Jul 29, 2012

May God bless you. Thank you very much.



Sekarang dah masuk hari ke-9 berpuasa. Macam mana warga muslimin muslimat sekalian? Masih mampu bertahan atau sudah mula berkeluh kesah? Harap-harap kita semua masih lagi diberi kekuatan menempuh bulan Ramadhan ini dengan tenang dan dapat berpuasa dengan sempurna. 



Alhamdulillah. Aku pun masih kuat lagi berpuasa walaupun cabaran kerja dengan keadaan kesihatan tak menentu seakan mencabar kesabaran. Syukur, semalam Allah bagi kekuatan kat aku dengan housemates semua, buka hati nak buat tarawih penuh. Ye la...selalunya kalau pergi ke masjid, takat buat lapan rakaat saja. Semalam saja, tiba-tiba terjadi kuat dan terasa nak buat penuh. Maybe terlebih kafein kot sebab minum kopiko panas masa berbukak. Iya la, dah diri jenis tak bape sihat, memang pendam rasa je la tengok housemate minum air ais yang colourful kat bazar. Ahhh...jeles!

Sesaja nak review balik hari pertama Ramadhan. Rasa macam best pulak puasa kali nie. 

Puasa pertama hari tu memang sempat chow balik rumah. Jumaat lepas kelas saja, terus balik rumah sewa kemas-kemas sebab nak rush balik kampung. Pastu paksa adik yang demam ikut sekali (actually demam dia dah kebah, so memang paksa dia dalam senyap nak balik sekali). Apa punya akak la kan... Arghh tak kira sebab janji kena tunaikan. Pastu, tiket memang tawakal la. Semua on da spot. Paling lawak masa aku dah sampai kat komuter KRU. Boleh pulak terlupa bawa beg baju yang kalut dok kemas tadi. Aduhaii..malu kat Jiha. kena dia patah balik ambil beg aku. Pastu sampai sana terperasan kaunter tiket kat sana dah tak beroperasi. Guna mesin pulak sekarang. Nampak sorang cina lelaki nie ni. Tak mintak tolong pun, tapi dengan gentlemannya dia datang kat aku dan tolong tekan button tiket nak ke KL Central. Arigato. Tapi tah tiba-tiba boleh plak duit 10 aku keluar balik. Masukkan duit 10 lain pun tak boleh. Aku dah tepuk dahi.

"Mungkin duit besar sangat." katanya.

"A'a..". Aku angguk kepala. 

"Ada duit tukar x? Duit saya semua 10 ringgit."

Aku boleh tunjuk isi purse aku kat dia. Tak terpikir pulak aku dia tu orang jahat ke, peragut ke. Yang penting aku kena nak komuter sekarang jugak. Masa tu jugak, kawan lelaki cina nie dah datang dengan MyVi, siap hon lagi. Dia pun macam dah nak bergerak dari situ. Mungkin dia tengok muka kesian aku mintak duit tukar, maka dia pun hulurkan 5 ringgit kat aku. Aku ambik dan aku hulurkan duit 10 kat dia sebagai ganti, tapi dia tak nak dan terus berlalu pergi kat kawan dia.

Aku tengok dia dan boleh tak sedar aku cakap macam nie,

"Hey...May God bless you. Thank you very much!"

Dia sekadar senyum dan aku pon mengorak langkah ke tempat menunggu komuter. Lega. Memang terbayang budi baik mamat cina tadi. Sapa cakap takde kaum lain yang berhati perut lagi sekarang. Kejadian tadi tandanya mereka masih ada. Syukur sangat.

Jumpa Mila kat KL Central. Dah makin urban adik aku sampai tak perasan dia lintas depan aku. Hampir tak kenal dah kalau sekali imbas. Siap bawa sekotak domino pizza. Pergh...macam tau perut tengah menggelegak lapar nie. Kalau tak makan, puasa esok mau mengidam kot. Terus amek teksi pi duta.

Sampai duta ja, melilau ke kaunter tiket sana sini nak balik Kedah. Takdak, takdak, takdak. Yang ada cuma malam. Pergh..taknak r kena sahur dalam bas. Buat rugi aku balik aje kalau naik malam. Esok pagi baru nak sampai Shahab. Kola Nerang tak sampai-sampai lagi.

Aku dah cuak nie. 

'Ko baik-baik dik! Klo ko dah amek awal-awal, tak jadi cam gini'. Hati akak nie mula bebel. 

Mujur gak ada satu kaunter jual tiket balik Kedah. 5.30 petang. Shamisha. Bas tambahan. Hah! Bedal.

"Jom sembahyang dulu, pastu makan pizza." Ajak adik. Lega. Dengar pizza takpe. Asal makan je hati pasti tenang.

Sampai stesyen bas Kedah pukul 2 lebih. Kesian kat babah dengan Udin tunggu lama kat Shahab. Memang babah drive laju la pepagi nak sampai rumah. Aku pulak memang tak sedar diri sampai la mak kejutkan sahur.

'Ohh...dah ada kat rumah rupanya!' 

Dapat juga bersahur dengan tok, mak, abah  dengan adik. Nikmatnya setelah lama tak balik kampung sendiri.

Disebabkan tidur yang tak selesanya dalam bas, maka memang aku qada tidur sampai pukul 2 lebih. Ooo..dengar pulak suara anak si Aisy sampai buat aku terbangun sendiri dan pergi peluk si Aisy tu. Sempat lagi pergi dukung si Amna yang makin lama makin comel je wajahnya. Wah...best la petang berbuka nie ramai orang kat rumah. Okay, tak sempat nak sembang dengan mak sebab mak kena hantar si Nasriah balik asrama pulak. Memang leceh la bila tak sama hari bekerja nie.


Petang tu,  sis sorang lagi ajak pergi bazar. Dua dalam satu, dia ajak pi teman dia tempah baju kawin dia jugak . So, aku pun dengan excitednya memang ikut la. Well, masa ni la nak ikut dia pi sana sini, nanti dia dah kawin takdanya aku nak ikut macam tu dah. HuHuHu

Kalau nak tau, bazar kat Kola Nerang memang best. Besaq. Macam-macam variety makanan boleh jumpa kat sini, yang kena dengan selera orang berpuasa macam aku. Aku nie jenis yang pantang nampak makanan, semua benda aku nak tunjuk sampai sis terpaksa cakap,

'tak payah beli banyak-banyak. Tak sedap la. Dah...dah...dah..', 

Semata-mata nak stop nafsu makan aku. Hahha...mujur. Kalau tak mau membazir je aku.

Iya la. Bukannya benda-benda tu takde kat Klang, tapi entah rasa excited terlebih bila ada kat kampung. Aku kan jarang balik kampung. Jadi, sekali balik waktu puasa tu memang lagi exexcited  macam tak ingat dunia. Tambah-tambah sejak ada gaji sendiri, mudah je klo nak beli pape. Bukan selalu nak spend duit tuk seisi rumah. So, tak kisah la....

Esoknya, masa untuk bertolak balik. Alahai...singkatnya masa. Cemburu betul. Babah tak dapat nak hantar sampai Shahab. Paham. Babah nak kena kejar ke Jitra pulak. Nak mintak bang Mat hantar, dia pun nak kena hantar kak Ani pi sekolah. Jauh gak tu. So, takpa la. Asal sebelum 9 sampai Shahab. Alhamdulillah. Semuanya selamat balik. 

Sampai la puasa yang ke-9, aku masih lagi selamat kat Klang nie. Mood nak balik kampung lagi memang membuak-buak, tapi takpa la. Raya nie pulak aku balik. Puasa kat sini pun okay jugak. Ada housemate yang baik-baik, yang ringan tulang, yang ramah-tamah. So, spend masa dengan diorang dulu.

Oh ya! Hari nie ood nak cari baju raya. Nak ikut? Jom!




No comments: