Sep 21, 2012

Cerita 3 in 1


Khamis lepas Mr.Snail text cakap nak pergi outstation sampai Rabu, dan esok nak masuk Jumaat. No more texting until now. Hmm..dalam otak terfikir la kejap.."clerk pun kerjanya outstation jugakah?" Terus terbayang wajah kerani sekolah. Kenapa diorang takda outstation pon?? Mestilah saya takkan tanya lebih-lebih. Siapa saya nak tanya banyak-banyak kat dia. Dia bukan sesiapa pun dan saya pun tak berani nak letak harapan kalau orang lain takde hint bagi harapan pun. 

"Orang cakap cinta jangan cari. Kalau cari lagi jauh dia lari. Sampai tak larat nak kejar. Last-last baru teringat kita tak cuba kejar pun cinta Ilahi. Sebab tu cinta manusia kita tak dapat!"

Abaikan. It's just a piece of story.

Actually, i don't mind about my gaji. Kalau tanya gaji kau masuk bila? Then i just think awhile, and ask people around me, 'Tin, gaji kita masuk bila ya??or ask Kak Mala...'kak Mala, gaji bila??"

Asyik orang cakap, ko dah kaya...then tak kisah duit keluar banyak mana. Then, i think,

"Duit bukan boleh dicari ke?"
"Kenapa nak sekat apabila kita nak beli keperluan sendiri?"
"Bukannya kita nak beli handbag coach yang harganya beratussssssssssssss ringgit or pakai pakaian berjenama sampai tak sedar nak ukur baju ke badan sendiri."

Money is just money. Money can buy things but cannot buy everything. Bayangkan, purse besar gedabak kau kosong, tetiba ada orang  nie cakap,

"A'a Tiqah, semalam tak datang. Saya nak bagi duit kelas tambahan RM110."

Dalam hati memang tak putus ucap alhamdulillah. Bukan nak bangga diri. Aku nak cakap jangan anggap duit adalah segalanya. Stop thinking about money dan cuba ikhlaskan hati (yee..ini pesanan diri ini jugak!) kalau buat sesuatu. Walaupun apa kita buat ada habuannya, stop thinking, asking, questioning about  'where is my money? or 'i want my money now!' sebab duit itu satu bentuk nikmat Allah untuk kita. Kalau kita buat tak ikhlas, nanti Allah pun tariklah nikmat-Nya daripada kita. Siapa yang rugi? Kita jugakkan. Allah tak rugi apa-apa. (Abah suka guna ayat nie!).

Itu tazkirah ringkas saya untuk diri ini yang suka alpa jugak. 

'Kitakan manusia, biasalah! Tapi jangan sentiasa membiasa diri sampai sudah terbiasa ya!!'





Baru tadi lepak kat Popular habiskan duit lagi beli buku-buku baru. Sempat capai 2 jenis. Hah! Tercapai gak hasrat nak beli buku 365 resepi sejak awal tahun lagi. Baru sekarang dapat. Masa nampak kat popular terus tak cakap banyak, tak survey harga dan capai buku macam itulah satu-satunya buku yang tinggal. Padahal pekerja Popular tengah susun berlonggok buku tu kat rak. Hampeh ko Tiqah! Wat malu aje. Kemudian, pikir jap mana cukup nak baca buku resepi saja, kena gak cari buku ilmiah sikit. Novel pon takpa asal berkesan di hati kalau baca. Terus nampak best selling kat popular. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Aku pun baru saja baca ceritanya dalam buku Anis dan terdetik nak baca kisahnya yang penuh dengan cabaran. Kalau orang biasa, Allah takkan beri cabaran yang hamba-Nya tak dapat nak tempuhi. Tapi, ustaz ni hebat. Sekali je aku baca kisahnya dalam Anis, then (arghhh...then lagi!) terus Allah buka hati untuk beli bukunya kali ini. Moga aku dapat habiskan dalam timbunan kerja yang macam bukit!!!


Tadi baru balik meeting PIBG pasal majlis Sabtu nanti. Majlis 3 in 1. Macam nescafe. Aku pulak baru balik daripada Jusco Bukit Tinggi. Boleh bayangkan betapa rushnya nak pergi meeting hari ini. Kalau ikutkan hati, mau je culas tapi paksa diri juga supaya tak lepas tanggungjawab. Hey! Nanti Allah tanya,

"Kau AJK guru PIBG, kenapa masa mesyuarat kau tak datang catat minit mesyuarat?"

Pukul 11 malam baru habis. Tapi satu benda yang aku tertarik hari ini adalah sorang cikgu nie. Serius aku sangat respek dia sebab cara dia handle AJK PIBG, tindakannya selaku bendahari PIBG memang bagus. Kata-katanya tersusun, kerjanya teratur, responnya tepat dan aku suka cara dia uruskan kerjanya. Sistematik, hebat, tiptop! Haha. Melambung aku puji dia. Jangan risau. Aku hanya admire cara kerjanya sahaja dan berangan alangkah bestnya kalau mutu kerja aku macam tu! Itulah cara seorang LELAKI bekerja! Ini contoh lelaki yang berkopiah, buat kerja hebat dan budiman. Kena pula dengan namanya pun Cikgu Budiman. =) 

Tahniah cikgu. Hari ini saya respek cara cikgu bekerja!


Sep 17, 2012

Jangan Buat Aku Gelak Je!

"Amboikkkk dengan cikgu nie ko minta macam-macam dengan  Atiqah tak minta pulak!" 
Sergahan seorang cikgu perempuan ini pada seorang guru lelaki yang satu ini menarik perhatianku.

"Dengan Atiqah, saya takut!" 
balasan guru lelaki tadi buat aku tergelak besar.

Itu entah kes yang keberapa si lelaki-lelaki cakap mereka takut dengan aku.

Masa kat IPG dulu pun, seorang classmate lelaki ni kena satu group dengan aku.

"Wei Tiqah, aku sebenarnya takut nak group dengan hang. Hang kan perfectionist." 
Aku tibai gelak kat dia.

Hahahaa!

Apa la yang nak ditakutkan dengan aku nie?



Akukan perempuan saja.
Hanya lelaki yang bersungguh-sungguh saja takkan takut
 dengan insan kerdil macam aku ini.
Oleh itu lelaki-lelaki sekalian,
tak payah takut kalau jumpa perempuan seumpama aku nie tau.
Semoga korang semua jadi orang-orang yang hebat.




Sep 16, 2012

WISHLIST

Tahun-tahun  penting dalam hidup saya.


1987. 

The date i was born. Ma tak pernah cerita pun macam mana saya dilahirkan. Sakit ke (of course la!), degil nak keluar ke, ada benda-benda pelik berlaku ke. Hmm...lagipun, saya pun tak pernah panjangkan mulut mahu bertanya ma bagaimana saat saya dilahirkan. Tapi, kalau saya tanya ma, saya percaya sudah pasti ma takkan pernah lupa bagaimana anak keempatnya ini dilahirkan. Ma kan seorang ibu. Saya yakin ma takkan lupa detik saya dilahirkan walaupun ma ada 8 anak termasuk saya. Tapi satu je yang saya ingat, saya dilahirkan pada pukul 4.30 pagi. Kesian kat ma kan, pepagi embun baru nak berputik, ma tengah berperang melahirkan saya. Dan saya dengar orang cakap la, anak yang lahir macam waktu saya ni anak yang tak degil dan baik saja. Ye ke saya anak yang baik, ma?? Ma je yang tahu menilai anak ma yang keempat nie bagaimana sikapnya kan, ma??


1994. 


Menjejakkan kaki ke sekolah rendah. Umur saya 7 tahun. Tapi saya tak jelik pun masuk ke sekolah. Sebabnya, saya dah pernah masuk Tahun satu masa umur 6 tahun. Satu lagi ma dan abahkan cikgu sekolah, jadi saya sudah biasa dengan persekitaran sekolah. Dulu, saya tak suka masuk tadika. Sekejap je saya pergi sana, lepas tu saya terbayang-bayang bagaimana saya menangis bagai nak rak nak ikut abah balik masa abah hantar pergi sana. Disebabkan saya tak nak masuk tadika, abah terpaksa bawa saya masuk Tahun 1 masa umur saya 6 tahun. Masa masuk tahun 1 tumpang tu, saya jumpa balik kawan-kawan masa tadika. Salah seorang namanya Maria. Dialah budak yang saya tak suka masa kat tadika dulu. Wait! Baru saya perasan, mean umur saya adalah 5 tahun masa abah masukkan saya kat tadika. (Okay..baru tersedar!). Tapi, saya tak dapat nak nafikan Maria memang comel orangnya dan cikgu suka pilih dia untuk apa-apa pertandingan. Satu saya tak lupa, dia pakai macam orang Hawai untuk persembahan di sekolah. Dia memang comel. Saya pula sekadar masuk persembahan gelang si paku gelang aje. (Hmm..kecik-kecik dah pandai jeleskan!).

Then, bila Maria masuk tahun 2, saya masih remain di Tahun 1. Jumpa kawan-kawan baru seperti Jan, Falah, Ta, Kinah, Syuhada dan lain-lain. Kalau nak tahu, kat sekolah dulu orang suka panggil saya megi. Sebabnya, rambut saya kerinting macam megi. Bila tanya ma kenapa rambut saya tak macam kak Ani, kak cik...dan ma cakap masa baby, rambut saya tak dicukur. Kesannya, rambut saya luruh sendiri dan tumbuh semula macam tahi kambing bulat-bulat. (OMG! Nanti korang jangan lupa cukur rambut baby korang tau!). Now, alhamdulillah. Saya bersyukur dengan apa yang ada. Kerinting ke lurus ke, it's depend on how we appreciate our hair, ourself! Kalau takde rambut lagi susah kan..kan..kan?? 

Satu lagi nak cerita, kat sekolah dulu saya anak cikgu yang gangster, kaki pembuli. Saya pernah bergusti sampai tarik-tarik rambut dengan sorang budak nie masa kelas agama. Saya pernah buat sorang budak  perempuan menangis dan terkencing dalam kelas. Saya pernah tolak basikal sorang budak lelaki sampai dia fobia jumpa saya. (Siapa suruh dia baling buah jambu kena tepat kat muka saya!). Then, saya pernah ejek sorang pengawas lelaki nie sampai menangis depan saya. Dulu, agak jahil bila saya tak suka seseorang saya akan baca al-Quran minta Allah kenakan budak tersebut. Tapi, niat yang jahat Allah pun taknak kabulkan. =) 


2000.


Now, i'm 13! (Not yet!). First day daftar kat sekolah menengah. 

"Babah, kenapa orang tak dapat masuk SMKDSA??" 

Ingat lagi pakai baju sekolah baru kain warna biru laut tunggu abah dalam kereta. Amat bersemangat dan nervous. Lepas tu, abah masuk kereta cakap orang kena masuk SMKKN. Tak faham? Why babah??? Rupa-rupanya babah cakap ada terlupa nak isi borang apa tah dan orang terdampar kat sekolah baru yang tak berbangunan. Pendek kata SMKDSA taknak ambil murid yang corot prestasinya. Jadi, dengan keputusan 1A2B2C tu, saya adalah golongan pelajar yang mereka tidak akan ambil. It's okay. First, memang weird gila belajar kat sekolah tumpang bangunan sekolah rendah itu. Bayangkan, senior form 2 yang ada kat sekolah saya kebanyakkannya lagi ganster dan jahat-jahat belaka. Bila saya dipilih menjadi pengawas, I was totally changed into someone who is to serious, strict, hardworking and schema. Dulu saya tak pandai nak senyum kat orang. Saya tak campur dengan budak-budak kelas belakang. Saya tak pernah bercinta jiwang karat semua. Saya jadi too serious...serious...serious. Sikap hardworking pula datang lepas budak-budak sekolah SMKDSA ejek budak-budak sekolah kami sebagai budak-budak bodoh yang tidak diterima di sekolah mereka. At that time, saya tekad nak tunjukkan bahawa saya bukan budak-budak bodoh. Bila masuk apa-apa pertandingan, kalau dapat beat SMKDSA, sayalah orang yang paling berbangga bagi pihak sekolah saya. Apa nak buat, takdir saya di SMKKN setakat di tingkatan 3 sahaja. Form 4, saya diterima masuk ke SMKDSA semula. Sebabnya, SMKKN tidak menawarkan form 4. Maka, bermulalah episod saya menjadi pelajar SMKDSA.

Masa itu, saya jumpa ramai orang yang hebat-hebat, pandai-pandai. Dalam kelas saya saja, ramai saja yang dapat keputusan 8A, 7A, 6A dalam PMR. Persaingan memang sengit masa tu. Saya jadi manusia robot yang tahu mengadap buku sahaja sampai terlupa pada benda lain. Kalau orang tanya tentang kenangan di SMKDSA, maaf. Kenangan saya tak banyak di sana. Memang saya telah membazirkan zaman sekolah menengah tanpa mencipta apa-apa memori yang best. Ini saja yang saya ingat;
4SN2 = kelas saya
KBM9535 = motor saya ulang alik ke sekolah
Kadet Bersatu Malaysia = the first cool guy i admire most dan curi-curi hendap kat dinding kelas masa sapu sampah. =)
Drawing competition = someone knew my talent and asked the teacher to choose me. Yup! He's my old primary friend! I got 1st prize.
Majalah Murni 2004 = 2 karya saya terpilih padahal kali pertama saya hantar karya saya di sana. i never wrote my name for both karya.


2005.


Kali pertama merasai pengalaman berjauhan dengan keluarga. Saya merantau ke Melaka. Hampir 9 jam nak sampai sana. OMG! Itula gatal tangan isi borang matrik minta jauh-jauh. Lepas tu pandai sangat tak minta pendapat ma dan babah dan berani decide keputusan sendiri. Terbanglah saya ke sana kononnya nak merasa duduk di tempat penuh bersejarah. Dah la duduk sana paling banyak menangis, paling banyak tension, paling banyak call rumah sampai sekali cakap syiling dah sampai RM5.00 lebih. Sampai sana, saya cuma ingat Zoo Melaka saja. Outdoor activity for Biology student. Pernah merasa payung korang kena gigit dengan ostrich x? Pernah tengok gajah mandi? Pernah tengok ular dalam balang yang banyak-banyak? Kuda ketot? Jawapannya ada di sana. Sebab tu, sampai sekarang saya suka pergi zoo. Kat sini juga saya belajar kenal sorang classmate saya ni. Lawakkan kami boleh bersembang dalam msg, tapi dalam kelas kita tak pernah sembang pun. Dia panggil saya Misaie (Mak SinChan tu). Dia cakap saya kurus macam Misaie. 


2007-2011


Ma tanya, nak jadi cikgu dak? Dapat second intake ni. Okay, anak yang baik sentiasa dengar cakap ibunya. Kalau degil nanti susah. Apa-apa boleh terjadi. Saya lepaskan USM dan saya berikan hati saya pada IPGKPP. 5 tahun setengah di sana. Kat sana saya banyak belajar tentang diri saya. Saya lebih kenal diri saya. Saya belajar kenal dan faham orang lain. Saya belajar menghargai orang disekeliling saya. Saya cari kekuatan dan kelemahan saya. Saya jadi lebih bersemangat, bermotivasi dan walaupun kadang kala halangan tetap ada, namun saya sentiasa ada kawan-kawan dan cikgu-cikgu yang membantu di belakang. Pendek kata, urusan saya belajar di sana memang dipermudahkan. Betul apa orang kata. Dengar nasihat orang tua sebab mereka lebih tahu apa yang terbaik buat kita. And my mom was right! She's discovered what i can do. She know i'll be a teacher.


2012

Sudah bulan September. Januari lalu saya hadir ke sekolah ini dengan perasaan yang gementar. Perasaan menempuh alam pekerjaan buat kali pertama. Perasaan hadir ke sekolah sebagai seorang guru. Awal dulu banyak benda saya tak tahu, sekarang alhamdulillah, saya boleh beradaptasi dengan semua tugas yang diberikan walaupun agak janggal, malu, tak berasa konfiden, tapi saya cuba buat juga. Sambutan bulan kemerdekaan sudah selesai. Alhamdulillah. Belajar handle semua benda dan paling penting semoga tahun depan jika berpeluang, saya mahu cuba lagi buat lagi baik. Pasti tak lupa, majlis konvo saya Mac lalu. 

Setakat ini saya perasan, wishlist yang saya tulis masa sekolah menengah semuanya hampir tercapai. Dulu, saya kata nak ada laptop sebab nak tulis cerpen. Saya sudah pun ada laptop. Dulu sana nak handphone yang mana saya boleh buat ringtone kegemaran saya. Saya dah dapat. Saya nak masuk universiti. Bukan saja USM saya dah jejak, IPG pun saya masuk. Saya nak menggegam segulung ijazah. Alhamdulillah, sudah tercapai. Malah, saya sudah ada kerjaya saya sendiri. Saya adalah seorang guru muda. =)

Wishlist yang masih tak tercapai adalah saya mahukan sebuah kereta yang mana saya boleh guna untuk bawa ma dan babah berjalan-jalan. Itu masih tak tercapai sebab saya nak kumpul duit beli kereta idaman saya. Hopefully tahun depan saya dapat gapai impian itu. Amin. Kemudian, saya nak bina keluarga saya. Well, saya masih lagi single dan dalam perjalanan mencari someone yang boleh bertanggungjawab terhadap saya dan keluarga saya. Sejak zaman belajar lagi, saya selalu letakkan target lepas belajar, dapat ijazah, saya nak kerja sebentar. Kemudian baru fikir fasa hidup untuk berdua, bertiga dan seterusnya.Well, saya dah bekerja hampir nak masuk setahun since Januari lalu.  Mean, sama seperti perancangan saya sejak sekolah menengah lagi. Now, seem a good time to start thinking about the next phase of my life. Lagipun banyak lagi saya nak buat. Saya berkeinginan mahu sambung belajar Sarjana (lepas sah jawatan i'll apply for it), ada rumah sendiri, be a good chef to my future husband. Wah! Banyak yang saya cuba rancangkan tapi perancangan Allah itu yang terbaik. 



"Yang penting, kita cuba, kita usaha, kita proaktif, kita doa, kita tawakkal."















Sep 15, 2012

Yang Indah Itu Akhlak =)

Kita nampak saja keaiban orang, keburukan orang. 
Tapi, kita nampak ke keaiban diri kita, keburukan diri kita sendiri??




Memang dia wat salah. Kita nampak kesalahannya itu tandanya kita tahu bezakan yang baik dan buruk. Tapi, yang tak baiknya bila kita canang keburukannya satu dunia. Hah! Bila semua orang tahu!! Itu apa yang kita rasa. Walhal, kita tak sedar kita pun ada keburukan yang orang lain nampak, tapi mereka cuba menutup aib kita tanpa memalukan kita.

Persoalannya, kalau kita tahu seseorang itu buat salah, apa yang patut kita lakukan? Kat bawah ini apa yang aku rasa aku patut buat bila terjumpa dengan orang yang buat salah. Maksudnya, kalau aku buat salah, tolong la tegur aku macam ini jugak.

1. 
Cuba jadikan keburukannya sebagai satu semangat kepada kita supaya tidak turut berkelakuan sedemikian.
'Manusia nie macam-macam perangaikan??'
2. 
Doa kepada Allah supaya bukakan hatinya untuk sedar bahawa apa yang dia lakukan adalah salah.
3. 
Kalau kita cukup kuat, kita tegur dia secara berhikmah. 
Contoh, gunakan sindiran yang tidak menyakitkan hati, penuh gaya lucu supaya dia sedar kita cuba menegurnya secara baik.
 (Masih fail bab ini!)
4.
Kita sendiri pamerkan peribadi yang baik sebagai contoh. 
(Ini memang mencabar dan selalu terlepas pandang).
5.
Jika masih tidak berubah,
itu urusan dia dengan Allah.

Yang PENTING, 
jangan mencanangkan keburukan dia/aku kepada orang lain.
Jumpa terus orang itu dan tegur elok-elok.

Kalau kita baik, 
tak mustahil kita boleh membaikkan orang lainkan?



Sep 13, 2012

Bila mata buta, hati pun buta.



Allah bimbing aku hari ini.
Buka mata aku untuk melihat dan menilai kebenaran
Hey!
Aku sepatutnya mencintai-Nya lebih daripada yang lain.
Malah, lebih daripada diri aku sendiri.
Dia pencipta.
Aku hanyalah hamba.

Hey!
Aku bukan orang yang benar-benar baik.
Bukan juga orang yang berani menempuh neraka-Nya.
Tetapi, Dia bimbing aku untuk melihat kebaikan yang orang lain buat .
Bila terlihat seseorang buat sesuatu yang salah,
Dia ketuk hati ini dan suruh aku berfikir,

"apa yang dia buat itu salahkan?"

Yaaaaaaa....

Aku tahu dia buat salah.
Walaupun bukan dengan aku,
tapi dengan Allah.

Allah buka mata aku.
Supaya tidak terus buta.
Bila mata buta, hati pun buta.

Tak mahu hati buta, maka aku kenalah sentiasa ingat ini:


"Apa yang aku rasa, orang lain rasa belum tentu baik untuk aku."







Sep 11, 2012

pot luck

"Wahhhh...tak padannya aku dengan dia." Fullstop. Tak payah nak describe lebih-lebih.


Okay...tau tak potluck tu pe? Korang sure dah tau. Aku je sejak bekerja nie baru tau maksud word tu. Itupun cik Fathin yang kenalkan.

"Eiii..kita ada potluck kat sekolah. Nak sediakan apa ye?"

Then, terus tanya dia.

"Potluck tu pe?"

Mula la dia bebel-bebel dengan penuh ekspresi,

 "potluck tu maksudnya semua cikgu masak pape, pastu gathering sama-sama, makan sama-sama."

Ohhhhh...faham dah.

Lepas tu, memang selalu dengar pasal potluck.

"Ok, jamuan cikgu kita wat secara pot luck. Kita wat ikut group." PK KOKO terangkan.

Jamuan Aidilfitri Jumaat nie nak kena wat pot luck. Pastu, mula fikir nak prepare apa yekk??

Rumah aku takde oven. Takde periuk kukus. Takde mixer (eiii..itu boleh ganti pukul dengan tangan kay.)

Terfikir-fikir nak wat apa ye?

Fikir...fikir!

Ting!Ting!

Dessert cam senang. Kuih muih pun sonang gak. Tapi nak bagi sedap tu yang tak senangnya.

Adohaiii...

Pastu Cik Fathin sebut pasal kek batik.

Then, nampak muka Nadiah.

"Nadiah.....nak resepi kek batik Juliana Banos yang sedap tu ye?!


Itulah...berpuluh-puluh kali tengok sis Nadiah wat kek batik, tapi takde sense nak wat sendiri. Karang sorang-sorang, garu kepala nak pikir menu tuk potluck.


Sep 4, 2012

kawin = tanggungjawab


A piece of story.
Part II



Mr.Snail loves jogging very much. Dia text la. Then, aku balas...

"Wow!Bestnya jogging!" 

Then, no reply. Tak pa. Excited tak kena tempat kot. Kot macam tu la kalau kenal orang yang berusia. 25 - 31.Ohoo! Almost beza 6 tahun. Kalau wat childish sket mesti malas nak layan (aku rasa la).  Atau Mr.Snail jenis tak suka text kot. Texting nikan kesukaan orang-orang muda je. Aku pon jarang text orang sebab diri pun rasa makin bertambah usia. Dah ma pesan suruh 'p r o a k t i f' ... dan Mr.Snail yang mola text me dulu...


"Nanti ma kata aku jual mahal plak, tertutup hati plak...ishhh...babitkan ma plak!"


Hmm...


Pendek kata aku memang tak reti nak texting dengan orang yang berusia nie. Takut tersalah cakap rasa diri macam budak-budak pulak. Sebabnya, klo text pun setakat dengan kawan-kawan sebaya, dengan sisters, dengan ma abah, dengan rakan sekerja...tu aje. 


Tapi aku agak excited cakap pasal jogging sebab aku memang suka jogging pun. Dulu kat maktab selalu ja aku join kak Pah lari round satu asrama setiap petang. Awal tahun ni pun masa kena latih budak bola jaring, aku pon jogging satu padang dengan depa gak. Cuma dah lama tak turun padang. Macam mana nak turun. Asal rancang nak pergi ja...mesti ada halangan. Mengantuk la..apa la..arghh...alasan...alasan!


By da day, memang seronok juga klo boleh jumpa orang yang sama minat. Tapi tak semestinya kalau Mr. Snail sama minat, maka dia adalah jodoh akukan?? Macam  jugak orang cakap...


"Eheh..muka awak, senyuman awak, gigi awak...sama macam dia. Memang jodoh la korang."


Then, bila tak jadi, semua dah tak berani nak cakap apa dah. Last sekali masing-masing akan mengaku dah takde jodoh. Pastu, terus senyap sunyi. Hah! 


Misterikan kalau fikir pasal jodoh. Apa yang kita rancang tak sebaik yang Allah tetapkan. Jadi, boleh diterima tak kalau aku sendiri berpendapat...


"Tak payah pandai-pandai nak rancang jodoh sendiri sebab itu ketetapan jodoh kita itu milik Allah"


Kita boleh pilih nak jatuh cinta, nak kawin, nak buat anak dengan sesiapa pun....tapi jangan lupa dan fikir ...


"Apa yang kita rasa baik untuk diri kita, belum tentu baik pada pandangan Allah."


Maka, aku menasihati diriku sendiri. Kataku:


1. Sentiasalah betulkan niat. Saya nak cari seorang suami. Bukan teman lelaki.

2. Saya nak kenal dia dan berkahwin bukan sebab terikut-ikut dengan orang lain atau nak tunjuk-menunjuk kat orang. Saya nak kawin sebab nak penuhi tuntutan syariat Islam."

3. Saya nak kenal dia dan berkawin bukan sebab nak suka-suka, tapi sebab nak laksanakan tanggungjawab.

4. Saya nak kenal dia dan berkawin bukan sekadar nak dapat anak sahaja, tapi nak didik anak jadi muslim soleh dan solehah."

5. Saya nak kenall dia dan berkawin bukan nak cari kemewahannya saja, tapi sebab mahu saling melengkapi satu sama lain."


Tadi sempat mesej Pn. Shima yang baru je nikah. Baca la entry lepas...

Saja tanya dia.

Aku: 

"Camne perasaan jadi isteri orang?Syok?Hehehe..."

Shima:

"hehe...syok tu syok jgk tp bnyk tgjwb skrg nie. kdg2 lupa nak tanya dulu sblm buat pape.dah biasa buat kepala sendiri. skrg nie nak wat pape semua kena inform n mintak izin suami dulu. best kah, rasa ada yang bertanggungjawab atas kita.



Oleh itu, 
boleh aku simpulkan di sini:


'kawin = tanggungjawab'
'Tak mahu bertanggungjawab, 
jangan sesekali fikir, berfikir dan terfikir nak kawin.'



Hanya orang yang bertanggungjawab sahaja, boleh membina rumah tangga yang bahagia. Nak bina rumah tangga yang bahagia, maka marilah sama-sama kita jadi orang yang bertanggungjawab. Amin.


Nota kaki:


"Jodohku sudah Allah tetapkan di Luh Mahfuz lagi.
Sebab Allah lebih tahu siapakah insan yang boleh bertanggungjawab terhadap diriku
dan kepada siapa aku boleh bertanggungjawab."



Sep 1, 2012

A piece of story

"Jodoh itu rahsia Allah. Kita memang tak dapat nak meneka siapa orang yang ditakdirkan dengan kita."


Raya ke-3. "Hello akak...ada orang nak mai tengok hang?". Ha memang depa mai pon. Mak dengan abah takdak pulak tu. Aku as kakak yang paling besaq kena la tunjuk muka, layan tetamu yang mai beraya. Depa gelak bila aku cakap aku tengok tangan dia ja amek kuih siput. "lorh..awat tak tengok muka dia?" Depa dok tanya. Entah...tak terasa nak tengok. Pendek kata takkan aku nak tengok muka dia kot? Dah la mai dengan tiba-tiba...do you know how i feel? OMG!!!Aku pon malu gak nak tengok muka anak terona orang. It's normal what as a gadis!! Tapi nak cakap aku nampak dia pakai kemeja berkotak-kotak. Then, mak kata orang kena proaktif sket. Hah! Macam mana tu? Nak pi pinang orang tu ka mak? Calling2, message2...hahahaa! Then, i just wait la. Klo dia suka orang dia la ambil first step. Or takkan aku plak nak pi tanya orang tu.."hey encik, encik suka saya ke?" or "apa pendapat encik pasal saya?" Ohooo...of course la aku takkan mula tanya macam tu. Hey...malu kot nak tanya kat anak terona orang macam tu? I wait until today. A few day ago, i got text from him. Ni kerja sis la bagi nombor kat dia. He just introduce himself and told me his name. Okay. He already knew my name. So, setakat tu je la. Then,  ada tanya dia kerja apa. Buat pengetahuan, bukan kita nie nak cari orang berduit, tapi lebih suka orang yang kerjanya stabil. Then, dia cakap kerjanya tak macam orang sebab orang pandai. hahha...pandai la sangat. I'm only a primary teacher. Asal kerja halal. Titik. Jangan cakap banyak. Then, tak reti nak text apa dah. Stop until today. Hmm...bila baca words kat atas tu, aku pun fikir aku tak tahu siapa jodoh aku. Nak teka pun susah. The best way cara berusaha adalah berdoa. Doa...doa...doa. Kalau dia yang terbaik, terimalah. Yang penting jumpa mak abah orang kalau nak amek anak dia tau! Mak abah approve, orang pun approve kay!

*Apa yang kita nampak baik belum tentu baik untuk kita.