May 18, 2012

Nak tahu waktu paling best denda murid?


Hahaa...time nak rehat dengan nak balik. Maka, amat beruntung la cikgu-cikgu yang kena mengajar pada kedua-dua waktu tersebut. Hari ini aku fikirkan strategi lain lagi nak bagi budak-budak duduk diam. Last period tadi aku kena jaga periksa kelas pandai tahun 4. Sebenarnya kalau kena jaga kelas pandai, lagilah besar dan banyak cabarannya. Jaga pula paper PJK yang terang bederang senang untuk mereka jawab. About 30 mins, semua dah mula bising tanda kertas sudah berjawab. Lagi 30 mins aku nak kena fikirkan macam mana nak kawal mereka.

Aku amalkan seorang bising, maka seminit lewat balik. Aku catat 1 kat papan hitam bila aku dengar suara murid bercakap. Mulanya berkesan, namun pandai pulak diorang padamkan tengah satu dan jadi dua.

"Cikgu, dah jadi dua la." Seorang budak memberitahu aku.

Hai...sejak bilalah diorang padam pun aku tak tahulah...pandai tul!

Kemudian, seorang murid minta padaku untuk minum air dibelakang. Aku benarkan. Tapi, bila sampai belakang, pandai pula dia minum air sambil main-main dengan kawan-kawannya. Hai...cerdik betul!

Ada juga yang sengaja tanya aku untuk dapatkan jawapan. Budak cerdik ada-ada saja ditanyanya supaya aku memberikan jawapan. Mujur aku bukan jenis yang senang diperbodohkan oleh budak-budak ini.

Bila kelas bising juga, aku duduk buat tak tahu saja. Aku aim budak-budak yang tak dengar arahan aku.

Bila loceng berbunyi, masing-masing siap bangun dan galas beg nak balik. Tapi, memang aku sengaja tak kasi mereka balik. Aku cakap:

"Ada cikgu suruh kamu balik? Semua duduk tempat sekarang. Jangan ada siapa yang bergerak.!" Arahku. 


Budak kalau nak balik memang mendengar arahan. Itu yang sedap tu mengajar time nie.

Aku duduk berlagak di mejaku dan aku tengok wajah sorang-sorang yang mula cuak dan tidak puas hati.

'Sorry, ada aku kisah! Kalau arahan aku taknak dengar, jangan harap aku nak lepaskan korang macam tu je.'

Semua senyap saja.

"Sebelum balik kita main sifir dulu. Siapa boleh jawab boleh balik."

"3x8"..tanyaku terus. Masing-masing angkat tangan. Tapi aku sengaja tak pilih murid yang buat bising. Aku pilih budak perempuan yang berperangai baik dahulu. 

"24"

"Okay, balik. 5x7"

Seorang murid yang banyak bercakap cuba menjawab. Namun salah. 

"35"

"Balik."

"3x6"

"18." 

"Balik."

Aku main sifir sampai separuh kelas sudah balik. Memang best sebab setiap soalan tu aku conduct dengan cepat. Jadi yang betul-betul bersedia saja dapat menjawab. 

Sekarang yang tinggal adalah murid-murid yang buat bising. Seorang murid yang suka berjalan aku lihat tergagap-gagap mahu menjawab apabila melihat kawan-kawannya sudah balik.

Dalam hati aku tersenyum puas. Kasi pengajaran supaya tak main-main lagi masa aku masuk kelas diorang. Tamat.


No comments: