Aug 26, 2011

Should I say I love You


To find the right words
To speak how I feel
To let it be heard
And I want to call you
To let you know
I feel almost compelled
But I let it go
There's so many reasons
But do you want to know?
Should I keep it in?
Do I let it show?


Aug 24, 2011

Cubaan Kedua Saat Saya Bosan

Cubaan kedua kartun saya.
Saya cuba lagi.
Ini dia hasilnya.
Rasaya lagi okay daripada yang hari itu kan?


Ni saya reka special buat miss Paani 
sebabnya dia cakap kartun first saya comel.
Harharhar..
Terima kasih sebab puji hasil kerja saya yang tak seberapa itu.
Nanti saya buat percubaan ketiga pulak.
Tunggu.



Aug 23, 2011

Rupanya lagi bestkan kita jadi kawan?

Bagaimana untuk saya ceritakan kepada kamu?


Betapa saya gembira dapat berbicara dengan kamu.
Jangan salah sangka.
Saya lagi gembira dapat berbicara dengan kamu sebagai seorang rakan yang baik.
Saya sedar menjadi seorang kawan lagi baik
daripada mengharapkan kamu menjadi orang istimewa saya.
Bila saya jadi kawan kamu,
saya tak kisah nak terbitkan semua perasaan saya.
Saya tak perlu control sana sini.
Saya jadi tak kisah nak gurau-gurau dengan kamu.
Saya jadi tak kisah bila kamu tegur saya tanpa saya terasa sikit pun.

Rupanya lagi bestkan  kita jadi kawan?

Pss:

Hye orang sana!
Baru saya dapat dengar suara mahal awak hari nie.
Selamat Berpuasa.
Selamat bergembira dengan hidup awak.
Saya doa dari sini.

Aug 22, 2011

Saya Tak Jemu Dengar



Tanyakanlah pada rumput yang bergoyang
Sesudi apakah aku padamu
Aku tak akan berhenti mencintaimu
Sampai aku tak bernyawa lagi

Sebagai manusia yang tahu kaidah
Akan ku tanamkan cinta yang sopan
Sehidup semati kamu yang hidup
Aku yang mati pun tak mengapa

Akan ku latih hatiku ini
Siap menerima apa saja
Tuhan ajari aku bersabar
Membimbing rasa di hatiku

Bila mataku tak bisa lagi
Menatap wajah cintaku ini
Tuhan tolong beri aku waktu
Untuk merasakan cintanya

Sebagai manusia yang tahu kaidah
Akan ku tanamkan cinta yang sopan
Sehidup semati kamu yang hidup
Aku yang mati pun tak mengapa

Akan ku latih hatiku ini
Siap menerima apa saja
Tuhan ajari aku bersabar
Membimbing rasa di hatiku

Bila mataku tak bisa lagi
Menatap wajah cintaku ini
Tuhan tolong beri aku waktu
Untuk merasakan cintanya

Akan ku latih hatiku ini
Siap menerima apa saja
Tuhan ajari aku bersabar
Membimbing rasa di hatiku

Bila mataku tak bisa lagi
Menatap wajah cintaku ini
Tuhan tolong beri aku waktu
Untuk merasakan cintanya

Sampai ku buta, bisu, tuli, lumpuh
Dan tak bernyawa lagi

Aug 21, 2011

Cubaan pertama saat bosan melanda


Jom kenal orang bulan Mei!

Yang saya besarkan tepat dengan diri saya!

Keras hati & tegas.

Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* klo xde yang ini dah lama saya down gegila dulu...!

Pemikiran yang tajam.

Mudah marah apabila tidak dikawal.
* sebab tu saya banyak diam bila marah sebab saya cuba kawal marah saya. Biar hati saya je meletup jangan sampai orang lain saya letupkan.

Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
Perasaan yang amat mendalam.
*saya orangnya sentimental. =)

Cantik dari segi mental & fizikal.
* saya tak cacatkan?..cantik la tu!

Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* selalu sangat terpengaruh..!

Mudah dipujuk.
* tak susah pun.

Bersikap sistematik (otak kiri).
* saya tak suka math sebab tu otak kanan saya lembab.

Suka berangan.
* Angan-angan mat jenin selalu.

Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Apa yang saya rasa selalunya tepat. Misteri.

Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

Daya khayalan yang tinggi.

Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
* sebab saya pandai berdebat saya terpaksa kunci mulut saya selalu
takut salah debat plak!

Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
* Saya penghidap asma, jadi saya tak suka perokok.

Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* saya boleh melukis dan saya tak sabar nak guna duit sendiri pergi jalan-jalan!

Tidak berapa suka duduk di rumah.

Tidak boleh duduk diam.
* saya ada tangan dan kaki dan sumenya nak bergerak sebab semua dah kena sindrom resah.

Tidak punya ramai anak.

Rajin dan bersemangat tinggi.
* orang kata saya rajin (malas pun ada jugak)..so saya accept saya rajin..macam rajin menyibukkan diri. Tu rajin jugakkan!

Agak boros.

Aug 20, 2011

'Marah bukan benci tapi sayang.'


Saya mungkin apa perasaan marah tapi saya tak boleh benci mereka.
Sebab tanpa mereka siapalah saya.

Satu: Diri saya



Mungkin saya marah diri saya, tapi saya tak boleh benci diri saya. 


Dua: Keluarga saya



Mungkin saya ada terasa hati dengan salah seorang ahli keluarga saya,
 tapi saya tetap tak boleh benci mereka
sebab mereka adalah nyawa saya.

Tiga: Kawan-kawan saya



Mungkin saya ada perasaan tak puas hati dengan kawan-kawan saya,
 tapi saya tak akan boleh benci mereka sebab
mereka ada di sisi saya saat saya jauh daripada keluarga saya.

Pendek kata,
 saya langsung tak boleh benci mereka walaupun saya ada perasaan marah pada mereka.


Hati ini langsung tak benarkan saya benci mereka.
Sebagai manusia,
kekurangan akan tetap ada.
Saya sangat sangat banyak kekurangan.
Mereka juga ada kekurangan.
Penyelesaiannya adalah bagaimana kita berusaha beradaptasi
 dengan setiap kekurangan itu.
Macam prinsip Le Chatelier.
Berusaha mencapai keseimbangan.
Mungkin kita sukar untuk menerima tapi berusahalah.
Saya  cuba berusaha ke arah itu.
Menyedari kelemahan diri dan cuba mengatasinya.
Menerima kelemahan orang lain dan beradaptasi 
dengan kekurangan itu.
Sila bantu saya.

'Marah bukan benci tapi sayang.'


Bershopping sakan 10 malam terakhir Ramadhan...masyaallah!

Semalam saya pergi PISA.
Bukan nak bersukan.
Saja-saja pun bukan.
Saya pergi sana untuk bershopping.
Shopping raya pun bukan.
Sebab kat sana takde jual baju raya pun.
Saya shopping saja-saja.
Bershopping agak sakan tapi belum sampai tahap melampau lagi.
Masih bersesuaian dengan kemampuan saya sebagai seorang pelajar/guru pelatih
dan bersesuaian juga dengan keperluan saya masa kini.
Perut yang lapar terus hilang bila pergi bershopping.
Itu tandanya saya berpuasa okay!
Puasa tak halang saya nak membeli belah.
Mood buruk juga hilang bila nampak perkataan SALE.
Time SALE nie lah saya nak berlagak sikit.
Bukan selalu pun.
Time nielah saya dapat beli barang berkualiti dengan harga berpatutan.
Cik Bee cakap:

" Orang yang shopping time SALE camni adalah orang bijak."

Ya, saya bersetuju.
Potongan sampai 80% sempena jualan penghabisan stok.
Banyak sangat benda berkualiti saya boleh dapat dengan harga murah.
Mujur saya ingat saya nie tengah berpuasa tambah-tambah pula menghampiri 10 malam terakhir nie,
jadi saya beringat yang saya tak boleh boros sangat.

Peringan buat saya juga:
10 malam terakhir adalah waktu di mana pintu-pintu neraka ditutup.

Maksudnya pintu syurga tengah terbuka luas.
Takkan taknak kutip pahala masuk syurga kot?

Tak cukup di PISA sambung pulak ke BJ.
Kat sini takde mood sangat nak bershopping tapi sempat juga sentai dua-tiga jenis barang.
Sebab kat sini SALE pun sekadar 20% saja,
jadi saya tak berminat nak beli barang-barang di sini.
Lagi pun saya dah dapat barang yang saya perlukan semasa di PISA.
Okay, cukup.
Jangan boros-boros.
Amalan syaitan tu.

Biarpun syaitan dirantai waktu bulan puasa nie,
jangan lupa kita masih ada godaan hawa nafsu.

Jadi, waktu puasa nie, syaitan tak kacau kita dah.
Yang kacau kita sekarang adalah hawa nafsu kita.

Boleh ke kita kawal hawa nafsu kita di bulan Ramadhan nie?


Peringatan pada diri juga:

Adakah kita nie jenis yang pergi bazar 
beli makanan berlambak-lambak,
 tapi yang sentuhnya sikit saja tapi yang buangnya banyak benar?

Jaga-jaga mungkin kita sudah digoda oleh hawa nafsu kita.

Adakah kita jenis yang rajin pergi sembahyang terawih pada awal Ramadan, namun mula liat nak buat tarawih 8 rakaat + 3 rakaat witir di akhir-akhir Ramadhan?

Berhati-hati kerana kita mungkin sudah kalah dengan sikap malas kita.


Adakah pada 10 malam terakhir,
anda termasuk golongan yang sakan bershopping raya sampai sanggup berboros dan terlupa hendak mengerjakan
amalan wajib dan sunat di bulan Ramadan?

 Waspada okay sebab takut anda sudah menjadi hamba hawa nafsu sendiri.


Sayang.

Semalam saya pergi shopping.
Tak dapat juga berbuka di bilik Syahida seperti selalu.
Tak dapat bertarawih Masjid Negeri.
Tak dapat juga bertarawih di surau institut.
Saya hanya sempat buat di asrama bersama roomate saya.


Harap-harap hari ini saya berpeluang berterawih di sana.
Ramadhan terakhir di Penang.
Saya pasti rindukan Masjid Negeri.
Saya pasti rindukan tarawih di surau institut juga.
Saya pasti rindukan teman saya juga.




m.i.m.i cerita 2 bab

"Dah malas nak faham perangai org yg sensitif tak bertempat ni.."


Pagi tadi saya telah membaca satu status seorang teman di facebook.
Ibarat tuju bulat-bulat kepada saya.
Kalau tak tepat pada saya pun, tak apalah.
Mungkin saya termasuk golongan ini juga.
Saya terasa dengan statusnya. 
Saya sensitif bukan?


Mujur saya masih waras dan cuba berfikiran positif.
Saya hayati satu-persatu kata-katanya.
Saya anggap dia nak tegur saya secara halus.


Mungkin dia betul.
Mungkin saya banyak kelemahan.
Mungkin banyak yang kurang pada diri saya yang 
saya mungkin tak sedar atau separa sedar atau sedar tapi buat tak tahu,
tapi amat jelas pada pandangan orang lain.
Tak apalah.


Saya anggap kata-katanya itu sebagai satu teguran halus.
Saya harus menerimanya.
Saya bukan manusia sempurna.
Serba serbi kurang.


Status saya di facebook:


"Bila orang bercakap mengenai kelemahan kita itu tandanya orang sayang kita dan nak kita perbaiki kelemahan itu.
Terima kasih kawan-kawan semua."




Baru-baru ini saya dapat Mimi.
Siapa Mimi?
Mimi dia di atas nie.
Dia hadiah istimewa daripada satu hati yang ikhlas.
Hati sapa?
Hati sayalah.


"Kadang-kadang perlu juga kita memberi penghargaan pada diri."


Mungkin saya rasa diri ini kurang dihargai oleh orang lain kerana saya sendiri tidak menghargai diri saya.
Mungkin ini  langkah pertama saya menghargai diri.


Saya memetik kata-kata seorang rakan:


" Jangan kedekut nak buat diri sendiri happy.
Harap orang bagi memang kau tak merasa nanti."

i like it!
Saya suka.
Mimi buat saya gembira.

Aug 17, 2011

Sebab itu mulut saya hanya satu. Mulut kamu juga.

Tadi saya jenguk-jenguk post baru si pelakon Zahiril Adzim.
Dia menulis pasal diam.
Dia buat saya teringat akan keadaan saya sekarang.



Memang dua tiga hari nie saya  banyak diam dan amat kurang bercakap.
Bercakap pun sekadar benda-benda yang perlu saja.
Selebihnya saya lebih suka mendiamkan diri dan layan perasaan saya sorang-sorang.


Saya perasan perubahan diri ini.
Bila saya buat kerja lagilah saya tak banyak bercakap.
Fokus saya hanya pada kerja.
Benda lain saya tak berapa nak pandang.


Tetapi bukan maksudnya saya mengabaikan apa yang ada disekeliling saya.
Saya amat beri perhatian dengan apa yang berlaku.
Saya adalah pemerhati dan pendengar yang baik meskipun saya bukannya pengomen yang baik.
Cuma saya malas nak bercakap.
Kalau ada apa-apa yang tak kena baru saya bersuara.
Itu pun bila saya rasa saya memang perlu tegur dengan mulut.


Kalau saya bersuara untuk sesuatu yang tak penting, 
ibarat macam orang bodoh saja.
Mungkin kemahiran bersosial saya sedikit lemah,
sebab tu saya rasa macam tu.


Bila diam saya jadi fokus.
Saya boleh berfikir dengan rasional.
Bila diam saya tahu saya boleh menjaga pertuturan saya.
Saya tak banyak bercakap benda-benda yang tak penting, bercakap benda-benda laqa,
malah boleh elak diri saya daripada mengumpat orang lain.


Mungkin sesetengah orang tak boleh terima sikap ini.
Tapi cuba fahami mengapa sesorang itu lebih banyak berdiam berbanding bercakap.


Berdiam di sini bukan maksudnya pasif dan langsung tak suka buka mulut bagai ada emas berketul-ketul.
Berdiam yang saya maksudkan adalah bercakap untuk perkara penting saja.
Berdiam yang saya maksudkan adalah mengurangkan penggunaan mulut
dan melebihkan penggunaan pancaindera mata dan telinga 
dan lain-lain anggota badan.


Itu lebih baik bukan?


Lagi banyak saya buka mulut,
lagi banyak keluar perkataan yang salah.
Mungkin perkataan saya boleh mengguris hati orang lain.
Sebab saya tahu mulut saya jahat.
Sebab itu Allah kurniakan mulut saya hanya satu.
Mulut kamu juga.


Bila diam, saya boleh berfikir dengan baik.
Saya boleh nampak apa yang berlaku di persekitaran saya.
Saya jadi alert.
Saya tahu apa yang orang lain tak tahu.
Bila diam, saya dapat rasa apa yang orang lain rasa.


Itu adalah kuasa berdiam diri.


Cuba ambil satu masa untuk kurang bercakap sehari terutamanya di bulan Ramadhan ini
dan anda akan sedar benda-benda yang anda tak pernah sedar sebelum ini.
Cubalah!









Aug 14, 2011

Nasi Tomat

Saya tak pandai masak.
Roomate saya pun tak terrer sangat masak.
Jiran sebelah bilik boleh memasak.
Hari nie sama-sama bersepakat nak masak sama-sama.
Sanggup naik teksi pergi Tesko beli dapur mini dengan barangan nak masak.
Mujur duit hari nie tak habis banyak sangat.
Rasa berbaloi sebab beli banyak barang tapi harga tak cecah Rm 100 pun.

Jadi inilah hasilnya.
Masakan ala-ala budak asrama.
Ringkas saja.

Nasi tomat.


Nasi tomato.


Ayam masak merah.


Acar timun.


Agar-agar strawberry nata de coco.


Okay!
Nie sudah cukup untuk berbuka puasa.
Sebab dah tahu nanti macam-macam lagi makanan akan ada depan mata.


Ternyata saya betul.
Ramai yang balik kampung minggu nie.
Ramai yang bawa banyak makanan.
Lauk dari satu jenis jadi lima enam jenis.
Kuih lebih daripada tiga jenis.
Air ada dua jenis.
Nasi ada dua jenis.
Ringkasnya, makanan berlambak-lambak.
Perut satu ruang sudah jadi empat ruang.


Masyallah banyak sungguh makanan.
Alhamdulillah juga sebab kurniakan rezeki pada hamba-Mu.


Ternyata memasak best kan!



Aug 12, 2011

5 tahun setengah..ko berani cakap camtu!

Hari nie saya tanya romate saya.

Saya nie orangnya macam mana?
Agaknya nanti saya jadi guru macam mana?

Roomate saya pun jawab:



'Saya cikgu skema.'
'Cikgu suka fikir banyak.'
'Cikgu cikgu yang sukakan kesempurnaan.'


Nah!
Amek kau.
Sebijik kena.
Tapi jangan pelik.


Saya ketawa gila-gila.
Senyum saya lebar kot!
Ya, saya memang macam tu.
Sebab tu saya suka tanya roomate saya.
Dia super duper ikhlas bagi komen macam tu.
Kalau orang lain sure tak berani nak cakap terus terang kat saya macam tu.


Opss..ada sorang lagi.
Dia yang dua tahun dulu.
Dia juga berani kata saya macam tu.
Hahahaa.


Saya tanya sebab saya nak berubah.
Saya banyak kekurangan.
 Saya banyak kena belajar dengan mereka dan orang lain juga.


"Teman yang baik adalah teman yang boleh nampak 
kekuatan dan kelemahan temannya,
dan berani menegur temannya 
jika temannya ada kekurangan."


Terima kasih sebab kenal saya macam mana.
Terima kasih sebab tegur saya.

Aug 7, 2011

Future letter for Cikgu Mia

Boring dengan mood jiwang.
Tutup sekejap kisah hati saya buat sementara.


Masa pergi internship baru-baru nie,
saya pergi la melawat bilik Sains yang saya hias masa pergi praktikum semester lalu.
Saya sedih sangat sebab bilik Sains sangat berhabuk, kotor dan tidak terurus.
Nak kata orang tak guna rasanya iya kot sebab sangat sangat sangat berdebu.
Masa saya lap debu-debu dalam bilik tu,
 saya kena guna sampai 5 helai kain buruk yang awalnya putih bersih akhirnya bertukar jadi hitam berkilat.
Kotorkan?
Malang betul kalau bawak budak-budak masuk.
Sah baju putih diorang akan hitam berdaki.
Lagi malang kalau yang masuk terkena asma.
Parah betul.
Mujur apa yang saya hias masih bertahan. 
Maknanya takde tangan-tangan jahat pergi cabut apa yang saya letak dalam bilik Sains tu.
Masa dalam makmal tu,
saya terfikir:


"Bila saya jadi Cikgu Sains nanti,
 adakah saya juga akan biarkan bilik Sains dalam keadaan macam tu?"



Saya terus lap globe yang sangat berdebu sampai sudah tak nampak nama-nama negara di atasnya.
Warna globe pun sudah pudar.
Dulu, anak murid saya paling suka main globe kalau saya bawa diorang masuk  bilik Sains. 
Suka belek nama negara-negara yang ada.
Kalau globe kotor macam tu, saya memang tak kasi diorang main.


Saya beralih ke arah carta-carta gambar yang juga bertimbun tidak tersusun di atas almari.
Juga teruk berhabuk.
Saya geleng kepala.
Saya terus basuh kain buruk dengan air di sink yang berkarat dan sedikit tersumbat.
Saya capai satu rod besi dan korek lubang sink tu.
Sisa-sisa cat biru terlekat dalam lubang sink.
Patut la.
Saya mengeluh perlahan.


Kemudian, 
satu persatu carta gambar saya lap dan saya jemurkan di atas meja di bawah kipas yang berputar.
Saya pandang di hujung almari.
Terdapat satu kotak  berlubang setinggi paras pinggang saya di situ.
Saya menjenguk ke kotak tersebut.
Ooo..rupa-rupanya itu tempat letak carta gambar.
Tapi yang ada di situ hanyalah carta lama yang sudah
bergulung,berlipat, berkeronyok, berenda-renda yang disumbatkan dalam kotak tu.

"Haisyhhhh..!" 
Keluhan kedengaran lagi.
Saya la tu.


Saya tengok jam di tangan.
Sudah tak sempat nak proses kotak tu. 
Terlalu kotor.
Nanti kawan saya nak guna makmal nie pulak.



Saya sedikit kesal.
Saya juga sedih.
Tapi saya tak nak salahkan sesiapa.
Ini peringatan kepada saya di masa hadapan:




Kepada cikgu Mia,


bila awak pergi sekolah nanti sila jadi cikgu Sains yang paling rajin.
Kalau awak diberi tugas jaga bilik Sains,
sila jaga dengan elok. 
Sila guna bakat awak untuk cantikkan bilik Sains sampai boleh buat orang yang masuk
 tak nak keluar dah.
Biarlah orang lain tak tolong awak jaga bilik Sains,
tapi awak sendiri tahu tanggungjawab awak sebagai guru Sains untuk menjaganya.
Awak tahukan betapa pentingnya bilik Sains kepada murid-murid
masa awak belajar Sains?
Kat situ semua hand-on aktiviti boleh berjalan.
Kat situ kalau nak wat aktiviti berkumpulan juga mudah.
Kat situ awak nak bagi budak minat Sains pun senang.
Kat situ awak pun mudah nak mengajar.


Okay Cikgu Mia,
saya faham mungkin tugas anda nanti pasti sangat sibuk.
Bila dah berkahwin, dah ada anak-anak, pasti awak lagi sibuk kan?
Namun, saya percaya awak pasti boleh jaga bilik Sains dengan elok.
Walaupun kemudahan dalam bilik Sains tak bape nak lengkap,
yang penting tolong pastikan bilik tu tidak kotor.
Kesian kat budak-budak!





H O P E

Buku lama.
2 tahun dulu itu kisah dia.
Sekarang kisah awak.
Bila dia 'tolak' saya, saya sudah tak harap apa-apa pada dia.
Dia hanya kawan yang hadir dalam hidup saya.


Buku baru.
Sekarang cerita awak pula.
Tapi saya tak tahu macam mana nak capai awak.
Cukup hati tahu berjujur dengan saya walaupun mulut saya tak tahu nak berjujur.

Saya harus berharap pada Tuhan.
Saya patut percaya ada jodoh tak ke manakan?


"fear can hold you prisoner, hope can set you free"

Aug 6, 2011

Pinang kamu dengan Bismillah

Atas restu Allah aku ingin miliki kamu
Ku berharap kamu menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah aku mencintai dirimu
Inginku pinang kamu dengan Bismillah.






Tadi membuka belog Cik Irine.
Busy menegok photoshoot dia bersama tunangnyer di Genting.
Akhirnya baru dapat tengok.
Pastu melayan lagu kat belog dia.
Dengar sedap.
Terus cari lirik. Ini hasilnya.


'Kupinangmu dengan bismillah.'


Tuhan memberikan ku cinta
Untukku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkan ku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
lyricsalls.blogspot.com
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Atas Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah, ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Aug 3, 2011

Dia bukan sesiapa pada saya dan dia takkan bagi kesan pada diri saya!

Satu perkara saya susah nak kongsikan dengan orang adalah perasaan saya.Tapi sejak mempunyai blog ini, saya mula membuka hati untuk berkongsi kisah hati saya. Meskipun ada pembaca yang kenal saya,saya jadi tak kisah pun sebab apa yang saya ceritakan bukanlah sesuatu yang tak elok. Sekadar berkongsi cerita hati saya, cerita perasaan saya.


Post baru. Lagi saya nak kongsi satu kisah hati saya.



Saya tak pernah bercinta. Betul. (Sila gelak kalau terasa nak gelak. Muntah pun takpe.) Sampai sekarang pun saya tak pernah bercinta. Kadang-kadang terfikir juga, 'mungkin belum sampai masanya,' 'ada jodoh takkan ke mana' dan 'sila bersabar duhai hati'. Saya selalu sedapkan hati dengan kata-kata tersebut. Bila usia mencecah 24 tahun, saya masih tertanya-tanya siapalah putera hati  yang Allah telah ciptakan untuk saya. Namun bayangannya belum tiada. Takpe. Mungkin belum masanya kot?

Usia macam saya dah ramai kawan-kawan saya mengakhiri zaman bujang. Malah dah beranak-pinak pun. Saya pula masih lagi belajar, bertungkus-lumus menghabiskan ijazah saya di IPG hampir 5 tahun setengah. Agak lama kan? Boleh lawan dentist. Boleh challenge doktor juga. Kadang-kadang, malah ramai kot yang bertanya kepada saya:


"Takde sapa-sapa ke di 'maktab untuk dijadikan pilihan."
"Ishh..takkan takde orang suka kot!"


 Hahahaaa...saya gelak. 

Kenyataannya, memang banyak 'calon-calon' di 'maktab' namun 'calon' yang betul-betul saya suka atau 'dia' suka saya masih takde. Malah, mungkin 'calon' tersebut sudah jadi milik orang lain. Secret admire mungkin  ramai tapi secret admire yang single susah kot nak cari. Sekarang saya super duper senior dan sudah pasti bawah-bawah saya yang tinggal hanyalah junior-junior yang sekarang sedang berhempas pulas menghabiskan foundation, SBE dan kehidupan 5 tahun setengah pada masa-masa hadapan berbanding saya pula tahun ini insyaallah habis belajar. Jadi, sudah tentu saya tak jumpa calon pilihan hati saya. Saya pun tak pernah terfikir nak cari orang yang lebih muda daripada saya untuk dijadikan 'calon'. Sikit pun tak.


Walaupun saya tak pernah bercinta, tapi saya tak kata saya tak pernah suka seseorang. Perasaan suka kepada seseorang tu normal.  Sebab saya rasa saya manusia normal, maka saya mengaku saya ada perasaan tu. Di tempat saya belajar saya pernah suka kepada dua orang nie saja. Tapi itu dulu. Zaman foundation. Zaman belasan tahun. Zaman akal saya masih pendek tak tak pernah pandai nak fikir panjang berjela.


Orang cakap kita takde alasan bila jatuh hati pada seseorang. Betul ke?


Saya separuh setuju. Dulu saya suka dia nie. Sepatutnya saya memang tak patut suka dia, tak patut jatuh hati langsung kat dia nie. Tapi Tuhan takdirkan hati saya suka kat dia jugak. Sebabnya mudah saja. Dulu masa zaman foundation, saya jenis orang yang sangat serious dan paling susah nak berkomunikasi dan paling sukar nak sedekah senyuman dekat orang yang saya tak kenal atau tak rapat, terutamanya budak-budak lelaki. Itu perangai buruk saya masa zaman muda dulu kala. Kali pertama orang yang tegur saya suruh saya senyum adalah dia. Dia orang pertama dalam hidup saya yang berani tegur perangai saya yang susah nak senyum tu.

"Senyum la sikit."

Itu teguran pertama dia pada saya. Itu titik pertama hati saya tersentuh dengan teguran dia. Ada satu perkara tu, dia tak berkira dengan saya. Saya ingat dia selfish macam orang lain, ternyata waktu tu dia telah tunjukkan sifat matangnya pada saya. Jadi, itu titik kedua hati saya mula suka pada dia. Dan seterusnya perasaan tu berkembang dan terus berkembang. Dari situ saya cuba kenal dia sikit demi sedikit.


Tapi perasaan tu sekejap saja bila saya dapat tahu dia rupanya sudah apa orang lain, malah dah lama pun kenal orang tu. Perkara nie pun saya tahu daripada kawan saya sendiri. Dia sendiri yang minta kawan saya sampaikan kepada saya. Agaknya apa perasaan saya masa tu sedangkan peperiksaan hanya tinggal beberapa minggu saja?


Itu waktu suram saya. Itu waktu saya rasa muka saya tebal 44' inci sebab saya tak sangka dia boleh heboh-hebohkan bahawa saya sukakan dia pada orang lain. Gila malu waktu tu sebab suka pada orang yang dah berpunya. Gila malu dengan sindiran-sindiran halus mereka yang sengaja nak malukan saya. Apa yang berlaku memang menjadi ikhtibar paling besar dalam diri saya. Hampir  2 tahun saya cuba recover diri ini, saya mula buka mata saya luas-luas, saya mula lihat dunia sekeliling. Saya juga cuba kuatkan diri saya supaya bila berdepan dengan dia supaya saya tak nampak lemah. Bila berdepan dengan dia saya cuba tak tunduk bawah. Ternyata, usaha saya amat-amat berbaloi. 


Awalnya mungkin saya lemah sebab selalu bersedih bila terfikirkan dia. Lama-kelamaan,  saya tanamkan prinsip 'dia bukan sesiapa pada saya dan dia takkan bagi kesan pada diri saya!' dalam diri saya, sampaikan saya jadi bersemangat nak belajar memandangkan peperiksaan hanya tinggal tak lama lagi. Syukur kepada Allah sebab kurniakan saya pelangi indah selepas hujan turun. Saya mungkin kecewa dengan apa yang berlaku tapi saya gembira dengan apa yang saya dapat. Keputusan peperiksaan saya. Saya gembira dengan keputusan peperiksaan saya. Sejak itu, saya telah cuba berusaha melupuskan dia daripada kotak fikiran saya sampailah sekarang. Bila bayangan dia muncul, saya terus cantas habis-habisan supaya tidak lagi bertunas dalam hati saya. 


Saya selalu berdoa supaya Allah jauhkan saya daripada orang-orang yang hanya ingin mengambil kesempatan ke atas diri saya. Alhamdulillah. Allah sentiasa sayang saya. Allah makbulkan permintaan saya. Sampai sekarang saya rasa selamat sebab belum dipertemukan dengan si mata-mata jahat yang hanya tahu ambil kesempatan pada diri orang lain.


Itu hanyalah sebahagian kecil  kisah hati saya. Hanya 1 dalam sejuta. Kisah ini saya kongsikan di saat diri saya dibuai oleh score lagu 'Autumn In my heart.' Bila ingat apa yang berlaku, sangat perit rasanya tapi baru saya sedar itulah pembuka mata saya untuk lihat ke hadapan. Untuk belajar hargai insan-insan di sekeliling saya. Untuk tidak lupakan Tuhan juga. Mungkin masa tu saya terburu-buru mencari 'calon'. Hmm..itu cerita dulu. Tutup buku lama. Sekarang, buku baru. Sekarang, saya berserah semuanya kepada takdir. Andai ada jodohnya, adalah. Saya cuba tak perlu risau dan terima qada dan qadarnya meskipun ramai yang berkata:

"Memanglah jodoh di tangan Tuhan. Tapi kita nie kenalah la juga berusaha!"

Berusaha? Berusaha  macam mana tu. Cuba cerita sikit dekat saya dan orang-orang lain yang berfikiran seperti saya supaya saya dapat berusaha. 




Aug 2, 2011

Kedua Ramadhan

Sahur hari nie pukul 5.10 pagi.
Mata masih mengantuk sebab otak tak mau shut down masa tidur semalam.
Mimpu kali ketiga jumpa orang yang sama.
Padahal orang yang saya patut hindarkan.
Oh…buat saya terfikir-fikir pagi nie.


Pertama internship juga.
Saya macam artis hari nie kat sekolah.
Bukan saya saja malah 3 orang kawan saya termasuk Cik Polaris juga.
Awal-awal sampai sekolah dan tak sempat letak beg,
 sudah datang 3-4 orang murid tegur dan bersalaman dengan saya.
Alhamdulillah.
Ingat lagi diorang kat saya.


Masuk bilik guru jumpa Kak Ton.
Terkejut dia nampak kami lagi kat sekolah.
Terus pergi ke tempat pertapaan saya di bilik guru.
Meja sumpah berhabuk. Tak kemas lagi bukan tersusun.
Semua benda penuh atas meja macam stor gayanya.
Saya dengan kengkawan kemas meja tu sampai bersih dan kosong.
Hati lega sebab boleh lepak dalam bilik guru.


Terus jumpa PK Hem dan bincang apa projek terkini sekolah.
Dua tiga cadangan dikemukakan kepada kami.
Tahniah!
Kami dapat beberapa projek daripada PK Hem.
Terus jumpa PK1 pula bertanyakan pasal jadual.
PK 1 cakap kami empat orang kena split 2 sesi.
Si Won Bin dengan Choi Ji Woon dapat sesi pagi.
Saya dengan Cik Polaris dapat sesi petang.
OMG!
Agak bermasalah nie.
Kalau split agak susah nak buat projek sekali dan saya sudah tentu akan ada masalah pengangkutan juga!
Tolong PK 1…jangan pisahkan kami!
Saya berdoa.


Mujur dengan PK 1 berbincang dengan Guru Besar lepas tu.
Mujur Guru Besar pertimbangkan masalah saya dengan kawan-kawan.
Saya suka Guru Besar cakap:


"Kalau petang, waktu dipendekkan. Takut mereka tak sempat nak buat projek. 
Kalau pagi, projek tu boleh sambung sampai petang."


Yes. Betul tu Guru Besar.
Setuju!


Akhirnya kami tak jadi berpisah.
Syukur…alhamdulillah.
Rezeki Ramadhan. 
Lega sangat.


Hari nie hari paling tak sibuk di sekolah.
Pasang lappy dan taip kertas kerja sepanjang hari.
Jumaat baru mula mengajar. Saya juga dah tak perlu buat lesson plan panjang berjela.
Cukup satu muka surat dua lesson plan.
Hebatkan?
=D


 Waktu rehat anak murid saya buat teropong di luar bilik guru tengok saya.
Lucu tapi saya tak sempat nak tegur diorang lagi.
Cukuplah sekadar tersenyum dan lambai pada diorang.
Lagipun saya dah tak ajar diorang.
Kali nie saya dapat kelas baru.
Tahun lima dan tak pernah ajar diorang lagi.
Okay..saya kena kaji budak-budak nie dulu sebelum ajar diorang Jumaat nie.
Siapa lagi saya nak rujuk?
Cik Polaris la.
Diakan dah ada experience ajar bebudak tu!