Nov 1, 2011

Tips Penulisan Tesis

Hye..hye..hye!
Pagi yang indah..pagi yang ceria.

Semalam sudah dapat tesis, hari nie nak kena serah dah.

Amboi...!
Tak dapat nak berdating sikit dengan tesis sendiri,
dah ada orang nak amek.

Takpela.
Bila tengok tesis,
terkenang saat bersusah payah dulu.
Boleh bergenang air mata tau.

Buat aku terfikir-fikir nak amek master nanti.
Sanggupkah aku mengharungi detik-detik seperti membuat tesis peringkat ijazah nie?

Huishhhhhhhh!

So, 
memandangkan aku masih dalam mood 'tesis' lagi,
mari sini baca tips yang aku nak kasi kat korang kalau nak wat tesis.

'Even tesis aku takde la baik sangat (baik la..sebab aku buat sendiri tau!).'


Tip 1:

Masa buat proposal tesis tu, sila buat betul-betul.
Kalau ko buat main redah je proposal,
 nanti ko jugak yang pening kepala masa nak tulis laporan tesis.
Silap-silap kajian ko tak jadi atau ditolak oleh supervisor.
Masa tu meraung weii...menangis air mata darah kot!


Tip 2:

Bila kau kutip data,
elok sangat kalau ko boleh guna banyak instrumen kajian.
Instrumen kajian tu apa?
Itu alat ko guna nak kutip data la.
Macam ko jalankan temu bual, buat ujian, buat pemerhatian, rakam video dan bla..bla..bla..
Nanti semua data yang ko kutip boleh bantu ko tulis laporan kajian ko
panjang-panjang, tepat dan boleh dipercayai.


Tip 3:

Bila dah kutip data,
ko kena tau la nak tulis laporan macam manakan.
Masa tu ko kena la rajin berkolaberasi, sharing, jumpa, tanya 
supervisor, pensyarah, dan kawan-kawan ko.
Klo ko jadi katak di bawah tempurung, emas berketul dalam mulut,
alamatnya penulisan laporan ko tak jalan la.


Tip 4:

Bila sudah mula tulis laporan kajian,
aku sarankan ko buat sikit-sikit tapi berterusan.
Sehari ko tulis 2-3 ayat pun takpe tapi jangan stop.
Itu lagi bagus daripada ko buat banyak-banyak...stop beberapa minggu dan nak sambung balik.
Bila ko amalkan cara slow and steady nie,
nanti ko sendiri pun terkejut,

"Eh..bila masa aku wat tesis sampai tebal macam nie??"


Tip 5:

Jangan kedekut.
Nie ko takut kertas ko habis, ink habis,
ko antar draf sikit je kat supervisor ko untuk disemak.
Macam aku,
aku agak bazir jugak kertas sebab nak antar draf kat supervisor.
Hasilnya,
bila dapat draf akhir, semua mistake, wrong typing sume mendaalah tu
dah takde.
Itu le..kena rajin hantar draf kat supervisor tau!
Jangan kedekut kertas nak print kerja ko tau.

Tip 6:

Bila laporan dah siap,
ko mesti nak jilid tesis ko.
Mesti ko nak print beberapa copy kan.
Ini tip penting aku nak ingatkan korang.
Bila nak pilih kedai printing, kedai photocopy, 
sila pilih kedai yang dah biasa jilid tesis, dah biasa printing tesis.
Bukan yang biasa-biasa saja
Klo nak produk tesis ko elok, tak cacat, sila dengar nasihat aku nie.


Cuba bayangkan,
sebelum ko pergi jilid tesis,
ko punyalah berusaha bersungguh-sungguh sediakan master copy yang perfect,
alih-alih produk tesis ko dapat CACAT!

Tak ke ko sakit hati?

Macam aku juga la.

Tesis aku 80% perfect..

10 peratus aku tolak sebab masa dia photostat master copy, 
bleh plak lekat line kat bawah buku tu..
Hasilnya..buku aku cacat sikit sebab 
kejap korang jumpa line..kejap takde...jumpa balik..
STRESS tau!


Lagi 10 % aku tolak sebab error mind map aku buat boleh lak tak nampak.
Aku kena ikut guna bold pen plak.
STRESS tul!







1 comment:

♥ p a a n i ♥ said...

rindu zaman thesiss..tp cm mls pulak nk smbung bljr. huhuhu keje dulu kottt.