Lately, budak-budak suka jumpa aku mengadu hal itu ini. Tak kira la tahun empat ke...tahun lima ke...enam ke...even tahap satu yang kecik comel berhingus tak kering-kering pun ada jumpa aku. Masuk tahun 4 Rabu lepas. Kelas yang dulunya aku hangin sebab bercakap tak hingat dunia buat aku invisible dalam kelas bikin jantung rasa nak tercabut, sampai aku cakap kat diorang macam nie:
"Kalau tak suka saya, boleh jumpa guru besar cakap tak suka saya mengajar. Nanti Guru Besar tukar saya ajar kelas lain."
"Saya tak tahu la setiap kali saya masuk kelas kamu, saya rasa nak marah saja. Rasanya mungkin sebab kamu tak suka saya la sampai buat aura kita jadi tak sama."
"Tak suka kelas saya, tak payah cakap banyak-banyak. Bawa beg awak keluar sekarang!"
Perghhh...bila kenang balik semua tu rasa macam...
"Mak oii...garang, tegas, kejam, takde perasaan, mulut jahat..."
Apa punya cikgu baru teruk semacam jenis tak sabar bila treat budak-budak dengan melepaskan kata-kata sakit telinga macam tu. Diorang masih kecik lagi Cikgu Atiqah oii...!
Okay...sejak si Hazirah hantar surat cakap...
"Cikgu jangan la marah-marah kami lagi..."
Wah...rasa sebak.
Then, sejak kena tegur dengan si anak kecil yang comel tu, maka aku mula ubah mindset bila masuk 4K dan cuba dekati dan faham anak-anak kecil ni dengan sifat mothering sikit. Pastu, aku cuba bagi peluang kat diorang tuk beri cadangan aktiviti yang diorang suka wat dan tak terus judge dan marah tak kena tempat. Wokey...
Starting last month, budak-budak nie makin okay. Just 2-3 orang yang masih ketegaq dan aku kena pi training yang ala-ala kapten tentera nak control diorang bila buat baik tak pernah menjadi dengan diorang. Luqman The little boy ala-ala anak mami yang aku pernah sound sebab tak nak pandang depan suka cakap belakang sekarang mula berdisiplin dan dengar cakap. Si Iqbal si suara speaker mula senyap bila kena tegur. Si Akmalyang tak reti duduk tempat mula wat kerja bersungguh-sungguh walaupun sekarang pun kena hambat balik tempat. Naziruddin yang dulu aku marah sebab sesuka hati keluar kelas macam aku takde dalam kelas mula tau hormat aku.
Baru-barunya diorang mengadu kat aku. Kata diorang:
"Cikgu, saya tak suka cikgu tu. Bila saya cakap nak pergi tandas, dia sepak bontot saya."
"Saya pun tak suka cikgu. Dia suka tarik rambut tepi nie."
"A'a cikgu. Hari tu dia marah kami masa kat dewan."
"Saya pun dia buat macam nie (tampar muka)."
"Kami tak suka dia."
Okay! Dengar diorang kutuk gegila guru kelas diorang tu, mata aku dah pandang kiri kanan. Wei..slow sikit suara. Kecik hati klo cikgu tu dengar. Then, terpaksa la aku bagi respon pusing sana-sini tak nak budak-budak nie fikir negatif or benci cikgunya.
"Mungkin kamu semua tak dengar cakap cikgu tu, sebab tu dia marah. Mana ada cikgu yang sesaja nak buat orang. Tak baik kamu cakap macam tu. Kecik hati cikgu kamu nanti. Kalau takde cikgu kamu, siapa nak uruskan baju sukan kamu, nak kutip duit semua...kan susah nanti."
Sorang budak membalas:
"Cikgu Atiqah ada. Cikgu la jaga kami."
Aku tepuk dahi. Adohai...
"Haii..saya dah ada anak-anak saya sendiri nak kena jaga. Itu yang tahun 5 tu. Mana larat nak jaga banyak kelas..."
Pagi Rabu kena jaga murid 1M1S. Sekumpulan budak perempuan kelas pandai bersembang tak hingat dunia kat satu sudut.
"Cikgu, kami tak suka cikgu tu. Dia gatal. Kalau kami tak buat kerja dia, dia cakap 'saya' nak cium sorang-sorang."
Adu sorang budak nie.
Kawan-kawannya juga adu benda yang sama. Mau membulat mata aku. Haissyyyy...ada gak ke spesis yang macam ni??? Haru biru dunia sekarang.
Puas aku nak fikir respon pa nak bagi depa semua ni tak pikiaq pelik-pelik. Wokey...and i said:
"Yang kamu tak buat kerja dia kenapa? Sebab tu la dia cakap macam tu. Takde la. Dia lawak saja tu. Takdenya dia nak buat. Lain kali buat la kerja dia betul-betul."
Setakat tu je la yang mampu aku cakap nak cover line bab cikgu gatal nie. Bukan sekali dua aku kena tadah telinga dengar aduan budak, banyak kali kot. Pandai-pandai la jaga attitude...budak bukan bodoh...tu je aku nak cakap.
Then, the latest aduan from my tuition boy, si Amirul.
"Sini tuisyen, malam nanti tuisyen. Pening..taktau nak buat yang mana..."
Okay..aku pun tadah telinga dengar masalah dia. Iyala..mak dia hantar dia tuisyen banyak sangat. Kalau aku pon rasanya bley muntah hijau bruwwekkkkkk..klo banyak sangat belajar. Dia pun makin banyak bercakap dan bercerita dengan aku. Siap share dia ada kamus ala-ala vista dan bagi aku guna.
Then, aku cakap la,
"Awak nak periksa. Memang kena tahan sikit la sekarang. Takpa biar kita rasa teruk sekarang. Nanti dah habis periksa ...haaa...buat la apa nak buat. Tak payah pening-pening tau. Doa banyak-banyak kat tuhan. Mintak Dia bagi lapang dada, bagi mudah terima ilmu. Ingat...tak rugi kamu pi tuisyen sana sini. Kalau tak dapat sepuluh, dapat satu ilmu pun cukup la..."
Aceceee...nasihat macam ustazah plak. Takpa la asal boleh bagi dia rasa sedap hati sikit.
Well...sebenarnya nak cakap budak nie bukan senang tau nak kongsi masalah dia, nak adu masalah dia kepada orang yang dia tak percaya. Jangan harap dapat korek cerita kalau dia rasa kita bukan la orang yang selamat untuk dia bercerita.
Then, bila budak-budak aku adu macam-macam kat aku, aku mula terfikir,
"Adakah depa semua nie percaya kat aku? Kalau percaya...alhamdulillah. Nampaknya depa mula terima aku."
No comments:
Post a Comment