Oct 31, 2010

M.o.r.n.i.n.g Quote

Si gadis yang sopan berbaju kurung telah mengucapkan:
"Selamat Pagi!"
kepada rakan-rakannya.
Balas si gadis bernama Tanya pula:
"Good Morning, Mia."
Mia juga tak lupa mengucapkan selamat pagi kepada si gadis arab iaitu Fatima,
 lalu si gadis yang berjilbab  membalas :
"Sabā il kẖayr."
Kemudian muncul si gadis bermata kecil cantik berkimono pula membalas:
"Ohayō gozaimasu!"
Ayuko juga memberi ucapan pagi kepada Kim Yoo Na.
Kim Yoo Na yang manis berpakaian hanbok merah delima pun membalas:
"Annyeong hashimnikka."
Dari jauh kedengaran suara, Gina, si gadis yang berasal daripada Jerman pula berkata:
"Guten Morgen!"
Meraka berkumpul bersama-sama, 
bergelak riang lalu menyanyikan lagu ini:

"Permulaan sesuatu kejayaan bermula di pagi ini.
Bangun semua.
Bangkit semua.
Jangan bermalas-malasan.
Ceriakan wajahmu.
Serikan ia dengan senyum
Bangun temanku.
Bangkitlah wahai temanku.
Pasti pagi ini membawa rahmat padamu.
Jua padaku juga"







Oct 30, 2010

B.R.O.W.N.I.E.S

B.R.O.W.N.I.E.S
Hmm..yummy!


Kalau sebut je nama B.R.O.W.N.I.E.S, mesti teringat kek secrete recipe.
Tengok saja, hati dah pun cair. 
Tengok kek tu dipotong, dah kecur air liur.
Klo makan, lagi lah!
Dah tak ingat dah orang sekeliling.
Alahai, sedap sangat-sangat!

Semalam, sis Mia tersebut pasal kek B.R.O.W.N.I.E.S yang dia dah belajar buat.
Sis Mia kata:
 "Senang saja nak buat."
Paling penting:
 "Rasanya sama saja dengan kek secret recipe."
"Bahannya pun tak payah nak cari, tak payah nak dapat."
Hahaaa, itu yang dengar tu!

Ok.
Orang kata kalau tak kenal B.R.O.W.N.I.E.S, maka tak cinta la.
Jadi, kat sini biar Mia citer sikit pasal sejarah kek B.R.O.W.N.I.E.S.

B..R.O.W.N.I.E.S merupakan kek keluaran Amerika 
yang pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1897.
 Hmm, dah lama dah.
 Pada masa tu, ada seorang pembuat kek coklat telah terlupa nak masukkan
 Baking Powder ke dalam adunan buat kek coklatnya. 
Maka,terciptalah kek bantat yang tak mengembang, 
tetapi sedap saja rasanya.
Kegagalan membuat kek coklat ini telah menghasilkan sejenis kek baru
 yang terkenal sampai sekarang. 
Kek apa tu?
Haa..
Kek B.R.O.W.N.I.E.S la!


Resepi B.R.O.W.N.I.E.S yang pertama telah diterbitkan pada tahun 1897 dalam Sears, Roebuck catalogue.
Nama B.R.O.W.N.I.E.S pula diambil sempena warna dominannya 
iaitu warna coklat pekat (brown),
dan ditambah lagi dengan bahan-bahannya yang terdiri daripada pelbagai aneka coklat seperti 
dark chocolate, coklat pasta dan lain-lain!

Sekarang macam-macam variasi telah dilakukan untuk menambah kesedapan kek B.R.O.W.N.I.E.S nie.
Macam topping di atas B.R.O.W.N.I.E.S, 
ada krim keju, chocolate ganache, marshmallow, chocolate chip dan banyak lagi jenis taburan kacang-kekacang.
Hmm..yummy-yummy!

Jadi, kat sini Mia nak kongsi resepi kek B.R.O.W.N.I.E.S daripada sis Mia.
Lagipun, sis Mia kata resepi nie menjadi.
Klo tak menjadi, bukan salah Mia k!
Klo korang suka sangat kek nie, tapi selalu takde duit nak pergi kedai secret recipe,
korang boleh cuba buat sendiri.
Nie resepinya..

Resepi Kek B.R.O.W.N.I.E.S


Bahan-bahan:

300g marjerin
200g gula perang
4 biji telur
100g tepung penaik
4 sudu besar serbuk koko
100g kacang badam
Secubit garam

Cara-cara membuatnya:

Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah celcius.
Sambil-sambil tu, pukul marjerin dan gula perang ssehingga gebu.
Seterusnya, masukkan telur satu persatu dalam adunan.
Jangan lupa ayak tepung penaik dan serbuk koko dahulu.
Pastu, masukkan tepung penaik, kacang badam dan serbuk koko sedikit demi sedikit.
Gaul bagi rata.
Tuang adunan dalam loyang pembakar.
Bakar selama 30-35 minit.
Siap.


Kalau la sis Mia dapat tolong Mia buat kek B.R.O.W.N.I.E.S sebelum Mia balik ke kolej besok,
Mia nak bawa balik kek nie khas tuk kawan-kawan Mia yang tak balik kampung.
Especially tuk Cik Syida yang nak sangat buat kek tapi dia kata takde oven..hmm xpe,
untuk Cik Yana supaya dia sentiasa senyum selalu,
tuk jiran sebelah bilik Mia, Cik Diya (kalau die ada la) supaya tak keseorangan lagi 
dan untuk Cik Pisang..
hmm..
aritu Mia baca kat FB, 
katanya dia teringin nak makan B.R.O.W.N.I.E.S.
Insyaallah, 
Mia akan paksa adik Mia tolong Mia.
Haha.

Tu je Mia nak kongsi.
Ta-ta.


Oct 28, 2010

Watak-watak dalam Z.A.R.A

.:Watak-watak dalam Z.A.R.A:.

...........






K.A.K.I.ku Di B.I.B.I.R.mu



"Jangan sampai K.A.K.I.ku Di B.I.B.I.R.mu"
Nah! 
Nie ayat power untuk makhluk-makhluk  bermulut manis yang wujud di dunia ini!
Setuju?
Ok.
 Baca.
Dulu bila sorang teman gunakan ayat nie dalam kelas, 
Mia ketawa giler-giler sebab tak nampak pun maksud tersirat ayat nie.
Tambahannya pula, teman Mia nie pun giler-giler dan sempoi juga orangnyer.
So..Mia ketawa pun sebab perangai dia. 
Bukan sebab ayatnya pun!
Tapi, bila kena dengan situasi yang Mia dan kawan-kawan alami, 
memang sesuai sangat Mia bangkitkan ayat nie supaya 
si polan-si polan yang bermulut manis nie S.E.D.A.R diri.
Ulang suara:
"S.E.D.A.R  D.I.R.I yea!"

Next.
Bagi Mia kan, Mia sangat-sangat T.A.K S.U.K.A 
bila orang bercakap manis-manis dengan Mia atau pun dengan teman-teman Mia.
Bak kata kiasan orang-orang lama:
L.E.M.B.U.T G.I.G.I daripada L.I.D.A.H
ibarat
P.I.J.A.K S.E.M.U.T T.A.K M.A.T.I

Ok.
Lagi.
Kebanyakkan orang yang bermulut M.A.N.I.S nie biasanya 
mempunyai baaaaanyakkkk..agenda dan maksud-maksud terrrrS.I.R.A.T.
Misalnya:
"Nak bagi orang nampak dia tersangat la P.E.R.F.E.C.T"
"Nak tunjuk dia la paling C.A.R.I.N.G di dunia ini!"
dan macam-macam lagi la!
APA?
Henko-henko ingat semua G.I.R.L
mudah cair macam ice-cream ke bila korang bermulut M.A.N.I.S?
(Hati Mia kata: 'girls yang otak ciput boley r!')

Baca lagi.

Sorry yea!
Klo spesis macam nie nak cakap dengan Mia, Mia mintak maaf siap-siap!
Tak payah nak bermulut M.A.N.I.S yea!
Mia lebih suka orang yang bercakap 'D.I.R.E.C.T To da P.O.I.N.T'
Contohnya, macam classmate Mia.
Diorang dengan Mia dan kawan-kawan memang cakap direct to the point saja.
Terasa ke tak terasa ke, ko hambek.ko terima saja.
Sampai lecturer Mia sendiri pernah kata:
"Kalau duduk dalam kelas nie (merujuk kepada kelas Mia), 
klo terasa hati memang tak boleh hidup r"
Hmm.
(Mia tersenyum sekarang bila ingat kata-kata lecturer Mia itu).

Walaupun diorang bermulut K.E.J.A.M,
hakikatnya:
Mia lagi S.U.K.A daripada orang bermulut M.A.N.I.S.
Sebab:
Mia senang nak faham.
Kawan-kawan Mia pun senang nak faham.
Bukan apa,
 Mia hanya nak elakkan 
W.R.O.N.G I.N.T.E.R.P.R.E.T.A.T.I.O.N
saja!
Jangan kecil hati pulak!

Jadi,
kepada makhluk-makhluk  bermulut manis:
"Daripada korang mendekati seseorang (especially G.I.R.Ls yang otaknya bukan ciput)
 bermodalkan mulut M.A.N.I S korang itu,
Mia sarankan agar lebih baik korang menjauhkan diri cepat-cepat daripada orang itu 
sebelum korang tak suka orang itu!"
(Maksudnya, korang mesti tak sukakan dengan orang yang akan  s.e.m.b.u.r  korang kan!..hahaha...)

Satu lagi.
"Korang pernah tengok tak citer S.E.M.E.R.A.H C.I.N.T.A S.T.E.L.L.E.T.O ??"
(Info: Mia dah tengok 3 kali.)


Hmm..
Jangan lupa kasut nie!



Kena tendang. Kena pijak.S.A.K.I.T tau!
Ingat.
"Jangan sampai K.A.K.I.ku Di B.I.B.I.R.mu suda!"





Z.A.R.A III


Petang mula merangkak ke senja.
Kala itu hujan mula renyai-renyai membasahi bumi. 
Hampir kesemua murid sebaya Yusman sudah pulang ke rumah.
Yang tinggal hanya dia, Afia dan beberapa orang murid tahun 6 yang mengambil tuisyen di sekolah. Masing-masing mula resah menunggu ibu bapa yang masih tidak kunjung tiba, terutamanya Si Afia, teman sekelasnya itu.
Yusman berkira-kira mahu sahaja meredah hujan renyai-renyai itu sebelum ianya bertambah lebat. Namun bila difikirkan Afia, Yusman tidak jadi jadi melangkah.
Yusman menunggu lagi.

 “Kau nak ikut aku balik tak? Aku dah tak larat nak tunggu nie?”
Yusman mengajak Afia setelah hampir dua jam mereka menunggu di situ.
Memandangkan rumah mereka tidaklah begitu jauh, jadi Yusman merasakan tidak salah untuknya mengajak Afia pulang bersama.
Lagipun kesemua murid-murid tahun 6 yang menunggu bersama mereka tadi pun baru saja diambil oleh waris masing-masing.
 Kalaulah dia pulang, maka Afia akan berseorangan di situ.

“Man, kenapa bapa aku tak datang-datang lagi nie. Entah-entah jadi apa-apa kat jalan. Aku risaulah,” ujur Afia kerisauan sambil memandang Yusman di hadapannya yang sedang mengeliat membetulkan urat kaki yang kelenguhan akibat duduk mencangkung sebentar tadi.
“Ishh, ada pulak cakap macam tu. Dah, dah! Nak ikut aku balik ke tak?
Kalau nak tinggal dengan pak cik pengawal ni, aku nak gerak sekarang!”
ujur Yusman mula melangkah.

“Tunggu aku lah!” Afia menjerit kecil.
Dia yang sedang bersila di atas kerusi simen di bawah pondok pengawal mula melunjurkan kakinya ke lantai. Terkocoh-kocoh Afia berlari, cuba menyaingi langkah Yusman yang sudah beberapa meter di hadapan.
Yusman pula tersenyum nipis.
Tahu sangat perangai Afia, si kaki penakut itu.
Tambahan pula, cuaca makin kelam apabila matahari mula jatuh di ufuk barat.
Sudah tentu, sifat penakut Si Afia semakin bertambah-tambah.


“Man, kau takde rasa apa-apa ke. Aku rasa tak sedap hati tau!”
Usul Afia sewaktu mereka meniti jambatan kecil yang menyeberangi alur sungai untuk masuk ke Kampung Pulai.
Yusman hanya mendiamkan diri sahaja.
Sebenarnya, dia juga berperasaan seperti Afia.
Dalam hati, Yusman berasa agak pelik dan tertanya-tanya mengapa ayahnya masih tidak datang mengambilnya petang ini. Namun, dia cuba mengabaikan perasaan tersebut dan dia mahu segera tiba di rumahnya.

Di hujung jambatan kayu, Yusman ternampak kelibat Yazi,  rakannya yang ponteng kelas tuisyen di sekolah tadi, sedang membonceng basikal tua milik arwah datuknya itu.
Tangan dilambaikan ke arah Yazi.

“Woi, pemalas. Mari sini kau!”
Panggil Yusman sambil berlari-lari anak ke arah Yazi.
Afia di belakangnya pula hanya senyap-senyap sahaja menuruti langkah Yusman.
Yazi yang ternampak Yusman terus sahaja memecut basikal tua milik arwah datuknya itu
ke arah Yusman.
Ada perkara penting yang harus diberitakan kepada temannya itu.

“Man, jom..jom balik sekarang!” Ajak Yazi tercungap-cungap.
Basikal tua yang tidak sempat dibreknya itu hampir-hampir sahaja melanggar Yusman.
Yazi menepuk-nepuk tempat duduk belakang basikal supaya Yusman mengikutnya dengan segera.

“Wow..wow. Apa hal dengan kau sampai nak melanggar orang nie?”
Tegur Yusman sambil menahan handle basikal tua yang sudah berkarat itu daripada melanggarnya.
“Teruk betullah kau nie Yazi. Basikal tua pun tak reti bawa!” Marah Afia pula.
Dia juga sipi-sipi hampir dibedal oleh basikal tua Yazi.

Yazi memandang Yusman dengan perasaan yang berbelah bahagi.
Ibarat menelan butir-butir pasir dirasakan untuk mengkhabarkan berita tersebut kepada Yazi.
“Man. Man, kau kena balik sekarang. Bapa kau..bapa kau..tengah hari tadi..kereta..”
“Kau cakap apa nie?!” pintas Yusman laju tanpa sempat Yazi menghabiskan kata-katanya.
Yusman sebenarnya tidak sedap hati apabila nama bapanya meniti dibibir Yazi.
“Yazi, kau cuba cakap perlahan-lahan sikit biar aku dengan Yusman faham,”tegur Afia pula.
Hati Afia juga sama seperti Yusman.
Dia juga rasa tidak enak dan was-was dengan berita yang kurang jelas tadi.

Yazi menarik nafas panjang.
Kedua-dua wajah temannya itu dipandang sayu.
Terutamanya Yusman.  Dengan berat hati, Yazi bersuara.
“Man, bapa kau, Pak Akop..bapa kau dah tak ada!”ujur Yazi perlahan.

Yusman terkaku mendengar berita itu. Afia pula terkedu.
Terlepas sudah segala buku yang berada di genggaman Yusman. Begitu juga Afia.
Yusman tidak menunggu lagi.
Wajah ayahnya, Pak Akob terus terbayang-bayang di fikiran.
Selaju mungkin langkah diatur meninggalkan Yazi dan Afia.
Hujan renyai-renyai yang mula melebat tidak dia hiraukan lagi.
Dia ingin segera pulang.
Yang pasti air matanya mula berjuraian.
Yang nyata hatinya cuba tidak membenarkan kata-kata Yazi.
Yusman cuba memujuk hatinya lalu berlari sepantas mungkin untuk pulang ke rumah.