Jul 8, 2012

Seminar Sains dan Matematik kat Sapura Smart School

Semalam 7.7.2012. 
Aku kat Sapura Smart School sempena Seminar Sains dan Matematik 
anjuran JPN Selangor dengan Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Selangor (PPSMS). 

Semalam sebelum nak pergi sana,
aku sempat google dulu sebab tak pernah tahu kat Malaysia ada sekolah yang namanya klasik sekali.
Siap print lagi jalan nak ke sana sebab tak bape tau sangat area Subang.
Lagipun aku pergi dengan housemate.
So, kesian dia nak kena drive,
 jadi aku tak kisah setakat nak print jalan dan cuba ingat jalan nak ke Subang tu.
Pastu, 6.40 bergerak daripada Klang ke sana.
Memang kami berdua bertawakal dan doa harap-harap semua berjalan lancar.
Memang best dapat jalan time nie.
Membayangkan alangkah bestnya dapat drive sendiri waktu camni balik kampung.
Sampai kat tol Resah, my housemate tanya adik tol tu camne nak ka Subang.
Katanya, jalan terus jangan belok-belok, nanti ada signboard Subang dan belok kiri.
Okay, exactly macam dalam peta google yang aku cari semalam.
Sampai satu simpang, terkonfus kejap kitaorang. Ada dua cabang. Dua-dua tunjuk Subang.

'Kita nak pi mana ni?'
'Kiri ke kanan?'

A few minit fikir,okay kami bertawakal dan amek kiri.
Lagipun, mata aku memang nampak signboard Subang sebelah kiri.
Yang kanan aku tak nampak. Housemate nampak yang kanan.
Then, aku cakap kat housemate kalau lepas nie kita nampak bulatan,
bermakna kita dalam track yang betul.
Kalau tak, memang kita dah salah jalan.
So, kitaorang belok ke kiri.
Tak lama terus nampak bulatan.Alhamdulillha. Terus ambil second exit. Tapi terstop lagi.

'Kenapa jalan macam tak siap buat je?Boleh lalu ke?

Dalam kereta slow-slow berjalan,
nampak kereta depan laju saja memotong.
Nampak kereta tu maksudnya ada jalan la tu. Redah je la.
Pastu mata terus nampak signboard Sapura Smart School. Amin.
Yang lawaknya, on da way nak pergi sekolah tu, rasa macam lalu kat kawasan kampung.
Serius aku tak pernah membayangkan Subang masih banyak pokok-pokok.
Masih ada hutan.
Dalam kepala hotak aku nie, aku membayangkan Subang macam area yang sarat dengan bangunan.
Lepas tu, rasa macam lalu horror movie pula. Memang sunyi kawasannya.
Aku fikir lagi orang pun takkan terfikir kat kawasan macam nie ada sekolah hebat macam tu.
Last sekali, sampai jugak kami kat sekolah tu.

source: google

Jumpa pak guard dan tanya kat mana nak parking kereta. Guard semua hidung tinggi-tinggi.
Hidung penyek orang Malaysia tak nampak pulak.
Terus masuk parking dan cakap dalam hati,

"Tempat parking macam kat tempat shopping complex. Bertuahnya cikgu kat sini. 
Kereta tak payah nak berpanas. "

Then, cari lif dan mula mendaftarkan diri.
Aku dengan housemate antara yang terawal gak daftar kat sini.
Lepas dafter, sempat gak pergi jenguk kemudahan yang ada kat sana.


Nampak swimming pool. Ok. Tak pelik sebab title smart school.
Nampak kelas yang luas dan serius selesa nak belajar. Memang beruntung.
Kantin pun selesa, luas dan besar.
Sempat bersarapan bihun Singapura, seri muka, karipap dengan teh kat sana.
Nampak satu bilik tu siap lengkap dengan cooking utensils. 
Pergh...buat ERT memang best la.
Tak pelik la kalau setahun parents kena bayar RM10 000 ++ nak hantar anak belajar kat sini.
Nganga aku dengar....!
Sebab masa limit, 
memang tak sempat nak melawat semua tempat dia.
Satu yang menarik perhatian, karya-karya murid yang terpapar kat dinding sekolah.
Aku tengok lukisan budak-budah tahun 1, mak..aiiiii...boleh kalah budak tahun 6 sekolah aku.
Serius memang cantik dan bagi idea kat aku nak buat seni tahun 4 esok.
Meh sikit nak kongsi pasal seminar ni.
Ada 4 slot semuanya.


Slot 1: PBS

PBS stand for Pentaksiran berasaskan sekolah.
Kalau nak tau pendidikan kat Malaysia menekankan aspek JERIS,
namun semua aspek tersebut tak dapat nak capai sebab semua orang 
asyik sibuk nak capai aspek intelek saja sampai ignore aspek-aspek lain.
Sekolah duk nak capai prestasi cemerlang saja.
Cikgu-cikgu duk push budak dan laju nak habiskan silibus.
Mak bapak duk paksa anak belajar sebab nak bagi dapat A.
Budak-budak duk kawan dengan buku saja sampai tak teringin nak buat aktiviti luar.
Bagi aktiviti fizikal..perghh..nak lari pun tak larat.
Kepandaian budak-budak dinilai dengan bilangan A yang dia dapat.
Jadi, sebab nak ubah semua benda tu, maka PBS dah mula dijalankan
di sekolah rendah sejak tahun lepas dan menengah rendah tahun ni.
Aku yang tahu pasal KSSR tapi tak bape familiar cara pelaksanaan 
agak tercengang sikit bila mai bab PBS ni.
Bila sebut pasat eviden la, diskriptor la...pergh..jenuh aku duk tanya orang nak bagi faham.
Yang aku tahu,
murid-murid akan dinilai berdasarkan band 1 sampai 6.
Maka, mak bapak akan tahu anak dia dapat capai band berapa.
Kalau 6 hebat la anak dia.
Pastu, ada 2 fail nak kena sedia kat murid.
Satu fail perkembangan murid dan satu lagi fail showcase.
Semua pencapaian murid terbaik masuk dalam fail showcase.
Lepas seminar ni,
terbukak sikit mata aku pasal pentingnya amek tahu PBS nie.
Jangan duk berada kat takuk lama.
Maju sikit!

Slot 2: GSP

GSP stand for Geometric Sketchpad. (Okay..penceramah sebut macam tu!)
Nie untuk cikgu-cikgu Matematik. Aku sekali la tu cikgu Sains convert Math.
Okay jugak perisian yang dia tunjuk.
Tapi dia tunjuk lebih kepada sekolah menengah.
Tu yang kurang best sikit tu.
Tahun depan baru ada program ni untuk sekolah rendah.
Takpa aku tunggu tahun depan.

Slot 3: Biologi

Slot terbaik.
Almost fully conducted in English.
Mujur kat IPG belajar Sains in English.
So, evert term semua masih kat hujung jari.
Alhamdulillah.
Slot nie dibentangkan oleh dua orang guru yang menang tempat pertama pertandingan Guru Inovatif peringkat Negeri Sengor dan tempat ketiga peringkat kebangsaan.
'Dia bawa bbm..'
Ramai cikgu bagi respon macam tu.
Tapi explanation memang tiptop.
 Cikgu2 nie tunjukkan macam mana BBM yang ada lampu liplapliplap
 boleh bantu murid kenal pasti persamaan dan perbezaan jenis sistem pencernaan bagi haiwan.
Tengok BBM diorang,
 buat aku rasa nak bina BBM  sendiri yang murah dan bagi budak faham berbanding guna 
ICT yang ambil masa nak set up,
terlalu banyak sangat animasi sampai budak duk ralit ja tengok informasi
tapi satu habuk tak faham.
Hah! Apapun depend kat diri kita.

"Guru raja dalam kelas.
We can use chalk and talk but at the same time the teacher should bring an attractive teaching aid.Make sure it is different every time. Not same all the time.
Don't let pupils call us computer teacher or light techer."

Hah. Cam gitu la katanya.



Slot 4: Teknik Belajar dan belajar.

Kalau hampa kenaI Madihah yang dapat SPM 20A tu,
maka nak tau inilah cikgu yang ajar si Madihah ni.
Dr. Malek bin Seman.
Memang best, lawak dan sempoi slot dia.
Memang tak kering gusi dengar walaupun ada yang sensor2 sket.
Tak kisah la.
Kita nak dengar yang ilmu tu.
Paling terkesan cara nak kira sifir 3 sampai sifir 12 dengan cepat.
Memang aku niat aku nak ajaq anak murid aku bagi expert sifir.
Jadi, memang beruntung dan bertuahnya aku dapat ikut slot nie.
Tak cukup dengar, aku pi beli sekali CD dia pasal tip nak ajar budak-budak secara kreatif.
Ringkasnya,
aku boleh kata cikgu kena kreatif nak ajaq budak.
Jangan susahkan budak belajar.

'Gunakan teknik masa belajar. Bila teknik betul, budak mudah dapat.'


Insyaallah, nak amalkan ilmu yang aku dapat hari ni.
Terima kasih Dr. Malek!



Tamat seminar pukul 1.00 tgh.
Sempat jumpa si Acik dengan We.
Memang nak sembang lama-lama.
Nak wat camne...tak berkesempatan.
Sempat bertegur sapa saja.
Next time kita borak lama2 lagi.
Okay...aku rindu sangat kat korang...dengan kawan-kawan lain.
Bila nak buat gathering??
Hehehe..!




No comments: