Dapat gaji pertama dengan best. Rasa penat jerit bekerja tanpa gaji berbulan-bulan lamanya berbayar bila slip gaji pertama sampai ke tangan. Aku senyum dan berdebar-debar bila tengok angka gaji pada slip.
"Wow, banyaknya! Betul ke nie?" Senyuman makin melebar.
Nak wat apa dapat gaji pertama yang banyak nie? Sebenarnya takde la banyak sangat tapi sememangnya cukup banyak bagi aku yang tak pernah pegang gaji sendiri.
Well, aku nampak wajah abah dan ma dulu.
"I have to pay their money first!"
Abah dan ma sanggup tampung kos hidup aku kat Port Klang nie beberapa bulan lalu. Jadi, gaji aku adalah untuk membayar semula hutang abah dan ma. Lagi satu, orang cakap gaji pertama kena beri pada mak dan abah dulu untuk dapat keberkatan.
"I believe and i'll do it!"
Jadi, rasa sayang sangat nak keluar gaji sendiri. Rasa duit yang first tu nak hulur pada mak abah dahulu. Tapi kena keluar juga sebab nak bayar duit rumah dengan duit badan kebajikan guru setiap bulan yang tak pernah berbayar sebelum ini. Huhuhu...
Duit aku keluar lagi baru-baru ini. Aku ambil insuran. Ada medical card sekali dengan saving sekali. Aku rasa tak menyesal ambil insuran awal-awal sebab ini untuk persiapan di masa hadapan. Abah pun dah bagi green light walaupun keputusan ditangan aku 100%. Then, tolak lagi duit gaji aku.
"Next, nak wat apa lagi duit gaji?"
Okay, nak masukkan dalam tabung haji dan daftar haji dengan segera. Tak nak lewat sangat daftar haji. Hopefully before 60, aku dah dapat panggilan buat haji. Hahaha...moga umur aku dipanjangkan.
Kemudian, ingat nak masukkan dalam akaun my sibling sikit. Ini untuk sibling yang masih belajar. Inilah tanda aku nak berbakti pada diorang sket. Harap boleh ringan beban abah dan ma. Sebab dah lama sangat ma dan abah keluarkan duit untuk besarkan dan menyekolahkan aku dengan adik-adik lain.
Pastu, rasanya aku nak bukak satu lagi bank khusus untuk simpanan sahaja. Nak cari bank yang susah aku nak keluarkan duit. Mana bank yang best r?
Pagi tadi, aku mula survey kereta yang ada kat Malaysia nie. Memang aim utama aku nak ada kereta sendiri. Tak dapat tahun nie, tahun berikutnya insyaallah aku akan cuba. Aku memang tak pandai sangat bab kereta nie.
"Dalam penglihatan aku sekarang, aku tengah survey Vios, Alza dan Pesona."
Ramai yang bagi cadangan mintak aku survey Vios. Tapi Alza pun aku minat sebab boleh bawa ramai orang. Let's say kalau aku kena bawa budak untuk apa-apa pertandingan, klo ada alza sedap la boleh bawa ramai budak. Pesona pula sebab dia kereta proton dan harganya ok la sket berbanding Vioskan....tapi tah la...kita bincang dengan abah dulu..hehehe.
Then, gaji yang tinggal aku nak spend untuk diri sendiri. Sampai sekarang masih belum dapat reward diri sendiri dengan gaji yang ada. Apa pun saya nak beli jam mahal. Tak kisah la nak beli barang mahal pun sebab saya guna gaji saya. Saya tak kacau duit orang.
Lagi sipi-sipi gaji yang ada saya akan belanja orang-orang yang banyak tolong saya saat saya susah senang. Juga nak simpan untuk beri duit raya nanti...hehehe....tak sabar...!
Setakat ini saja perancangan saya untuk gaji pertama ini. Sekian.
No comments:
Post a Comment