Sep 11, 2012

pot luck

"Wahhhh...tak padannya aku dengan dia." Fullstop. Tak payah nak describe lebih-lebih.


Okay...tau tak potluck tu pe? Korang sure dah tau. Aku je sejak bekerja nie baru tau maksud word tu. Itupun cik Fathin yang kenalkan.

"Eiii..kita ada potluck kat sekolah. Nak sediakan apa ye?"

Then, terus tanya dia.

"Potluck tu pe?"

Mula la dia bebel-bebel dengan penuh ekspresi,

 "potluck tu maksudnya semua cikgu masak pape, pastu gathering sama-sama, makan sama-sama."

Ohhhhh...faham dah.

Lepas tu, memang selalu dengar pasal potluck.

"Ok, jamuan cikgu kita wat secara pot luck. Kita wat ikut group." PK KOKO terangkan.

Jamuan Aidilfitri Jumaat nie nak kena wat pot luck. Pastu, mula fikir nak prepare apa yekk??

Rumah aku takde oven. Takde periuk kukus. Takde mixer (eiii..itu boleh ganti pukul dengan tangan kay.)

Terfikir-fikir nak wat apa ye?

Fikir...fikir!

Ting!Ting!

Dessert cam senang. Kuih muih pun sonang gak. Tapi nak bagi sedap tu yang tak senangnya.

Adohaiii...

Pastu Cik Fathin sebut pasal kek batik.

Then, nampak muka Nadiah.

"Nadiah.....nak resepi kek batik Juliana Banos yang sedap tu ye?!


Itulah...berpuluh-puluh kali tengok sis Nadiah wat kek batik, tapi takde sense nak wat sendiri. Karang sorang-sorang, garu kepala nak pikir menu tuk potluck.


No comments: