Mak bapak klo tak tanya anak nak jadi apa bila besar nanti memang tak sah r.
Klo tak tanya tu nampak sangat tak prihatin dengan anak-anak.
Mak abah Mia pun sama gak.
.............................................................................................
"Bila besar nak jadi apa?" suatu hari abah bertanya.
"Mia nak jadi pelukis." jawab Mia tanpa ragu-ragu.
Beberapa tahun kemudian, Mia makin bertambah besar.
Masa tu Mia hampir menamatkan sekolah rendah.
Abah tanya lagi:
"Mia bila besar nak jadi apa?"Abah pandang Mia.
Mia tengok abah balik. Mia senyum dan kata:
"Mia nak jadi pelukis la abah."
Tahun demi tahun, Mia makin menjejak usia dewasa.
Mia berada di sekolah menengah sekarang. Form 3.
Suatu hari, abah bertanya soalan yang sama juga:
"Mia nak kerja apa bila besar nanti?"tanya abah.
Jawab Mia: "Pelukis!"
Lepas PMR, Mia dapat tawaran ke sekolah teknik.
Pengajian Pakaian.
Mia pun berfikir:
"Mia minat juga menjahit. Nanti boleh jadi designer. Bila jadi designer, Mia boleh melukis!"
Mia ingat nak pergi sekolah teknik tu.
Klo setakat dapat result 7A 1B tu, tak mustahillah Mia boleh masuk sekolah teknik tu.
Lepas tu, abah kata kat Mia:
"Tak yah la masuk sekolah teknik, amek ja aliran Sains kat sekolah menengah pun bagus juga,".
Mia langsung tak membantah.
Mia ikut saja cakap abah.
Mia amek aliran sains.
Mia belajar sume killer subjek:
"Additional Math, Biology, Chemistry & Physic."
Mia paling tak suka add math. Mia paling suka chemistry subject.
Lama-kelamaan, Mia lupa langsung cita-cita Mia nak jadi pelukis mahupun designer.
Bila abah tanya Mia nak jadi apa, Mia dah tak terpikir pun pasal cita-cita yang Mia impikan masa kecik-kecik dulu.
"Jadi doktor kot...!" jawab Mia acuh tak acuh.
Abah senyum tengok Mia.
Abah langsung tak komen apa-apa.
Tamat saja sekolah menengah, Mia masuk kolej matrikulasi pula.
Masa tu memang waktu ekstrem buat Mia.
Belajar, belajar dan belajar.
No social life.
Hidup dengan buku.
Hari- hari buku.
Jadi ulat buku.
Makan buku hari-hari.
Gila buku..buku dan buku.
Result:HAMPEH!
Sebab: TENSION
Bila nak pilih kursus untuk masuk universiti, Mia pilih yang sesuai dengan keputusan Mia.
Mia ada tanya emak.
Emak minta Mia pilih nurse.
Mia ikut je.
Pilihan 1-3 , Mia pilih nurse.
Yang lain Mia letak sesuka hati.
Nampak sedap, Mia hentam letak je!
CIKGU?..
Hmm, Mia tak terpikir langsung dan tak terlintas sikit pun!
Bila keputusan masuk U keluar:
Pilihan 4: SAINS BIOLOGI
Perasaan : TAKDE PERASAAN
Emak ada tanya:
"Klo amek jurusan ni, nanti nak kerja apa?"
Jawab Mia:
"Tak tahu."
2 minggu kat U, Mia tak enjoy langsung life kat sana.
Mia is a PASSIVE girl.
Mia BENCI kursus tu.
Mia tak PAHAM apa lecturer ajar.
Mia TERKEDEK-KEDEK nak paham lecture dalam BI
Mia rasa:
"I am the STUPID girl. I HATE myself"
Minggu ke-3:
Mak call Mia:
"Mia dapat maktab. Pikirla nak pergi ke tak?"kata emak pada Mia.
Perasaan: CAMPUR-CAMPUR macam rojak!
Mia ikut saja pilihan emak.
Mia tak rasa pun ini pilihan Mia.
Jadi CIKGU?..
"Hmm, layak ke diri nie?" Berbelah bahagi diri Mia masa tu.
Zaman 2010
Tempat:
IPG Kampus Pulau Pinang
Program Pengajian:
Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Major Sains; Minor PJ & BI)
Tempoh belajar:
5 1/2 tahun
Tamat belajar:
2011
Perasaan:
HAPPY.CHEER.FUN.ENJOY.LAUGH
Mia tanya diri Mia:
"Sekarang nak jadi apa?"
Diri Mia akan jawab dengan tiadanya unsur paksa atau ragu-ragu:
"CIKGUUUUUUUU!"
Siapa sangkakan, Mia menjadi insan terpilih untuk profesion nie meskipun berpuluh-puluh ribu orang apply nak jadi cikgu, tapi tak dapat.
Sekarang Mia jadi cikgu pelatih yang boleh melukis, designer kepada teaching aids tuk ajar budak-budak, dan Mia adalah cikgu Sains yang belajar subjek Biologi, Kimia dan Fizik.
Boleh dikatakan apa yang Mia buat daripada kecik sampai besar,
semua boleh diguna pakai untuk profesion nie.
Siapa sangkakan.... =)
"Bila besar nak jadi apa ek?"
Mia tanya murid-murid masa praktikum dulu.
"Nak jadi macam cikgu la.." jawab sorang murid.
Mia tersenyum.
"Ya, Mia seorang cikgu."
Nukilan:
1 comment:
p0st y mnarik..
x prnh aku tpikir smpai mcm 2..
jd ckgu mmg bes.. hehe
Post a Comment