May 12, 2012

Kisah Demam Denggi

Hai! Aku call mak aku semalam. Eii...salah. Mak aku suruh adik aku call aku sebab aku tak call diorang kat rumah kerana baki kredit tinggal 0.34 sen saja. Itu baru betul. Then, tengah aku pot-pet pot-pet dengan sis, aku dengar mak cakap, 


" Kenapa suara macam orang baligh?" 


Hahaha...my sis turut gelak. Aku lagilah ketawa terbahak-bahak.


" Nak wat camna ma, sejak orang masuk sekolah tu memang suara terus jadi macam nie." 




Balasku padahal aku tengah cakap dengan my sis. Betul! Suara lemak merdu manis aku dah jadi sekasar garam kasar yang masin dan tak sedap. Memang aku boleh cam suara aku dah bertukar sejak beberapa bulan lalu. Kalau aku bangun tidur saja atau bila ketawa, memang boleh rasa betapa seraknya suara aku. Mungkin aku banyak sangat bebel kat budak-budak kot...huhuhuuuu...

Then, sis aku tanya:


" Kenapa tak call rumah lama?" 


Then aku mula terfikir. Eh..bukan ke baru-baru nie aku ada call rumah?


By the way, bukan lama pun aku tak call rumah. Rasanya baru-baru nie je aku call ma dan abah. Dua orang sekali gus masa aku kena demam denggi hari tu. Then, ma pun ada call aku lepas tu. Pastu, dua hari lepas aku ada msg abah dan ma pun ada tersilap hantar msg kat aku tanya,



"Betul ke duit x de?"



Hai ma! Ma lupa ke orang baru dapat gaji tuk 4 bulan mak. Tak berusik banyak pun. Baru keluar pun a few hundred je. So, mak tak payah kasi duit kat orang tau! Tunggu orang nak kasi duit kat ma dan abah pulak.


Maybe ma masih risau kot. Hari tu masa ma call aku, ma cakap ma nampak banyak air nyiok (air kelapa) kat tepi jalan dan teringat kat aku yang tengah sakit denggi kat sini (Port Klang). Huhu..terharu bila ma cakap macam tu. Sebelum ini masa zaman belajar dulu, aku bukan jenis yang selalu call rumah, ma pun bukan selalu call aku. Tapi sekarang, sejak bekerja nie, rasanya ma selalu call aku kat sini.Aku pun boleh rasa aku boleh cerita macam-macam dengan ma. Our relationship become soO close and much better now! Good!


Buat pengetahuan korang, Port Klang sekarang tengah dilanda demam denggi. Aku dan housemate aku sekali dengan tuan rumah dengan anaknya, termasuk cikgu sekolah aku semua kena demam denggi. Meh aku cerita kat korang kronologi demam denggi yang melanda aku nie...


27 April 2012. Jumaat. Aku berlatih aerobik bagai nak rak untuk camping unit beruniform. Akukan jenis perfectionis dan harap dapat buat yang terbaik untuk aerobik. Habis je wat aerobik, aku rasa badan macam nak lumpuh. Sangat letih dan peluh tak mau stop langsung. Then, aku mandi, solat dan tidur. Malam tu, aku mula rasa pinggang sampai ke kaki terasa sangat sengal-sengal. Ingat sakit sebab aku berlatih aerobik sakan sangat. Jadi, aku urut je kaki aku harap-harap esok hilang dan aku dapat tidur kat sekolah tanpa ada masalah kesihatan.


Ternyata percaturan aku salah. Allah perancang segalanya. 28 April 2012. Aku demam pagi tu. Lepas subuh, aku rasa badan macam melayang-layang. Mata rasa sangat panas dan badan tersangat sengal-sengal.  Aku mula risau takut tak dapat tidur di sekolah. Lagipun mana ada cikgu lain yang sanggup nak ganti tempat aku tidur kat sekolah. Mana maunya diorang....!


So, aku teringat pesanan ma.


 " Kalau demam, kena bagi pecah peluh dulu, baru hilang demam."


Aku gunakan tip ma, aku pakai sweater tebal-tebal, tutup kipas dan minum air panas. Memang aku berpeluh-peluh dan rasa sihat sikit. Then, sebagai timbalan komanden yang sepatutnya tak lewat, aku terlewat beberapa minit tiba kat sekolah.  Bila buat aktiviti dengan budak-budak, aku pun tak fikir sangat sakit aku. Rasa macam orang sihat je jalan sana sini, bebel kat budak non-stop. Hahaha..


Petang itu, badan mula lemah. Masa budak-budak buat aktiviti pertolongan ceman, badan rasa macam paralyze kejap. Kaki rasa kejang dan aku memang tak larat nak berdiri lama-lama. Mata rasa sangat panas, rasa meloya dan lemah sangat. Pukul 5 je, aku lari balik rumah sewa jap. Tidur kejap dan harap dapat pergi ke sekolah semula malam nanti. Lepas asar, aku gagah juga ke sekolah. Itupun aku minta bantuan housemate tuk hantar aku ke sekolah. Malam tu, kena jaga budak tuk aktiviti burung hantu sampai pukul 4.30 pagi. Mujur bila aku aktif wat kerja jadi hantu ganggu budak, aku tak fikir sangat badan aku tak sihat.


Pagi itu, aerobik berjalan lancar. Tak sia-sia aku berlatih sampai nak tercabut kaki. Tapi lepas itu, aku mula dengar teguran cikgu-cikgu sekolah.


"Kenapa pucat sangat? Kenapa nampak letih, tak tidur ke semalam?"


Aku senyum dan tutup muka tanda malu. Memang aku boleh bayangkan mata panda dengan muka kusam aku hari tu. Aku kalau sakit muka memang automatik jadi macam tu.


Lepas tamat je kem, aku terus jalan kaki balik rumah. Masa tu aku nampak nak tidur saja. Badan pula sangat sakit dan tersangat sengal-sengal. Bila aku sentuh tempat sengal-sengal tu, memang banyak biji kelenjar tengah membengkak tandanya badan aku dah kena serangan virus jahat.  Adohaiii...


2 hari sekolah cuti, dan aku banyak spend masa dengan tidur je tapi masih tak hilang-hilang sakit badan aku.  Esoknya sekolah, aku mengajar dalam keadaan meloya kalah orang mengandung. Aku terpaksa makan gula-gula masa ajar budak-budak. Esoknya, masa mandi aku perasan kenapa kulit aku banyak sangat tompok-tompok merah. Aku mula rasa tak sedap hati. Dalam otak memang aku fikir aku dah kena demam denggi, tapi aku taknak fikir sangat takut hati rasa risau lebih-lebih pula. Malam tu, housemate bawa aku pi klinik. Doktor cakap aku tak demam, tapi kalau masih sakit badan lagi dia mintak aku check darah dalam masa dua hari. Doktor tu promote mc, tapi mulut cakap tak perlu. Adohaiii...gatalnya mulut aku...


Esoknya, sorang housemate aku baru balik ke rumah, Dia pun demam jugak. Petang tu dia tanya aku kenapa kulit dia pun merah-merah. Aku pula baru lepas surf internet pasal penyakit denggi, memang sah-sah itu tanda penyakit demam denggi. Aku pun belek tangan aku, rupa-rupanya sama juga macam dia. Alamak...! Malam tu, aku dan housemate pergi ke hospital. Kat hospital pun, aku pergi bahagian demam tapi aku tengok orang kat situ sihat-sihat macam aku je. Bila diorang keluar daripada jumpa doktor, rupa-rupanya diorang pun pergi check demam denggi jugak.


Now, my turn. Check punya check, darah pun dah ambil, memang sah aku kena demam denggi. Platlet aku lagi rendah daripada housemate. Doktor cakap penyakit aku dah nak habis tapi aku masih kena check darah esok. Untuk pengetahuan korang, doktor yang rawat aku punyalah hensem orangnya...(well aku susah nak mengaku someone tu handsome tau!) dan sebelum masuk bilik rawatan tadi memang aku dah terperasan kekacakan doktor tu. Kacak tak penting sangat, yang penting dia sangat baik dan lemah lembut je bila bercakap dengan aku...hahahha! So kalau kena ambil darah hari-hari pun takpa..hahha...gatal! Tapi lepas tu aku tak p check darah pun. Malas nak menyusahkan housemate aku...!


Mujur aku tak kena tahan kat hospital. Housemate aku pula esoknya balik kampung dan terus kena masuk wat. Nampaknya ketahanan badan aku lebih bagus...alhamdulillah...bergelen-gelen air buah aku telan, bergelen-gelen air 100 plus aku minum, campur lagi air jambu batu merah kononnya dapat buat darah jadi pahit dan nyamuk tak suka darah kita. Semua tip tu aku cuba dan hasilnya aku makin sihat sampai la ke hari ini.

Itu al- kisahnya...

Dan sekarang aku makin berhati-hati. Petang ke malam, aku dah pasang ubat nyamuk dan tutup tingkap sebab nak elak nyamuk betina gatal ganggu aku lagi.



"Aku debushhhh ko klo gatal nak cium aku lagi!"


Sebenarnya, banyak hikmah aku dapat lepas kena demam denggi nie.


Satunya... aku lebih ambil tahu apa itu demam denggi sebab sebelum nie aku jenis tak kisah sebab tak pernah kena kat aku. Bila aku dengan orang sekeliling aku kena, baru aku faham perasaan rasanya kena demam denggi..


Duanya...kalau kita nak penyakit kita cepat sembuh, amalkan kehidupan yang sihat dan sentiasa ceria. Kalau sakit, jangan fikir sangat kita sakit, tapi teruskan hidup macam biasa. Pastu, kena sentiasa cergaskan badan kita. Jangan malas bersenam. Dulu orang asyik tanya tak letih ke pergi sekolah tiap-tiap petang jalan kaki. Namun, aku nampak hasil keletihan itu sebenarnya menguatkan diri ini untuk lawan penyakit.


Tiganya...bila aku sakit, my family is the best supporter!


Empat...aku belajar hargai masa lapang. Gunakan masa yang ada dengan sebaiknya =)















No comments: