Jan 30, 2012

Mujur air mata belum tumpah!

Seminggu pertama di sekolah.
Rasa terbeban sangat.
Tapi aku tahu itu la tugas guru.
Orang selalu ingat tugas cikgu masuk kelas dan mengajar sahaja.
Tapi orang buta. 
Tak nampak tugas sampingan guru yang lagi dasyat berbanding tugas mengajar.
Sebab tu bukan semua orang boleh jadi guru.
Aku selalu pujuk diri aku supaya percaya profesion guru adalah hidup aku.
Walaupun aku tak tahu nak tipu
kadang-kala rasa macam nak give-up saja.
Hari-hari aku sentiasa berdoa supaya hari ini lebih baik daripada semalam.
Walaupun hari-hari aku balik dengan suara garau,
letih yang teramat sangat,
tapi bila dengar murid bagi salam,
aku rasa gembira sangat.
Rasa dihargai.
Hilang seketika penat lelah di sekolah.
Memang menjadi guru memerlukan mental dan fizikal yang kuat.
Cukup menguji kesabaran.
Aku tak pernah salahkan anak murid aku kalau mereka tidak pandai.
Aku cume sedikit kesal kerana belum dapat memberi yang terbaik buat mereka.
Masih belajar bagaimana untuk menjadikan aktiviti pengajaran menarik buat mereka.
Kadang-kadang aku marah mereka.
Padahal, 
aku sebenarnya marah diri aku sebab gagal memberikan yang terbaik buat mereka.
Mujur air mata belum tumpah di hadapan anak murid.
Alhamdulillah.

"Ya Allah. Anak-anak murid aku semuanya baik-baik. 
Berilah kekuatan kepada diri ini untuk membantu mereka menjadi insan berjaya di dunia dan akhirat."


Jan 22, 2012

"Kalau nak lamar saya, sila jumpa ma dan abah saya"

Satu situasi.

Seorang jejaka mahu menyunting diri anda,
 sedangkan anda hanya mengenalinya menerusi alam maya?


Bolehkah anda percaya?




Maaf.
Jangan mudah percaya.


Walaupun saya tak sangkalkan naluri hati wanita cepat terkesan dengan kata-kata manis pujangga si pemuda,
namun cuba kuatkan hati wahai wanita-wanita sekalian supaya 
tidak menaruh sepenuh kepercayaan
terhadap jejaka seperti itu.


"Niatnya mungkin kedengaran ikhlas, 
tapi jaminannya belum tentu ada."


Bukan saya cakap semua lelaki seperti itu tidak boleh dipercayai,
tapi kebanyakan orang berkata begitu.


"Yang manis itu sebenarnya racun paling berbisa."




Wanita, hatinya mudah tersentuh.
Wanita, dirinya mudah terpedaya.

Wanita, kalau hatinya sudah katakan sayang,
maka sayanglah dia.
Wanita, kalau hatinya sudah katakan benci,
maka bencilah dia.

Hati wanita cuma satu.
Tidak boleh dipecahkan empat seperti lelaki.

Jadi lelaki,
kalau katakan cinta maka kotakanlah dengan melamar wanita itu dengan cara yang betul.
Ikatlah wanita itu dengan ikatan yang halal.
Itu lebih elok bukan?

Pss:

"Kalau nak lamar saya, sila jumpa ma dan abah saya.
Penerimaan mereka, insyaallah penerimaan saya juga.
Mungkin saya agak konservatif, 
tapi saya percaya 'ada jodoh tak ke mana'."





Jan 21, 2012

Pertama kali di Selangor

14 Januari 2012. Bermula perjalanan seorang bakal guru baru ke negeri Selangor Darul Ehsan. Tanpa mengetahui di daerah mana aku bakal ditempatkan, aku bersama kedua orang tuaku bergerak dari utara ke negeri itu. Perjalanan yang panjang dilalui dengan perasaan gundah gulana dan penuh sayu hati. Dari satu negeri ke satu negeri dilalui. Namun, apa yang menarik perhatianku adalah laluan di sepanjang negeri Perak. Nampaknya, Perak bermusim buah. Banyak buah-buahan di tepi-tepi jalan. Namun, keenakkan buah-buahan itu masih tidak mampu menyenangkan hatiku. Perjalanan diteruskan lagi.


Sepanjang perjalanan abah banyak bercerita tentang penempatan pertama abah selepas keluar dari maktab (sekarang dikenali sebagai IPG). Patutlah abah bagaikan dapat menghafal setiap nama tempat di negeri Selangor. Pengalaman abah mengajar di negeri Selangor banyak mengubat kesayuan hati ini. Ma pula pendengar yang tegar. Seperti aku, ma hanya bersuara jika abah memandu laju di celah-celah kenderaan berganda-ganda besar dari wira abah. 


Peta ditangan tidak dilepaskan. Negeri Selangor berjaya dituju. Namun, aku merasakan perjalanan dari satu daerah ke daerah lain begitu jauh. Hatiku merasakan betapa besarnya bumi Selangor ini. Akhirnya, destinasi pertama berjaya ditujui. Tanjung Karang. Laluan sawah padi dan tali air amat menarik hati. Tempat mak ngah adik ma di situ. Mak ngah dan pak ngah menyambut kami dengan tangan terbuka. Kata ngah, kalaulah aku dipostingkan dekat dengan rumahnya, bolehlah aku tinggal di rumahnya. Beriya-iya ngah mengharapkan aku dapat sekolah di kawasan Tanjung Karang. Aku hanya mampu tersenyum, sedangkan hatiku begitu bercampur aduk.


Maghrib di Tanjung Karang. Aku menerima SMS daripada kawan-kawanku. Mereka mengatakan bahawa laman web JPS sudah diupdatekan. Maksudnya semua budak-budak PISMP ambilan Januari 2008 termasuk aku yang ditempatkan di Selangor dapat mengetahui di sekolah mana kami akan ditempatkan. Mujur rumah ngah ada internet. Aku dengan hati yang berdebar-debar meyemak web tersebut dengan berhati-hati. Hatiku tidak putus-putus beristigfar supaya aku redha di mana saja aku akan ditempatkan. Akhirnya, di daerah Klang aku ditempatkan. Ma di sebelah nampak kurang ceria dengan berita itu. Ngah juga begitu. Nampaknya, daerah Klang agak jauh. Macam-macam aku fikirkan.


'Di mana aku akan tinggal nanti?'
'Bagaimana agaknya keadaan tempat itu?'
'Bolehkan aku berhadapan dengan guru-guru senior?'


Esoknya, ma, abah dan aku bergerak ke Kapar pula. Juga rumah adik ma, Cik Zan. Cik Zan dan Pak Cik Man juga seorang guru seperti ma dan abah. Kata Pak Cik Man, kalaulah aku ditempatkan di daerahnya atau di Shah Alam, bolehlah aku menumpang di rumah sewanya. Namun, nampaknya rezeki aku bukan di situ. Rezeki aku di Pelabuhan Klang. Nun jauh di sana. Kata kawan aku si Syafiq, tempat itu tempat orang Jawa. Jangan sampai dijampi-jampikan. Aku tahu gurauan dia sebenarnya mahu memberitahu aku supaya berhati-hati. 


Pagi Ahad, Pak Cik Man membawa abah, ma dan aku meninjau kawasan PPD Klang dan jalan-jalan untuk ke sekolahku. Pesannya supaya aku mengingati dan mengenal jalan-jalan tersebut. Aku menurut kata. HP ditangan aku guna untuk menaip setiap tanda-tanda di jalan. Ma pula masih resah memikirkan di mana aku akan tinggal pula. Kata Pak Cik Man, dia ada seorang kenalan perempuan yang memerlukan lagi dua orang untuk menyewa di rumahnya. Malam nanti dia akan bawa kami ke rumah kawannya itu.


Laluan ke Kampung Raja Uda nampaknya tidaklah begitu susah. Akhirnya aku tiba juga di sekolah itu. Orang pertama aku bercakap adalah dengan pengawal sekolah. Dialah yang banyak memberikan info tentang sekolah ini selepas mengetahui aku adalah guru baru yang akan melaporkan diri keesokannya. 


"Sekolah ini mempunyai lebih kurang 800 murid dan ada dua sesi pagi dan petang. 
Mempunyai dua bangunan 3 tingkat yang dihubungkan oleh jalan yang mudah untuk ke kelas. Suasana kelas juga kondusif dan cantik.'


Pandangan pertama tentang sekolah ini.

Ma tanya aku, 

"Suka tak sekolah ini?"

Aku mengangguk.

"Suka ma. Nampak best."

Ma nampaknya bersetuju dengan aku.


Petang itu abah, ma dan aku sekali lagi cuba pergi ke PPD Klang dan sekolah tanpa bantuan Pak Cik Man. Laluan ke PPD Klang mudah sahaja dilalui. Namun, di pertengahan jalan menuju ke sekolah, nampaknya abah tersilap jalan. Puas juga kami berpusing-pusing di sekitar Klang. Akhirnya, mujur kami masih nampak papan tanda ke pelabuhan klang. Berjaya juga abah memandu ke sekolah aku. 


Petang itu juga, ma dan abah cuba mencari rumah-rumah di sekitar kawasan sekolah untuk aku menyewa. Namun, satu pun tidak jumpa. Kata ma, dia agak sedih dengan sikap penduduk di kawasan tersebut. Nampak kurang mesra tidak seperti di kampung di Kedah. Tapi aku merasakan perkara itu biasa. Memang keramahan penduduk kampung di kawasan bandar tidak sama seperti keramahan penduduk kampung yang betul-betul di kawasan kampung. Apa yang menarik perhatian aku adalah seorang pak cik ini. Dia pernah mengalami kelumpuhan dan sedang berjalan-jalan di sekitar kawasan sekolah. Orangnya sangat ramah dan bantu kami mencari tempat untuk menyewa. Walaupun bukan rezeki aku mencari rumah, tapi aku berdoa agar pak cik tersebut sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu.


Malamnya, pak cik membawa kami ke apartmen kenalan wanitanya yang mahu mencari penyewa. Apabila bertemu dengan orangnya, hatiku mula resah. Ma juga seperti aku. Orangnya bekerja sebagai penguatkuasa dan ala-ala tomboi. Ma mula fikirkan macam-macam. Orangnya nampak ramah dan membawa kami ke apartmennya. Memang nampak selesa dengan ada 3 bilik tidur. Namun, tiada dapur. Kami berbual-bual seketika sebelum meminta diri untuk pulang. Ma pula berdoa agar esok aku dapat bertanya kepada guru-guru sekolah. Mungkin ada rezeki aku esok.


Keesokkan paginya, aku harus melaporkan diri di PPD Klang. Hatiku sangat berdebar-debar. Bagaikan jantung mahu terkeluar dari tubuh aku. Kami bertolak awal ke sana. Sampai sahaja di sana, aku dapat lihat begitu banyak kereta yang diletakkan di kawasan PPD Klang sehingga memenuhi jalan-jalan di tepi perkubuhan Cina. Kelihatan begitu ramai guru baru sedang berdebar-debar seperti aku juga. Aku memberitahu ma aku mahu pergi seorang diri bersama-sama kelompok guru-guru baru lain. 


Baru sahaja aku ingin menegur seorang guru perempuan ini, aku terkejut apabila melihat wajahnya. Dia Nisa. Budak TEYL. Dulu aku pernah berpraktikum bersama-samanya selama 3 bulan di Pulau Pinang. Aku bersyukur kerana di situ aku dapat bertemu dengan orang yang aku kenal.  Ada Nisa, hatiku tidak gundah lagi. Nisa bagaikan memberi satu keyakinan kepadaku untuk hidup di bumi Selangor ini. Alhamdulillah. Tidak lama kemudian, kami diminta beratur untuk melaporkan diri. Aku terpisah seketika dengan Nisa. Tapi, aku bertemu dan sempat berbual dengan ramai guru baru lain. Ramai di antara mereka yang sedang mencari tempat tinggal di sekitar daerah Klang. Sama juga seperti aku.

Selepas mendapat memo penempatan di sekolah, pihak PPD Klang meminta kami melaporkan diri di sekolah hari itu juga. Debaran semakin terasa. Semakin hampir dengan sekolah, jantungku makin kencang berdegup. Aku seorang diri melangkah ke pejabat untuk melaporkan diri kepada Guru Besar. Guru Besar menerima aku dnegan penuh keramahan dan tangan terbuka. Memo penempatan dibacanya. Tetapi, satu lagi cabaran aku harus tempuhi. Katanya, sekolah itu sudah mempunyai lebihan guru untuk subjek Sains. Jadi, aku ditawarkan untuk mengajar subjek Matematik, Bahasa Melayu dan Sivik. Hatiku waktu itu agak remuk rendam.


"Mahu terima atau tidak? Jika aku tolak, aku takut dikatakan guru baru banyak songeh?'


Aku teringat pesanan pensyarah-pensyarah dulu. Terima sahaja apabila diminta mengajar subjek lain. Belajar kalau tidak tahu. 


Oleh itu, aku menerima tawaran tersebut. Guru Besar membawa aku bertemu dengan cikgu-cikgu lain dan melawat persekitaran sekolah.. Jadual juga telah disediakan kepada aku. Guru Besar meminta aku mengikut jadual waktu dan masuk mengajar. Jadi, hari pertama aku sudah masuk ke kelas Tahun 5 K dan 4 K. Abah dan ma pula sudah tiada di sekolah. Meninggalkan aku untuk belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. 

Aku bersyukur. Aku diterima dengan senang hari oleh guru-guru sekolah. Aku juga disediakan tempat di bilik guru. Aku juga dapat bertemu dengan ramai guru senior yang berasal dari Kedah. Aku juga dapat berkenalan dengan guru-guru lain yang sentiasa menegur aku semasa berada di bilik guru. Aku dapat lihat kemesraan guru-guru di situ tanpa mengira bangsa dan umur. Itu pandangan pertama aku mengenai guru-guru sekolah ini.

Jan 13, 2012

cerita lima satu per dua

Insyaallah.
Esok aku bakal berangkat ke Selangor Darul Ehsan.
Doakan yang terbaik buat cikgu baru ini.
Semoga aku terus mempunyai semangat cikgu baru hingga ke akhir hayat.
Semoga kawan-kawan aku juga dapat bertugas dengan jayanya.
Bagi yang dapat Sarawak,
aku tahu korang pasti jadi hebat di sana.
Insyaallah.
Nanti pasti kita bertemu lagi.
Suatu hari nanti.


Tahun 2006





Tahun 2011



5 tahun setengah.
Cukup aku mengenali kamu.
Saat aku menangis, kamu ada di sisi aku.
Saat aku marah, kamu  ada untuk menenangkan aku.
Saat aku dimarahi, kamu ada memujuk aku.
Saat aku menangis, gurau senda kamu mengembirakan aku.
Walaupun 5 tahun setengah sudah berlalu.
Kamu tetap di hati.
Sampai bila-bila.


"Cerita 5 tahun setengah SNED2/2008/IPGKPP"


"Aku cukup suka ambil gambar ramai-ramai dengan korang sume."

"Aku sayang korang semua sampai bila-bila."








Jan 11, 2012


Untuk pengetahuan anda semua, 
saya sudah tahu ke mana saya akan ditempatkan.
Lihat ini.



Tanpa saya duga,
rezeki saya di negeri Selangor.


Bersorak riang?
Mana mungkin. Ini bukan negeri pilihan saya.


Bersyukur?
Alhamdulillah. 
Nasib saya lebih baik berbanding kawan-kawan yang majoriti ramai dapat Sarawak.


Bersedia?
Oh tidak.
Saya tak bersedia tapi harus berpura-pura dan belajar untuk bersedia.


Hati sentiasa merintih sebab tak tahu di mana pula saya nak tinggal.
Macam mana saya nak pergi sekolah?
Bila saya nak bertolak ke Selangor?
Siapa mahu hantar saya ke sana?


Pendek kata banyak benda saya fikir.
Saya selalu sedapkan hati.
Saya tak tunjuk pada ma dan abah betapa saya sedih sebab bakal duduk jauh daripada mereka.
Saya sekarang harus berdikari.
Bukan lagi anak kecil yang akan sentiasa ada ibu bapa di sisi.


Cheer!
Learn to grow up girl!


Jan 8, 2012

"Jangan percaya bila saya cakap macam terer masak"


Salam semua.

Menu Mia hari nie.
'Sup tulang. Telur masak merah. Bergedil.'
Tapi rasa tak cukup syarat lagi...

"Ya..goreng ikan talang masin sket..sedap nih!"


Hari nie my super chef ma pergi sekolah.
Saya suka gila dapat masuk dapur sorang-sorang.
Saya boleh masak apa saya suka.
Nanti super chef ma balik rumah, just basuh tangan,cedok nasi dan makan.
Cukup.
Tak payah susah payah memasak pula.


"Saya anak yang baik kan..?..haha..hampeh!"


Saya tau Super Chef Ma sure letih lepas balik mengajar.
Takpa..takpa..ada saya kat rumah sekarang, 
jadi jangan risau bab-bab masak nie.


"Jangan percaya bila saya cakap macam terer masak.
Hahaha..saya bukan super chef pun. Junior chef saja."


Apapun,
saya seronok dapat masak sorang-sorang.
Sebelum dapat berita nak posting mana-mana nie,
saya aim nak masak,

'Kek coklat kukus. Puding coklat marble.'

Cukup.
Tak payah aim banyak-banyak.
Nanti tinggal habuk aja.
Kay..enjoy your lunch.
Nak join saya boleh gak.
Meh la!
Saya lapar giler nih!
 Ini satu daripada apa yang saya nak capai dalam hidup.


(ehh..betul ke penggunaan 'daripada' di sini?..saya kena banyak membaca. 
Tingkatkan tatabahasa saya lagi.)




Yes..yes..yes!

Alhamdulillah.

Harap semua lancar.



Jan 7, 2012

Kalau saya nak 'share' ma & abah saya dengan awak nak?

Kalau saya nak 'share' ma & abah saya dengan awak nak?

(^____^)

Asal awak dapat jaga diaorang.
Asal awak dapat sayang diorang.
Asal awak ambil berat sakit diorang.
Asal awak tak abaikan diorang bila diorang tua nanti.




Kalau sanggup, betul nie...
saya sanggup kongsi ma & abah saya dengan awak. 

Jan 5, 2012

Entah mana nak disumbatkan aku nie yee!

Salam...hye..hye!


Serius sekarang aku berdebar gila bila baca status orang dapat surat.
Cehhh...padahal diorang sesaja nak main-mainkan orang kononnya dah dapat surat posting.
Padahal surat bil digi la, air la..surat sebelah rumah la..bla..bla..bla!


Korang tahu cara korang memang 'funny',
tapi kalau aku ada sakit jantung tahap kritikal,
sure dah mampus kejung tau!
Mungkin aku spesis yang serius kot.
Bab-bab penting macam nie ada masa nak gurau kay.


Menunggu posting macam nak tunggu bulan jatuh ke riba.
Macam nak tunggu suami akad nikah.
Macam nak dapat baby baru.
Macam nak masuk bilik pembedahan.
Pendek kata macam-macam rasa ada bila nak tunggu surat posting.


Baru-baru nie dapat tau kena cetak e-vetting.
Katanya untuk digunakan masa nak masuk sekolah nanti.
Alahai...sudah!
Selalunya aku susah nak wat mistake pasal hal-hal penting nie.
Namun, nasib tak berapa menyebelahi aku.
Cuba login e-vetting guna goggle chrome, tapi tak boleh-boleh sampai rasa frust nak nangis.
Aku ingat aku dah lupa password nak login.
Hari-hari aku cuba call pejabat keselamatan pasal e-vetting,
tapi tak berjawab.
Last sekali aku post kat group PISMP mintak tolong,
dan alhamdulillah sorang Cik Manis nie cakap cuba guna mozilla.
Dan akhirnya, aku cuba dan boleh.
BODOH! 
Itu apa aku rasa.
Maaf.
Awat aku tak cerdik sangat!
Benda mudah wat susah payah, susah hati, susah mata.
Akhirnya selamat juga aku cetak sijil e-vetting tu.
Selesai.


Bukan apa,
aku nie jenis yang berhati-hati dan takut nak wat salah,
terutamanya bab-bab nak posting, nak masuk sekolah nie.
Korang jangan la jadi macam aku nie tau!
Penakut.
Mujur, bila jadi macam nie,
 aku belajar untuk berhadapan dengan masalah aku sendiri.
Mujur selesai.
Alhamdulillah.


Wei..
Dulu aku tak kisah kalau kena hantar posting jauh-jauh.
Tapi, bila umur meningkat nie,
rasanya aku nak duduk dekat dengan parents saja.
Maaf ye. 
Aku bukan anak manja yang berkepit 24 jam atau 12 jam atau 6 jam 
dengan ma dan abah.
Bila usia meningkat,
aku hanya fikirkan ma dan abah saja.
Lagipun sekarang tok tinggal dengan family aku.
Dengan keadaan tok yang 'demensia', tak dapat urus diri sendiri,
tak dapat berjalan, lupa sana-sini,
nampaknya ma sorang-sorang kena jaga tok kalau anak-anak dia semua kerja jauh-jauh.
Ma pun bukannya kuat.
Abah pula bukannya sihat.
Mujur,
cuti sebelum posting nie,
aku dapat berkhidmat pada ma.
Aku ada kat rumah dan boleh juga belajar urus tok aku yang tak berapa nak sihat nie.
Daripada tak tau nak wat pape dulu,
sekarang aku tau macam mana nak bawa tok yang tak dapat berjalan pergi bilik air,
belajar mandikan orang sakit,
belajar layan orang sakit,
angkat orang sakit.


Aku orang Kedah.
Pure tulen darah orang Kedah.
Aku pun minta posting Kedah.
Aku ikut cakap ma dan abah.
Abah cakap dapat Langkawi pun takpe.
Ma pula cakap kalau boleh reserve tempat ma kat sekolah bila ma pencen bulan 3 nie 
pun okay!


Pehh...kalau boleh chop-chop tempat macam tu, seronok la aku.
Bayangkan dapat posting di sekolah ma yang hanya ambil masa
 tak lebih lima minit untuk sampai sana.
Best pe!


Tapi...itu hanya impian saja la.
Pensyarah aku cakap kalau minta Kedah,
selalunya dapat Penang.
Pehh..okay jugak sebab tempat aku belajar, tempat aku buat praktikum kat situ.
Masalahnya,
Kedah penuh, Penang penuh...
entah mana nak disumbatkan aku nie yeee..!

Perlis?...Wahhh..best gak!
Perak?...Okay jugak.
Terengganu? Kelantan?...hmmm..bagi chance la kat orang sana...
Melaka?Pahang?...ohooo..jauh tapi macam best jugak.
Negeri Sembilan? Tak pernah ada dalam hati.,maaf ye Ikhram...
Selangor? Kuala Lumpur? Tak boleh saya bayang mengajar di sana!
Johor?..Amboii..hujung alam kot!
Sabah?...saya nampak hutan.
Sarawak?..huhuhu...saya nampak sampan panjang.


Dek kerana fikirkan hal posting nie la,
beberapa minggu nie aku selalu mimpi pasal sekolah, pasal posting, pasal mengajar.
Meh nak share sikit...

1
Aku mimpi dapat posting kat Telok Kumbar. Tempat praktikum dulu.
Masa masuk bilik guru, aku jumpa mentor aku semula,
dan aku nampak dalam bilik guru bertulis,
"TEMPAT GURU BARU".

2
Aku mimpi bergaul dengan cikgu-cikgu senior kat sekolah.
Memandangkan aku nie spesis yang bukannya si peramah tamah,
maka aku bersyukur diri aku diterima oleh cikgu-cikgu seniour.
Beruntungnya kalau itu kenyataannya...

3
Adik aku mimpi kata aku dapat Johor.
Pehh...nak nangis kot...jauh sangat.
Nanti abah je yang boleh hantar.
Ma tak boleh hantar sebab kena jaga tok.
Sedih lerr...

3, 4, 5 dan seterusnya....

Aku banyak berada di persekitaran sekolah.
Berada dalam kelas.
Itu saja yang aku ingat...


Hal-hal posting memang menyerabutkan kepala otak aku.
Orang yang datang rumah busy-busy tanya tak kerja lagi ke..ape la..
Amboii...tak sabar-sabar.
Kalah ma abah aku.


Sabar ye mok cik-mok cik sekalian.
Kita tunggu surat dulu ye.
Kalau ada rezeki nak posting..ada la.
Kalau takde,
nampaknya saya kena teruskan khidmat bakti saya di rumah ini.
Saya akan mempertingkatkan kemahiran memasak saya.
Saya nak belajar banyak-banyak jadi orang yang sabar jaga orang tua, jaga orang sakit.
Saya juga nak sediakan diri jadi orang rumah.


Nanti senang,
bila jodoh dah datang,
saya ada kerja,
saya ada kemahiran urus rumah tangga.


Waktu tu...
insyaallah...
kalau ada orang yang sesuai nak pinang saya...
bolehlah saya terima tanpa ragu-ragu kan...




Pss:

"Tapi boleh tunggu saya kerja dua tahun dulu...??"


Jan 1, 2012

'Dunia belum kiamat tapi kiamat pasti tiba.'

"Menjaga yang tua bukan semudah menjaga kanak-kanak."


Salam..hye..hye!


Post awal tahun 2012.




'Dunia belum kiamat tapi kiamat pasti tiba.'


Peringatan di awal tahun ini.
Okay. 
Selingan saja.


Back to the main point.


Aku tengah belajar jaga orang sakit.
Jaga tok aku.


Tok yang tak dapat berjalan dan tak dapat uruskan dirinya sendiri.
Tok yang kadang-kala lupa siapa anak dan cucunya.
 Tok yang lupa macam mana nak duduk...macam mana nak pakai kain sembahyang.
Tok yang lupa berapa rakaat nak sembahyang.
Tok yang siangnya tidur dan malamnya berjaga.
Tok yang tak dapat berjalan tapi mengesot sekeliling rumah sampai kaki luka.
Tok yang hanya ingat nak masak tapi tak mahu makan.
Tok yang matanya sentiasa terpejam tanpa tahu ke mana nak pergi.
Tok yang cakap sudah mandi padahal belum mandi.
Tok yang marah bila ditegur nak pergi mana.
Tok yang kadang kala bercakap sendirian.



Apa yang perlu hanya kesabaran.
Sabar...sabar dan sabar.


Menjaga orang tua bukan seperti menjaga anak-anak kecil.
Perlu kekuatan mental. Fizikal juga.
Sebab karenah orang tua tak sama macam kita.
Terlebih kata terasa.
Kurang berkata degil.
Tak berkata sakit hati.


Anggap saja saya tolong ma dan belajar untuk jaga ma abah saya nanti.



Pss:

"Saya terfikir, kalau saya kena posting kat mana nanti,
 sudah tentu ma tak boleh hantar saya sebab kena jaga tok. Itu tak apa la.
Tapi,  bila hari konvokesyen saya nanti, 
adakah ma pun tak dapat bersama-sama saya,
 sedangkan itu hari bersejarah dalam hidup saya???"