Sejak jadi cikgu kelas, aku mula belajar dan cuba paham pattern anak-anak aku yang kaki ponteng tak mau mai sekolah. Awai-awai dulu aku nie jenis lambat pick up dan tak brapa amik berat soal ponteng depa nie. Dah lama-lama, takkan la aku nak buat tak reti ja...jadi aku mOla buat analisis, buat survey, buat soal siasat nak tengok budak mana yang kaki ponteng, hari apa dia suka ponteng, sebab pa dia ponteng, berapa kali dia bagi surat kalau ponteng, latar belakang family dia macam mana...haha...semua aku tengok. La nie aku mula paham awat depa tak mau mai sekolah. Meh aku kongsi cerita anak-anak aku yang selalu ponteng sekolah...well aku kata ponteng sebab depa tak bagi surat pasaipa depa tak mai sekolah. So..mengikut rekod kedatangan, sapa tak bagi surat maka dikira ponteng. Meh dengar cerita depa.
Sorang hero kelas aku memang juara kaki ponteng. Dari awal tahun sampai sekarang boleh kira berapa hari saja dia mai sekolah. Kalau mai sekolah pun, sekali seminggu sebab ada subjek PJ. Paling teruk seminggu pun belum tentu dapat nampak muka dia. Bila soal cikgu-cikgu lama, depa cakap masa tahun sebelum-sebelumnya pon, dia buat perangai macam tu gak. Awai tahun dengan hujung tahun saja boleh nampak muka dia. Pertengahan tahun, dia memang tak mai sekolah. Masa periksa pon dia mai sehari saja, lepas tu tak mai dah. Memang dalam kelas dapat nombor last. Bila tanya kawan-kawan dia, depa semua cakap dia mai sekolah waktu ada subjek PJ saja. Bila check register..aha la, memang Rabu kehadiran dia almost full. Hari-hari lain dia kumpul telur ayam saja. Aku pernah gak jumpa budak nie personal. Tanya awat la dia tak mai sekolah. Katanya, dia ikut bapak dia naik lori pi sampai KL beberapa hari. Ada gak dia cakap sebab bangun lewat. Bila aku tanya macam mana dia mai sekolah, dia cakap pagi-pagi dia naik komuter. Lepas tu, beberapa minggu lepas, aku tanya lagi. Dia bagi tau yang bapak dia masuk hospital sebab masalah jantung. Aku yang nak marah pun mula fikir banyak kali. Ok...kesian. Tak jadi marah sebab dia describe kat aku keadaan bapak dia yang sakit tu.
Dua orang budak pemulihan dalam kelas aku. Bila tanya, depa sendiri pun takdak alasan pasaipa tak mai sekolah. Lama-lama aku mula faham pattern depa ponteng sekolah. Kalau hari nie aku bagi kerja sekolah, esok depa mesti tak mai sekolah. Lusa depa mai pulak. Maybe depa tak siap kerja sekolah dan takut cikgu marah. Hah! Style macam nie yang aku tak gemar nie. Dah la depa tak pandai membaca, slow...lepas tu tak mau mai sekolah pulak. Bukan hina depa tapi tu kenyataan. Aku pernah tanya sorang nie, awat ponteng sekolah. Mak tak marah ka? Dia cakap mak dia marah, pernah amek hanger pukul dia. Dah tu awat tak mai gak sekolah? Dia sengih ja kat aku. Sorang lagi pulak bila tanya tengok aku macam tak faham aku tanya pa. Tengok aku macam akulah Raja Singa dalam kelas. Sumpah dia macam takut dengan aku. Padahal segarang-garang aku, rasanya garang lagi cikgu-cikgu lama yang setiap masa bawa rotan masuk kelas. Tapi kat belakang aku sakan jugak dia. Pijak semut pon tak mati. Kaki main. Sampai aku tergeleng-geleng tengok dia.
Budak paling pandai dalam kelas aku. Dapat nombor satu. Perempuan. Cantik. Baju bersih. Kerja kemas. Tulisan lawa. Pendek kata dia memang tak sesuai duduk dalam kelas aku. Bukan saja aku selalu duk pesan kat dia, tahun depan ubah kelas lain...cikgu-cikgu lain pon duk pesan kat dia macam tu gak. Namun yang tak best, dialah budak perempuan yang paling banyak ponteng dalam kelas. Alahai...aku memang frust kalau aku tak nampak muka dia dalam kelas. Sayang sangat sebab dia pandai dan lain daripada anak-anak aku yang lain. Bila ponteng, dia tertinggal apa yang aku ajar. Kalau sehari tak mai takpa, nie seminggu paling banyak dia ponteng 3 hari berturut-turut. Bila mai, memang dia tak faham apa aku ajaq. Pernah gak aku duk sembang dengan sorang cikgu cina nie pasal dia. Jadi, cikgu nie berpendapat yang dia tak ponteng sekolah sebab tak suka dengan kawan-kawan dalam kelas. Bila fikiaq secara logik, aku setuju gak dengan cikgu nie. Iya la...dia asalnya daripada kelas kedua...turun kelas ketiga yang budak-budaknya agak bermasalah dalam kelas, bising dan selalu buat cikgu berangin satu badan. Dalam kelas, dia jarang bergaul dengan budak-budak lain. Dia banyak buat kerja sendiri. Bila kita ajar, dia cepat faham. Tapi kawan lain 3-4 kali ulang pun dok tak faham-faham. Maybe sebab tu dia boring dan malas mai sekolah. Bila ditanya, dia akan cakap dia demam. Bila tanya surat, hah! 'Saya tak pergi jumpa doktor cikgu. Takda surat. Saya terlupa bawa.' Itu saja alasan dia.
Hari Isnin saja muka dia mesti tak nampak kat tapak perhimpunan. Nie spesis malas nak mai perhimpunan. Setiap hari Isnin, biasanya aku bawa register masa perhimpunan. Kalau duk kat atas tu, boleh la nampak dengan jelas anak-anak aku yang mai sekolah. Mula dulu tak perasan sapa yang selalu ponteng hari Isnin, tapi lama-lama dah boleh cam muka sapa yang suka ponteng hari tu. Anak aku yang sorang nie pon aku geram gak kalau dia tak mai sekolah. Sebabnya dia pandai gak Matematik. Dia boleh buat bahagi lebih baik daripada orang lain. Sifir dia boleh ingat kalau aku tanya. Memang sayang dia tak mai sekolah waktu aku ajaq matematik. Nak wat macam mana? Dah tegur banyak kali duk tak berubah gak perangai.
Ada sorang lagi si kaki bola. Ponteng seminggu berturut-turut sebab tengok EURO baru-baru nie. Nak mai sekolah macam mana kalau pagi-pagi duk sengkang mata tengok bola! Tambah pula kalau mak bapak pun sama-sama tengok bola, alamatnya esok pagi belum tentu depa pun dapat bangun pagi kejut anak suruh pi sekolah.
Apa aku boleh cakap, kalau tak mai sekolah memang budak-budak akan ada masalah nak faham apa cikgu ajaq. Paling kurang, kalau depa mai jugak kelas, ada benda yang depa belajaq. Kalau selalu tak mai, memang banyak benda depa tertinggal la. Rugi sangat...Kalau nak harap cikgu ulang semua benda, memang tak termampu la cikgu nak buat semua tu. Lain la kalau budak tu sendiri ada inisiatif, dia pi cari cikgu tanya balik apa yang dia tertinggal masa dia dia tak mai sekolah. Tapi, setakat nie takdak lagi la budak yang buat macam tu.
Lagi satu, aku cukup geram kalau budak yang memang terang bederang malas nak mai sekolah padahai tak sedaq diri tu tak pandai. Macam nak flying kick saja sorang-sorang sebab kecik-kecik dah belajaq jadi malas. Walaupun dah kena basuh dua tiga kali, perangai masih tak berubah-ubah gak. Maksudnya, depa masihtakdak kesedaran. Lagi satu, depa nie jadi malas sebab ibu bapa sendiri jenis tak kisah anak nak pi sekolah ka dak. Ada parents yang taktau anak dia tak mai sekolah. Masa hari terbuka, siap tanya aku lagi bila anak dia tak mai sekolah sebab dia assume anak dia mai sekolah setiap hari. Bila aku tunjuk register, baru la dia buka mata nak tanya anak dia kenapa ponteng sekolah. Wahai ibu bapa sekalian, tahu la ibu bapa sibuk, tapi bab sekolah anak-anak jangan buat tak kisah. Kalau anak tak mau pi sekolah, bedal sikit anak-anak yang malas tu. Kalau mak bapak duk bagi muka kat anak-anak, duk biaq anak-anak tak mai sekolah, lama-lama depa pun duk biasa tak mai sekolah. Lama-lama jadi bengap la depa kat rumah.
Bila jadi cikgu kelas, memang rasa tak best la kalau cikgu lain tanya pasaipa anak murid tak datang sekolah dan kita tak dapat bagi reason diorang tak mai sekolah. Rasa macam aku ni guru kelas yang tak berfungsi pulak. Tak tau anak murid pi mana. Sebab tu la aku mula belajaq, kalau anak murid tak mai sekolah, suruh depa tulis surat. Mintak surat kat depa. Kalau lama sangat tak mai, kena telefon parents tanya pasaipa anak depa tak mai sekolah. Kalau tak mai jugak, bagi surat amaran. Kalau masih degil, jumpa parents. Kalau ketegaq gak, aku kena bagitau PK Hem untuk ambil tindakan kat murid-murid yang ponteng nie.
Dulu, aku la orang yang selalu naik pentas dapat hadiah sebab tak pernah ponteng sekolah. Serious, abah aku memang terbaik la. Abah aku memang amek berat bab anak-anak belajaq. Tak kira la sekolah ka...pi mengaji al-Quran ka...kalau tak pi mengaji, betapa ketaqnya kalau abah ada kat rumah dan aku masih terbayang rotan abah yang selalu hinggap kat betis. Tapi, sebab rotan abah la, aku jadi manusia. Aku jadi orang. Aku jadi cikgu. Next time aku cerita pasal rotan abah pulak. Memang sedap kalau kena!
No comments:
Post a Comment