Sabtu untuk berfoya-foya. Ahad untuk bersedia bekerja. Isnin sampai Jumaat untuk bekerja. Rotation yang entah bila nak berubah. Itulah kerja cikgu. Kalau bujang lagi best. Kalau boleh Isnin sampai Sabtu nak kena kerja saja. Haisyhhh. Aku cakap je berfoya-foya. Tapi takat dalam rumah je la. Klo malas nak pi jalan mana-mana, cara nak habiskan hujung minggu gelak-gelak dengan housemates, basuh baju, main masak-masak, tanda buku (ada gak kerja sekolah..adoihaiii).
Hari nie layan lagu Blue by Big Bang dan nak tunggu download Monster bagi habis nak layan sat. Okay sekarang tengah layan lagu Monster. Boleh tahan sedap gak lagu Big Band dalam album Still Alive kali nie. Okay..aku takde la obviously minat group nie sampai terkinja-kinja sorang-sorang. Tapi serius best pulak lagu diorang kali nie sampai aku pilih Blue untuk background blog kali nie. Tapi yang version English lagi best la. Baru download gak. Bila nak cari lyric, why r semua lirik yang aku search tak sama dengan sebutan sebenar? Nyanyi lain tulis lain. Arghh..malas nak translate sendiri. Terus hilang mood nak nyanyi. Last sekali cukup la dengar saja-sajakan sambil tangan bergerak mulut membebel bila anak murid tak siap kerja tapi berani mau hantar.
Yes! Khamis sempat aku kenakan diorang...
"Salah satu soalan cikgu kutip sepuluh sen. Sapa tak buat langsung, cikgu bagi sembilan pembaris. Mana nak? Bley pilih."
Mau tak senang hati diorang marah aku sebab nak kutip duit diorang. Ala..aku kutip pun nak cover balik hutang-hutang diorang kat aku. Boleh wat duit jamuan akhir tahun nanti. Itu je. Nak kecoh-kecoh apasal? Klo tak nak bayar, buat kerja cikgu elok-elok ye. Then, jumpa cara nak ancam diorang yang segan nak buat kerja aku.
"Tak payah cakap banyak...pi amik buku pi bersila depan pintu kelas sebelah sekarang!".
Hah...mau dalam hati depa maki hamun aku sebab bagi malu depa macam tu. Lantak. Main-main dengan cikgu, cikgu pon tau gak main-main dengan korang. Lagi satu tau pulak malu tak siap kerja. Cikgu tegur tak reti malu, dok wat selalu pulak tu. Then, rasakan hukuman itu. Best tak??? Ting...ting...ting..agak jahat. Hahaaa. Kadang-kadang seronok juga kenakan budak. Aku bukan jenis sesaja nak main-mainkan diorang, tapi sebagai pengajaran supaya tak buat lagi apa aku larang. Best pe? Nanti diorang keluar sekolah, boleh diorang ingat kat cikgu yang suka buli diorang nie. Titik.
Perghh... satu lagi kejutan aku terima tadi. Pendek kata perancangan Allah yang paling tiptop.
"Selalu kita berlagak seakan-akan kita boleh rancang jodoh kita sendiri. Sebenarnya tidak. Allah dah tetapkan siapa si pemilik tulang rusuk kita, siapa hawa kita."
Jadi, tak payah susah hati duk fikir, duk bayang, duk mimpi siapa pemilik hati kita. (Aku pon termasuk kategori tu jugak. So insaf ye..!). Insyaallah, jodoh kita memang sudah ada. Awal atau lewat dia yang tetapkan. Anywy tahniah buat sahabat baik saya. Serius terkejut sebab dah jadi tunangan orang. Now, i'm waiting ur card to attend ur wedding. Hopefully tak clash la dgn my sis-sis wedding hujung tahun nanti.
"Yakin dengan suprise Allah untuk kita."
Ayat sahabat saya. Ya, kena yakin! Sebab janji Allah itu benar.
Pss:
"Sorry, saya bukan spare part yang sesuai dalam list sesiapa.
Diri saya lagi berharga daripada itu.
Dengan saya jangan tipu. Nak tipu cari orang lain."
No comments:
Post a Comment