B.R.O.W.N.I.E.S
Hmm..yummy!
Kalau sebut je nama B.R.O.W.N.I.E.S, mesti teringat kek secrete recipe.
Tengok saja, hati dah pun cair.
Tengok kek tu dipotong, dah kecur air liur.
Klo makan, lagi lah!
Dah tak ingat dah orang sekeliling.
Alahai, sedap sangat-sangat!
Semalam, sis Mia tersebut pasal kek B.R.O.W.N.I.E.S yang dia dah belajar buat.
Sis Mia kata:
"Senang saja nak buat."
Paling penting:
"Rasanya sama saja dengan kek secret recipe."
"Bahannya pun tak payah nak cari, tak payah nak dapat."
Hahaaa, itu yang dengar tu!
Ok.
Orang kata kalau tak kenal B.R.O.W.N.I.E.S, maka tak cinta la.
Jadi, kat sini biar Mia citer sikit pasal sejarah kek B.R.O.W.N.I.E.S.
B..R.O.W.N.I.E.S merupakan kek keluaran Amerika
yang pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1897.
Hmm, dah lama dah.
Pada masa tu, ada seorang pembuat kek coklat telah terlupa nak masukkan
Baking Powder ke dalam adunan buat kek coklatnya.
Maka,terciptalah kek bantat yang tak mengembang,
tetapi sedap saja rasanya.
Kegagalan membuat kek coklat ini telah menghasilkan sejenis kek baru
yang terkenal sampai sekarang.
Kek apa tu?
Haa..
Kek B.R.O.W.N.I.E.S la!
Resepi B.R.O.W.N.I.E.S yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1897 dalam Sears, Roebuck catalogue.
Nama B.R.O.W.N.I.E.S pula diambil sempena warna dominannya
iaitu warna coklat pekat (brown),
dan ditambah lagi dengan bahan-bahannya yang terdiri daripada pelbagai aneka coklat seperti
dark chocolate, coklat pasta dan lain-lain!
Sekarang macam-macam variasi telah dilakukan untuk menambah kesedapan kek B.R.O.W.N.I.E.S nie.
Macam topping di atas B.R.O.W.N.I.E.S,
ada krim keju, chocolate ganache, marshmallow, chocolate chip dan banyak lagi jenis taburan kacang-kekacang.
Hmm..yummy-yummy!
Jadi, kat sini Mia nak kongsi resepi kek B.R.O.W.N.I.E.S daripada sis Mia.
Lagipun, sis Mia kata resepi nie menjadi.
Klo tak menjadi, bukan salah Mia k!
Klo korang suka sangat kek nie, tapi selalu takde duit nak pergi kedai secret recipe,
korang boleh cuba buat sendiri.
Nie resepinya..
Resepi Kek B.R.O.W.N.I.E.S
Bahan-bahan:
300g marjerin
200g gula perang
4 biji telur
100g tepung penaik
4 sudu besar serbuk koko
100g kacang badam
Secubit garam
Cara-cara membuatnya:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
Sambil-sambil tu, pukul marjerin dan gula perang ssehingga gebu.
Seterusnya, masukkan telur satu persatu dalam adunan.
Jangan lupa ayak tepung penaik dan serbuk koko dahulu.
Pastu, masukkan tepung penaik, kacang badam dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
Gaul bagi rata.
Tuang adunan dalam loyang pembakar.
Bakar selama 30-35 minit.
Siap.
Kalau la sis Mia dapat tolong Mia buat kek B.R.O.W.N.I.E.S sebelum Mia balik ke kolej besok,
Mia nak bawa balik kek nie khas tuk kawan-kawan Mia yang tak balik kampung.
Especially tuk Cik Syida yang nak sangat buat kek tapi dia kata takde oven..hmm xpe,
untuk Cik Yana supaya dia sentiasa senyum selalu,
tuk jiran sebelah bilik Mia, Cik Diya (kalau die ada la) supaya tak keseorangan lagi
dan untuk Cik Pisang..
hmm..
aritu Mia baca kat FB,
katanya dia teringin nak makan B.R.O.W.N.I.E.S.
Insyaallah,
Mia akan paksa adik Mia tolong Mia.
Haha.
Tu je Mia nak kongsi.
Ta-ta.
4 comments:
Cik Yana kate: thank you sbb ade niat nak buatkan kek tu untuk sayer n Syida..kitorang terharu bangat..he3..so, hopefully ade lah yer..we are waiting for the brownies (not you) hahaha..gurau je =P. sy janji sy akan senyum sampai ke telinga n syida pun akn terus beli oven lepas ni..wuahahahha..
hahaaa.dh siap dh b.r.o.w.n.i.e.s. tu.rasanya korg r judge sendiri.x sedap x tahu r.hahaha
kte mmg kempunan nk mkn..tp ehehe kalo nk g secret resipi mau hbs dkt 20 rggt jgk smate2 nk mkn brownies je..
tp yg tikah bg tu mmg sdp..rse mcm walnut brownies kalo x silap..
nnti nk try buat lah..
hehe..tu la pasal Ana.Mau terbang duit saja klo nk mkn kat secret recipe.Xpa..ana pandai masak,sah boleh wat punya kek tu.
Post a Comment