pandang bawah saja. Bukan je anak muda, sekali dengan sorang lelaki yang tak pernah nampak tanggal kopiah nie pun sama gak, mata tak pernah lepas pandang rumah kami, pandang housemate-housemate aku. Adohaiii...

Bila jadi macam ini, rasa bertuahnya kalau ada orang yang jaga diri kami.

Aku teringat kata rakan sekerjaku,

"Ala kesiannya anak dara ini, masih batuk-batuk, tak sihat, takde orang nak jaga." 

Aku senyum dan terfikir kata-kata-katanya. Memang bertuah kalau ada yang jaga. Tambah-tambah lagi yang boleh jaga kita adalah orang yang hormat kita. =)




'The best way is doa'.

'Kalau ada goggle jodoh kan mudah, dapat jumpa orang yang betul.'
Itu kataku.

Katanya,

'The best way is doa'. 
Perbaiki akhlak diri, perbanyakkan amalan dan banyakkan berdoa. 
Allah telah berkata lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik.'


Well hati...sila jangan tersalah beri kepada orang yang tak tepat.
Apa yang kita nampak indah belum tentu tepat pada kita.
Maka, 
istiqarah dan doa adalah sebaik-baiknya.


'Perempuan yang baik untuk lelaki yang baikkan.'

Sep 21, 2012

Cerita 3 in 1


Khamis lepas Mr.Snail text cakap nak pergi outstation sampai Rabu, dan esok nak masuk Jumaat. No more texting until now. Hmm..dalam otak terfikir la kejap.."clerk pun kerjanya outstation jugakah?" Terus terbayang wajah kerani sekolah. Kenapa diorang takda outstation pon?? Mestilah saya takkan tanya lebih-lebih. Siapa saya nak tanya banyak-banyak kat dia. Dia bukan sesiapa pun dan saya pun tak berani nak letak harapan kalau orang lain takde hint bagi harapan pun. 

"Orang cakap cinta jangan cari. Kalau cari lagi jauh dia lari. Sampai tak larat nak kejar. Last-last baru teringat kita tak cuba kejar pun cinta Ilahi. Sebab tu cinta manusia kita tak dapat!"

Abaikan. It's just a piece of story.

Actually, i don't mind about my gaji. Kalau tanya gaji kau masuk bila? Then i just think awhile, and ask people around me, 'Tin, gaji kita masuk bila ya??or ask Kak Mala...'kak Mala, gaji bila??"

Asyik orang cakap, ko dah kaya...then tak kisah duit keluar banyak mana. Then, i think,

"Duit bukan boleh dicari ke?"
"Kenapa nak sekat apabila kita nak beli keperluan sendiri?"
"Bukannya kita nak beli handbag coach yang harganya beratussssssssssssss ringgit or pakai pakaian berjenama sampai tak sedar nak ukur baju ke badan sendiri."

Money is just money. Money can buy things but cannot buy everything. Bayangkan, purse besar gedabak kau kosong, tetiba ada orang  nie cakap,

"A'a Tiqah, semalam tak datang. Saya nak bagi duit kelas tambahan RM110."

Dalam hati memang tak putus ucap alhamdulillah. Bukan nak bangga diri. Aku nak cakap jangan anggap duit adalah segalanya. Stop thinking about money dan cuba ikhlaskan hati (yee..ini pesanan diri ini jugak!) kalau buat sesuatu. Walaupun apa kita buat ada habuannya, stop thinking, asking, questioning about  'where is my money? or 'i want my money now!' sebab duit itu satu bentuk nikmat Allah untuk kita. Kalau kita buat tak ikhlas, nanti Allah pun tariklah nikmat-Nya daripada kita. Siapa yang rugi? Kita jugakkan. Allah tak rugi apa-apa. (Abah suka guna ayat nie!).

Itu tazkirah ringkas saya untuk diri ini yang suka alpa jugak. 

'Kitakan manusia, biasalah! Tapi jangan sentiasa membiasa diri sampai sudah terbiasa ya!!'





Baru tadi lepak kat Popular habiskan duit lagi beli buku-buku baru. Sempat capai 2 jenis. Hah! Tercapai gak hasrat nak beli buku 365 resepi sejak awal tahun lagi. Baru sekarang dapat. Masa nampak kat popular terus tak cakap banyak, tak survey harga dan capai buku macam itulah satu-satunya buku yang tinggal. Padahal pekerja Popular tengah susun berlonggok buku tu kat rak. Hampeh ko Tiqah! Wat malu aje. Kemudian, pikir jap mana cukup nak baca buku resepi saja, kena gak cari buku ilmiah sikit. Novel pon takpa asal berkesan di hati kalau baca. Terus nampak best selling kat popular. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Aku pun baru saja baca ceritanya dalam buku Anis dan terdetik nak baca kisahnya yang penuh dengan cabaran. Kalau orang biasa, Allah takkan beri cabaran yang hamba-Nya tak dapat nak tempuhi. Tapi, ustaz ni hebat. Sekali je aku baca kisahnya dalam Anis, then (arghhh...then lagi!) terus Allah buka hati untuk beli bukunya kali ini. Moga aku dapat habiskan dalam timbunan kerja yang macam bukit!!!


Tadi baru balik meeting PIBG pasal majlis Sabtu nanti. Majlis 3 in 1. Macam nescafe. Aku pulak baru balik daripada Jusco Bukit Tinggi. Boleh bayangkan betapa rushnya nak pergi meeting hari ini. Kalau ikutkan hati, mau je culas tapi paksa diri juga supaya tak lepas tanggungjawab. Hey! Nanti Allah tanya,

"Kau AJK guru PIBG, kenapa masa mesyuarat kau tak datang catat minit mesyuarat?"

Pukul 11 malam baru habis. Tapi satu benda yang aku tertarik hari ini adalah sorang cikgu nie. Serius aku sangat respek dia sebab cara dia handle AJK PIBG, tindakannya selaku bendahari PIBG memang bagus. Kata-katanya tersusun, kerjanya teratur, responnya tepat dan aku suka cara dia uruskan kerjanya. Sistematik, hebat, tiptop! Haha. Melambung aku puji dia. Jangan risau. Aku hanya admire cara kerjanya sahaja dan berangan alangkah bestnya kalau mutu kerja aku macam tu! Itulah cara seorang LELAKI bekerja! Ini contoh lelaki yang berkopiah, buat kerja hebat dan budiman. Kena pula dengan namanya pun Cikgu Budiman. =) 

Tahniah cikgu. Hari ini saya respek cara cikgu bekerja!


Sep 17, 2012

Jangan Buat Aku Gelak Je!

"Amboikkkk dengan cikgu nie ko minta macam-macam dengan  Atiqah tak minta pulak!" 
Sergahan seorang cikgu perempuan ini pada seorang guru lelaki yang satu ini menarik perhatianku.

"Dengan Atiqah, saya takut!" 
balasan guru lelaki tadi buat aku tergelak besar.

Itu entah kes yang keberapa si lelaki-lelaki cakap mereka takut dengan aku.

Masa kat IPG dulu pun, seorang classmate lelaki ni kena satu group dengan aku.

"Wei Tiqah, aku sebenarnya takut nak group dengan hang. Hang kan perfectionist." 
Aku tibai gelak kat dia.

Hahahaa!

Apa la yang nak ditakutkan dengan aku nie?



Akukan perempuan saja.
Hanya lelaki yang bersungguh-sungguh saja takkan takut
 dengan insan kerdil macam aku ini.
Oleh itu lelaki-lelaki sekalian,
tak payah takut kalau jumpa perempuan seumpama aku nie tau.
Semoga korang semua jadi orang-orang yang hebat.




Sep 16, 2012

WISHLIST

Tahun-tahun  penting dalam hidup saya.


1987. 

The date i was born. Ma tak pernah cerita pun macam mana saya dilahirkan. Sakit ke (of course la!), degil nak keluar ke, ada benda-benda pelik berlaku ke. Hmm...lagipun, saya pun tak pernah panjangkan mulut mahu bertanya ma bagaimana saat saya dilahirkan. Tapi, kalau saya tanya ma, saya percaya sudah pasti ma takkan pernah lupa bagaimana anak keempatnya ini dilahirkan. Ma kan seorang ibu. Saya yakin ma takkan lupa detik saya dilahirkan walaupun ma ada 8 anak termasuk saya. Tapi satu je yang saya ingat, saya dilahirkan pada pukul 4.30 pagi. Kesian kat ma kan, pepagi embun baru nak berputik, ma tengah berperang melahirkan saya. Dan saya dengar orang cakap la, anak yang lahir macam waktu saya ni anak yang tak degil dan baik saja. Ye ke saya anak yang baik, ma?? Ma je yang tahu menilai anak ma yang keempat nie bagaimana sikapnya kan, ma??


1994. 


Menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Umur saya 7 tahun. Tapi saya tak jelik pun masuk ke sekolah. Sebabnya, saya dah pernah masuk Tahun satu masa umur 6 tahun. Satu lagi ma dan abahkan cikgu sekolah, jadi saya sudah biasa dengan persekitaran sekolah. Dulu, saya tak suka masuk tadika. Sekejap je saya pergi sana, lepas tu saya terbayang-bayang bagaimana saya menangis bagai nak rak nak ikut abah balik masa abah hantar pergi sana. Disebabkan saya tak nak masuk tadika, abah terpaksa bawa saya masuk Tahun 1 masa umur saya 6 tahun. Masa masuk tahun 1 tumpang tu, saya jumpa balik kawan-kawan masa tadika. Salah seorang namanya Maria. Dialah budak yang saya tak suka masa kat tadika dulu. Wait! Baru saya perasan, mean umur saya adalah 5 tahun masa abah masukkan saya kat tadika. (Okay..baru tersedar!). Tapi, saya tak dapat nak nafikan Maria memang comel orangnya dan cikgu suka pilih dia untuk apa-apa pertandingan. Satu saya tak lupa, dia pakai macam orang Hawai untuk persembahan di sekolah. Dia memang comel. Saya pula sekadar masuk persembahan gelang si paku gelang aje. (Hmm..kecik-kecik dah pandai jeleskan!).

Then, bila Maria masuk tahun 2, saya masih remain di Tahun 1. Jumpa kawan-kawan baru seperti Jan, Falah, Ta, Kinah, Syuhada dan lain-lain. Kalau nak tahu, kat sekolah dulu orang suka panggil saya megi. Sebabnya, rambut saya kerinting macam megi. Bila tanya ma kenapa rambut saya tak macam kak Ani, kak cik...dan ma cakap masa baby, rambut saya tak dicukur. Kesannya, rambut saya luruh sendiri dan tumbuh semula macam tahi kambing bulat-bulat. (OMG! Nanti korang jangan lupa cukur rambut baby korang tau!). Now, alhamdulillah. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Kerinting ke lurus ke, it's depend on how we appreciate our hair, ourself! Kalau takde rambut lagi susah kan..kan..kan?? 

Satu lagi nak cerita, kat sekolah dulu saya anak cikgu yang gangster, kaki pembuli. Saya pernah bergusti sampai tarik-tarik rambut dengan sorang budak nie masa kelas agama. Saya pernah buat sorang budak  perempuan menangis dan terkencing dalam kelas. Saya pernah tolak basikal sorang budak lelaki sampai dia fobia jumpa saya. (Siapa suruh dia baling buah jambu kena tepat kat muka saya!). Then, saya pernah ejek sorang pengawas lelaki nie sampai menangis depan saya. Dulu, agak jahil bila saya tak suka seseorang saya akan baca al-Quran minta Allah kenakan budak tersebut. Tapi, niat yang jahat Allah pun taknak kabulkan. =) 


2000.


Now, i'm 13! (Not yet!). First day daftar kat sekolah menengah. 

"Babah, kenapa orang tak dapat masuk SMKDSA??" 

Ingat lagi pakai baju sekolah baru kain warna biru laut tunggu abah dalam kereta. Amat bersemangat dan nervous. Lepas tu, abah masuk kereta cakap orang kena masuk SMKKN. Tak faham? Why babah??? Rupa-rupanya babah cakap ada terlupa nak isi borang apa tah dan orang terdampar kat sekolah baru yang tak berbangunan. Pendek kata SMKDSA taknak ambil murid yang corot prestasinya. Jadi, dengan keputusan 1A2B2C tu, saya adalah golongan pelajar yang mereka tidak akan ambil. It's okay. First, memang weird gila belajar kat sekolah tumpang bangunan sekolah rendah itu. Bayangkan, senior form 2 yang ada kat sekolah saya kebanyakkannya lagi ganster dan jahat-jahat belaka. Bila saya dipilih menjadi pengawas, I was totally changed into someone who is to serious, strict, hardworking and schema. Dulu saya tak pandai nak senyum kat orang. Saya tak campur dengan budak-budak kelas belakang. Saya tak pernah bercinta jiwang karat semua. Saya jadi too serious...serious...serious. Sikap hardworking pula datang lepas budak-budak sekolah SMKDSA ejek budak-budak sekolah kami sebagai budak-budak bodoh yang tidak diterima di sekolah mereka. At that time, saya tekad nak tunjukkan bahawa saya bukan budak-budak bodoh. Bila masuk apa-apa pertandingan, kalau dapat beat SMKDSA, sayalah orang yang paling berbangga bagi pihak sekolah saya. Apa nak buat, takdir saya di SMKKN setakat di tingkatan 3 sahaja. Form 4, saya diterima masuk ke SMKDSA semula. Sebabnya, SMKKN tidak menawarkan form 4. Maka, bermulalah episod saya menjadi pelajar SMKDSA.

Masa itu, saya jumpa ramai orang yang hebat-hebat, pandai-pandai. Dalam kelas saya saja, ramai saja yang dapat keputusan 8A, 7A, 6A dalam PMR. Persaingan memang sengit masa tu. Saya jadi manusia robot yang tahu mengadap buku sahaja sampai terlupa pada benda lain. Kalau orang tanya tentang kenangan di SMKDSA, maaf. Kenangan saya tak banyak di sana. Memang saya telah membazirkan zaman sekolah menengah tanpa mencipta apa-apa memori yang best. Ini saja yang saya ingat;
4SN2 = kelas saya
KBM9535 = motor saya ulang alik ke sekolah
Kadet Bersatu Malaysia = the first cool guy i admire most dan curi-curi hendap kat dinding kelas masa sapu sampah. =)
Drawing competition = someone knew my talent and asked the teacher to choose me. Yup! He's my old primary friend! I got 1st prize.
Majalah Murni 2004 = 2 karya saya terpilih padahal kali pertama saya hantar karya saya di sana. i never wrote my name for both karya.


2005.


Kali pertama merasai pengalaman berjauhan dengan keluarga. Saya merantau ke Melaka. Hampir 9 jam nak sampai sana. OMG! Itula gatal tangan isi borang matrik minta jauh-jauh. Lepas tu pandai sangat tak minta pendapat ma dan babah dan berani decide keputusan sendiri. Terbanglah saya ke sana kononnya nak merasa duduk di tempat penuh bersejarah. Dah la duduk sana paling banyak menangis, paling banyak tension, paling banyak call rumah sampai sekali cakap syiling dah sampai RM5.00 lebih. Sampai sana, saya cuma ingat Zoo Melaka saja. Outdoor activity for Biology student. Pernah merasa payung korang kena gigit dengan ostrich x? Pernah tengok gajah mandi? Pernah tengok ular dalam balang yang banyak-banyak? Kuda ketot? Jawapannya ada di sana. Sebab tu, sampai sekarang saya suka pergi zoo. Kat sini juga saya belajar kenal sorang classmate saya ni. Lawakkan kami boleh bersembang dalam msg, tapi dalam kelas kita tak pernah sembang pun. Dia panggil saya Misaie (Mak SinChan tu). Dia cakap saya kurus macam Misaie. 


2007-2011


Ma tanya, nak jadi cikgu dak? Dapat second intake ni. Okay, anak yang baik sentiasa dengar cakap ibunya. Kalau degil nanti susah. Apa-apa boleh terjadi. Saya lepaskan USM dan saya berikan hati saya pada IPGKPP. 5 tahun setengah di sana. Kat sana saya banyak belajar tentang diri saya. Saya lebih kenal diri saya. Saya belajar kenal dan faham orang lain. Saya belajar menghargai orang disekeliling saya. Saya cari kekuatan dan kelemahan saya. Saya jadi lebih bersemangat, bermotivasi dan walaupun kadang kala halangan tetap ada, namun saya sentiasa ada kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang membantu di belakang. Pendek kata, urusan saya belajar di sana memang dipermudahkan. Betul apa orang kata. Dengar nasihat orang tua sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik buat kita. And my mom was right! She's discovered what i can do. She know i'll be a teacher.


2012

Sudah bulan September. Januari lalu saya hadir ke sekolah ini dengan perasaan yang gementar. Perasaan menempuh alam pekerjaan buat kali pertama. Perasaan hadir ke sekolah sebagai seorang guru. Awal dulu banyak benda saya tak tahu, sekarang alhamdulillah, saya boleh beradaptasi dengan semua tugas yang diberikan walaupun agak janggal, malu, tak berasa konfiden, tapi saya cuba buat juga. Sambutan bulan kemerdekaan sudah selesai. Alhamdulillah. Belajar handle semua benda dan paling penting semoga tahun depan jika berpeluang, saya mahu cuba lagi buat lagi baik. Pasti tak lupa, majlis konvo saya Mac lalu. 

Setakat ini saya perasan, wishlist yang saya tulis masa sekolah menengah semuanya hampir tercapai. Dulu, saya kata nak ada laptop sebab nak tulis cerpen. Saya sudah pun ada laptop. Dulu sana nak handphone yang mana saya boleh buat ringtone kegemaran saya. Saya dah dapat. Saya nak masuk universiti. Bukan saja USM saya dah jejak, IPG pun saya masuk. Saya nak menggegam segulung ijazah. Alhamdulillah, sudah tercapai. Malah, saya sudah ada kerjaya saya sendiri. Saya adalah seorang guru muda. =)

Wishlist yang masih tak tercapai adalah saya mahukan sebuah kereta yang mana saya boleh guna untuk bawa ma dan babah berjalan-jalan. Itu masih tak tercapai sebab saya nak kumpul duit beli kereta idaman saya. Hopefully tahun depan saya dapat gapai impian itu. Amin. Kemudian, saya nak bina keluarga saya. Well, saya masih lagi single dan dalam perjalanan mencari someone yang boleh bertanggungjawab terhadap saya dan keluarga saya. Sejak zaman belajar lagi, saya selalu letakkan target lepas belajar, dapat ijazah, saya nak kerja sebentar. Kemudian baru fikir fasa hidup untuk berdua, bertiga dan seterusnya.Well, saya dah bekerja hampir nak masuk setahun since Januari lalu.  Mean, sama seperti perancangan saya sejak sekolah menengah lagi. Now, seem a good time to start thinking about the next phase of my life. Lagipun banyak lagi saya nak buat. Saya berkeinginan mahu sambung belajar Sarjana (lepas sah jawatan i'll apply for it), ada rumah sendiri, be a good chef to my future husband. Wah! Banyak yang saya cuba rancangkan tapi perancangan Allah itu yang terbaik. 



"Yang penting, kita cuba, kita usaha, kita proaktif, kita doa, kita tawakkal."















Sep 15, 2012

Yang Indah Itu Akhlak =)

Kita nampak saja keaiban orang, keburukan orang. 
Tapi, kita nampak ke keaiban diri kita, keburukan diri kita sendiri??




Memang dia wat salah. Kita nampak kesalahannya itu tandanya kita tahu bezakan yang baik dan buruk. Tapi, yang tak baiknya bila kita canang keburukannya satu dunia. Hah! Bila semua orang tahu!! Itu apa yang kita rasa. Walhal, kita tak sedar kita pun ada keburukan yang orang lain nampak, tapi mereka cuba menutup aib kita tanpa memalukan kita.

Persoalannya, kalau kita tahu seseorang itu buat salah, apa yang patut kita lakukan? Kat bawah ini apa yang aku rasa aku patut buat bila terjumpa dengan orang yang buat salah. Maksudnya, kalau aku buat salah, tolong la tegur aku macam ini jugak.

1. 
Cuba jadikan keburukannya sebagai satu semangat kepada kita supaya tidak turut berkelakuan sedemikian.
'Manusia nie macam-macam perangaikan??'
2. 
Doa kepada Allah supaya bukakan hatinya untuk sedar bahawa apa yang dia lakukan adalah salah.
3. 
Kalau kita cukup kuat, kita tegur dia secara berhikmah. 
Contoh, gunakan sindiran yang tidak menyakitkan hati, penuh gaya lucu supaya dia sedar kita cuba menegurnya secara baik.
 (Masih fail bab ini!)
4.
Kita sendiri pamerkan peribadi yang baik sebagai contoh. 
(Ini memang mencabar dan selalu terlepas pandang).
5.
Jika masih tidak berubah,
itu urusan dia dengan Allah.

Yang PENTING, 
jangan mencanangkan keburukan dia/aku kepada orang lain.
Jumpa terus orang itu dan tegur elok-elok.

Kalau kita baik, 
tak mustahil kita boleh membaikkan orang lainkan?



Sep 13, 2012

Bila mata buta, hati pun buta.



Allah bimbing aku hari ini.
Buka mata aku untuk melihat dan menilai kebenaran
Hey!
Aku sepatutnya mencintai-Nya lebih daripada yang lain.
Malah, lebih daripada diri aku sendiri.
Dia pencipta.
Aku hanyalah hamba.

Hey!
Aku bukan orang yang benar-benar baik.
Bukan juga orang yang berani menempuh neraka-Nya.
Tetapi, Dia bimbing aku untuk melihat kebaikan yang orang lain buat .
Bila terlihat seseorang buat sesuatu yang salah,
Dia ketuk hati ini dan suruh aku berfikir,

"apa yang dia buat itu salahkan?"

Yaaaaaaa....

Aku tahu dia buat salah.
Walaupun bukan dengan aku,
tapi dengan Allah.

Allah buka mata aku.
Supaya tidak terus buta.
Bila mata buta, hati pun buta.

Tak mahu hati buta, maka aku kenalah sentiasa ingat ini:


"Apa yang aku rasa, orang lain rasa belum tentu baik untuk aku."







Sep 11, 2012

pot luck

"Wahhhh...tak padannya aku dengan dia." Fullstop. Tak payah nak describe lebih-lebih.


Okay...tau tak potluck tu pe? Korang sure dah tau. Aku je sejak bekerja nie baru tau maksud word tu. Itupun cik Fathin yang kenalkan.

"Eiii..kita ada potluck kat sekolah. Nak sediakan apa ye?"

Then, terus tanya dia.

"Potluck tu pe?"

Mula la dia bebel-bebel dengan penuh ekspresi,

 "potluck tu maksudnya semua cikgu masak pape, pastu gathering sama-sama, makan sama-sama."

Ohhhhh...faham dah.

Lepas tu, memang selalu dengar pasal potluck.

"Ok, jamuan cikgu kita wat secara pot luck. Kita wat ikut group." PK KOKO terangkan.

Jamuan Aidilfitri Jumaat nie nak kena wat pot luck. Pastu, mula fikir nak prepare apa yekk??

Rumah aku takde oven. Takde periuk kukus. Takde mixer (eiii..itu boleh ganti pukul dengan tangan kay.)

Terfikir-fikir nak wat apa ye?

Fikir...fikir!

Ting!Ting!

Dessert cam senang. Kuih muih pun sonang gak. Tapi nak bagi sedap tu yang tak senangnya.

Adohaiii...

Pastu Cik Fathin sebut pasal kek batik.

Then, nampak muka Nadiah.

"Nadiah.....nak resepi kek batik Juliana Banos yang sedap tu ye?!


Itulah...berpuluh-puluh kali tengok sis Nadiah wat kek batik, tapi takde sense nak wat sendiri. Karang sorang-sorang, garu kepala nak pikir menu tuk potluck.


Sep 4, 2012

kawin = tanggungjawab


A piece of story.
Part II



Mr.Snail loves jogging very much. Dia text la. Then, aku balas...

"Wow!Bestnya jogging!" 

Then, no reply. Tak pa. Excited tak kena tempat kot. Kot macam tu la kalau kenal orang yang berusia. 25 - 31.Ohoo! Almost beza 6 tahun. Kalau wat childish sket mesti malas nak layan (aku rasa la).  Atau Mr.Snail jenis tak suka text kot. Texting nikan kesukaan orang-orang muda je. Aku pon jarang text orang sebab diri pun rasa makin bertambah usia. Dah ma pesan suruh 'p r o a k t i f' ... dan Mr.Snail yang mola text me dulu...


"Nanti ma kata aku jual mahal plak, tertutup hati plak...ishhh...babitkan ma plak!"


Hmm...


Pendek kata aku memang tak reti nak texting dengan orang yang berusia nie. Takut tersalah cakap rasa diri macam budak-budak pulak. Sebabnya, klo text pun setakat dengan kawan-kawan sebaya, dengan sisters, dengan ma abah, dengan rakan sekerja...tu aje. 


Tapi aku agak excited cakap pasal jogging sebab aku memang suka jogging pun. Dulu kat maktab selalu ja aku join kak Pah lari round satu asrama setiap petang. Awal tahun ni pun masa kena latih budak bola jaring, aku pon jogging satu padang dengan depa gak. Cuma dah lama tak turun padang. Macam mana nak turun. Asal rancang nak pergi ja...mesti ada halangan. Mengantuk la..apa la..arghh...alasan...alasan!


By da day, memang seronok juga klo boleh jumpa orang yang sama minat. Tapi tak semestinya kalau Mr. Snail sama minat, maka dia adalah jodoh akukan?? Macam  jugak orang cakap...


"Eheh..muka awak, senyuman awak, gigi awak...sama macam dia. Memang jodoh la korang."


Then, bila tak jadi, semua dah tak berani nak cakap apa dah. Last sekali masing-masing akan mengaku dah takde jodoh. Pastu, terus senyap sunyi. Hah! 


Misterikan kalau fikir pasal jodoh. Apa yang kita rancang tak sebaik yang Allah tetapkan. Jadi, boleh diterima tak kalau aku sendiri berpendapat...


"Tak payah pandai-pandai nak rancang jodoh sendiri sebab itu ketetapan jodoh kita itu milik Allah"


Kita boleh pilih nak jatuh cinta, nak kawin, nak buat anak dengan sesiapa pun....tapi jangan lupa dan fikir ...


"Apa yang kita rasa baik untuk diri kita, belum tentu baik pada pandangan Allah."


Maka, aku menasihati diriku sendiri. Kataku:


1. Sentiasalah betulkan niat. Saya nak cari seorang suami. Bukan teman lelaki.

2. Saya nak kenal dia dan berkahwin bukan sebab terikut-ikut dengan orang lain atau nak tunjuk-menunjuk kat orang. Saya nak kawin sebab nak penuhi tuntutan syariat Islam."

3. Saya nak kenal dia dan berkawin bukan sebab nak suka-suka, tapi sebab nak laksanakan tanggungjawab.

4. Saya nak kenal dia dan berkawin bukan sekadar nak dapat anak sahaja, tapi nak didik anak jadi muslim soleh dan solehah."

5. Saya nak kenall dia dan berkawin bukan nak cari kemewahannya saja, tapi sebab mahu saling melengkapi satu sama lain."


Tadi sempat mesej Pn. Shima yang baru je nikah. Baca la entry lepas...

Saja tanya dia.

Aku: 

"Camne perasaan jadi isteri orang?Syok?Hehehe..."

Shima:

"hehe...syok tu syok jgk tp bnyk tgjwb skrg nie. kdg2 lupa nak tanya dulu sblm buat pape.dah biasa buat kepala sendiri. skrg nie nak wat pape semua kena inform n mintak izin suami dulu. best kah, rasa ada yang bertanggungjawab atas kita.



Oleh itu, 
boleh aku simpulkan di sini:


'kawin = tanggungjawab'
'Tak mahu bertanggungjawab, 
jangan sesekali fikir, berfikir dan terfikir nak kawin.'



Hanya orang yang bertanggungjawab sahaja, boleh membina rumah tangga yang bahagia. Nak bina rumah tangga yang bahagia, maka marilah sama-sama kita jadi orang yang bertanggungjawab. Amin.


Nota kaki:


"Jodohku sudah Allah tetapkan di Luh Mahfuz lagi.
Sebab Allah lebih tahu siapakah insan yang boleh bertanggungjawab terhadap diriku
dan kepada siapa aku boleh bertanggungjawab."



Sep 1, 2012

A piece of story

"Jodoh itu rahsia Allah. Kita memang tak dapat nak meneka siapa orang yang ditakdirkan dengan kita."


Raya ke-3. "Hello akak...ada orang nak mai tengok hang?". Ha memang depa mai pon. Mak dengan abah takdak pulak tu. Aku as kakak yang paling besaq kena la tunjuk muka, layan tetamu yang mai beraya. Depa gelak bila aku cakap aku tengok tangan dia ja amek kuih siput. "lorh..awat tak tengok muka dia?" Depa dok tanya. Entah...tak terasa nak tengok. Pendek kata takkan aku nak tengok muka dia kot? Dah la mai dengan tiba-tiba...do you know how i feel? OMG!!!Aku pon malu gak nak tengok muka anak terona orang. It's normal what as a gadis!! Tapi nak cakap aku nampak dia pakai kemeja berkotak-kotak. Then, mak kata orang kena proaktif sket. Hah! Macam mana tu? Nak pi pinang orang tu ka mak? Calling2, message2...hahahaa! Then, i just wait la. Klo dia suka orang dia la ambil first step. Or takkan aku plak nak pi tanya orang tu.."hey encik, encik suka saya ke?" or "apa pendapat encik pasal saya?" Ohooo...of course la aku takkan mula tanya macam tu. Hey...malu kot nak tanya kat anak terona orang macam tu? I wait until today. A few day ago, i got text from him. Ni kerja sis la bagi nombor kat dia. He just introduce himself and told me his name. Okay. He already knew my name. So, setakat tu je la. Then,  ada tanya dia kerja apa. Buat pengetahuan, bukan kita nie nak cari orang berduit, tapi lebih suka orang yang kerjanya stabil. Then, dia cakap kerjanya tak macam orang sebab orang pandai. hahha...pandai la sangat. I'm only a primary teacher. Asal kerja halal. Titik. Jangan cakap banyak. Then, tak reti nak text apa dah. Stop until today. Hmm...bila baca words kat atas tu, aku pun fikir aku tak tahu siapa jodoh aku. Nak teka pun susah. The best way cara berusaha adalah berdoa. Doa...doa...doa. Kalau dia yang terbaik, terimalah. Yang penting jumpa mak abah orang kalau nak amek anak dia tau! Mak abah approve, orang pun approve kay!

*Apa yang kita nampak baik belum tentu baik untuk kita. 

Aug 23, 2012

'WOW! Perancangan Allah memang hebat.'

Dengan nama Allah, aku memulakan catatan ini.




Hari ini aku menghadiri akad nikah kawan baik aku...seIPG aku, juga merangkap kembar aku..juga rakan seutara yang sama dialek dengan aku iaitu Cik Shima. Memandangkan sekarang Cik Shima dah tukar pun statusnya, it's better if i use Puan Shima sebab statusnya sudah bertukar sejak jam 2 lebih tadi di Masjid Negeri Arau, Perlis. 

Okay Puan Shima.

Aku memang dah berniat kalau Allah beri kelapangan dan kesempatan pada aku, pasti aku akan pergi ke rumah kita berlima kalau salah sorang daripada kita berenam ada yang kawin dulu. Well, memang sudah terjangka yang Shima kawin dulu.

Tapi serius aku nak habaq............aku tersangatttttttttt la terkejut sebab cepat sangat jadi tunangan orang.  Hey...kita baru tak sampai setahun posting dan Mah dah tukar status. Pastu, yang paling terkejut adalah your hubby bukan la orang yang aku or orang lain kenal Mah. Tiba-tiba Mah message bagitau Mah dah jadi tunangan orang atas aturan keluarga. Dalam hati...

'WOW! Perancangan Allah memang hebat.'

 Dan paling superb dan tabik pada Mah, Mah ikut pilihan orang tua. 

'You are Super wonderful daughter, Mah!!'

Alhamdulillah.

Berbalik masa Mah message FB orang haritu. Beberapa bulan yang lalu. Sebenarnya orang dah perasan kat pic Mah upload kat FB ada dua cincin emas. 

'Hai...jarang Mah nak pakai dua cincin emas kat jari. Tiba-tiba pulak ada nie...ada pape ke?'.

Then, memang aku dah terfikir...

'Eh, Mah macam dah bertunang ja..'. 

Tapi aku let go je la perkara tu. Aku nie spesis yang malas nak ambil kisah sangat hal-hal orang sebab selalunya instinct aku betul. Orang pasti akan bagitau jugak suatu hari nanti. Tak payah nak korek cerita orang macam reporter tak beretika. Dan akhirnya, apa yang aku rasa betul, Mah. Pecah jugak rahsia kau jadi tunangan orangkan...mujur aku dengar daripada mulut Mah sendiri, bukan orang lain. Sebagai kawan, memang sangat gembira dan sedikit sedih sebab Mah tak tak macam geng kami berlima dah nanti. Nanti Mah dah kawin, mesti tak boley sesuka hati nak hang out dengan kami.


Today is Mah's big day. Majlis akad nikah Shima dengan pasangannya. Aku sampai kat rumah Mah pun sebab ada kak cik. Kalau tak Mah, memang tak sampai la aku kat Arau nak tengok mu, Mah. By da way, memang happy sebab lama gila tak jumpa Mah lepas hari konvo kita. Serius Mah...hang duk lawak macam dulu lagi la. Tak stop bercakap dari mula aku sampai hingga Mah selesai bersiap. Bila buka pintu bilik hang, nampak ja muka Kak Pah, lagi la aku happy. Ex-roomate 5 tahun setengah aku tu! Pah dengan sepupunya hari nie jadi mak andam Mah. Mujur ada depa dua, Mah dah transform jadi puteri hari ni. Berseri Mah! 


'Dalam hati aku tau hang mesti nervous kan Mah?'
- Atiqah -



"Tiqah jangan lupa barang make-up. Bawa sekali bulu mata yang kepit-kepit tu tau!"
- Kak Pah -

Lepas Zohor, aku hantar Mah ke Masjid Negeri Arau.

Shima: "Kah mai la teman Mah!"

Aku: "Takpa la Mah. Kami pi dengan kak kami."

Kak Pah: "Takpa. Kak Pah pi sekali dengan Shimah."

Lega sebab ada Kak Pah. Ada Kak Pah kemas sikit. Insyaallah...kalau dia ada, everything will be OK!Sampai masjid ja, dah nampak Mah duduk kat depan. Tengok Mah tunduk saja jadi risau pun ada. Aku pulak yang berdebar-debar macam nak akad nikah Mah. Pengantin lelaki nampak belakang je Mah. Tapi memang nampak padan dengan Mah. Aku sua kamera kat Kak Pah alang-alang dia duduk depan dekat dengan Mah. Memang puas hati r klo kak Pah amek gambar. Dapat gak tengok muka hubby Mah. Hahhaa....okay..main-main ja!





Moment paling best dan tersentuh hati bila selesai akad nikah, Mah dengan hubby Mah solat sunat sama-sama. Ya Allah...it's like a miracle. Allah perancang terbaik. Jodoh kita ketentuannya. 


'Belum tentu apa yang kita suka terbaik untuk kita.' 
'Belum tentu apa yang kita benci, buruk bagi kita.'



"Doa aku Mah moga jodoh Mah kekal ke akhir hayat. 
Selamat menjadi isteri yang solehah. 
Yang mendapat rahmat All Taala bila mentaati suaminya. 
Amin."