Oct 15, 2010

L.O.V.E Parents W.I.T.H. Heart

L.O.V.E Parents W.I.T.H. Heart
.......................................


.:Kisah 1 minggu sebelum mak abah berlepas ke Tanah Suci Makkah:.

Hari tu hari Khamis.
Mia dah tak senang duduk kat institut nie.
Mia nak balik tapi Mia ada kelas ganti pula.
Mia minta pandangan kawan-kawan Mia.
Diorang suggest suruh Mia balik.
Mia masih kebuntuan.
Mia call adik Mia.
Dia cakap mak tak kasi balik. Nanti abah kalut pula nak uruskan tiket dia.
Mia jadi serba salah.
Klo Mia balik, adakah Mia akan ganggu abah sebab abah kena amek Mia pula nanti?
Lagipun, Mia pula  terikat  dengan kelas ganti Mia keesokannya.
Mia pula takut kalau ponteng kelas nanti dapat surat salah laku.

Pagi Jumaat tu, Mia bangun awal. 
Ada sorang kawan Mia tegur Mia tanya sama ada Mia balik atau tak.
Bila Mia cakap tak tahu lagi, dia suruh Mia balik.
Mia senyum sahaja sebab Mia masih kebuntuan.
Bila Mia buka FB Mia, dua orang kawan Mia juga setuju suruh Mia balik.
"Ala, ponteng kelas sehari je.Klo aku, aku balik je," sorang kawan Mia berkata.
Hari tu dalam kelas. Mia dah tak dapat nak fokus sebab Mia asyik ingat Mak dengan Abah Mia.
Dalam hati Mia kata:
" Klo Mia tak balik hari nie, Mia takkan dapat jumpa mak dan abah lagi sampai  raya haji nanti."
Balik saja kelas, Mia dapat juga kekuatan untuk balik.
Mia minta tolong roomate Mia call teksi.
Akhirnya, Mia balik juga ke kampung.



.:Kisah 4 hari sebelum mak abah berlepas ke Tanah Suci:.

Masa kat rumah, Mia cuba tolong mak dengan abah apa yang patut.
Tak banyak pun yang Mia boleh tolong.
Mak pun dah siapkan sume barang-barang untuk ke sana.
Beg abah pun dah dilekatkan dengan sticker nama jemaah haji.
Suatu malam, Mia tengok gambar pasport abah yang dilekatkan pada beg tu.
Tiba-tiba Mia jadi sebak.
Satu je yang Mia takut.
Mia paling takut kalau abah dengan mak pergi ke sana, pastu dah tak balik ke sini.
Mia takut tak sempat nak minta maaf pada mak ngan abah.
(Mia sangat sedih bila terfikirkan perkara ini..dan sekarang Mia sedang menangis!)
Oh T.I.D.A.K!
Mia sepatutnya tak fikirkan perkara ini!

Satu lagi perkara yang membuatkan Mia terasa sebak sangat.
Hari tu abah Mia nak pergi ke pekan.
Abah tanya  Mia nak makan apa.
Mia diam kejap. Mia tengah pikir.
"Putu buluh,bah. Lama tak makan. Kat Penang tak sedap macam kat sini!"  kata Mia.
Bila abah balik, Mia perasan abah lupa nak beli putu buluh tu.
Takpa la, abah lupa kot. 
Mia pujuk hati Mia. Tapi Mia tak marah pun abah.
Sungguh!
Tengah hari tu, mak cakap kat Mia nak cari sikit lagi barang kat pekan dengan abah.
Bila mak Mia balik, mak  bagi satu bungkus plastik kat Mia.
"Putu buluh. Tadi abah kata Mia pesan, tapi abah terlupa. Nie abah dah beli putu buluh," kata mak.



Bila dengar saja kata-kata Mak, Mia jadi terharu.
Kalau abah tak beli pun takpe. Mia tak kisah pun.
Mia rasa mungkin abah perasan yang Mia jarang sangat nak minta itu ini kalau abah tanya.
Selalunya, klo abah tanya Mia nak makan apa setiap kali abah nak ke pekan,
jawapan standard Mia:
"Tak tau la abah. Apa-apa pun tak pe."
Hmm..
Sebab tu la kali ini bila Mia cakap nak makan putu buluh, abah beli juga untuk Mia.
Terima kasih abah!
Mia tak tau nak cakap apa.








.:Kisah 3 hari sebelum mak abah berlepas ke Tanah Suci:.


Hari tu hari Ahad.
Maknanya, Mia dah kena bersiap nak balik ke institut.
Abah awal-awal lagi dah pergi ke sekolah.
Patutnya abah dah amek cuti, tapi kata mak abah ada jamuan kat sekolah.
Mia tak sempat nak salam dengan abah.
Mak pula cuti hari tu.
Pagi- pagi lagi lepas Mia solat Subuh, Mia dengar mak tengah masak kat dapur.
Mia tahu mak masak untuk Mia.
Bekal nak bawa balik ke institut nanti.
Klo hari tu mak kerja pun, mak pasti akan masak kat anak-anak mak.
Mia terharu sangat-sangat.
Masa nak balik, Mia salam mak.
Mia kata:
"Mak pergi haji elok-elok."

Waktu Mia tunggu bas, mak Mia bawa motosikal pergi ke kedai. 
Mak senyum kat Mia. Entah kenapa, bila Mia tengok mak Mia jadi sedih.
Mia amek tisu cover air mata yang nak jatuh.
Mia kawal suara Mia supaya tak nampak sangat Mia sedih.
Mia tengok mak dari jauh.
Mia rasa nak peluk mak sangat-sangat masa tu.

Masa bas datang, Mia amik seat di tepi tingkap. Mia nampak mak tercari-cari Mia
Mia lambai tangan Mia kat mak.
Mujur mak nampak. Mak lambai balik kat Mia. Mak senyum kat Mia.
Dalam hati Mia sebak sangat-sangat.
Akhirnya, Mia nangis juga.






.:Kisah 1 hari sebelum mak abah berlepas ke Tanah Suci:.


Mia call rumah malam tu. Malam sebelum mak abah bertolak ke Bayan Lepas.
Tapi abang Mia yang jawab telefon tu.
Kata abang, ramai orang kat rumah. Mak sibuk sikit.
Mia kata takpe. Mia pesan kat abang supaya kirim salam kat mak ngan abah. 

.:Pagi Selasa: Hari mak abah berlepas:.

Mia dengan adik-adik yang lain tak dapat hantar mak ngan abah.
Tapi kami sentiasa doakan agar mereka selamat sampai ke Tanah Suci dan sihat-sihat selalu.
Mia rasa lain sangat bila tak dapat jumpa mak ngan abah.
Mungkin sebab mak ngan abah tak pernah nak tinggalkan Mia dan anak-anak yang lain dalam tempoh yang lama.
Mia pula lepas nie nak exam.
Selalunya Mia akan call mak setiap kali nak exam, minta mak doakan agar Mia dapat buat yang terbaik.
Tapi kali nie, Mia belum tentu dapat call mak abah Mia.



Bila Mia buka FB, Mia jumpa gambar mak ngan abah masa nak bertolak ke sana.
Mak Mia pakai baju jubah hitam. Abah berbaju biru.
Abah dengan mak nampak ceria sangat.
Mia gembira bila tengok gambar mereka.
Tapi Mia juga sebak bila tengok gambar mereka.
(Sekali lagi Mia nangis!)

Pesanan Mia kepada mak & abah:
"Kepada mak ngan abah, Mia doakan mak dapat mengerjakan haji dengan tenang di sana.
 Tak payah pikir sangat anak-anak kat sini.
 Insyaallah kami okay punya!
Sila jaga kesihatan elok-elok. 
Mak jangan sakit-sakit tumit lagi. 
Abah jangan datang penyakit asma lagi."


"Ya Allah, kasihanilah kedua ibu bapaku sebagaimana meraka memelihara aku semasa aku kecil"









No comments: