Selesai sudah senamrobik 1M1S hari ini. Ingat senang nak train budak dan diri sendiri nak buat semua lagu patriotik aerobik sebanyak berbelas belas lagu tu??? Then, we did it!
"Alhamdulillah. We spend more than 2 weeks to train the pupils...start by doing audition to select the pupils yang boleh wat movement tak keras macam kayu jati. Hasilnya...WOW! Hati memang puas hati. Yes!Yes!Yes! Pupils really enjoy it. Itu tujuan buat aerobik. Bukan syok sendiri kat atas pentas!"
They can follow the movements yang aku dengan cikgu-cikgu praktikal lain dah modify. Cikgu-cikgu dengan staf semua turun sekaki buat takde rasa malu lagi enjoy adalah. Hehe! Dah habis aerobik pon still murid nak lagi dan terpaksa ulang lagi chicken dance sebagai penutup senamrobik 1M1S tadi.
"Syukran. Allah perancang terbaik. Orang berusaha dia pasti lancarkan semuanya."
Seriously, aku berpeluh macam tak hingat dunia masa buat aktiviti tadi. Agak debar lagu yang orang lain kena conduct aku kena naik atas conduct sendiri. Siap bantai sebab tak hafal step orang lain..so mudahnya...buat matching fikir step bagi masuk dengan lagu. Adjust bagi budak boleh ikut dan aku mula fikir aerobik bukan setakat mai pakai hentam saja tak dak praktis tapi kena guna otak dan fikir dengan pantas ikut mood lagu bagi sesuai dengan kemampuan orang lain. Tamat. Tudia aihh...panjangnya aku cakap!! Hasilnya memang berbaloi dengan aerobik yang dah dijalankan tadi.
2 minggu Isnin sampai Jumaat hanya terskip beberapa hari saja latihan senamrobik ni. Sebelum aku tahu pasal senamrobik nie, Cikgu yang kena conduct berkias-kias mintak aku tolong buat senamrobik masa makan kat kantin. Iya la..mana tah dia tahu aku pernah conduct aerobik 3 lagu masa kem perkhemahan unit beruniform. Maybe adalah cikgu yang bagitau dia tu. Frankly speaking, memang malas gila nak tolong sebab blur-blur tak faham kenapa kau nak kena conduct plak. Cikgu nie beriya-iya suruh aku tengok cd senamrobik tu. Lepas tengok cd yang dibekalkan...mak oiiiii...awat lagu-lagu aerobik patriotik sangat. Panjang pulak tu. Pergerakan banyak gila.Sempat ke nak ingat semua bendalah tu? Gawat nie!
Then, teringak 2 orang budak pratikal pagi dari UNISEL.
"Akak kalau ada korang, tak segan sangat akak nak conduct. Lagi satu, kalau ada korang mudah sikit sebab kita boleh divide part siapa nak amek lagu mana nak wat. Takda la sorang-sorang nak ingat semua step. Kalau korang jadi nak wat sama, akak jadi la nak wat jugak."
Mulanya diorang pun macam nak tak nak saja. Tapi dah pujuk sakan, mau la jugak diorang masuk. Masa, koko first jumpa budak-budak aerobik dan tengok boleh tak diorang ikut step dalam cd. Perghhh...dalam berbelas-belas orang tu, mau bape kerat saja yang boleh ikut. Then nampak dua talent kat situ, Farahana dan Asinah. Yang lain nak kena polish. Aduhaiii..mau sakit jugak nak lenturkan batang-batang kayu jadi nie!
Time tu la aku bawa budak-budak kelab kebudayaan join budak-budak aerobik. Dapat detect 2-3 orang budak tahun 4 yang cepat tangkap pergerakan. Jadi, aku ajak diorang join latihan senamrobik.
Seminggu berlatih, aku pun naik stress tengok batang-batang kayu yang tak boleh lentur. Maaf cakap. Tak semua orang diberi kelebihan bodily kinestatic boleh ikut apa yang orang lain buat. Then, aku dengan hati yang keras takde berperasaan memang guna kuasa aku buang murid-murid ini. Daripada berbelas-belas orang cukup tinggal 10 saja termasuk 2 orang murid tahun 4 kelab kebudayaan aku. Lega sikit bila buat training dengan diorang. Takde la sakit mata tengok movement yang tak sama-sama even dah seminggu berlatih. Itupun baru 3 lagu yang diorang betul-betul master.
Seminggu latih budak, barulah jawatankuasa senamrobik 1m1s keluar. Aku rupanya ditempatkan pada buku program dengan booth. Yang nak kena conduct aerobik adalah cikgu yang minta tolong aku dengan semua cikgu praktikal yang jumlah semuanya 4 orang.
'Then, berfikir balik...nak tarik diri ke nak volunteer terus ajar budak aerobik?'
Second week, aku terpaksa batal semua kelas tuisyen aku dengan Kak Mis sebab nak train budak dengan cikgu praktikal. Lagu aku, 1-3 budak-budak boleh ingat. Masalah sekarang lagu 4 hingga yang berbelas-belas tu sapa nak wat??? Walaupun dah dibahagikan tapi impak tak nampak sangat. Balik-balik pasang video budak ikut saja tapi tak master step-step tu. Adohaii...nak kena kejan sikit budak-budak praktikal. Dah divide, masih ada lagi masalah. Budak dah terbiasa ikut CD dan konfus dengan pergerakan yang telah dimodify. Ayooo...dah la baru lima lagu nak hafal.
Balik rumah tak tidur petang pi cari lirik lagu yang mana ada dan kalau takde tulis sendiri slow-slow. Pastu, adjust step yang budak boleh ikut dan kurangkan step yang susah budak nak ikut dan praktis sampai dapat lagu-lagu tu. Ternyata, kaedah ini berkesan. Esok petang mana-mana budak yang ada terus berlatih step baru. Mujuq la yang ada jenis yang cepat tangkap. Ok la.
Pastu, sorang budak lelaki yang sensitif tak kena tempat ugut nak keluar aerobik pagi tadi mintak maaf kat aku. Bagus la. Agaknya dah dengar aku cakap 'tak nak masuk tak payah masuk terus kot sebabnya dia datang dan conduct cooling down lagu Warisan.
"Don't worry. Cikgu dah maafkan!"
No comments:
Post a Comment