May 26, 2012

Cerita Rojak. Banyak nak cakap.

Quick update. Kay nak ucap Selamat Hari Lahir kat diri sendiri. Aku nak cakap umur aku dah separuh jalan. Dah 25 tahun. Lagi 25 tahun maka makin dekat jemputan aku menghadap Allah. Sob..sob..sob..!





Nak bagitau tahun nie sambutan besday paling best sebab dapat sambut dengan guru dan anak murid. Aku dipanggil naik atas pentas, ada potong kek dan anak murid menyanyikan lagu hari jadi. Siap dua version lagi. Bahasa Melayu dengan Inggeris.Okay...cukup setakat itu. Aku tak perlu sambutan yang vouge! Aku dah gembira sangat-sangat. 


"Tengok! So simple to make me smile the whole day. So awak kat sana, awak akan rasa bertuah dapat aku yang tak banyak karenah nie. Hehhe"


One more thing. Impian nak ke ICT dah tercapai. Okay! Memang tak pernah ada dalam list nak pergi melawat ICT pun. Tapi bila selalu sangat lalu daripada Klang ke Shah Alam dan nampak ICT macam dekat je, so aku pun mula berangan.


'Alangkah bestnya dapat pergi sana sekali seumur hidup...'








Dan hasrat tu sudah tercapai minggu lalu. Aku dah sampai mana. Haha...malukan nak cakap baru sampai sana padahal orang lain dah berkurun-kurun sampai sana. Ahh...lantak. Tak kesah asal aku pun dah sampai sana dan dapat tengok lampu-lampu yang cantik. 



Satu benda aku suka kat sana adalah naik wheel yang besar tu. Sumpah best bila ada kat puncak. Tengok bawah saja terus jantung dub dap dub dap. Horror. Tapi aku rasa romantik sangat bila naik wheel tu. Rasa macam dalam cerita korea plak dapat naik wheel tu. 


"Sila tengok dream high........ada satu part tu scene dalam wheel. Sampai boleh buat lelaki kat bawah nie menangis bagai nak rak"

Source: Google


"Itula...aku depan TV tengok ko sebelah mata pun tak pandang. Kan menangis dah tak berlaguuuu..."


Sambung pasal cerita ICT tu. Teringin nak cuba yang kerusi goyang tu. Ala, kita duduk atas kerusi pastu dia pusing-pusing sampai kita rasa macam superman tu... Hari tu aku teringin nak try, tapi kengkawan aku semua spesis penakut. Takkan aku sorang je nak naik. Aku pun tahan la hati dan tak jadi nak cuba kerusi goyang tu. Takde rezeki. Tapi takpe sebab my housemate cakap nak ajak pergi Sunway Lagoon main kat sana. Orite! Aku pegang janji. Gaji dah ada, so tak kisah la nak spend tu main-main hiburkan hati. 

Lagi satu, aku nak makan lagi ais kacang special nie. Korang bley p cari kat medan makan Uitm. Mengidam bila sekali dah makan. Murah, sedap dan berbaloi. AKu promote nie!





Arghh....sekarang dh pukul 11.06 am. Pukul 12 dah nak gerak ke KL Central dengan Su. Nak ikut dia pergi Pudu pastu nak jalan-jalan kat Jalan TAR. Malam karang aku nak balik Kedah dengan sis aku. Aii..dia ada kursus sampai pukul 4 pulak dah. Jenuh r nak tunggu dia kat KL Central sampai kul 6 petang. Halal je la...

Sambung cerita aku sikit lagi. Semalam Jumaat. Perayaan Hari Guru 2012. Serius aku dapat kumpul banyak hadiah. Masa 16 hb Mei tu, aku dapat 2 saja. Aku ingat anak murid tak suka sebab aku nie garang dengan diorang. So, aku nilai bilangan hadiah diorang sebagai penilaian prestasi aku kat sekolah. Sedih. Tapi semalam berpusu-pusu budak jumpa aku kasi hadiah. Wahh...aku memang tak expect dapat hadiah banyak. Penuh 2 beg recycle aku. Heheh...sapa tak seronok dapat hadiah. Then, masa dapat satu novel daripa sorang cikgu nie. Hehe..tq banyak2. =) Aku memang enjoy sangat2 semalam. Memang cikgu-cikgu sekolah aku semalam sangat best. Tolak je sorang staf tak betul tu cukup! Cukup la gambar mencerita semuanya. 







Setakat ini sahaja. 
Tata. See u again. 
Nak enjoy holiday saya. 

"No call for work please!"

2 comments:

syuhadabahari said...

seronoknya dapat bnyk hadiah:)
btw, hepi belated besday akak!

cha zainol said...

naik wheel. perrrgh. teringat kenangan naik wheel kat penang. sya nages. ju dengan yana record.