Sep 16, 2012

WISHLIST

Tahun-tahun  penting dalam hidup saya.


1987. 

The date i was born. Ma tak pernah cerita pun macam mana saya dilahirkan. Sakit ke (of course la!), degil nak keluar ke, ada benda-benda pelik berlaku ke. Hmm...lagipun, saya pun tak pernah panjangkan mulut mahu bertanya ma bagaimana saat saya dilahirkan. Tapi, kalau saya tanya ma, saya percaya sudah pasti ma takkan pernah lupa bagaimana anak keempatnya ini dilahirkan. Ma kan seorang ibu. Saya yakin ma takkan lupa detik saya dilahirkan walaupun ma ada 8 anak termasuk saya. Tapi satu je yang saya ingat, saya dilahirkan pada pukul 4.30 pagi. Kesian kat ma kan, pepagi embun baru nak berputik, ma tengah berperang melahirkan saya. Dan saya dengar orang cakap la, anak yang lahir macam waktu saya ni anak yang tak degil dan baik saja. Ye ke saya anak yang baik, ma?? Ma je yang tahu menilai anak ma yang keempat nie bagaimana sikapnya kan, ma??


1994. 


Menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Umur saya 7 tahun. Tapi saya tak jelik pun masuk ke sekolah. Sebabnya, saya dah pernah masuk Tahun satu masa umur 6 tahun. Satu lagi ma dan abahkan cikgu sekolah, jadi saya sudah biasa dengan persekitaran sekolah. Dulu, saya tak suka masuk tadika. Sekejap je saya pergi sana, lepas tu saya terbayang-bayang bagaimana saya menangis bagai nak rak nak ikut abah balik masa abah hantar pergi sana. Disebabkan saya tak nak masuk tadika, abah terpaksa bawa saya masuk Tahun 1 masa umur saya 6 tahun. Masa masuk tahun 1 tumpang tu, saya jumpa balik kawan-kawan masa tadika. Salah seorang namanya Maria. Dialah budak yang saya tak suka masa kat tadika dulu. Wait! Baru saya perasan, mean umur saya adalah 5 tahun masa abah masukkan saya kat tadika. (Okay..baru tersedar!). Tapi, saya tak dapat nak nafikan Maria memang comel orangnya dan cikgu suka pilih dia untuk apa-apa pertandingan. Satu saya tak lupa, dia pakai macam orang Hawai untuk persembahan di sekolah. Dia memang comel. Saya pula sekadar masuk persembahan gelang si paku gelang aje. (Hmm..kecik-kecik dah pandai jeleskan!).

Then, bila Maria masuk tahun 2, saya masih remain di Tahun 1. Jumpa kawan-kawan baru seperti Jan, Falah, Ta, Kinah, Syuhada dan lain-lain. Kalau nak tahu, kat sekolah dulu orang suka panggil saya megi. Sebabnya, rambut saya kerinting macam megi. Bila tanya ma kenapa rambut saya tak macam kak Ani, kak cik...dan ma cakap masa baby, rambut saya tak dicukur. Kesannya, rambut saya luruh sendiri dan tumbuh semula macam tahi kambing bulat-bulat. (OMG! Nanti korang jangan lupa cukur rambut baby korang tau!). Now, alhamdulillah. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Kerinting ke lurus ke, it's depend on how we appreciate our hair, ourself! Kalau takde rambut lagi susah kan..kan..kan?? 

Satu lagi nak cerita, kat sekolah dulu saya anak cikgu yang gangster, kaki pembuli. Saya pernah bergusti sampai tarik-tarik rambut dengan sorang budak nie masa kelas agama. Saya pernah buat sorang budak  perempuan menangis dan terkencing dalam kelas. Saya pernah tolak basikal sorang budak lelaki sampai dia fobia jumpa saya. (Siapa suruh dia baling buah jambu kena tepat kat muka saya!). Then, saya pernah ejek sorang pengawas lelaki nie sampai menangis depan saya. Dulu, agak jahil bila saya tak suka seseorang saya akan baca al-Quran minta Allah kenakan budak tersebut. Tapi, niat yang jahat Allah pun taknak kabulkan. =) 


2000.


Now, i'm 13! (Not yet!). First day daftar kat sekolah menengah. 

"Babah, kenapa orang tak dapat masuk SMKDSA??" 

Ingat lagi pakai baju sekolah baru kain warna biru laut tunggu abah dalam kereta. Amat bersemangat dan nervous. Lepas tu, abah masuk kereta cakap orang kena masuk SMKKN. Tak faham? Why babah??? Rupa-rupanya babah cakap ada terlupa nak isi borang apa tah dan orang terdampar kat sekolah baru yang tak berbangunan. Pendek kata SMKDSA taknak ambil murid yang corot prestasinya. Jadi, dengan keputusan 1A2B2C tu, saya adalah golongan pelajar yang mereka tidak akan ambil. It's okay. First, memang weird gila belajar kat sekolah tumpang bangunan sekolah rendah itu. Bayangkan, senior form 2 yang ada kat sekolah saya kebanyakkannya lagi ganster dan jahat-jahat belaka. Bila saya dipilih menjadi pengawas, I was totally changed into someone who is to serious, strict, hardworking and schema. Dulu saya tak pandai nak senyum kat orang. Saya tak campur dengan budak-budak kelas belakang. Saya tak pernah bercinta jiwang karat semua. Saya jadi too serious...serious...serious. Sikap hardworking pula datang lepas budak-budak sekolah SMKDSA ejek budak-budak sekolah kami sebagai budak-budak bodoh yang tidak diterima di sekolah mereka. At that time, saya tekad nak tunjukkan bahawa saya bukan budak-budak bodoh. Bila masuk apa-apa pertandingan, kalau dapat beat SMKDSA, sayalah orang yang paling berbangga bagi pihak sekolah saya. Apa nak buat, takdir saya di SMKKN setakat di tingkatan 3 sahaja. Form 4, saya diterima masuk ke SMKDSA semula. Sebabnya, SMKKN tidak menawarkan form 4. Maka, bermulalah episod saya menjadi pelajar SMKDSA.

Masa itu, saya jumpa ramai orang yang hebat-hebat, pandai-pandai. Dalam kelas saya saja, ramai saja yang dapat keputusan 8A, 7A, 6A dalam PMR. Persaingan memang sengit masa tu. Saya jadi manusia robot yang tahu mengadap buku sahaja sampai terlupa pada benda lain. Kalau orang tanya tentang kenangan di SMKDSA, maaf. Kenangan saya tak banyak di sana. Memang saya telah membazirkan zaman sekolah menengah tanpa mencipta apa-apa memori yang best. Ini saja yang saya ingat;
4SN2 = kelas saya
KBM9535 = motor saya ulang alik ke sekolah
Kadet Bersatu Malaysia = the first cool guy i admire most dan curi-curi hendap kat dinding kelas masa sapu sampah. =)
Drawing competition = someone knew my talent and asked the teacher to choose me. Yup! He's my old primary friend! I got 1st prize.
Majalah Murni 2004 = 2 karya saya terpilih padahal kali pertama saya hantar karya saya di sana. i never wrote my name for both karya.


2005.


Kali pertama merasai pengalaman berjauhan dengan keluarga. Saya merantau ke Melaka. Hampir 9 jam nak sampai sana. OMG! Itula gatal tangan isi borang matrik minta jauh-jauh. Lepas tu pandai sangat tak minta pendapat ma dan babah dan berani decide keputusan sendiri. Terbanglah saya ke sana kononnya nak merasa duduk di tempat penuh bersejarah. Dah la duduk sana paling banyak menangis, paling banyak tension, paling banyak call rumah sampai sekali cakap syiling dah sampai RM5.00 lebih. Sampai sana, saya cuma ingat Zoo Melaka saja. Outdoor activity for Biology student. Pernah merasa payung korang kena gigit dengan ostrich x? Pernah tengok gajah mandi? Pernah tengok ular dalam balang yang banyak-banyak? Kuda ketot? Jawapannya ada di sana. Sebab tu, sampai sekarang saya suka pergi zoo. Kat sini juga saya belajar kenal sorang classmate saya ni. Lawakkan kami boleh bersembang dalam msg, tapi dalam kelas kita tak pernah sembang pun. Dia panggil saya Misaie (Mak SinChan tu). Dia cakap saya kurus macam Misaie. 


2007-2011


Ma tanya, nak jadi cikgu dak? Dapat second intake ni. Okay, anak yang baik sentiasa dengar cakap ibunya. Kalau degil nanti susah. Apa-apa boleh terjadi. Saya lepaskan USM dan saya berikan hati saya pada IPGKPP. 5 tahun setengah di sana. Kat sana saya banyak belajar tentang diri saya. Saya lebih kenal diri saya. Saya belajar kenal dan faham orang lain. Saya belajar menghargai orang disekeliling saya. Saya cari kekuatan dan kelemahan saya. Saya jadi lebih bersemangat, bermotivasi dan walaupun kadang kala halangan tetap ada, namun saya sentiasa ada kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang membantu di belakang. Pendek kata, urusan saya belajar di sana memang dipermudahkan. Betul apa orang kata. Dengar nasihat orang tua sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik buat kita. And my mom was right! She's discovered what i can do. She know i'll be a teacher.


2012

Sudah bulan September. Januari lalu saya hadir ke sekolah ini dengan perasaan yang gementar. Perasaan menempuh alam pekerjaan buat kali pertama. Perasaan hadir ke sekolah sebagai seorang guru. Awal dulu banyak benda saya tak tahu, sekarang alhamdulillah, saya boleh beradaptasi dengan semua tugas yang diberikan walaupun agak janggal, malu, tak berasa konfiden, tapi saya cuba buat juga. Sambutan bulan kemerdekaan sudah selesai. Alhamdulillah. Belajar handle semua benda dan paling penting semoga tahun depan jika berpeluang, saya mahu cuba lagi buat lagi baik. Pasti tak lupa, majlis konvo saya Mac lalu. 

Setakat ini saya perasan, wishlist yang saya tulis masa sekolah menengah semuanya hampir tercapai. Dulu, saya kata nak ada laptop sebab nak tulis cerpen. Saya sudah pun ada laptop. Dulu sana nak handphone yang mana saya boleh buat ringtone kegemaran saya. Saya dah dapat. Saya nak masuk universiti. Bukan saja USM saya dah jejak, IPG pun saya masuk. Saya nak menggegam segulung ijazah. Alhamdulillah, sudah tercapai. Malah, saya sudah ada kerjaya saya sendiri. Saya adalah seorang guru muda. =)

Wishlist yang masih tak tercapai adalah saya mahukan sebuah kereta yang mana saya boleh guna untuk bawa ma dan babah berjalan-jalan. Itu masih tak tercapai sebab saya nak kumpul duit beli kereta idaman saya. Hopefully tahun depan saya dapat gapai impian itu. Amin. Kemudian, saya nak bina keluarga saya. Well, saya masih lagi single dan dalam perjalanan mencari someone yang boleh bertanggungjawab terhadap saya dan keluarga saya. Sejak zaman belajar lagi, saya selalu letakkan target lepas belajar, dapat ijazah, saya nak kerja sebentar. Kemudian baru fikir fasa hidup untuk berdua, bertiga dan seterusnya.Well, saya dah bekerja hampir nak masuk setahun since Januari lalu.  Mean, sama seperti perancangan saya sejak sekolah menengah lagi. Now, seem a good time to start thinking about the next phase of my life. Lagipun banyak lagi saya nak buat. Saya berkeinginan mahu sambung belajar Sarjana (lepas sah jawatan i'll apply for it), ada rumah sendiri, be a good chef to my future husband. Wah! Banyak yang saya cuba rancangkan tapi perancangan Allah itu yang terbaik. 



"Yang penting, kita cuba, kita usaha, kita proaktif, kita doa, kita tawakkal."















2 comments:

ariff said...

tacing =)

Antara said...

nice. very nice. terkesan kat hati. =)