Jul 30, 2012

"Cikgu ada ramaiiiii anak."

Cerita 10 Ramadhan. 

Source google

"Cikgu ada anak?" Seorang anak lelaki yang satu-satunya bersongkok ini bertanya.

Aku pandang dia tanpa cepat melatah. Agak terbiasa dengan soalan sebegitu.Awal-awal dulu senang juga melatah dengan soalan yang pelbagai daripada anak-anak kecil di sekolah. Bila sudah lama, semua itu aku anggap sebagai perkara biasa sahaja. 

"Cikgu ada ramaiiiii anak." Balas ku berintonasi nakal. 

Dia tengok aku dengan penuh perhatian. Excited mungkin.

Aku senyum. Seronok jugak mengenakan mereka. Sekali sekala.

 "Anak cikgu ramai. Kamu semua la anak cikgu. Anak murid cikgu."

Aku tengok reaksi dia.

"Ala..." dia tak puas hati.

"Kenapa? Nak jadi anak cikgu ke?" Saja mengenakan dia.

Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil malu-malu tunduk buat kerja.

Haha. Dalam hati memang ketawa lucu.

Sambil itu, aku meronda sekeliling kelas melihat anak murid membuat tanglung kertas. Si bersongkok tadi masih belum siap membuat kerjanya. Argh...dia memang macam tu. Memang agak susah nak tackle si bersongkok tadi. Buat la apa pun, berlembut ke, berkasar ke, berkurang ajar ke, perangainya tetap sama. Susah nak fokus, liat nak siapkan kerja. Main hebat.

"Harith...!" Aku menggelengkan kepala. Dia tersengeh. Berpura-pura buat kerja tapi langsung tak berjalan. 

Aku terfikirkan treat nak mainkan dia pulak hari ini. Sebagai pengajaran sahaja.

Aku pergi dekat Harith dan aku tarik lencana klip kat poketnya. Kalau nak tahu dialah satu-satunya murid yang pakai lencana tak berjahit tapi masukkan lencana dan plastic poket dan klip pada baju sekolah. Rasanya, benda tu snagat berharga padanya, that's why tetiba dapat idea nak buat macam tu.

"Cikgu..........." Harith merayu padaku. Mulutnya mula memuncung.

"Kalau nak, buat kerja cikgu bagi siap. Warna elok-elok. Kalau tak siap jugak cikgu gantung lagi tinggi kat sini."  Aku terus klipkan lencananya itu pada satu bendera yang agak tinggi untuk dicapai oleh murid yang rendah sepertinya. 

Harith menunduk saja. Barulah tangannya mula bergerak membuat kerja. Itu pun perlahan sahaja. Bila aku bergerak melihat murid-murid lain, aku perasan Harith sudah ke depan melompat-lompat nak ambil lencana yang tergantung tinggi tu, tapi sudah tentu tidak kesampaian. 

"Harith, cikgu cakap buat kerja dulu. Nanti cikgu ambil songkok kamu pulak cikgu gantung lagi tinggi." Ugutku secara lembut. 

Harith masih belum bergerak ke mejanya. Nak tak nak aku terpaksa juga pergi ke arahnya dan aku tarik songkoknya dan gantung di atas papan hitam. 

Terlihat rambutnya yang runtuh dengan sedikit rambut yang jatuh ke dahi. Comel rupanya si Harith nie. Kawan-kawan lain dah tergelak-gelak tengok rambutnya itu. Seriously, boleh kata tak macho la siapa yang ada rambut macam itu.

"Kalau tak nak buat lagi kerja bagi siap, dengan kamu sekali cikgu gantung atas papan hitam." 

Lambat-lambat dia sambung kerjanya sampai siap.

"Cikgu, nak songkok." Harith tak lepas-lepas memegang rambut depannya yang terjurai jatuh itu.

Kesian jugak aku tengoknya. Akhirnya, aku pulangkan juga songkok hitamnya. Elok-elok aku letak atas kepalanya.

Niat aku bukan nak sakitkan hati dia, nak malukan dia. Tapi sebagai pengajaran supaya tak main-main masa buat kerja yang aku beri. Sebagai cikgu, mana boleh aku tengok anak murid tak buat kerja aku. Kadang-kadang pendekatan yang nakal nie berkesan jugak kalau dah tak tahu nak fikir cara nak handle sorang budak sebegini.

Hari ini aku tersenyum. Tanglung kertas Harith paling akhir aku gantung pada dinding. Siap jugak walaupun dalam keterpaksaan.

Masa Harith keluar daripada pintu, aku panggil dia.

"Harith, cikgu minta maaf tau."

Harith senyum lalu hilang daripada pandangan.







No comments: