Sep 15, 2012

Yang Indah Itu Akhlak =)

Kita nampak saja keaiban orang, keburukan orang. 
Tapi, kita nampak ke keaiban diri kita, keburukan diri kita sendiri??




Memang dia wat salah. Kita nampak kesalahannya itu tandanya kita tahu bezakan yang baik dan buruk. Tapi, yang tak baiknya bila kita canang keburukannya satu dunia. Hah! Bila semua orang tahu!! Itu apa yang kita rasa. Walhal, kita tak sedar kita pun ada keburukan yang orang lain nampak, tapi mereka cuba menutup aib kita tanpa memalukan kita.

Persoalannya, kalau kita tahu seseorang itu buat salah, apa yang patut kita lakukan? Kat bawah ini apa yang aku rasa aku patut buat bila terjumpa dengan orang yang buat salah. Maksudnya, kalau aku buat salah, tolong la tegur aku macam ini jugak.

1. 
Cuba jadikan keburukannya sebagai satu semangat kepada kita supaya tidak turut berkelakuan sedemikian.
'Manusia nie macam-macam perangaikan??'
2. 
Doa kepada Allah supaya bukakan hatinya untuk sedar bahawa apa yang dia lakukan adalah salah.
3. 
Kalau kita cukup kuat, kita tegur dia secara berhikmah. 
Contoh, gunakan sindiran yang tidak menyakitkan hati, penuh gaya lucu supaya dia sedar kita cuba menegurnya secara baik.
 (Masih fail bab ini!)
4.
Kita sendiri pamerkan peribadi yang baik sebagai contoh. 
(Ini memang mencabar dan selalu terlepas pandang).
5.
Jika masih tidak berubah,
itu urusan dia dengan Allah.

Yang PENTING, 
jangan mencanangkan keburukan dia/aku kepada orang lain.
Jumpa terus orang itu dan tegur elok-elok.

Kalau kita baik, 
tak mustahil kita boleh membaikkan orang lainkan?



No comments: