Oct 17, 2010

Z.A.R.A I













" Sudah banyak kali saya bagi warning pada kamu, tapi satu pun tak melekat dalam kepala. Apa nak jadi dengan kamu ni, Yusman?!"
Bebelan Puan Rosita langsung Yusman buat tak entah. 

'Suka hati la engkau nak cakap apa,' hati Yusman berkata. 
Wajah guru disiplin wanita itu dipandang enteng sahaja. 
'Ala, cikgu perempuan. Semua sama saja. Semua kuat membebel!' Hatinya berkata lagi.
Yusman bersiul-siul kecil menyebabkan Pan Rosita tidak mampu berkata apa-apa lagi.
'Budak ini degilnya, masyaallah,' Puan Rosita cuba memujuk hatinya.
Genap dua tahun menjadi guru disiplin di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Panglima, macam-macam sahaja kes disiplin yang Yusman telah  timbulkan. Bergaduh, merokok dan melawan guru bagaikan sudah sebati dengan diri anak muda itu. 
Hari ini sahaja Yusman ditangkap oleh Cikgu Awiya kerana cuba meniru di dalam peperiksaan.
 Puan Rosita sendiri pun tak menang tangan hendak melayan karenah Yusman. 

Kalau tak kerana Yusman itu anak kepada arwah sahabatnya, Mariah, mahu sahaja dilempangnya anak muda itu sekarang juga. Sebagai orang yang lebih berusia, Puan Rosita merasakan sikap Yusman yang bersiul-siul ketika dia sedang marah itu agak biadap.
Mengapalah Yusman tidak mewarisi sikap ibunya yang amat berhemah itu?
 Puan Rosita sedikit terkilan apabila mengenangkan arwah Mariah.
"Mar, maafkan aku. Aku bukanlah guru tebaik. Aku tak berjaya mendidik Yusman, Mar," bisik hati Puan Rosita.
Air matanya mula bergenang.

 Sebelum mengarahkan Yusman kembali ke kelasnya, Puan Rosita berkata kepada anak muda itu:
"Yusman, saya nak kamu tahu bahawa kalaulah saya berada di tempat ibu kamu,saya pasti akan sedih dan kecewa dengan kelakuan kamu, Yusman. Kamu fikirlah yang mana baik bagi diri kamu. Kamu boleh ke kelas sekarang!." Arah Puan Rosita sebelum  Yusman berlalu. 
..........







No comments: