Oct 14, 2010

Mia L.E.P.A.S.kan

Masa Mia balik kampung minggu lepas, 
tetiba je tetengah malam tu Mia dapat ilham nak menulis cerita. 

Lucu juga Mia rasa sebab idea yang datang pun memang spontan je. 
Lagipun, Mia bukan pandai sangat pun dalam bidang penulisan nie,
 tapi boleh la sikit-sikit klo nak wat cerita syok sendiri..
hehehee..


Sebenarnya, bukan Mia nak fokus sangat pasal cerita Mia nie. 
Tapi yang Mia nak share kat sini tentang pendapat Mia dan kawan-kawan bila Mia bagitau diorang
 supaya predict penutup citer yang Mia karang nie.
 Macam-macam feedback yang diorang berikan. 
Terima kasih kawan-kawanku sekalian!



Alkisahnya cerita Mia nie tentang kisah cinta antara Zara dan Zahir.
Hubungan diorang tak mendapat restu keluarga Zahir.
 Jadi Zahir nie  terikat di antara pilihan hati dengan pilihan ibubapa. 
Ibu Zahir pula inginkan Kamelia, sepupu Zahir sebagai menantunya.
Kata ibu Zahir:
"Tanpa Kamelia yang telah mendermakan hati pada Zahir, 
ibu mungkin sudah kehilangan satu-satunya anak lelaki ibu."
Kamelia pula tidak ada yang kurangnya.
Pada pandangan Zara, Kamelia cantik, baik dan sentiasa nampak tenang.
Kerana Kamelia, Zara rasa disayangi di rumah keluarga Zahir.
"Kamelia baik sangat," kata Zara.
Zara pun perasan, Zahir selalu menyebut nama Kamelia setiap kali mereka berbicara.
Siapa sangka, begitu besar perhubungan Zahir dan Kamelia rupanya.
Siapa sangka rupanya hati Zahir juga adalah milik Kamelia.
Kata Kamelia:
"Zahir tidak mungkin akan meninggalkannya meskipun bertemu dengan wanita lain."
  Zara sedih. Zahir pula keliru.
Endingnya?..?
Haaa...
Jadi Mia tanya kawan-kawan Mia:
"Kalaulah korang berada di situasi Zara/Zahir, apa korang nak buat?"

Nie komen kawan-kawan Mia:

S    : Zahir kena ikut pilihan hati. Mana boleh pilih Kamelia. Yang emak Zahir tu kena faham la, mana boleh 
        paksa-paksa. Nie soal hati dan perasaan. Tak boleh paksa-paksa.
Mia : Kalau Zahir pilih Zara, boleh bahagia ke klo maknya tak restu?
A    : Betul. Hmm,ko wat je ending Zahir kawin dengan Kamelia. Pastu Kamelia mati, pastu kawin la dengan 
        Zara.
Mia : Hahaha..boleh plak macam tu. (Dalam hati, tau la ko tu minat giler citer Lagenda Budak Setan!)
S     : Kita tambah, Kamelia mati sebab melahirkan anak. Pastu Zara jaga anak dia dan kawin dengan Zahir!
Mia : Macam biasa dengar je ending cam tu..(takde idea  lain ke..lain..lain!)
A    : Klo aku jadi Zara, aku lepaskan saja Zahir. Kesian wei sebab dia kena taat dengan mak dia. Mana 
         boleh derhaka. Dah sampai nak dibuang keluarga, baik biarkan saja Zahir amek Kamelia. Abih citer..
Mia : Aku pun fikir macam tu juga. Tapi Zara macam mana pula? Apa perasaan korang klo jadi Zara?
S     : Klo aku jadi Zara, sedih memang r sedih. Aku mungkin akan lepaskan Zahir. Takkan aku nak dia jadi 
        anak derhaka pulak.
A    : Mana la tau lepas kawin, Zahir lama-lama jatuh cinta dengan Kamelia. Dia pun baik juga.
S    : Tapikan, klo kawin sebab terpaksa pun x best juga. Last sekali, bercerai...!


Hmm.
Itulah serba sedikit pandangan kawan-kawan Mia.
Kalaulah Mia jadi Zara..

Mia pasti akan LEPASkan Zahir.
T.i.t.i.k.
Dah memang terang-berderang emak Zahir tak sukakan Zara, buat apa nak tunggu lagi.
Orang kata, sayang memang la sayang.
Sebab sayang juga, Zara harus lepaskan Zahir.
Masa Mia cipta watak-watak dalam citer nie, mind set Mia memang nak
Zara jadi wanita yang cekal, yang tabah dan yang percaya  bahawa: 
"Andai ditakdirkan jodohku dengan Zahir ada , maka sejauh manapun aku berlari, Zahir pasti tetap milikku.."


Cheewaah..pandai pula aku berjiwang-jiwang pula!
Let's say Zara kahwin juga dengan Zahir, tentulah hari-hari Zara akan 
makan hati dengan sikap ibu mentua yang tidak sukakannya.
Lagipun, takkanlah Zara nak keruhkan hubungan Zahir dengan emaknya.
Mahu ke Zara menjadi punca putusnya hubungan seorang ibu dengan anak?
Hmm, kalau aku jadi Zara, pasti aku pujuk hati aku dan kata:
"Let's me hurt first. Then, it getting better afterwards."

Satu petikan kata-kata menarik yang Mia nak kongsi di sini:
"Kebahagiaan seorang lelaki terletak kepada kalimat yang keluar dari mulut seorang perempuan."

Jadi apa yang Mia nak interpret di sini, Mia harap Zara akan katakan:
"Taatlah kepada ibumu,Zahir. Sesungguhnya ibumu yang melahirkanmu, menjaga dan membesarkanmu. 
Jangan jadikan aku sebagai alasan untukmu memutuskan hubungan dengan ibumu. 
Kita harus percaya kepada qada dan qadar Tuhan."

Huhuhu..

Sedikit kata-kata yang Mia petik daripada sebuah buku bertajuk
 "Ya Allah Aku Jatuh Cinta"  karya Burhan Sodiq:

"Ya Allah, kalau seseorang itu bukan jodohku, tolong dijauhkannya dariku dan gantikannya dengan yang lebih baik. Dan jika dia memang jodohku, maka supaya didekatkan dengan cara-Mu dan aturan-Mu."





  

No comments: