'i can talk more than 100 word in 1 minutes. Belive it? You should count it!'
Saya sangat kecewa. Saya sedih dengan apa yang berlaku sekarang. Ramai orang berlumba-lumba untuk kawin. Saya tak kisah kalau awak semua nak kawin. Tapi saya harap awak tahu matlamat kawin awak dengan pasangan awak. Kawin bukan sekadar suka-suka dan lepas beberapa tahun punya anak, awak abaikan anak-anak awak. Come on la?...tak guna berkahwin kalau anak-anak tak terjaga!..
Serius aku sedih bila baca maklumat a few background anak-anak murid aku. Senang aku bahasakan diorang sebagai anak-anak aku. Dalam kelas diorang memang troble-maker (love this word!). Anak-anak aku naughty sangat. Ada juga yang manja sangat dengan aku sampai aku pun naik rimas. Tapi aku kesian dengan diorang. Senang cakap mostly diorang bukan daripada background yang bagus. Ramai yang duduk rumah flat yang dengar cerita dulunya kawasan rumah setinggan saja. Kau boleh bayangkan kawasan rumah setinggan macam mana? Dulu kita disogokkan dengan cerita bahawa banyak masalah yang timbul kalau duduk di kawasan setinggan. Iya, memang pun. Cerita tu memang betul sangat-sangat.
Anak-anak aku sendiri pernah cerita betapa ramainya penagih dadah di situ. Ada juga yang biasa lihat wanita berkahwin bawa lelaki lain masuk rumah. Ada juga yang mengatakan bahawa jiran diorang hampir kena rogol. Aku pernah lalu kawasan flat itu dan aku fikir flat usang lagi berkulat itu tampak sunyi dan aku fikir kaitan environment yang negatif macam tu dengan perkembangan kanak-kanak. No wonder anak murid aku macam-macam perangainya...
"Cikgu sangat kesian kat korang.Tapi apa cikgu boleh buat?"
Ujian pretasi yang lepas, murid-murid kena dapatkan tandatangan parents untuk buku adab. Sorang murid asyik tak hantar-hantar buku adab. Aku berdiri di sebelahnya dan aku tanya mana buku laporan adabnya dengan suara yang agak garang.
"Saya bawa. Tapi ayah saya tak nak sain cikgu."
Nada suaranya sedikit bergetar. Aku tak rasa dia tipu aku sebab mata dia, suara dia ikhlas sangat. Anak murid aku pandang aku dengan mata yang bulan tapi penuh sayu. Dia mungkin budak yang nakal, tak pandai membaca dan kurang cerdik, namun pandangannya itu buat hati rasa sayu. Aku buka buku laporan adabnya dan memang bapanya tak sain pun.
"Hmmm...takpa la kalau macam tu. Nanti cikgu sain."
Aku hampir menangis. Luluh rasa hati aku. Aku membandingkan diri aku dengan murid tadi. How pity he's...so pity...
Aku nak cakap kat parents semua.
"Walaupun anak-anak tak bape cerdik, jangan buat dia macam tu. Patutnya tengokla buku laporan adabnya, kalau lemah bagi kata-kata semangat. Bukan buat macam tu...itu anak awak tahu?..Tolong jalan layan dia macam tu!"
Sebagai guru, aku kena isi SAP. Semua berkaitan maklumat murid dan ibu bapanya. 3 orang anak-anak aku yatim. Seorang takde maklumat bapa..so aku harap korang faham la apa maksudnya....dan 3 orang lagi ibu bapanya bercerai. Ada juga ibu bapanya bukan warganegara Malaysia, ada yang bapanya duduk di Indonesia dan ibunya di sini. Kalau tengok background macam nie dengan perangai anak-anak aku, memang aku setuju latar belakang keluarga yang tak stabil buat anak-anak jadi seorang yang bermasalah.
Bermasalah kat sini bukan bermaksud jenis kaki ganster ke..kaki judi ke...kaki curi ke...tapi bermasalah pada aku apabila...
"Anak-anak jadi lembab, lemah dalam pelajaran, hilang semangat nak belajar, hanya mahu bermain sahaja di dalam kelas, malas buat kerja sekolah, sukar fokus dalam kelas, bersembang waktu guru bercakap....that's how my children behave when i'm teaching them!"
Kalau miskin takpa, janji tak abaikan anak-anak.
Kalau susah takpe, asal ambil tahu pelajaran anak-anak.
Kalau tak kaya takpe, asal ajar anak budi bahasa.
Tak kaya harta takpe, asal kaya kasih sayang untuk anak-anak, untuk keluarga.
That's how family should be...
Lagi satu bab cerai-berai nie...
Bila nak isi borang, biasanya si ibu pasti akan kosongkan ruangan si bapa. Meh sini aku nak pesan.
"Kalau awak tak suka ex-suami awak, awak jangan la buat anak awak tak suka suami awak jugak. Isi je la maklumat bapa dalam borang maklumat murid sebab ex-husband awak tu bapa anak awak. Yang si bapa pula, bila dah bercerai dengan ex-wife awak, jangan abaikan anak-anak atau lepaskan tanggungjawab awak pada ex-wife awak saja. Jangan lupa anak awak yang masih bersekolah tu!"
Nie aku pulak nak kena korek maklumat nama penjaga sapa, duduk mana, kerja apa, gaji berapa, tanggungan berapa....cuba senangkan kerja cikgu sama. Cikgukan dah jaga anak korang dari pukul 7.25 sampai 1.15...mudah-mudahkan la urusan kami sama ye...!
Pesanan terakhir,
"Kawin memang untuk buat anak. Tapi kalau anak berderet-deret tak reti nak jaga, nak bertanggungjawab, nak kasi kasih sayang pun tak nak, baik awak jangan kawin. Awak prepare diri betul-betul, belajar ilmu keibubapaan dulu. Awak jangan 'nanya' anak sendiri. Kesian."
Lastly,
"Please love your children!"
Ini pesanan seorang guru muda yang juga bakal memiliki anak sendiri pada suatu hari nanti.
Insyaallah.
2 comments:
Sangat2 setuju!
sedeh2 ..
Post a Comment