Mood tak baik. Benci masuk pejabat. Benci jumpa orang tua
jongang tu. Tiba-tiba rasa nak jadi kanggaru dan tinju dia kuat-kuat biar terpelanting
jauh daripada sekolah sampai masuk ke dalam hutan yang orang lain tak boleh
jumpa dia. Hah! Padan muka.
Dua hari lepas, seorang cikgu lelaki nak pinjam kertas
jawapan Sains Tahun 4 daripada aku. Memandangkan kertas tu aku dah lubangkan
supaya senang nak tanda, maka cikgu lelaki nie pun ucap la terima kasih kat
aku. Entah dari mana datangnya orang tua jongang tu pun tak tahulah. Datang tak
berjemput dan boleh pulak terhegeh-hegeh kat meja aku sambil menyampuk. Setakat
dia nak cakap dengan cikgu tu aku tak hairan la. Tapi yang aku paling geram mulut
dia yang macam sampah tu. Boleh dia cakap L.U.C.A.H kat aku depan cikgu lelaki itu.
Ko bayangkan lepas dia cakap macam tu, cikgu lelaki tu pun sampai boleh blah
daripada tempat aku.
Bangang punya orang tua! Ko ingat aku nie perempuan
konservatif sangat sampai tak faham maksud tersirat ko yang gatal nak mampus tu!
Macam nak tangan-tangankan je dia nie! Tak sedar diri. Lepas cakap macam
tu, aku pandang orang tua sampai dia blah daripada tempat aku. Agaknya dia tahu aku
faham apa dia cakap dan muka aku memang tengah geram. Kalau dia tunggu lagi, memang
aku dah sembur dia cukup-cukup.
“Kurang ajar!” Hati aku memang cakap macam tu.
Kalau dengan aku yang ajar anak dia, dia boleh kurang ajar,
no wonder la dengan orang lain dia boleh buat macam tu jugak. Mahu je aku
balas,
“Kalau ada lelaki cakap kurang ajar macam tu kat anak encik,
apa encik rasa?”
Tapi aku tak sempat balas sebab dia dah blah dulu. Bila aku selidik dan aku tanya cikgu-cikgu lain, rupa-rupanya
memang orang tua jongang nie ada wayar putus. Bukan sikit tapi banyak. Ramai aku dengar mulut-mulut cikgu kompen dan sindir dia. Hmm...kalau
dengan cikgu-cikgu senior dia boleh berkurang ajar, cakap lucah, dengan aku yang baru nie
lagilah. Lagi naik miang keladi dia tu. Makin banyak la mulut dia keluarkan sampah- sampah busuk tu.
Dulu masa aku makan kat kantin, segaja dia sekat pintu aku nak
keluar . Pastu, boleh dia cakap kat aku slow-slow sampai sebutir patah
perkataan haram aku tak faham. Dia ingat aku nie ada telinga gajah ke nak
dengar suara romantik dia tu (perghhhhhhhhhhhh…muntah hijau aku). Aku yang nak berkejar kekelas nie pun balas la,
“Encik cakap apa nie, tak faham. Encik fikir dulu r nak
cakap apa kat saya. Saya nak pergi kelas nie. Minta lalu sikit!”
Aku memang cakap
tegas dengan dia. Muka dia memang aku tak pandang. Meluat. Cikgu-cikgu dalam kantin pun
pandang dia semacam. Pelik dengan perangai dia yang tiba-tiba halang aku nak lalu. Apa punya orang la!
Lepas kejadian dia cakap L.U.C.A.H kat aku, aku memang tak pandang langsung muka dia bila masuk pejabat nak hantar register dengan nak punch kad. Register pun aku suruh anak murid aku hantar sekarang. Kalau dia masuk ke dalam bilik guru, stop kat tempat aku pun, aku buat bodoh je sambil tanda buku budak. Kadang-kadang aku dengar dia macam sengaja cakap kuat-kuat bila sebut nama aku atau panggilan cikgu baru dalam bilik guru sambil pandang-pandang aku. Salah orang la kalau ingat aku terhegeh-hegeh nak tengok dia!
Hari nie orang tua jongang ni cari pasal lagi dengan aku lagi. Aku pergi ke pejabat bahagian photostat sebab nak ambil buku program Perayaan Hari Guru yang akak sesi petang hantar semalam untuk direzo. Bila sampai sana, rupa-rupanya belum direzo. Kak Ima ada di situ beritahu dia belum rezo sebab cikgu petang tu tak cakap nak rezo atas kertas warna apa. Jadi, aku pun minta kak Ima rezo atas kertas warna purple muda je. Masa kak Ima keluar sekejap, orang tua nie pun masuk dalam bilik photostat tu.
"Muka nie lagi. Asyik-asyik muka Atiqah je, takde muka lain ke," sinis dia sindir aku.
Aku tak duduk dia saja. Aku pun balas sindiran itu.
"Saya pun tak larat jugak tengok muka encik hari-hari," balasku tegas sambil mengira kertas purple di atas meja. Jumlah semua 49. Masih tak cukup. Jumlah semua mesti 60. Bak kata Ustaz Najid semalam.
Dia tak duduk diam. Dasar mulut dah macam longkang dia, dia terus bercakap lagi. Tapi aku buat pekak saja. Biarla orang tua jongang tu bebel sorang-sorang. Lagi dilayan makin sakit hati. Kak Imah datang lepas tu.
"Cikgu nak rezo berapa?" tanya Kak Imah.Dia antara pekerja di sekolah ini yang banyak tolong aku.
"Kak Imah photostat 60 la sebab untuk PIBG sekali."
Tiba-tiba orang tua nie menyampuk.
"Mak aiii...kenapa banyak sangat. PIBG tu bape orang je nak datang. Jemput semua, tah-tah dua orang je yang ada!"
Dia bercakap siap dengan muka-muka berkerut tak puas hati. Hmmm...sapa tengok memang akan faham kenapa aku tak nak tengok muka dia.
"Ustaz Najid yang pesan. Saya ikut je." Balasku.
Baru semalam, Ustaz Najid selaku pengerusi perayaan Hari Guru esok berpesan kepadaku supaya buat lebih buku program untuk jemputan PIBG.
"Takpa la Kak Imah. Kalau banyak sangat, buat 50 saja la." Aku memberitahu Kak Imah.
Orang tua jongang tu masih belum pergi dari situ. Masih menyibuk di situ, padahal mana pernah dia photostat apa-apa kat aku dan cikgu-cikgu lain. Semuanya, Kak Ima dengan Kak Zah saja yang tolong aku. Ini tiba-tiba mahu menyibuk kat situ.
"Itulah, nak berak baru sibuk nak korek lubang!" Dia menyindir aku.
Bangang punya orang tua! Dia cakap macam tu sebab dia ingat aku nie jenis yang hantar kertas nak photostat, pastu sibuk nak ambil hari tu jugak.
Woi jongang! Semalam lagi la aku hantar dalam pukul 2.00 petang. Ingat aku nie spesies yang tak consider kerja orang ke. Aku hantar semalam sebab hari ini aku nak ambil nak lipat buku program tu. Nak wat camne kak Imah tak photostat lagi. Kak Imah pun tak kisah aku tunggu kat situ dan tolong rezo lagi kat aku. Yang kau tu dah la tak tolong orang, pastu sengaja pulak nak sakitkan hati aku. Apa punya orang la buat perangai macam tu! Gila.
Aku memang naik angin hari ni.
"Suka hati la." Aku membalas ringkas. Aku bangun daripada kerusi kak Imah.
"Takpa Kak Imah. Saya tinggal kertas kat sini dulu. Nanti saya datang amek."
Aku mula bergerak. Tapi, telinga aku sempat menangkap kata-kata orang tua jongang tu.
"Amboi, sempena hari guru, boleh ke cikgu cakap macam tu...suka hati! Ni belum kahwin. Kalau dah kawin..." Ajuknya menambahkan api kemarahan aku.
Arghhh. Sumpah aku menyampah. Aku geram. Aku benci.
"Suka hati aku la!" Suara aku memang boleh dengar dengan jelas. Kata-kata yang agak kasar dan kurang sesuai dituturkan oleh guru baru seperti aku.Arghhh..lantak!
Aku melangkah keluar daripada bilik photostat. Saat itu aku rasa telinga aku mula imun sampai tak dengar langsung bebelan orang tua itu pasal aku. Suka hati la kau nak sumpah seranah aku ke...apa ke.
"Dah la aku ajar anak kau, boleh kau kurang ajar dengan aku. Nanti aku sumpah kang...bukan anak-anak kau tapi aku sumpah KAU tu!"
1 comment:
peduli kan orang macam tu.
Post a Comment