Ramadhan 11.
Cerita 1.
Hari yang meletihkan.
Cerita 1.
Hari yang meletihkan.
Pagi tadi 7.25 pagi dah terpacak kat klinik kesihatan ini. 2 minggu lalu situasi yang sama berlaku. Itu masa buat x-ray dengan ujian air kencing. Tapi tak kisah la sebab tak berpuasa. Kalau letih boleh tibai air mana-mana yang nampak.
Ini semua pasal urusan pengesahan jawatan. Sekali lagi kena pergi buat medical check up atas alasan medical check up yang buat masa pengesahan lantikan tu, aku cakap aku ada asma tapi pada tahap ringan. Okay. Nak pastikan aku tak bawa masalah dalam perkhidmatan, maka sepucuk surat sampai mintak aku buat sekali lagi pemeriksaan kesihatan untuk mengesahkan aku betul-betul sihat dan layak dilantik sebagai pegawai perkhidmatan. Perghh...serius tak puas hati sebab nak kena buat sekali lagi medical check-up. Dah la hari tu buat swasta punya. Melayang dah berpuluh ringgit. Kali nie kerani cakap kena wat kerajaan pulak. Dengar kena wat klinik kerajaan punya, terus nampak bila la nak dapat resultnya....
Tak cukup dengan itu, GB pun terlibat sekali nak kena tulis repot pasal prestasi kerja aku sejak mula berkhidmat awal tahun nie. Tak ke itu sesuatu yang sedikit mengambil masa dan agak lece.........
Berbalik cerita pergi klinik tadi. Memang menguji kesabaran betul. Aku pon tak tahu la macam mana aku boleh sabar selesaikan urusan aku hari ini tanpa merungut dan sekarang terasa nak merungut banyak-banyak kat sini. Tadi aku cakap aku sampai sana awalkan? Gate utama pun tak bukak lagi. Aku ikut sorang mak cik ni lalu pintu lain. Ingat aku datang awal, rupanya ada lagi yang dah datang awal. Memandangkan 2 minggu lalu aku dah wat x-ray dengan test air kencing, jadi aku tak terus la beratur ambil nombor. Aku jumpa seorang nurse nie dan tanya kat dia, aku nie kena ke ambil nombor jumpa doktor pasal test urine tu? Jawab nurse nie, dia suruh aku tunggu MA dulu. Aku pun ikut cakap dia walaupun hati nie punya berat mintak aku beratur ambil nombor. Iyala...biasanya nak jumpa doktorkan pakai nombor?
Aku tak puas hati. Aku pi tanya kat kaunter pulak. Jumpa akak baju purple yang muka je jenis tak mesra alam nie. Senyum pon tak. Tapi dia layan ke apa aku tanya dia. Aku pun jelaskan keadaan aku dan dia cakap aku kena ambil nombor. Then, aku pon mula beratur. Itu pun depan aku ramai kot. Sabar punyalah sabar, aku sampai gak depan kaunter nombor.
"Kak, saya dah buat medical check-up. Kalau nak jumpa doktor pasal test urine kena ambil nombor juga ke?" tanyaku.
"Dah buat semua test ke?" tanyanya semula.
"A'a. Dah". Balasku.
Akak tu mintak IC aku dan bagi nombor kat aku.
"7006".
Aku terus mengambil tempat duduk. Nak kena tunggu nombor nak jumpa doktor pula. Padahal masa tu, orang pertama yang nak jumpa doktor baru dipanggil.
Tiba-tiba aku nampak kelibat akak yang sama-sama buat medical check-up dengan aku 2 minggu lalu. Aku tegur akak tu. Aku panggilnya Kak Da saja. Seorang guru tadika Kemas.
"Aiks, kenapa awak dapat satu nombor saja? Akak dapat dua." Tanya Kak Da
Aku mula rasa tak best. Aku ajak Kak Da jumpa akak kat kaunter nombor tadi.
"La, kenapa tak cakap nak ambil result test urine?" Akak tu membalas. Mujur la dia tak marah aku.
"Kalau macam nie, awak tunggu sampai nombor tiket awak naik, pastu awak cakap kat orang dalam kaunter awak nak ambil result urine test nak jumpa doktor. Takde tu, doktor tak tahu," balasnya.
Aku ikut ja arahannya. Aku kembali ke tempat dudukku.

"Akak tunggu MA dulu, nanti kalau dah ada akak panggil." Kak Da berkata lalu tinggalkan aku sorang-sorang kat situ.
Tunggu punya tunggu sampai la nombor aku naik. Pergi ke kaunter tadi.
"Akak, saya nak ambil result medical check up yang saya dah buat." Aku berhadapan lagi dengan akak muka tak mesra alam tapi okaj ja tu.
"Medical check up dah buat belum?" Mukanya mula berkerut.
"Dah." Balasku.
"Urine test dah buat? Kena pergi makmal kat sebelah sana." sambungnya lagi.
Aku mula nak tepuk dahi.
'Aku cakap orang tak faham ke atau aku yang tak faham apa yang aku kena buat.' Hati mula membebel.

Aku pun cuba mencari ayat yang sesuai yang jelas nak menjelaskan keadaan aku yang aku sendiri tak faham nak kena wat apa.
"Saya dah buat medical check up. Sekarang saya nak kena jumpa doktor untuk keputusannya. Akak kat kaunter sana (sambil tunjuk jari) bagitau saya suruh minta keputusan test urine kat sini."
Akak tu tak cakap banyak. Dia minta semua borang kesihatan yang aku bawa. Kemuadian, barulah dia suruh aku pergi jumpa doktor bilik 7.
'Eh,boleh ke terus jumpa doktor saja? Keputusannya tak dapat lagi pon.' Aku masih tak jelas.
Aku pandang kak Da. Aku terus jumpa dia. Masa tu MA dah ada dalam bilik 11 tu. Kak Da dengan sorang mamat cina nie ambil keputusan kat situ. Aku pun ambil juga. Lepas tu, MA minta kami pergi ke kaunter tadi yang aku dah pergi tu untuk tanya pasal jumpa doktor.
'Perghh...lebih 3 kali kot aku jumpa akak purple tu.' Aku ikut Kak Da ke kaunter. Risau akak tu muak tengok muka aku nie.
Jawapan yang sama jugak akak ni cakap kat kitaorang bertiga,
"Jumpa doktor bilik 7."
Jadi kami semua masuk ke sana ramai-ramai. Aku kena dengan sorang doktor India nie. Dia check x-ray dan catat tah pape dalam kad aku.
"Pergi ambil tinggi, berat dengan blood pressure kat luar," arahnya.
Aku pun ikut arahannya. Beratur la lagi. Aku ambil blood pressure kat sorang nurse ini.
"Berat dan tinggi dah ambil?" tanyanya.
Aku dah malas nak pergi beratur pula kalau aku cakap aku tak ukur berat dengan tinggi lagi. So, terpaksa la aku cakap kat dia,
"Tinggi 164, berat 55 kg." Rasanya betul sebab tinggi tu berdasarkan pada medical check-up yang lalu. Berat pulak selalunya main-main antara 53-54-55 saja. So ambil yang berat sekali.
Jadi, masuk pula bilik tujuh jumpa doktor. Dah check semua, dah sain semua borang kesihatan, dia cakap kat aku lagi,
"Pergi luar cop kat sini pula." Doktor tu memulangkan borang aku.
Aduhai. Masih ada yang tak selesai.
Nak tak nak, kena la beratur lagi kat nurse lain pula sekadar untuk minta cop pula.
Dah selesai cop, ingatkan dah boleh berehat kat luar. Check punya check, ada satu lagi tempat tak dicop.
Aduhaiiiiiiiiiiiiiii.
Masuk lagi ke tempat nurse tadi. Beratur lagi nak dapatkan cop satu lagi.
Selesai.
Ringkasnya, untuk selesaikan pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan ni,
3 kali aku jumpa jururawat yang sama, satu untuk pertanyaan, dua untuk cop borang.
4 kali jumpa akak baju purple muka ketat tapi ok je, untuk semua pertanyaan.
2 kali jumpa akak kat kaunter nombor.
2 kali masuk keluar jumpa doktor.
Sekali jumpa nurse ambil blood pressure dengan pulse.
Sekali jumpa MA ambil result.
Keluar hospital aku dah macam lembik.
Terus berkejar ke sekolah.
Sakit satu badan hari nie.
Takpa. Asal langsung tak kena scold dengan mana-mana staf hari nie.
Alhamdulillah.
Selesai satu bab.

Cerita 2.
Aku cakap hari ini aku sakit satu badankan?
Betul lenguh bahu. Habis keras urat baru macam tunggul kayu. Sakit sangat. Balik sekolah terus mandi. Tidur sekejap. Drag sampai pukul 4. Ah..teruk. Baru terkejar-kejar nak solat Zohor. Nak mengaji pun memang tak larat sangat. Sambung tertido dengan kain sembahyang sekali.
"Kak Tiqah, Amirul ada kat luar," suara Yana, housemate baru kedengaran.
Aku terjaga. Tengok jam pukul 5.15 petang. Terus bangun dengan kain sembahyang panggil Amirul kat luar.
"Meh masuk dulu Amirul. Tunggu dulu kat sini," arahku. Bulat saja mata Amirul pandang aku. Selalunya aku dah siap dengan kardigan dan tudung sambut dia datang tuisyen kat rumah. Kali nie dengan bertelekung depan pintu aku panggil dia. Muka sebijik hantu pocong pun ada gak.
Hari ini aku ajar Amirul buat karangan panjang. Punyala muka boring dengan letih campur tak ikhlas dia datang belajar hari ini. Aku tak salahkan dia. Budak-budak belajar banyak sangat pun dia boring. Dah la dia baru balik daripada sekolah agama, terus datang ke rumah aku.
"Nak pilih yang mana? Tajuk 1, 2 atau 3? Pilih tajuk yang kamu rasa banyak benda kamu boleh cerita."
Amirul fikir lama. Kalau tak dibantu, macam itulah dia. Karang datang tak buat pa pe, rugi pulak.
"Orang yang paling kamu sayangi. Cikgu rasa yang nie mudah. Boleh cerita orang yang kamu sayang." Aku memberi cadangan. Nanti, boleh dia cerita pasal ibunya, Kak Mis yang sangat baik dengan aku.
"Tak da. Pilih yang ini." Balasnya.
Aku dah agak. Dia memang selalu tak sebulu dengan aku. Kalau aku kata A, dia pasti balas B. Okay, aku ikut pilihan dia. Malas nak menyerabutkan dia.
"Sekarang cuba fikirkan, kamu dapat RM500 dalam pertandingan melukis...terangkan cara-cara menggunakan duit tersebut..."
"Tak pernah dapat pun." Potongnya.
Okay.
"Saya nak kamu bayangkan saja..." Dah hilang perkataan cikgu. Berganti saya pula.
"Fikirkan 4 isi apa kamu nak buat dengan duit 500 tu," balasku.
Amirul diam. Pandang atas, kiri kanan. Muka boring tak sudah-sudah. Terpaksa aku keluarkan ide untuknya.
"Contoh boleh guna untuk simpan ke...derma ke.."cadangku.
"Mana cukup nak simpan. Derma pun tak cukup." katanya.
Okay. Sabar lagi dengannya.
"Mungkin terasa nak beli apa-apa dengan 500?."
Amirul membalas, "beli handset."
Mau tergelak aku. "Handphone second hand?"
Dia tergelak. "Sekarang, yang biasa-biasa, bukan touchscreen pun boleh dapat."
Betul juga fikirku. "Okay la. Kita guna duit nie separuh beli handphone. Lepas tu kenapa Amirul nak beli handphone? Cuba bagitau kegunaan handphone?."
Amirul tengok atas terfikir-fikir.
"Tah. Main internet..game..."
"Lagi?"
"Tak tak tahu. Malas fikir." Jawapan lazim didengari. Itulah dia. Selalu malas je nak fikir.
Aku minta isi karangan yang lain.
"Boleh beli barang dapur." balasnya.
"Boleh jugak. Nanti boleh cakap nak bantu emak nak ringgankan bebannya. Mungkin kita boleh gunakan 100 untuk barangan dapur." Aku menambah sekadar membantunya membina kerangka karangan.
"Tapi 100 sekarang tak cukup nak beli barang sekarang." Bidasnya.
Eheh...ko bagi cadangan ko bidas balik?
"Habis beli apa yang cukup?Beli baju?Jam?" Aku mula tak sabar. Ada je tak bersetuju dengan pendapat aku.
"Baju pun mahal sekarang. Seratus pun belum tentu dapat yang elok." Arghhhh sudah budak nie. Karang ada je yang aku hambat balik tak belajar apa-apa.
"Kamu nie, ada je yang tak boleh. Cikgu tak suruh la kamu terima semua idea cikgu. Cikgu cuba tolong kamu sebab kamu takde idea. Cuba bagi idea kamu kat cikgu, kita sama-sama buat peta minda. Kalau tak setuju, cuba bagi idea kamu pulak."
Aku masih cuba berdiplomasi dengan budak yang suka argue banyak dengan aku nie. Ada je tapi-tapinya.
Lambat laun dia menjawab, "beli perfume. Tapi mahal jugak. Takpala perfume yang RM 10 tu."
Aku mencatat ideanya. "Okay, yang ini kita boleh cakap beli barangan peribadi untuk kegunaan seharian."
Satu lagi isi. "Cepat, dah pukul berapa sekarang, nanti saya tak bagi balik?" Aku kejan Amirul. Jam dah angka 6 petang. Bayangkan nak bina isi saja dah ambil masa lebih 30 min!!!
"Nanti cikgu tak cukup lauk nak makan?" Amirul membalas.
"Takpa. Cikgu banyak duit. Tak cukup kita pi beli nanti. Asal karangan kamu dia. Sampai dua isi pun takpa. Nanti kita sambung Khamis pulak."
Amirul malas-malas menulis. Sekali aku cakap sekali dia menulis. Bila malas dia berhenti. Terpaksa aku ikut rentaknya. Iyalah, dia datang belajar dengan aku berbayar. Taknak la paksa dia bosan kena paksa buat kerja dengan tak ikhlas. Nanti, langsung tak belajar pape.
Masa ajar dia, si emak Amirul datang bagi salam. Dihulurnya seplastik kuih padaku.
"Masukla kak mis." Ajakku.
"Takpa la cikgu. Saya nak pergi berniaga pulak nie. Singgah kejap. Ni cikgu, pasal soal bayaran macam mana ye, cikgu?" tanyanya.
Aku garu kepala.
"Saya ikut Kak Mis saja. Biasanya kalau Amirul tuisyen kat tempat lain, berapa kak Mis bayar ye?" tanyaku. Apa yang aku tahu, si Amirul ni ada amek tuisyen kat tempat lain jugak. Lagipun, aku pun tak pandai sangat nak deal harga tuisyen nie. Ikut hati, berapa nak bagi pun takpa.
Kak Mis terdiam sekejap. "Kalau tempat lain tak kira cikgu, diorang mengajar ramai budak. Tapi cikgu ajar sorang. Lagi fokus."
Tiba-tiba si Amirul menyampuk. "Kat tempat tuisyen bayar RM50."
Aku terkejut. "Mahalnya Kak Mis!" Kak Mis senyum saja.
"Kalau macam tu, RM15 cukup la Kak Mis. Saya pun bukan ajar Amirul banyak pun."
Kak Mis pegang bahu aku. " Eh mana boleh macam tu, cikgu?Akak ganda lagi."
Ya Tuhan. Means kak Mis nak bayar 30. Oh..tak boleh! Tolong akak sebelah rumah ajar anaknya Math dengan Sains pun akak tu bayar aku 25. Nie satu subjek kak Mis nak bayar 30. Tak patut la kalau aku setuju.
"Tak payah kak Mis, banyak tu. Saya pun takde la terdesak sangat. Gaji pun ada. Kalau tak nak 15, 20 pun cukup la Kak Mis." Deal terakhir dengan kak Mis.
"Terima kasih cikgu." Balas Kak Mis sebelum beredar.
Seriously cakap memang daripada awal lagi, masa kak Mis minta aku ajar anak dia, niat aku hanya nak tolong Kak Mis saja. Bukan susah pun, anaknya datang 4 hari seminggu waktu tak berpuasa dan 2 kali seminggu masa berpuasa lepas sekolah agama. Petang-petang macam tu, aku pun bukannya buat apa pun. Bagi kerja kat anaknya, bincang bagi dia faham. Pastu, tanda bukunya dan cakap kat mana dia salah dan suruh dia buat pembetulan. Bebel dan bagi motivate word kalau anak dia malas. Itu je. Sambil-sambil tu, aku pon boleh buat kerja aku. Nak wat lesson plan ke, nak rite buku budak ke masih ada masa. Kalau aku ada urusan sikit, aku message kak Mis cakap aku tak ada kat rumah. Kak Mis pun okay saja. Takde la paksa aku atau marah kalau tak ajar naak dia.
'Lagi 1, aku pun bukan cikgu pakar. Nak deal bayaran mahal-mahal memang takde dalam kamus hidup setakat ni."

Pss:
"Banyak duit memang best. Tapi lagi best kalau kita bukan hamba duit."
"Sentiasa percaya, rezeki sentiasa ada."
"Jangan malas memberi sebab Allah sentiasa memberi untuk kita memberi."
"Dalam hidup tak payah berkira sedangkan Allah tak berkira pun nak bagi nikmatnya kat kita."
"Hati seorang guru gembira bila anak murid berjaya."
Hati senang sekarang.
Nak senyum banyak-banyak!!!