Oct 17, 2010

Z.A.R.A II









Izar Yusman meninggalkan bilik disiplin Puan Rosita dengan segera. 
Hatinya agak bengang dengan kata-kata Puan Rosita tadi.
'Aku paling benci kau sebut pasal perempuan tu! Aku benci betul, tahu tak!' bentak hati Yusman. 
Membara sahaja hatinya saat itu.

Sambil berjalan dengan tergesa-gesa ke kelasnya, tanpa disedari Yusman telah terlanggar dengan beberapa orang pelajar lain yang lalu lalang di situ. Mahu saja Yusman memukul pelajar-pelajar tersebut. Namun, niatnya terbantut apabila salah seorang daripada pelajar yang dilanggarnya itu adalah Rayyan. 
 Tengku Rayyan Bin Tengku Azahan.
 Rayyan, orang yang paling dia benci dan  paling dia cuba elakkan di sekolah ini!
'Ah, menyampah betul la budak nie!' hati Yusman mula merungut. 
Dirasakan betapa malang dirinya terserempak dengan Rayyan hari ini.
Arghhh...!

"Orang  kalau berjalan kena pandang-pandang. Nie main sesuka hati je langgar orang. Bukan nak minta maaf, ada hati pula nak pukul orang !" Salah seorang rakan Rayyan yang bernama Ehsan sinis menegur Yusman. 
Dua lagi rakan  mereka sedang ketawa mengejek di belakang Rayyan.
Rayyan pula tenang sahaja memandang Yusman.

Yusman memandang Ehsan tajam. 
'Kurang asam punya budak!' bentak hati Yusman lagi.
Penumbuknya mula dikepal kemas. 
Mahu saja dicepuk kepala Ehsan yang botak dogol itu.
 Mahu sahaja diterajangnya dua ekor badut Rayyan itu.
Baru kena buku bertemu dengan ruas!

"Jom la Ehsan. Kita dah lewat nie. Aku tak nak Cikgu Zainal tertunggu-tunggu kita pula nanti," Rayyan mula bersuara. 
Dia pasti Yusman sedang berang sekarang. 
Silap hari bulan, lebam pula muka Ehsan dikerjakan Yusman.
Rayyan mula beredar meninggalkan Yusman. Ehsan dan dua lagi kawannya menuruti Rayyan dari belakang sambil tertawa dengan terkekek-kekek, sengaja mahu menyakiti hati Yusman.
‘Mampus korang sume!’ Dalam hati Yusman menyimpan dendam.
  Bengkak hati Yusman kala itu.

Yusman tidak jadi melangkah ke kelasnya. Dia yakin Cikgu Awiya pasti berang padanya  kerana dia ponteng lagi kelas cikgu Sejarah itu.
‘Lantaklah,’ ujur hatinya.
Yusman terus  mengorak langkah ke kawasan padang.
Kawasan padang dengan rumput yang  menghijau dan menghadap ke arah bukit itu pasti dapat  menyejukkan hatinya yang sedang radang ini.
Yusman mengambil tempat di bawah sebatang pokok Teja yang merendang.
Ketika itu, dia sudah jauh dari kawasan sekolah.
Yusman merebahkan tubuhnya di situ.
Matanya melihat ke arah langit yang membiru.
Hatinya kosong kala ini.
 Saat itu matanya makin layu, layu dan layu.
Yusman menguap kecil.
Akhirnya, Yusman terlelap juga di bawah pohon itu.
 ..........



No comments: