Sep 4, 2012

kawin = tanggungjawab


A piece of story.
Part II



Mr.Snail loves jogging very much. Dia text la. Then, aku balas...

"Wow!Bestnya jogging!" 

Then, no reply. Tak pa. Excited tak kena tempat kot. Kot macam tu la kalau kenal orang yang berusia. 25 - 31.Ohoo! Almost beza 6 tahun. Kalau wat childish sket mesti malas nak layan (aku rasa la).  Atau Mr.Snail jenis tak suka text kot. Texting nikan kesukaan orang-orang muda je. Aku pon jarang text orang sebab diri pun rasa makin bertambah usia. Dah ma pesan suruh 'p r o a k t i f' ... dan Mr.Snail yang mola text me dulu...


"Nanti ma kata aku jual mahal plak, tertutup hati plak...ishhh...babitkan ma plak!"


Hmm...


Pendek kata aku memang tak reti nak texting dengan orang yang berusia nie. Takut tersalah cakap rasa diri macam budak-budak pulak. Sebabnya, klo text pun setakat dengan kawan-kawan sebaya, dengan sisters, dengan ma abah, dengan rakan sekerja...tu aje. 


Tapi aku agak excited cakap pasal jogging sebab aku memang suka jogging pun. Dulu kat maktab selalu ja aku join kak Pah lari round satu asrama setiap petang. Awal tahun ni pun masa kena latih budak bola jaring, aku pon jogging satu padang dengan depa gak. Cuma dah lama tak turun padang. Macam mana nak turun. Asal rancang nak pergi ja...mesti ada halangan. Mengantuk la..apa la..arghh...alasan...alasan!


By da day, memang seronok juga klo boleh jumpa orang yang sama minat. Tapi tak semestinya kalau Mr. Snail sama minat, maka dia adalah jodoh akukan?? Macam  jugak orang cakap...


"Eheh..muka awak, senyuman awak, gigi awak...sama macam dia. Memang jodoh la korang."


Then, bila tak jadi, semua dah tak berani nak cakap apa dah. Last sekali masing-masing akan mengaku dah takde jodoh. Pastu, terus senyap sunyi. Hah! 


Misterikan kalau fikir pasal jodoh. Apa yang kita rancang tak sebaik yang Allah tetapkan. Jadi, boleh diterima tak kalau aku sendiri berpendapat...


"Tak payah pandai-pandai nak rancang jodoh sendiri sebab itu ketetapan jodoh kita itu milik Allah"


Kita boleh pilih nak jatuh cinta, nak kawin, nak buat anak dengan sesiapa pun....tapi jangan lupa dan fikir ...


"Apa yang kita rasa baik untuk diri kita, belum tentu baik pada pandangan Allah."


Maka, aku menasihati diriku sendiri. Kataku:


1. Sentiasalah betulkan niat. Saya nak cari seorang suami. Bukan teman lelaki.

2. Saya nak kenal dia dan berkahwin bukan sebab terikut-ikut dengan orang lain atau nak tunjuk-menunjuk kat orang. Saya nak kawin sebab nak penuhi tuntutan syariat Islam."

3. Saya nak kenal dia dan berkawin bukan sebab nak suka-suka, tapi sebab nak laksanakan tanggungjawab.

4. Saya nak kenal dia dan berkawin bukan sekadar nak dapat anak sahaja, tapi nak didik anak jadi muslim soleh dan solehah."

5. Saya nak kenall dia dan berkawin bukan nak cari kemewahannya saja, tapi sebab mahu saling melengkapi satu sama lain."


Tadi sempat mesej Pn. Shima yang baru je nikah. Baca la entry lepas...

Saja tanya dia.

Aku: 

"Camne perasaan jadi isteri orang?Syok?Hehehe..."

Shima:

"hehe...syok tu syok jgk tp bnyk tgjwb skrg nie. kdg2 lupa nak tanya dulu sblm buat pape.dah biasa buat kepala sendiri. skrg nie nak wat pape semua kena inform n mintak izin suami dulu. best kah, rasa ada yang bertanggungjawab atas kita.



Oleh itu, 
boleh aku simpulkan di sini:


'kawin = tanggungjawab'
'Tak mahu bertanggungjawab, 
jangan sesekali fikir, berfikir dan terfikir nak kawin.'



Hanya orang yang bertanggungjawab sahaja, boleh membina rumah tangga yang bahagia. Nak bina rumah tangga yang bahagia, maka marilah sama-sama kita jadi orang yang bertanggungjawab. Amin.


Nota kaki:


"Jodohku sudah Allah tetapkan di Luh Mahfuz lagi.
Sebab Allah lebih tahu siapakah insan yang boleh bertanggungjawab terhadap diriku
dan kepada siapa aku boleh bertanggungjawab."



No comments: