Jan 30, 2012

Mujur air mata belum tumpah!

Seminggu pertama di sekolah.
Rasa terbeban sangat.
Tapi aku tahu itu la tugas guru.
Orang selalu ingat tugas cikgu masuk kelas dan mengajar sahaja.
Tapi orang buta. 
Tak nampak tugas sampingan guru yang lagi dasyat berbanding tugas mengajar.
Sebab tu bukan semua orang boleh jadi guru.
Aku selalu pujuk diri aku supaya percaya profesion guru adalah hidup aku.
Walaupun aku tak tahu nak tipu
kadang-kala rasa macam nak give-up saja.
Hari-hari aku sentiasa berdoa supaya hari ini lebih baik daripada semalam.
Walaupun hari-hari aku balik dengan suara garau,
letih yang teramat sangat,
tapi bila dengar murid bagi salam,
aku rasa gembira sangat.
Rasa dihargai.
Hilang seketika penat lelah di sekolah.
Memang menjadi guru memerlukan mental dan fizikal yang kuat.
Cukup menguji kesabaran.
Aku tak pernah salahkan anak murid aku kalau mereka tidak pandai.
Aku cume sedikit kesal kerana belum dapat memberi yang terbaik buat mereka.
Masih belajar bagaimana untuk menjadikan aktiviti pengajaran menarik buat mereka.
Kadang-kadang aku marah mereka.
Padahal, 
aku sebenarnya marah diri aku sebab gagal memberikan yang terbaik buat mereka.
Mujur air mata belum tumpah di hadapan anak murid.
Alhamdulillah.

"Ya Allah. Anak-anak murid aku semuanya baik-baik. 
Berilah kekuatan kepada diri ini untuk membantu mereka menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat."


1 comment:

iKhRam said...

sabar la kak
kdg2 ati menangis sapa yg tau..
yg penting semangat sentiasa perlu diperbaiki..

sekurang2 ikhram tau
kita tak pernah lemah..
ada je yg buat kita bersemangat

iaitu bila memikir naseb dan msa depan murid2..

percayalah
jalan yg kita plilih ni
ada yang menyokongnya