May 12, 2012

Senang citer buat bodoh je!

Sekarang memang mood nak menulis. Korang pernah rasa nak marah kat seseorang tak? 


Normal la ada perasaan marah sebab kitakan manusia. Normal kalau marah tapi luar biasa kalau marah sampai hilang akal dan sanggup bunuh orang sebab marah teramat sangat. Okay, aku pun ada perasaan marah. Tapi takde la sampai ke tahap tu. 

"Cukupla kalau marah aku rasa nak bagi flying kick, lipat-lipat orang tu buang dalam tong sampah. Biar lori sampah angkut orang tu dan campak kat tempat sampah."


Kadang-kadang kalau marah aku memang rasa nak tulis kat blog dan bagitau satu dunia aku tengah marah kat si polan nie. Aku rasa nak update status aku kat fb bagitau semua orang aku tengah marah orang nie. Bila marah, aku rasa nak hebohkan pada kawan-kawan lain bahawa dia nie macam nie macam itu. Tapi, semua itu untuk apa?


"Marah tu satu penyakit jiwa yang buat otak kita dah tak stabil dan hati kita rasa pedih sangat. Makin dilayan rasa marah pasti akan mempengaruhi tindakan kita sampai kita sanggup buat benda yang orang normal tak buat."


Okay...itu definisi kamus aku sendiri.


Kalau marah, aku lebih senang mendiamkan diri. Memang la kalau diam tak dapat nak selesaikan segalanya. Sekurang-kurangnya dengan diam, aku boleh elakkan diri daripada buat orang sakit hati atau bercakap dengan orang yang menyakitkan hati. Itu benda pertama aku buat...


Kemudiaan, aku lebih senang menjauhkan diri daripada orang-orang yang menyemak hati dan buat otak dan perasaan aku serabut. Aku ada terbaca dalam satu majalah ini, 


"Satu cara nak hilangkan stress adalah dengan menjauhkan diri daripada perkara yang buat kita stress."


Jadi, hindarilah insan-insan yang mengucar-kacirkan hidup kita supaya kita rasa lebih tenteram.


Seterusnya, kita perlu cakap dengan diri kita bahawa,

"Aku bukan trouble-maker. Aku tak nak jadi macam dia. Titik!"

Bila fikir macam tu, secara automatik kita latih diri kita supaya tak buat perangai hodoh macam si polan tu buat. Kita jadi lebih positif dan tak buat kat orang lain sebagaimana si polan tu buat kat kita. 

Lagi satu jangan layan perasaan marah kita tu. Tu cuma hasutan syaitan yang cuba nak buat kita jadi jahat. Ambil air sembahyang, mengaji banyak-banyak dan fikir kenapa si polan tu marah kita. 

Kalau kita rasa diri kita memang tak bersalah, senang citer buat bodoh je. Aku la antara orangnya tu....Hahaha...!



Honestly, aku cukup suka tengok muka aku waktu senyum. Kalau muka aku marah, memang hodoh sangat-sangat!...kenapala dulu aku cukup tak suka senyum...so aku sangat suka tengok pic nie sebab aku senyuman aku jujur. Heheheh..




No comments: