Sep 21, 2012

Cerita 3 in 1


Khamis lepas Mr.Snail text cakap nak pergi outstation sampai Rabu, dan esok nak masuk Jumaat. No more texting until now. Hmm..dalam otak terfikir la kejap.."clerk pun kerjanya outstation jugakah?" Terus terbayang wajah kerani sekolah. Kenapa diorang takda outstation pon?? Mestilah saya takkan tanya lebih-lebih. Siapa saya nak tanya banyak-banyak kat dia. Dia bukan sesiapa pun dan saya pun tak berani nak letak harapan kalau orang lain takde hint bagi harapan pun. 

"Orang cakap cinta jangan cari. Kalau cari lagi jauh dia lari. Sampai tak larat nak kejar. Last-last baru teringat kita tak cuba kejar pun cinta Ilahi. Sebab tu cinta manusia kita tak dapat!"

Abaikan. It's just a piece of story.

Actually, i don't mind about my gaji. Kalau tanya gaji kau masuk bila? Then i just think awhile, and ask people around me, 'Tin, gaji kita masuk bila ya??or ask Kak Mala...'kak Mala, gaji bila??"

Asyik orang cakap, ko dah kaya...then tak kisah duit keluar banyak mana. Then, i think,

"Duit bukan boleh dicari ke?"
"Kenapa nak sekat apabila kita nak beli keperluan sendiri?"
"Bukannya kita nak beli handbag coach yang harganya beratussssssssssssss ringgit or pakai pakaian berjenama sampai tak sedar nak ukur baju ke badan sendiri."

Money is just money. Money can buy things but cannot buy everything. Bayangkan, purse besar gedabak kau kosong, tetiba ada orang  nie cakap,

"A'a Tiqah, semalam tak datang. Saya nak bagi duit kelas tambahan RM110."

Dalam hati memang tak putus ucap alhamdulillah. Bukan nak bangga diri. Aku nak cakap jangan anggap duit adalah segalanya. Stop thinking about money dan cuba ikhlaskan hati (yee..ini pesanan diri ini jugak!) kalau buat sesuatu. Walaupun apa kita buat ada habuannya, stop thinking, asking, questioning about  'where is my money? or 'i want my money now!' sebab duit itu satu bentuk nikmat Allah untuk kita. Kalau kita buat tak ikhlas, nanti Allah pun tariklah nikmat-Nya daripada kita. Siapa yang rugi? Kita jugakkan. Allah tak rugi apa-apa. (Abah suka guna ayat nie!).

Itu tazkirah ringkas saya untuk diri ini yang suka alpa jugak. 

'Kitakan manusia, biasalah! Tapi jangan sentiasa membiasa diri sampai sudah terbiasa ya!!'





Baru tadi lepak kat Popular habiskan duit lagi beli buku-buku baru. Sempat capai 2 jenis. Hah! Tercapai gak hasrat nak beli buku 365 resepi sejak awal tahun lagi. Baru sekarang dapat. Masa nampak kat popular terus tak cakap banyak, tak survey harga dan capai buku macam itulah satu-satunya buku yang tinggal. Padahal pekerja Popular tengah susun berlonggok buku tu kat rak. Hampeh ko Tiqah! Wat malu aje. Kemudian, pikir jap mana cukup nak baca buku resepi saja, kena gak cari buku ilmiah sikit. Novel pon takpa asal berkesan di hati kalau baca. Terus nampak best selling kat popular. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Aku pun baru saja baca ceritanya dalam buku Anis dan terdetik nak baca kisahnya yang penuh dengan cabaran. Kalau orang biasa, Allah takkan beri cabaran yang hamba-Nya tak dapat nak tempuhi. Tapi, ustaz ni hebat. Sekali je aku baca kisahnya dalam Anis, then (arghhh...then lagi!) terus Allah buka hati untuk beli bukunya kali ini. Moga aku dapat habiskan dalam timbunan kerja yang macam bukit!!!


Tadi baru balik meeting PIBG pasal majlis Sabtu nanti. Majlis 3 in 1. Macam nescafe. Aku pulak baru balik daripada Jusco Bukit Tinggi. Boleh bayangkan betapa rushnya nak pergi meeting hari ini. Kalau ikutkan hati, mau je culas tapi paksa diri juga supaya tak lepas tanggungjawab. Hey! Nanti Allah tanya,

"Kau AJK guru PIBG, kenapa masa mesyuarat kau tak datang catat minit mesyuarat?"

Pukul 11 malam baru habis. Tapi satu benda yang aku tertarik hari ini adalah sorang cikgu nie. Serius aku sangat respek dia sebab cara dia handle AJK PIBG, tindakannya selaku bendahari PIBG memang bagus. Kata-katanya tersusun, kerjanya teratur, responnya tepat dan aku suka cara dia uruskan kerjanya. Sistematik, hebat, tiptop! Haha. Melambung aku puji dia. Jangan risau. Aku hanya admire cara kerjanya sahaja dan berangan alangkah bestnya kalau mutu kerja aku macam tu! Itulah cara seorang LELAKI bekerja! Ini contoh lelaki yang berkopiah, buat kerja hebat dan budiman. Kena pula dengan namanya pun Cikgu Budiman. =) 

Tahniah cikgu. Hari ini saya respek cara cikgu bekerja!


No comments: